MENARIK DI
DALAM
·
Tiket ke syurga
·
Hati
·
Cintai Rasulullah
·
Mahal
·
Gaya vs Syariat
·
Tangisan Iman
·
Audit Diri Dalam Penggunaan ICT
·
Sudah Tersungkur Baru Akur
Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sahabatku
pernah dengar tak istilah
atau ungkapan ini. jangan kita minta dengan Allah hidup yang senang, tetapi
mintalah hati yang tabah utk menghadapinya. saya amat suka sekali dengan
ungkapan ini. sangat benar, tepat dan betul, kehidupan kita ini sememangnya untuk
diuji kan? dan, dah nama ujian mestilah susah,betul tak? kalau ujian senang
baik jangan buat ujian, semua mudah, semua senang, semua pelajar lulus dan
semua pelajar dapat A contohnya, baik jangan buat ujian, memang ujian adalah
sesuatu yang sukar, teringat akan firman Allah bahawa tidak dikatakan seseorang
itu beriman sehinggalah dia diuji.
Sahabatku
pernah juga saya dengar
tentang hal seperti ini, nak tengok macammana perangai sebenar seseorang, ujilah
sewaktu perut sedang lapar. confirm akan terserlah sikap sebenar orang tersebut.
jadi, sebaiknya, kita meminta agar Allah menjadikan hati kita tabah mengharungi
sekecil-kecil dan sebesar-besar ujian dalam kehidupan kita ini. bukan mudah
menghadapi hidup kerana ia menjadi tiket ke SYURGA yang sangat Indah.
Editor, Norazila Khalid
HATI
Hati organ
paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah. Hati
menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambaNya. Pada hatilah terletak
niat seseorang. Niat yang ikhlas akan diberi pahala oleh Allah. Hati perlu
dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit , buta, keras dan
lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini,
kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, lahirlah
penyakit masyarakat berpunca dari hati yang rosak. Justeru, hati amanah yang wajib
dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki,
tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah
hati yang menjadi gelap kerana dosa.
MUTIARA
KATA
Rasulullah saw
merupakan Nabi yang paling mencintai umatnya. Atas dasar cinta itulah Baginda
berjuang habis-habisan untuk menyampaikn ajaran Islam—agama yang menyelamatkn
manusia di dunia n akhirat. Belum tentu orang yang kita cintai akan mencintai kita,
tetapi baginda memang terbukti mencintai kita. Jika kita mencintai Rasulullah,
kita tidak bertepuk sebelah tangan. Cintailah Rasulullah, pasti cinta kita berbalas.
MAHAL
Tidak
cukup merungut, kita bersungut dan mengeluh apabila harga barangan atau produk
yang dijual dikedai atau di pasaraya terlalu mahal. Harga yang ditawarkan tidak
padan dengan wang poket yang disimpan. Apabila tidak mampu membeli barang yang diidam-idamkan kita sekadar
memandang dan pulang dengan tangan kosong.
Tetapi,
tidak hairanlah jika barang yang tidak dapat dibeli itu daripada kualiti yang
tinggi n berjenama. Padanlah dengan harganya yang mahal dan hanya dibeli olah
orang yang mempunyai wang yang banyak. Kenalah dengan gaya dan orangnya.
Nikmat
syurga diulang-ulang di dalam Al-Quran, nampak seperti mudah untuk mencapainya.
Benar, bukan mudah untuk meraih syurga Allah, tetapi ia bukan juga mustahil untuk
ke sana. Biarpun harga ‘tiket’ ke syurga sangat mahal , garis panduan untuk
ditempatkan di dalamnya turut sama dinyatakan di dalam al-Quran.
Ayuh,
bermujahadahlah dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh ganjaran syurga.
Tanamkan cita-cita dan matlamat untuk meraih keredaan Allah.
Mahalkah
syurga? Ya, keperitan bermujahadah ‘di bayar tunai’ dengan nikmat syurga.
Sumber : viceversa
GAYA
VS SYARIAT
Sebahagian daripada gaya yang ditampilkan menggunakan banyak
tudung yang dililit ke sini dan ke sana , malah tudung yang panjang menjadi
pendek, dan tidak menutup bahagian ‘aib’ pada tubuh wanita. Jika kreativiti
seni dan kehendak manusia dijadikan sebagai satu piawaian atau nilaian , maka
akan berlakulah kekacauan dan kepincangan. Kerana sesungguhnya kebanyakan manusia
memilih untuk lebih mendapat penghargaan manusia, bukannya keredhaan Allah. Yang
mana satu pilihan anda? Gaya atau syariat?
TANGISAN
IMAN
Untuk
melakukan ketaatan, kita perlu memperuntukkan masa bagi memastikan amalan yang
kita lakukan sempurna. Kita mahu lakukan yang terbaik kerana Allah, tetapi masa
yang diambil hanya mahu menarik perhatian dan mendapatkan penghargaan dari
manusia. Pastinya nilai kedua-dua perbuatan tersebut berbeza di sisi Tuhan.
Muslimah yang memakai tudung dengan sempurna
dan menutup tubuh, berpakaian labuh, berstoking tangan bagi lengan baju yang
lebar, berseluar longgar atau berkain yang tidak menampakkan tubuh badan dan
berstoking menutup kaki pasti sukar dan mengambil masa. Kita perlu yakin atas
rahmat Allah bahawa setiap ‘susah payah’ mentaati perintah Allah, ganjaran
berlipat ganda yang sesuai dengan kesabaran dan kerelaan kita pada perintah
Allah.
Tetapi, jika masa banyak terbuang kerana
ingin menggayakan fesyen yang unik, berbeza dan menyerlah , tudung yang
sepatutnya menutup kecantikan tidak lagi berfungsi sebagaimana tuntutan yang
Maha Esa.
Pada ketika wanita mengenakan fesyen
dan gaya yang pelik, bertudung dengan tidak sempurna menutup tubuh serta
berhias berlebihan, yakinlah syaitan sudah mula bersorak riang, nafsu pula
gembira dengan ledakan tawa atas kemenangan
mengalahkan iman.
Iman kita sudah terhenyak jauh ke dalam,
menangis dan merintih agar kita kembali sedar daripada tipu daya iblis terhadap
wanita.
AUDIT
DIRI DLM PENGGUNAAN ICT
1. Mematuhi waktu solat apabila sedang menggunakan komputer dan melayari
internet.
2. Tidak menggunakan kepakaran dalam ict untuk mencari rahsia dan maklumat
peribadi orang lain.
3. Memanfaatkan pengetahuan ict ke arah kebaikan.
4. Menyebarkan ilmu dan dakwah islam secara baik kepada masyarakat.
5. Mencipta perisian komputer yang dapat membawa masyarakat mendekati
Islam.
6. Tidak menyebarkan berita palsu sama ada isu semasa ilmu yang tidak benar.
7. Memelihara maruah dan hak pengguna lain dengan tidak menyebarkan
keaiban mereka.
8. Bertindak adil antara rakan alam maya dengan rakan alam nyata.
9. Tidak mengabaikan hak dan tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan ict
apabila leka menggunakan ict.
SUDAH
TERSUNGKUR BARU AKUR
‘Kalau
aku dapat pencuri kereta aku, aku akan kerat 4!’
‘begitu
geram, marah?’
‘Yalah,
dengan kereta itulah aku mencari rezeki, menghantar anak kesekoloh dan balik kampung.
ia seolah-olah nyawa kepada keluarga’
‘sampai
nak kerat 4?’
‘confirm!
Kalau dapat aku tak lepas ’
Melihat
dia marah-marah begitu saya ‘tersenyum’ dalam hati. Betapa tidak, saya memang
mengenalinya sejak IPT lagi. masih segar dalam ingatan saya perbualan kami 5 tahun
lalu. Ketika itu beliau sangat sinis dengan hukum hudud.
‘Bagi
aku ayat Quran tentang hudud perlu tafsiran semula. realiti dunia berubah’
‘mengapa
begitu. Syariat itu sesuatu yang evergreen, sesuai untuk setiap zaman dan
masa’.
‘kejam
sangat. Curi saja, potong tangan. Habis macammana pencuri tu nak meneruskan
hidup?’
‘Tuhan
juga memberi kita akal, kita gunakanlah akal untuk menghasilkan kreativiti dan
inovasi bagi menyesuaikan hukumNya mengikut peredaran keadaan dan masa’
—————————————————————
‘kau
berubah?.’
‘berubah
apanya?’
‘kau
dah menyokong hudud sekarang, tak simpati dengan pencuri kereta kau?’.
‘bukan
tak simpati tapi’
‘tapi
geram? marah? Kau terasa dizalimi , dikhianati bukan? Hudud tak sampailah kerat
4. hanya setakat kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang
ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi sekadar mendidik
pencuri dan menegakkan keadilan buat
masyarakat. Jangan apabila hak Allah dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita
sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga
kita jadi mangsa curi , rompak, ragut, zina dan rogol, barulah kita jadi
menyokong hukum Allah ’
Sumber
: Beduk di Ketuk
DOA DARIPADA
RASULULLAH
Lihatlah, betapa
cinta Rasulullah saw apabila baginda berkata kepada seorang sahabat , Muaz Bin
Jabal :
‘Wahai Muaz, aku
sangat menyintaimu. Selepas engkau menunaikan solat, jangan sekali-kali engkau
terlupa untuk berdoa kepada Allah dengan doa ini, maksudnya
‘Ya Allah,
bantulah aku mengingatiMu, mengsyukuriMu, dan memperbaiki ibadah kepadaMu’
(Riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment