Google Ads

Thursday 3 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 1

Assalamualaikum….
Sahabatku….
GURU...Itulah diri kita….dibelenggu dengan tugasan dan kerja yang seakan tidak habis-habis… menanda kertas, menanda buku, menyemak kerja kursus, PPPM ,APDM  menyiapkan ‘register’ setiap hari…..dan macam-macam lagi….cikgu...cikgu….

Sahabatku...
Kita sibuk mengajar pelajar dengan limpahan ilmu pengetahuan, tapi, tanyalah diri kita sendiri… adakah kita ada masa untuk menimba ilmu untuk diri sendiri?? Berapa ayat al-Quran yang kita baca pada hari ini? Berapa minit kita luangkan masa kita mendengar pengisian ilmu agama di radio, tv atau internet??

Sahabatku…
Disebabkan kehidupan di dunia ini menghantui kita sekarang, dan ia adalah sekarang, jd, kita seolah-olah terlupa yang ia adalah SEMENTARA……..dan diri kita bila-bila masa sahaja akan dipanggil menghadap Yang Esa...

MATLAMAT  HIDUP

JANGKA PENDEK

Cemerlang dalam bidang kerjaya dan kehidupan

 

JANGKA PANJANG

Mencari keredhaan Allah

Dan Bahagia di SANA


AL QURAN

Serta diperlihatkan neraka jahanam pada hari itu, (maka) pd saat itu manusia akan ingat(hendak berbuat baik), dan adakah ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? dia akan berkata :’alangkah baiknya kalau aku dahulu melakukan amal-amal baik untuk hidupku(di akhirat)!’Maka pada hari kiamat tidak ada sesiapa pun yang dapat menyiksa seperti azab (yg ditimpakan oleh)Allah.Dan tiada sesiapa pun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan yang membelenggunya.

(Surah Al-Fajr:23-26)


TEKA TEKI
Antara motosikal dan kereta, yang manakah lebih tua?


RANCANGAN BEST UTK DI KONGSI  
à Tanyalah Ustaz
        Isnin-Ahad(7-8Pg)(tv9)

à Tanyalah Ustazah
        Jumaat (11.30-12.30Tgh)(Tv9)

à Islam Itu Indah (Ustaz Pahrol)
        Rabu (10-11pg)(ikim-106.2fm)BEST!



 TEKANAN / STRES
APAKAH IA??
Bermaksud :Tekanan, desakan, bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, gemuruh, kemurungan dan hilang daya.
PUNCANYA?(faktor kerjaya)
· Tanggungjawab yang terlalu banyak
· Terlalu banyak keputusan perlu dibuat
· Pengharapan yang tinggi daripada orang ramai
· Kerja yang membosankan
· Jawatan yang statik dan terbatas
· Tidak dapat urus tugas dengan sempurna

KAEDAH MENANGANI STRES
à Kuatkan hubungan dengan Allah
à Kaji semula pegangan hidup
à Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
à Baiki hubungan sesama manusia
à Kenalpasti tahap tekanan
à Cari punca tekanan
à Muhasabah diri

BERSEDIAKAH UNTUK DIUJI?
Alif lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) menyatakan, ‘kami beriman,’sedang mereka tidak diuji lagi?Sesungguhnya Allah menguji orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar. Sesungguhnya Dia (juga) mengetahui orang  yang dusta.

Surah al-ankabut:1-3


RUANGAN SOLAT

MAKNA BACAAN ALFATIHAH

1)Dgn Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

2)Segala Pujian hanya bagi Allah, Tuhan yg mentadbir sekalian alam

3)Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

4)Yg Menguasai hari pembalasan

5)Kepada Engkau kami sembah dan Kpd Engkau lah tempat kami meminta pertolongan

6)Tunjukkanlah kami jalan yg lurus

7)Iaitu jalan org2 terdahulu yg telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan org2 yang sesat dan Engkau murkai.

(FAHAMKAH ANDA AKAN APA YANG ANDA BACA DLM SOLAT?)



JANGAN SESEKALI LUPA HANYA ALLAH SAHAJA ADALAH TUHAN KITA
….Mereka telah melupakan Allah, jadi Allah akan melupakan mereka… (Surah at-Taubah:67)
ADAKAH kita sudah solat(mengingati Allah)?jk belum, jgn marah jika Allah tidak mengendahkan kita dgn menjadikan kita lemah, letih, malas, ada masalah, sakit badan, banyak hutang, ditindas, dikutuk, disakiti dan macam2 lagi masalah... Kitalah yg salah...tak kenang budi...Allah menjadikan kita sempurna...tp kita lupa Allah..kalau solat pun ala kadar, mcm ayam patuk jagung..tiada kekusyukan.....kononnya sibuk la sangat=(
Astaghfirullah 





No comments:

Post a Comment