Google Ads

Tuesday 29 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 68

MENARIK DI DALAM
·        Apakah ‘inside out?’
·        Peraturan Cinta
·        Tidur oh Tidur
·        Tip-tip atasi Rasa Jemu Dengan Pasangan
·        Semua Amalan Adalah Dengan Niat
·        Siapa Yang Berkata?
·        70 kali
·        Ramai Pengajar, sikit Pendidik

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.  Yang sangat sayangkan hambaNya.

Sahabatku
Pernah dengar tak jika bulan Ramadhan, syaitan akan diikat dan dibelenggu? mesti pernah kan? tak kisahlah daripada mana, dan saya juga pernah dengar akan info itu. dan tertanya-tanya juga macammana cara syaitan itu di ikat sedangkan jumlah syaitan bukannya sikit, sebab syaitan kan tak mati-mati. Hakikatnya, syaitan diikat tidak dapat dibayangkan oleh mata kepala kita. Kita fikir lain, tapi hakikatnya ia berbeza. Allah Yang Mengetahui Tapi saya percaya akan kebesaran n kebijaksanaan Allah menghadapinya dan bagaimana ‘ikatan’ itu sebenarnya, tetapi  saya terfikir jugak, jika benar semua syaitan-syaitan  itu di ikat, habis tu kenapa masih ada kes jenayah berlaku dikalangan masyarakat islam di bulan puasa?, yang simple jer kita tengok ada orang yang tak puasa, tanpa segan silu membeli makanan di khalayak ramai. bukankah itu kerja syaitan? Dan manusialah yang sebenarnya SYAITAN!

sahabatku
saya pernah mengikuti bual bicara seorang ustaz. katanya, hakikat sebenarnya di bulan puasa ialah, apabila manusia  berpuasa, maka syaitan yang dikatakan bergerak dalam saluran darah manusia  akan tersepit dan dihimpit, kenapa? apabila lapar, saluran darah manusia mengecil. jadi syaitan akan tersepit dan begitu juga nafsunya. Adakah tersepit itu dikatakan ‘diikat?’. Ada logiknya. Jelas, Allah lebih Mengetahui. Sebab orang yang tak puasa sering sahaja culas terhadap ketaatan kepada Tuhannya, kan dah jadi syaitan tu.

Sahabatku,
Saya pernah juga terdengar,  kalau seseorang itu tidak mampu kahwin atas sebab yang tertentu, dalam Islam seseorang itu digalakkan berpuasa, kerana untuk mengekang hawa nafsunya. Ya,dan sesungguhnya ketahuilah bahawa punca kejahatan manusia sebenarnya ialah daripada dalam (hawa nafsu) diri sendiri bukan secara total dari luar. dan cara untuk mengatasinya juga mestilah daripada dalam juga. dan inilah yang dikatakan inside out. Perbaiki hati terlebih dahulu sebelum apa-apa yang lain diperbaiki. sesungguhnya hawa nafsu sendiri ialah musuh No.1.
Editor , Norazila Khalid

PERATURAN CINTA
          Peraturan cinta itu apa? Peraturan itu syariat—hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat terpulanglah kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya. Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram akan berakhir dengan kepahitan. Percayalah juga, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkn kemanisan yang berkekalan. Hadiahnya adalah Syurga yang abadi.     




TIDUR OH TIDUR
‘aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak selesai. Aku tidak dapat tidur di malam hari, takut urusanku dengan Allah tidak selesai’.
-Kata-kata Khalifah  Umar Al Khattab r.a apabila di tanya mengapa beliau kurang tidur sejak menjadi khalifah.


TIP-TIP ATASI RASA JEMU DENGAN PASANGAN
2 Jaga Solat Berjemaah, samaada di masjid atau di rumah.
2 Tingkatkan amalan-amalan sunat samaada di dalam atau di luar rumah, iaitu hablumminannas dan hablumminallah.
2 Melancong bersama dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengeratkan lagi hubungan
2 Tukar gaya berkomunkasi dan berinteraksi. Lazimkan senyuman dan selang-selikan dengan gurauan.
2 Sesekali ubah susun atur perabot samaada di ruang tamu, dapur mahupun bilik tidur.
2 Sesekali para suami pergilah ke luar kawasan dalam jangka masa tertentu untuk berdakwah atau melakukan kerja-kerja kebajikan.
2 Belajar resipi masakan baru dan berani mencipta kelainan dalam menghidangkannya.
2 Tukar cara berpakaian atau fesyen sesama pasangan di dalam rumah.
Sumber : Ustaz Pahrol


HADIS 1
SEMUA AMALAN ADALAH DENGAN NIAT
 Daripada Umar bin Al Khattab r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ’Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkn’. 
 Hadis ini menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat , maka dia telah di beri pahala berdasarkn niatnya itu.
 Hadis ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia.
 Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah saw. 
Syarah Hadis 40 Imam Nawawi



Kata Saidina Umar al Khattab
‘ Lihatlah kamu kepada apa yang diperkatakan oleh seseorang itu, bukan melihat kepada siapa yang memperkatakannya’


 70 KALI
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasullah saw bersabda bersabda yang bermaksud :
‘Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika malaikat Izrail datang merenung wajah seseorang, di dapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail ’Alangkah hairannya aku melihat orang ini sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa’.

Insaflah, mungkin pada waktu ini Izrail sedang melawat kita tanpa kita sedari. Sedangkan kita masih lagi lupa dan lalai. Kita masih lagi ingat yang kita masih lagi lama di sini, sedangkan tempohnya kian hampir dan semakin dekat. Siapa tahu? Ajal maut itu di tangan Allah swt.


RAMAI PENGAJAR, SEDIKIT PENDIDIK
‘Apa bezanya mengajar dengan mendidik?’
‘Mengajar dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan..’
‘Mendidik pula?’
‘mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau’
‘jadi sekarang kita banyak mengajar dari mendidik?’
‘begitulah’
‘Boleh berikan contoh?’
‘mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya. Tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya, pelajar kita tahu sembahyang’
‘mendidik sembahyang?’
‘mendidik lebih kepada mengajak. Kita ajak pelajar sama-sama bersembahyang dengan kita. Kita jadi role modelnya. Jika mereka malas kita dorong. Jika salah, kita perbetulkannya. Hasilnya pelajar kita akan mahu sembahyang’
‘oh, mahu bersembahyang. bukan sekadar tahu sembahyang, dan saya pernah mendengar ungkapan inggeris, I need to pray berbanding I have to pray, macammana tu?’
‘I need to pray itu lebih baik. Itu datang daripada kerelaan. Manakala I have to pray tu lebih kepada paksaan. Ibadah dengan rela lebih baik daripada terpaksa’
‘bagaimana dengan paksa rela?’
‘mendidik manusia begitulah. Mula-mula paksa dulu, lama-lama insyaAllah timbul rela. Alah bisa tegal biasa. Itulah prinsip mendidik. Pertama menyampaikannya, kedua membimbing. Jika belum berkesan, tingkatkan dorongan,jika belum juga berjaya, baru gunakan hukuman. Paksa. Bahkan dibolehkan memukul. Bukan untuk menyakiti tetapi mendidik’
‘sekarang ini ramai pengajar sedikit pendidik’
‘ilmu agama sekadar jadi hafalan otak kiri yang tidak melahirkan tindakan. ada yang dapat A1 dalam agama, tetapi tidak solat. Ilmu hanya ditumpahkan dalam kertas peperiksaan bukan dalam realiti kehidupan.’
‘kenapa kita kurang pendidik?’
‘sebab kita tidak mendidik pendidik!, profesyen perguruan tidak menarik dari segi ganjaran dan masih di belakang bidang-bidang lain seperti jurutera atau doktor, sedangkan tanggungjawab, peranan dan tugasnya berat’.
‘Apa keistimewaan pendidik?’
‘ilmu adalah amal jariah. Pahalanya berterusan selepas kematian. Pendidik adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para Rasul. Kerana dia mendidik modal yang paling berharga iaitu modal insan. Pendidik menangani penyakit rohani’
‘tetapi tidak semua orang melihat begitu. Masih ramai yang menilai dari sudut gaji dan ganjaran’
‘biarlah orang lain rasa begitu tetapi golongan pendidik tidak boleh merasakan begitu. Pendidik wajib memandang tinggi profesionnya sendiri. Jangan kesal kalau diri tidak dihargai tetapi kesallah kalau diri benar-benar sudah tidak berharga. Maksudnya, pendidik mesti ada harga diri yang tinggi’
‘barulah mereka boleh berjaya mendidik. Ganjaran pahala bukan sekadar laba. Penilaian Allah, bukan hanya penilaian manusia. Jika tidak, pendidik hanya akan mengajar’
‘dan hasilnya, pelajar hanya tahu,tetapi tidak sedar !’
Sumber : Beduk di Ketuk











           




No comments:

Post a Comment