Google Ads

Tuesday 15 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 36

MENARIK DI DALAM
ü Kenali Virus Hati
ü Sahabat Yang di Janjikan Syurga
ü Wanita solehah
ü Tip-tip untuk Tidur Lena
ü Allah mencintai Orang Bertaqwa
ü Harta Itu Milikku?
ü Hidup vs Bermain Yo Yo

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak dan layak disembah.

Sahabatku
Saya mengikuti bual bicara bersama ustaz Pahrol. Menurut beliau, virus bagi hati adalah dosa. Dosa yang semakin berlambak tanpa dibasuh dengan taubat akan bertindak sebagai virus yang akan merosakkan, bukan hanya memberi kesan kepada kehidupan kita di dunia tetapi juga kehidupan di akhirat sana.

Sahabatku,
Jd, bagaimana kita mahu merawat hati? terdapat 5 cara yang selalu di sebut-sebut iaitu
1)suluh hati dgn ilmu
2)zikrullah
3) kerjakan solat
4)membaca al-Quran
5)selawat kpd Nabi saw.

Sahabatku,
Jadi, teruskanlah menjaga hati kita semoga dengan hati yang baik dan terurus dapat membawa kita menuju cinta Allah.
Editor, Norazila Khalid  

SAHABAT YG DIJANJIKAN SYURGA
ABD. RAHMAN BIN AUF
          Beliau merupakan sahabat Rasulullah yang sangat kaya pada zaman Rasulullah. Beliau banyak menyumbangkan hartanya untuk islam.
          Beliau pernah bertindak sebagai bank, pergi ke kedai-kedai dan menanyakan siapakah sahabat yang berhutang, dan membayarkan hutang tersebut, dan beliau berkata, jika sahabat tersebut bertanya kenapa hutang sudah dibayar ‘Jgn bagitahu aku yang membayarkannya, tetapi cakaplah bahawa ada hamba Allah yang sudi membayarkannya’. Allahuakbar! Bagaimana kita menggunakan harta kita?.

WANITA SOLEHAH
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

 Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

 Wajib menutup aurat

 Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

 Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya

 Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

 Berbuat baik kepada ibu dan bapa

 

2. Taat kepada suami

 Memelihara kewajipan terhadap suami

 Sentiasa menyenangkan suami

 Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah

 Tidak bermasam muka di hadapan suami

 Tidak menolak ajakan suami untuk tidur bersama

 Tidak keluar tanpa izin suami

 Tidak meninggikan suara melebihi suara suami


TIP-TIP SUPAYA TIDUR LENA
2 Lakukan aktiviti ringan sebelum tidur seperti membaca majalah atau   berbual ilmiah bersama anak-anak dan amalkannya berterusan.
2 Katakan tidak kepada rokok dan kurangkan minuman berkafien.
2 Amalkan teknik bernafas yang betul.  Bernafaslah secara perlahan dan mendalam.
2 Pastikan suasana tempat tidur sunyi dan tidak ada gangguan.
2 Bermuhasabah sebelum tidur. Maafkan semua orang. Membaca 3 Qul dan ayat kursi.
2 Akhir sekali, apabila kita tidak dapat tidur jangan paksa diri kita. Lakukan aktiviti lain seperti solat sunat dan mengaji Al-Quran.
InsyaAllah kita akan dapat tidur dengan lena.



EMPAT PERKARA UTK SIHAT
 4 PERKARA MENGUATKAN BADAN
@Makan Daging
@Memakai Haruman
@ Kerap Mandi
@Berpakaian Kemas

 4 PERKARA MENAJAMKAN MATA
#Memandang Benda Yang Hijau
#Duduk Menghadap Kiblat
#Bercelak Sebelum Tidur
#Berpakaian Bersih

 4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
@Tidak Banyak Berbual Kosong
@Rajin Membersihkan Gigi 
@ Bercakap Dengan Orang Yang Soleh
@Bergaul Dengan Para Ulama 

 4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN
#Banyak Minum Air Ketika Makan 
#Sentiasa Cemas
#Banyak Makan Makanan Masam
#Terlalu Banyak melakukan hubungan seks 

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
@Memandang najis 
@Melihat Orang Dibunuh 
@ Melihat Kemaluan 
@Membelakangi Kiblat 
Sumber : Dato Siti Nor Bahyah




TERJEMAHAN AL QURAN
ALLAH MENCINTAI ORANG YANG BERTAKWA
129. dan milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dia Mengampuni siapa yang Dia kehendaki, dan mengazab siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.  
130. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
131. Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
132. dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad) agar kamu diberi rahmat.
133.dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapat syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa.
134. (iaitu) orang yang berinfak (bersedekah), baik pada waktu lapang atau sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.
SURAH ALI IMRAN 129-134

HARTA ITU MILIKKU?
Cuba lakukan beberapa perkara berikut...
¤ Lihat duit yang ada dalam dompet kita. Berapa banyakkah duit yang ada?
¤ Lihat buku akaun simpanan bank atau penyata akaun bank. Berapakah jumlah yang tertera pada baki akhir di situ?
¤ Selak pula penyata simpanan amanah saham dalam unit trust, berapakah jumlahnya kini?
¤ Lihat rumah yang didiami. Jika rumah itu dibeli atau dibina dengan hasil titik peluh sendiri, berapakah nilai semasanya kini?
¤ Apa lagi harta yang dimiliki,? Tanah, rumah sewa, kedai yang disewakan, barang kemas atau mungkin asset milik syarikat?

            Ramai manusia berfikir, duit tunai itu adalah milik kita kerana berada dlm dompet kita. Simpanan dalam bank  dan pelaburan jangka panjang adalah milik kita kerana jelas nama kita pada penyata akaun itu. Begitu juga aset seperti  tanah, rumah dan sebagainya.
            Namun sedarkah kita bahawa kita tidak pernah memiliki apa-apa kerana semua itu adalah milik Allah ygan hanya dipinjamkan sementara dan kitalah yang menjadi pentadbirnya? Buktinya, semua harta itu tidak boleh dibawa bersama apabila kita meninggal apatah lagi untuk memanfaatkannya ketika di alam barzah.
            Apakah milik kita sebenarnya? Milik kita adalah harta yang kita sedekahkan dan belanjakan dengan nama Allah. Jika semalam kita ada bersedekah RM1 kepada peminta sedekah contoh nya, jadi RM1 itu adalah milik kita. Jika hari ini kita ada menyumbangkan al-Quran atau telekung kepada masjid atau surau, maka itu adalah aset kita. Jika kita memberikan nafkah kepada ahli keluarga maka itu adalah juga harta kita. Sesuatu harta itu hanya akan menjadi milik kita jika kita memanfaatkannya untuk kebaikan akhirat, bukan sesuatu yang di simpan di dunia dan dibelanjakan mengikut kehendak dan nafsu. 
            Jik hari ini dicongak-congak  jumlah duit dan harta kita yang sebenarnya, yang disedekahkan pada jalan Allah, berapakah agaknya jumlahnya? fikir-fikirkan.
Sumber : Jejak RM

HIDUP INI SEPERTI BERMAIN YO-YO
Pernah bermain yo-yo? Semakin  banyak kita membaling, semakin banyak ia datang kembali bukan? Begitu juga hidup ini, kita perlu ’membaling’ bantuan dan hadiah  kepada keluarga serta rakan-rakan disekeliling. Kita tidak akan  rugi, percayalah. Semakin banyak kita ‘membaling’, semakin banyak ia datang kembali.









No comments:

Post a Comment