Google Ads

Sunday 13 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 31

MENARIK DI DALAM
§  Hadiah terbaik untuk diri
§  Kaedah menguruskan emosi
§  3 golongan manusia
§  Boleh buat maksiat dengan syarat?
§  Teknik tajamkan minda


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Esa dan yang satu-satunya layak disembah.

Sahabatku
Bilamana kita menyayangi diri kita, apa yg kita lakukan? ada yang kata kita perlukan rumah yg besar supaya diri kita selesa. ada yang kata kita perlukan pakaian yang cantik supaya kita sentiasa kelihatan anggun dan berseri sentiasa. ada yang fikir bahawa tanda kita sayangkan diri dengan menjaga makan untuk elak daripada dihinggapi penyakit berbahaya. semua itu betul kan? kita perlukan yang terbaik, yang the best untuk diri kita ini.

Sahabatku
Tetapi yang sangat penting adalah jika kita sayangkan diri kita, kita seharusnya berusaha untuk elak diri kita daripada menjadi bahan bakaran api neraka kelak. Itulah hadiahn yang paling berharga, bukan?. Ianya Bukan sekarang, tp nanti, yang kita pasti akan tempuhi juga. tetapi persediaannya adalah sekarang, bukan boleh ditangguh-tangguh lagi, kerana kematian akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja, tiada message, tiada wasap, tiada email, jemputan itu tiba-tiba, mungkin semasa kita sedang membaca ini, nyawa kita dihentikan. Siapa tahu?

Sahabatku
tiada guna lagi kehidupan di dunia ini jika nyawa sudah bercerai daripada jasad. kehidupan di akhirat juga yang akan menjadi kehidupan abadi yang kekal selama-lamanya, di sana tidak akan mati-mati lagi. jadi, jika benar sayangkan diri sendiri, takut diri diseksa maka kita perlu bersedia. Bagaimana? Pastinya dengan cara melakukan banyak kebaikan, amal dan ibadat. bila sebut ibadat ramai yang hanya ingat solat, puasa, zakat, sedangkan bekerja juga ibadat, menjaga rumahtangga juga ibadat, semuanya adalah ibadat jika dilaksanakan dengan betul. Jadi, sayangi diri anda dengan cara yang betul dan sepatutnya.
Editor, Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah 3 buah masjid yang utama bg muslim menziarahinya?
2. Isteri Rasulullah saw yang pertama dan terakhir.
3. Bilakah disyariatkan zakat fitrah?
Jawapan di akhir edisi  ini


KAEDAH MENGURUSKAN EMOSI

 Kenalpasti reaksi diri terhadap tekanan

Kaedah ini amat perlu dan untuk memastikan di tahap manakah kita sebelum ini dan membantu dalam menilai tentang bagaimanakah untuk kita memperbaikinya.

 

  Bentuk kebolehan untuk kawal emosi

Cubalah dan latihlah diri untuk ceria dan reda walaupun diuji.

 

 Cuba buang sifat negatif satu persatu

Rawatan yang paling berkesan tetapi memerlukan masa ialah merawat diri daripada sifat-sifat tercela dan kurang elok. Lakukan sedikit demi sedikit tetapi berterusan, insyaAllah berkat mujahadah yg jitu pasti akan membuahkan hasil.

 

 Lepaskan emosi secara sihat

- lakukan pernafasan yang sempurna

- oksigen yang masuk ke dalam badan akan mengembalikan ketenangan dan keselesaan.

 

 Jauhi dari orang yang negatif

Berkawan dan hormatilah semua orang. pandanglah orang disekeliling kita dengan rasa hormat dan kasih sayang. Bentukkan ukhuwah islamiah yang berteraskan iman dan ketakwaan. Jadikanlah orang disekeliling kita sbg cth teladan & sempadan. Pilihlah teman & rakan yang berakhlak terpuji agar diri kita terarah kepada kebaikan dan keredhaan Allah. Jauhi teman-teman yang mengajak kita kepada kemusnahan dan kerosakan.

 

 Fokus kepada setiap tindakan, aktiviti dan situasi yang dihadapi

- apabila fokus kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan, kita akan menjadi tenang. Kita akan bersungguh pada perkara yag kita fokuskan dan seterusnya dapat mengurangkan tekanan.                               - daripada konsentrasi tenaga yang terbentuk, persepsi dapat ditukarkan kepada perkara yang lebih terarah dan positif.

- apabila wujud unsur-unsur yang merangsang tekanan, tenaga yang terhasil melalui konsentrasi tadi akan segera mengubahnya. Akhirnya kita akan dapat mengawal diri.

 

Sumber: Buku petua menangani stres (Dato’ MFK)


TAHUKAH ANDA?
3 GOLONGAN MANUSIA

§  Hidup demi dunia semata-mata
Allah swt berfirman yang bermaksud:’ Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ’Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan’(Surah al An’am 6:29).
Golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

§  Golongan yang percaya kewujudan akhirat
Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan ‘di sana’. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan hakiki di akhirat.

§  Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.
Mereka menanam (Membuat kebajikan) di sini (di dunia) untuk menuai hasilnya di akhirat kelak .

Golongan manakah agaknya kita?

BOLEH BUAT MAKSIAT (KEJAHATAN)DENGAN SYARAT

 Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang derhaka kepada Allah, makan rezeki Allah.
 Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya.
 Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak Nampak akan kamu.
 Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepada malaikat maut untuk menangguh sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut maka persilakanlah untuk melakukan maksiat.
 Sekiranya malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakanlah kepadanya bahawa kamu tidak mahu mengikutinya. Sekiranya engkau mampu berbuat demikian , maka dipersilakanlah melakukan maksiat.

Sumber :  Imam al Qurtubi


TEKNIK MENAJAMKAN MINDA MELALUI ASPEK MOTIVASI

¤ SENTIASA BERMOTIVASI TINGGI
Berilah pelbagai bentuk motivasi pada anak-anak. semua bahan motivasi ini akan menjadi input untuk mereka bertindakbalas. Apabila mereka bertindakbalas bermakna mereka telah menggunakan minda mereka. Proses ini apabila menjadi kelaziman akan menajamkan minda anak-anak.

¤ MELAWAN SAKIT
Orang yang bermotivasi tinggi tidak ada masa untuk melayan penyakit yang hinggap di tubuhnya.

¤ BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif boleh menajamkan minda kerana minda akan bekerja untuk mencapai apa yang dicita-citakan.

¤ TEKUN DAN BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH
Usaha yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh melatih minda mendisiplinkan diri supaya boleh mengatur sesuatu pekerjaan mengikut takah demi takah sehingga selesai.

¤ SENTIASA NOMBOR SATU
Orang yang sentiasa ke depan untuk menjadi ketua berupaya menerima arahan dengan tangkas dan bertindak cepat.  

¤ SANGGUP MENGHADAPI CABARAN DAN KESUSAHAN
Hanya orang yang cerdas akal sahaja yang sanggup untuk berhadapan dengan cabaran. Orang yang lemah akalnya cepat menyerah kalah.

¤ SIFAT CEMBURU YANG POSITIF
Cemburu yang positif baik untuk akal kerana seseorang itu harus berfikir dua kali lebih gigih untuk melakukan yang lebih baik dari pesaingnya.
 
¤ MELIHAT MASA DEPAN YANG CEMERLANG
Segala rintangan hanya cabaran dan bukannya penghalang kejayaan di masa hadapan.

¤ TAHU KELEMAHAN DAN KEKUATAN DIRI
Kelemahan diri diperbaiki dan kekuatan diri diperkembangkan.

Sumber: Rahsia Minda Hebat (Dato’ siti Nor Bahyah)





JAWAPAN TRIVIA
1. Masjidilharam di Mekah , Masjid Nabawi di Madinah, Dan Masjid Al Aqsa di Palestin.
2. Khadijah Bt Khuwailid (Isteri Per-1) Maimunah Bt al-Harith (Isteri terakhir)
3. Pada Tahun Ke-2 Hijrah bulan Ramadhan.




No comments:

Post a Comment