Google Ads

Saturday 5 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 7

MENARIK DI DALAM
è Aurat wanita
è Ujian Allah sesuai dengan kemampuan kita?
è Hari kebangkikan pasti akan berlaku
è Ibarat api memakan kayu bakar
è Manariknya orang yang beriman itu
è Positive thought!!
è Checkpoint perjalanan hidup
è Jemputlah Khusyuk dalam solatmu
è 7 ramuan hidupkan cinta yang hampir layu

Assalamualaikum….
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani….

Sahabatku wanita ….
Kita sering tak kisah sangat tentang aurat kita terutama sekali ketika berada di rumah… kita selalu kata yang ini rumah aku, jadi aku boleh buka aurat…

Sahabatku….
Memang di rumah,kita boleh buka aurat, tetapi tidak di luar rumah….kadangkala kita ingin jemur pakaian, keluar ambil barang dalam kereta, buka pintu pagar, ada jiran nak jumpa, kita main redah dan selamba saja keluar dengan okum rambut & pakai baju lengan pendek, kadangkala dengan baju kelawar….. Aduhai…

Sahabatku…
Apa yang lagi menyedihkan, kita juga selamba berlengan pendek ke kedai atau keluar rumah… sedangkan kita tahu yang aurat untuk wanita kepada bukan muhrim adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Adakah siku itu sama dengan tapak tangan??? Kita sangat meremehkan hukuman Allah…. Kita ingat ia Cuma dosa kecil…sedarkah kita yang dosa kecil yang berulang akn menjadi DOSA BESAR?               Editor


TERJEMAHAN AL-QURAN

‘Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya. Ia mendapat pahala (dr kebajikan) yg diusahakannya & dia mendapat seksa (dr kejahatan) yg dikerjakannya. (Mereka berdoa)’Ya Tuhan kami, janganlah Engkau okum kami jk kami lupa @ kami tersalah. Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau bebankan kami beban yg berat sebagaimana Engkau bebankan org2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau pikulkan kpd kami apa yg tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami,rahmatilah kami. Engkau penolong kami, oleh itu tolonglah kami utk mencapai kemenangan terhadap kaum2 yg kafir’.

Surah Al– Baqarah ayat 286



JANGAN SEKALIPUN LUPA HARI KEBANGKITAN DAN PERHITUNGAN PASTI AKAN TERJADI.
     Dan sesungguhnya hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Surah al-Hajj: 7)
     Sekarang, berhenti seketika & lihat jam tangan kita. Setiap minit berlalu, kita sedang menuju ke arah saat terakhir. Saat yang mana kita akn kembali kpd Tuhan &buku amalan kita. Masa yg sudah ditetapkan itu pasti datang. Saat itu bukanlah boleh dijangka, dimana ketika roh akn dicabut oleh malaikat maut. Slps itu, kita akn tiba di Hari Kebangkitan. Segala perkara dunia akn menjadi tdk signifikan & kita akn melihat dgn jelas & apa yang paling penting adalah ketakwaan & redha Allah.
     Jd, kita masih mempunyai waktu, jgn lupa  membuat persedian utk hari kebangkitan, apabila segala di dunia akn hilang & manusia akn dibangkitkan dr kubur masing2 utk menerima buku catatan amalan drpd Tuhan mereka.Pada hari itu, setiap perbuatan yang dilakukan semasa hidup akn jelas. Sesiapa yg membuat kebaikan akn diberi ganjaran penuh, manakala barang siapa yg berbuat keburukan akn berharap yg mereka dijauhkan drpd perbuatan salah mereka. Seorang diri di hadapan Allah, manusia akn dihakimi dgn adil & tdk sedikit pun dizalimi.
     Masa terus semakin hampir dgn Hari Pembalasan. Mrk yg tdk mengendahkan amaran2 Allah ttp hanya mengikut keinginan & hawa nafsu berada dlm kerugian yg besar. Perkara ini dinyatakan didlm al-Qur’an:Telah dekat kpd manusia hari menghisab amalan mrk, sedang mrk berada dlm kelalaian lg berpaling (daripadanya). Tdk dtg kpd mrk suatu ayat Al-Quran pun yg baru (diturunkan) dr Tuhan mrk, melainkan mrk mendengarnya, sdg mrk bermain-main. (Surah al-Anbiya’: 1-2)  
     Pada hari itu, sgl amalan seseorang yg disimpan di dlm rekod Allah akn dipersembahkan kpdnya. Segala fikiran, perbuatan, termasuklah perkara yg sudah dilupainya akn menjadi terang. Sesungguhnya, al-Qur’an memberitahu kita bhw semua perkara yg dilakukan seseorang direkodkan termasuklah butir2 yg kecil.

    

HADIS
Sabda Rasulullah saw yg bermaksud:
”Jauhkanlah (oleh kamu)dengki (hasad)krn ia akn memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar  .”
 (Riwayat Abu Daud)
                       


ORANG YANG BERIMAN
‘Amat menarik keadaan org yang beriman, semua pekerjaannya baik belaka. Jika memperoleh nikmat, dia bersyukur & itu memberikannya kebaikan (pahala). Jk ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar & itu juga memberikannya kebaikan.
Riwayat Muslim

POSITIVE THOUGHT!!!

If your head doesn’t get there first , you never will
Ernie Larson

You ’ve got to get up every morning with determination if you’re going to go bed with satisfaction.
Rebecca R.

Well begun is half done
Aristotle

Winner must have 2 things: Definite goals, and a burning desire to achieve them
Motivator

One important key to success is self-confidence. An important key to self-confidence is preparation.
Arthur Ashe

Don’t ask for an easier life; ask to be a stronger person
Kristeh Goeser

Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.
Jeremy Kitson



Sahabatku…
Bersediakah kita untuk melalui checkpoint – checkpoint ke SYurga?…
Firman Allah ‘ Jgnlah sekali-kali kamu mengira bhw Allah lalai drp apa apa yg dikerjakan oleh org yg zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kpd mrk sampai hari yg pd waktu itu mata mrk terbelalak’ (Surah Ibrahim 14:42)
CHECK-POINT HIDUP MANUSIA
ALAM ROH
Masih ingat aku janji kita dgn Allah??

ALAM RAHIM
Nyawa ditiup sms bayi berada dlm kandungan

DUNIA
Dunia tidak ubah seperti sebuah ‘kenderaan’ yg membawa kita
sbg musafir ke alam akhirat

SAKARATUL MAUT
Jangan sangka apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad, ujian dah berakhir(byk lg yg menunggu)

KUBUR
Sendirian tidak berteman. Terasing dan sepi.

TIUPAN SANGKAKALA KALI PERTAMA
Mematikan semua makluk kecuali Allah dan malaikat Israfil

TIUPAN SANGKAKALA KALI KEDUA
Semua makhluk Di dihidupkan  semula

AL-HASYAR (MANUSIA DIKUMPULKAN)
Perkara2 yg berlaku adlh: Syafaat dr Nabi, Penyerahan kitab amalan, Hisab, Mizan & Telaga (al-Haud)

TITIAN SIRAT
Titian yg merentangi neraka jahanam. Inilah satu2nya jalan menuju ke Syurga

DESTINASI TERAKHIR (SYURGA ATAU NERAKA)
Bekalan utk ke sana bermula SEKARANG!!!

SUDAHKAH KITA BERSEDIA??????
Sumber : SOLUSI ISU 38 (SYURGA ITU BENAR)


 JEMPUTLAH KHUSYUK DALAM SOLATMU

* Kemahuan yang kuat utk solat

 

* Memahami maksud bacaan dlm solat

          

* Berwuduklah dgn sempurna

         

* Sebaiknya dengarlah azan, jawab azan & baca doa slps azan

 

* Dianjurkan bersiwak (gosok gigi) oleh Nabi SAW

 

* Memandang tempat sujud

 

* Anggaplah ia adalah solat yg terakhir

 

* Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat

 

* Pelbagaikan surah yang dibaca dalam solat

 

* Pakailah pakaian yang bersih

 

* Solat ditempat yang tiada orang dan tenang (tidak bising) jk solat bersendirian

SOLUSI ISU 6


 

 7 RAMUAN HIDUPKAN CINTA YG HAMPIR LAYU

Menelusur kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW, kita sepatutnya mengkaji tentang ramuan yg menguatkan cinta Rasulullah kepada isteri-isteri baginda

1. KELEMBUTAN

Sabda Nabi SAW ’Dan sesungguhnya jk engkau memberi nafkah, maka itu adalah sedekah, hinggakan suapan ke dalam mulut isterimu adalah suatu sedekah’

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

2. TABAH MASA SENANG DAN SUSAH

Ketabahan adalah potensi  terbesar yg diperlukan setiap pasangan utk menghadapi ujian perkahwinan 

3. LAHIRKAN ANAK

Sabda Rasulullah SAW ’ Sebaik-baik wanita di antara kamu ialah yg ramai zuriat, yg pengasih, penyayang dan penurut jk mereka bertakwa kpd Allah’ (Riwayat Imam Baihaqi)

Ttp jk ditakdirkan tiada rezeki utk dikurniakan cahayamata, mk sandarkanlah semuanya kpd Allah krn Allah sgt sgt tahu apa yg terbaik utk hambaNya. 

4. BERKONGSI MENGURUS RUMAH TANGGA

Isteri2 Rasulullah SAW bukan hanya berperanan dlm rumah tangga shj, bahkan mrk ikut menentukan hala tuju dakwah & politik sms mrk hidup bersama Rasulullah SAW. 

5. CEMBURU ITU WAJIB

Cemburu itu menguatkan cinta. Berilah juga kepercayaan kpd psgn kita & tetap berwaspada... 

6. BERHIAS

Sabda Rasulullah SAW ’Sebaik-baik isteri ialah yg menyenangkanmu ketika engkau memandangnya’(Hadis riwayat al-Tabrani) 

7. BERCUTI, BERHIBUR DAN BERGURAU SENDA

Bersama pasangan adalah masa yg paling menyeronokkan jk ia memberi manfaat kpd kedua belah pihak

Majalah Mingguan Wanita Dis 2008


 

No comments:

Post a Comment