Google Ads

Wednesday 23 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 55

MENARIK DI DALAM
·        Katakan tidak kepada SYAITAN
·        Iktibar dari pokok semalu
·        Hukum mesej berantai
·        Dialog Syaitan vs Bicara Orang Beriman
·        Tip hilangkan panas baran

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Yang Menguasai segalanya.

Sahabatku
Saya ada menyimpan  satu  kata--kata ini ‘katakan TIDAK kepada syaitan, pada setiap masa dan ketika, di semua tempat dan keadaan. manusia hakikatnya sedang berperang sekarang. dengan musuh batinnya iaitu SYAITAN laknatullah’

Sahabatku
Syaitan menyuntik rasa yang indah dan best-best  sahaja dalam hati kita, dan yang indah itulah yang akan perlahan-lahan memesongkan kita ke arah lembah yang semakin lama semakin curang dan dalam yang akan meninggalkan iman kita yang hanya secebis cuma. Astagfirullah.
Editor, Norazila Khalid  

MALU-IKHTIBAR DR POKOK SEMALU
Buat Wanita
2 Sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.
2 Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah.
2 Akar pokok semalu kuat mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.
2 Selalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan Allah ini mengingatkan kaum wanita supaya pulang dan duduklah di rumah apabila ketika hari gelap.



SAHABAT YG DIJAMIN SYURGA (3)

 SA’AD BIN ABI WAQQAS

Beliau sangat mencintai Ibunya namun lebih mencintai Allah. Ibunya yang masih kafir mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati ‘sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu persatu saya tidak akan meninggalkan agama Islam ini’

Allah berfirman ‘Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepadaKu dengan sesuatu yang engkau tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia dengan sebaikbaiknya’. (surah Luqman 31:15)

Beliaulah orang yang pertama yang melepaskan anak panah dalam peperangan Islam.  

 

 SA’ID BIN ZAID

Adik Ipar kepada Umar Al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi sebab keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Baginda Rasul saw. Sebelum memeluk Islam lagi baginda dicemuh dan diseksa oleh masyarakat kerana mempertikaikan budaya jahiliah. Lalu hadirnya Islam memenangkannya.

 

 ABDUL RAHMAN BIN ’AUF

Beliau hebat dalam peperangan dan perniagaan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah yang beliau terlepas. Bahkan, operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya. Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri Rasulullah selepas kewafatan Rasulullah saw.

Sumber: Muhammad Luqman Makhtar

 


Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
1.Kenapa Allah tidak mengurniakan kepandaian menulis dan membaca kepada Rasulullah saw?

2.Hukum mesej berantai, jika disebarkan contoh kepada 20 orang akan memberikan 20 kebaikan kepada diri
.
 A
1.Kerana sebagai persediaan menerima wahyu langsung daripada Allah dan tiada pertikaian bahawa ia daripada hasil tulisannya sendiri.

2. Mengarut je tu. Usah percaya.




DIALOG SYAITAN VS BICARA ORANG YANG BERIMAN

 Situasi:MELENGAHKAN SOLAT FARDU
Dialog Syaitan: ‘Eh, kau baru je dapat rehat untuk tengok drama korea ni. Best ni. romantik, malam nanti kau solatlah’
Bicara orang Beriman : ‘ Apa lagi alasan aku untuk tidak solat diawal waktu. Biarpun waktu isya’ panjang, ia bukan tiket untuk melengah-lengahkannya. Ajal datang menjemput pada bila-bila masa’

 Situasi:TIDAK AMANAH KETIKA BERPUASA 
Dialog Syaitan: ‘Bukan ada orang nampak pun. Kau kerja teruk, penat, jerit kat pelajar-pelajar nakal, pelajar pulak degil-degil ari ni. Alang-alang tengah berwuduk ni, Kau telan saja air. Line clear ni, cepat sikit’
Bicara orang Beriman : ‘ Bukan manusia yang menilai ibadahku. Hanya Allah sebaik-baik penilai. Sesungguhnya setiap amalan yang aku lakukan perlu ikhlas dan amanah kerana Allah swt’.

 Situasi:MENGABAIKAN ZAKAT PENDAPATAN ATAU HARTA
Dialog Syaitan: ‘Bukan senang peniagaan kau nak maju sampai ketahap ini. Kenapa perlu bayar zakat pendapatan? Inikan usaha kau selama ini? Kau bukannya kaya raya sangat sampai perlu berzakat’
Bicara orang Beriman : ‘ Sungguh hikmah zakat itu sangat besar. Ia adalah penyucian harta daripada sifat bakhil dan tamak’.

 Situasi:TIDAK MENUNAIKAN HAJI BAGI YANG BERKEMAMPUAN
Dialog Syaitan: ‘Haji tu tahun depan boleh pergi. Harga tanah jatuh sekarang. Ada diskaun hebat lagi. masa inilah kau gunakan simpanan tabung haji Rm10000 untuk bayar wang pendahuluan. Kau kena bijak rebut peluang keemasaan ni’
Bicara orang Beriman : ‘ Harta di dunia tidak menjanjikan kebahagiaan yang akan ku peroleh di akhirat nanti. Menunaikan haji adalah salah satu daripada rukun Islam. Kenapa aku masih berkira-kira lagi untuk melaksanakan ibadah ini sedangkan aku berkemampuan? ’

 Situasi:SENTIASA MEMANDANG RENDAH KEPADA ORANG LAIN ATAU MEMANDANG TINGGI PADA KELEBIHAN DIRI SENDIRI 
Dialog Syaitan: ‘Baguslah kau dipuji Bos. Ini semua atas pencapaian baik yang telah engkau tunjukkan. Hebatnya kau. Tiada org lain yang dapat menyaingi kau. Tengoklah dia tu tak habis-habis dimarahi Bos. Entah-entah dia dibuang kerja bulan depan.’
Bicara orang Beriman : ‘ Terima kasih Allah atas nikmatmu ini, Jangan jadikan aku seorang hamba yang tidak mensyukuri segala nikmat MU ini. Pujian ini hanya layak utkMu Ya Allah’

 Situasi:BERSENANG LENANG ATAS KEMALASAN DIRI SENDIRI 
Dialog Syaitan: ‘Buat apa aku bersusah payah datang ke tempat kerja? Punch Card Rosak, jadi Bos tak tahu siapa yang ada siapa tak ada.Lagipun, bukan tak nak pergi, tp Hujan pula tak henti-henti, payung pula tak ada. Kan lebih baik aku sambung tidur aje. Nanti aku cipta la apa-apa alasan jika aku terkantoi’
Bicara orang Beriman : ‘ Aku perlu bersemangat, Orang Islam tidak boleh lemah dan layu. Halangan yang mendatang bukan penghalang untuk menjadikan aku malas, tetapi halangan inilah yang akan menjadikan aku sebagai Orang Islam yang kuat’. 




 TIP HILANGKAN PANAS BARAN SECARA PSIKOLOGI

O Berfikir positif dan Tenang. Belajar mengeluarkan kemarahan secara positif dan terhormat kerana ia akan menukarkan tekanan menjadi kekuatan.
O Elakkan daripada memekik ataupun bertindak Agresif. Luahkan perasaan dan masalah yang dihadapi dalam keadaan, masa dan tempat yang sesuai.
O Tarik nafas panjang dan dalam-dalam. memperbanyakkan membaca buku agama dan motivasi.
O Kenali Diri. Kenali diri sendiri dan ketahui faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran. Cuba kawal diri sendiri setiap kali faktor tersebut datang.
O Bezakan Perkara Dalam Kawalan Diri Atau Sebaliknya. Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan diri, maka marah tidak akan mengubah apa-apa. sebaliknya ia akan membawa penat dan meningkatkan lagi rasa tertekan.
O Dapatkan nasihat dan Bimbingan. Jika sikap panas baran masih belum dapat dikawal, temui ustaz, ulama, guru, kaunselor, atau pakar psikiatri.







No comments:

Post a Comment