Google Ads

Monday 14 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 34

MENARIK DI DALAM
Ø Terbalaskah Nikmat Mata?
Ø Taubat Sebelum Terlambat
Ø Step By Step Taubat
Ø Merangsang Motivasi Dalam Diri
Ø Dosa Dengan Manusia
Ø Tip Memukul Anak
Ø Fungsi Madu Lebah
Ø Siap atau Sempurna?
Ø Kaya atau Miskin?


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang Menguasai segalanya.

Sahabatku
Pernahkah pada suatu malam, sedang sibuk melakukan tugasan atau enak-enak menjamu makanan atau asyik menonton rancangan kegemaran kita, tiba-tiba ‘blupp!’ sambungan elektrik terputus. kita menoleh ke kanan dan ke kiri, gelap gelita. Dengan berhati-hati kita melangkah dan kedua-dua tangan diluruskan ke depan, takut terhantuk pada dinding dan perabot rumah. Dengan perlahan-lahan melangkah, otak bekerja keras mengingati susunan perabot di dalam rumah, takut kaki tersadung dan badan badan terjatuh. Destinasi kita hanya satu, mencari cahaya, samaada lilin, atau apa sahaja yang boleh memberikan cahaya.
           
Sahabatku,
Pada ketika itu barulah kita rasa payahnya kalau tiada cahaya, dan mata hanya boleh berfungsi dengan adanya cahaya. Nikmat mata boleh hilang seketika dengan ketiadaan cahaya.

Sahabatku.
Bagaimana jika dunia kita gelap selama2nya? Jk Allah ingin menarik nikmat mata, hanya sekejap sahaja. Bagaimana kita mengsyukuri nikmat mata yang Allah kurniakan? Perbanyakkanlah menggunakan mata untuk melihat perkara yang baik contohnya Al-Quran dan hadis.
Editor, Norazila Khalid

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT
Orang yang boleh segera bertaubat hanyalah orang yang merasakan keagungan Allah, takut kepadaNya dan mengharapkan keampunanNya. Bukan kerana penyakit, atau sudah tidak berupaya atau tidak bertenaga atau untuk selamat daripada dihukum, tetapi taubat yang ikhlas adalah semata-mata kerana Allah.



STEP BY STEP TAUBAT

 Segera Meninggalkan Maksiat

-> Bertekad untuk meninggalkannya

-> Bertekad untuk tidak mengulanginya lagi

 

 Menyesali Maksiat Yang Dilakukan

->Timbul perasaan malu kerana pernah melakukan dosa.

-> Takut dengan azab dan seksaan daripada Allah.

-> Ikhlas bertaubat kerana Allah bukan manusia.

 

 Berazam Tidak Akan Mengulanginya Lagi

Berjanji dengan Allah supaya perbuatan jahat itu tidak akan diulangi.

  

 Jika Dosa Dengan Manusia?

-> Memperbanyakkan istighfar dan ibadah serta meninggalkannya.

-> menjernihkan yang keruh

-> meminta maaf kepada orang yang dizalimi, dituduh dan disakiti

-> Memulangkan hak orang tersebut

-> Membina hubungan baik sesama manusia

 

 


MERANGSANG MOTIVASI DLM DIRI
2 Kata-kata perangsang kendiri setiap hari
2 Membaca al Quran berserta maksudnya
2 memberi ganjaran kepada diri sendiri
2 Sempurnakan tugasan
2 Dapatkan komen atau pendapat daripada orang lain
2 Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri
2 Senaraikan objektif kejayaan yang ingin diraih
2 Jangan takut melakukan kesilapan
2 Alasan peribadi, Anda adalah yang terbaik
2 Ramai orang yang sudah Berjaya  melakukannya
2 Jangan kedekut untuk membantu orang lain

Sumber : Mahir (Ahmad Fadzli Yusof)

DOSA
DOSA DENGAN MANUSIA
 MENGGUNAKAN SIHIR
Untuk menjatuhkan orang lain. Kini, masih ramai yang menggunakan sihir terutama peniaga atau pasangan suami isteri.

 MENDERHAKAI IBU BAPA
Sejak remaja lagi sudah tahu melawan ibu ayah, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa untuk mengikut pandangan ibu bapa. Hakikatnya mereka sebenarnya menderhakai ibu bapa tanpa sedar.

 MEMUTUSKAN SILATURAHIM
Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa kerana salah faham yang kecil atau merebut harta pusaka.

 TIDAK MENUNAIKN HAK SUAMI ATAU ISTERI ATAU ANAK
Suami dan ayah menyalahgunakan harta untuk perkara yang haram. Begitu juga kepada isteri atau ibu yang tidak menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya.

 MENGABAIKAN JIRAN
Membiarkan jiran kelaparan sedangkan diri kekenyangan dan kadangkala banyak makanan di masukkan ke dalam bakul sampah.ini perkara lazim dalam masyarakat kita.




TIP MEMUKUL ANAK

O Tidak menggunakan hukuman ini jika tiada cara lain lagi.
O Jangan Memukul ketika marah. Tarik nafas dalam-dalam, hadirkan kewarasan dahulu.
O Jangan  sesekali memukul di muka, dan ini termasuklah segala bentuk hukuman seperti mencubit pipi. Tidak memukul di bahagian yang menyakitkan seperti di wajah, kepala dan dada.
O Pukulan bukan bertujuan untuk menyakitkan, tetapi untuk memberi peringatan dan pengajaran.
O Sebahagian orang berpendapat, tidak boleh memukul anak yang berumur bawah 10 tahun.
O Memukul tidak melebihi tiga kali.


PERSONALITI UNGGUL
1. Berani menyatakan keimanan.
2. Kaya tetapi pemurah.
3. Sangat mencintai Nabi saw
4. Amanah dalam menjaga rahsia
5. Takutkan Allah
6. Proaktif melakukan kebaikan


FUNGSI MADU LEBAH
J Makanan berzat yang bermutu tinggi
J Makanan penjagaan kesihatan
J Ubat kepada pelbagai jenis penyakit
J Sumber tenaga




MUHASABAH
SIAP ATAU SEMPURNA
            Apakah perbezaan diantara sudah siap dan sudah  sempurna?ada perbezaan besar diantara kedua-duanya. Sudah siap tidak semestinya sempurna, tetapi jika sudah sempurna maknanya sudah siap.
            Pencapaian kerjaya seseorang diukur dengan KPI (Key Performance Index). Kualiti sesuatu produk pula boleh dipantau oleh SIRIM. Kemantapan pengurusan sesuatu organisasi boleh disahkan oleh ISO. Namun, kualiti ibadah mampukah kita nilai sebelum ditimbang di Mizan?
            Apa kata kita laksanakan satu konsep yang mudah iaitu sempurnakan ibadah, bukan sahaja melaksanakannya sehingga selesai. Itulah yang akan menentukan kualiti ibadah kita terjaga.
            Apa salahnya cerewet sedikit dengan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Untuk masuk ke syurga bukannya percuma bukan? kita perlu ‘membayarnya’ dengan ‘harga’ yang tertentu semasa kita berada di dunia, agar dapat bersenang lenang di akhirat nanti. Jangan pula kerana bersenang lenang dahulu di dunia, menderita pula di akhirat. Nauzubillah.
            Mulai saat ini pastikan ibadah kita sempurna sebelum, semasa dan selepasnya. Sebelum dengan niat yang ikhlas dan ilmu yang mencukupi, semasa dengan penghayatan yang luar biasa dan seterusnya diakhiri dengan rasa takut dan berharap yang seimbang.




KAYA ATAU MISKIN: KITA BERUSAHA DAN TAWAKAL
Kalau Tuhan betul-betul  mentakdirkan kita menjadi miskin sekurang-kurangnya kita telah mendapat pahala kerana berusaha. Dan yang paling penting kita telah memenuhi hasrat hati kita.
Sebaliknya, alangkah ruginya kalau Tuhan telah menetapkan kita menjadi kaya sedangkan kita tidak berusaha pun ke arah itu. InsyaAllah dengan sebab itu Tuhan akan menukarkan ketetapanNya dan benar-benar menjadikan kita miskin.





No comments:

Post a Comment