Google Ads

Wednesday 16 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 38

MENARIK DI DALAM
·        Kematian Yang Cuba Dihindari
·        Hatiku jenis mana?
·        Tip berhadapan dugaan
·        Makanan Penyubur Iman
·        Makanan Ahli Syurga
·        Kalau aku buat dosa?
·        Panduan Pilih Kasut Anak


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabatku
apa yang sedang kita fikirkan sekarang? Adakah tugas? Bonus? Anak-anak? pangkat? makanan? atau Adakah kematian? Bila sebut tentang kematian, kita rasa takut kan?Kalau boleh kita langsung tak nak sebut tentangnya. Jika diberi pilihan rasa macam tak nak mati, biarlah kita terus hidup. Jikalah boleh begitu, Namun Kematian tetap dating menjemput, Cuma tarikhnya dirahsiakan Allah. Ada beberapa  sebab kenapa kita tidak sukakan dan takutkan kematian antara sebabnya ialah
1) Jahil Tentang Kematian
2) Dibelenggu dengan dosa-dosa, rasa bersalah dan takut dihukum oleh Allah dan mendapat balasan Neraka yang telah dijanjikanNya
3) Terlalu cintakan dunia, panjang angan-angan, mereka inginkan dunia dan matlamat mereka ialah kejayaan di dunia sahaja.

Sahabatku..
sepatutnya, Dunia di jadikan Jambatan menuju ke Akhirat. Tidak seharusnya tempat persinggahan menjadi matlamat kerana ia baru singgah di separuh perjalanan yang lebih jauh, Akhirat itu yang kekal dan forever.
               
                                            Editor, Norazila Khalid                               



JENIS-JENIS HATI
¤ QALBUN SAHIH (HATI YANG SUCI)
Orang yang memiliki hati yang suci akan terselamat daripada mengambil hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul. Semua yang mereka lakukan adalah kerana Allah. Jika mereka membenci, benci tersebut kerana Allah. Begitu juga jika mereka mencintai, cinta itu kerana Allah dan hanya untuk Allah.

¤ QALBUN MAYYIT (HATI YANG MATI)
Mereka yang memiliki hati ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah dan tidak akan dicintai Allah. Selain itu, mereka tidak mahu mendapat meredhaan serta akan terlepas daripada rahmat Allah.

¤ QALBUN MARID (HATI YANG SAKIT)
Golongan ini  masih mempunyai kehidupan, tetapi hatinya menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka lebih mengutamakan dunia, cintakan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki. Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada kotoran, tetapi hati juga perlu dibersihkan daripada sifat tercela?

KITA MEMPUNYAI HATI JENIS MANA?
Sumber: DATO’ USTAZAH SITI NOR BAHYAH


TIP BERHADAPAN DUGAAN

 GPS IMAN– MELIHAT DUGAAN YANG MENIMPA DENGAN MATA HATI

Lihatlah sesuatu perkara dari sudut positif melalui iman. Sesungguhnya, kepahitan yang dialami di dunia ini adalah kemanisan di akhirat. Dugaan yang menimpa ialah jambatan untuk kita memperoleh kejayaan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, usahlah berfikiran negatif dan menganggap Allah itu tidak adil.

 

 MENGUATKAN KEYAKINAN DIRI

u Setiap ujian dan dugaan yang datang adalah lumrah kehidupan manusia.

u Sesungguhnya dunia ini tempat ujian dan dugaan, bukannya tempat untuk bersenang-senang.

u Setiap ujian yang datang adalah ketentuan Allah swt untuk menguji tahap keimanan hamba-hambanya.

u Sekiranya kita diuji dengan dugaan yang dirasakan berat, ada lagi orang yang menerima dugaan yang lebih hebat.

u Allah akan memberi ganjaran yang besar sekiranya kita menerima dugaan hidup dengan reda dan sabar.

u Dugaan yang diberikan bertujuan menjadikan diri kita lebih kuat dan tabah.

u Dugaan berat yang ditimpakan kepada kita ialah tanda Allah memilih kita untuk diberikan kebaikan.

u Dugaan yang menimpa kita bersifat sementara. Ia akan selesai sekiranya kita menanganinya dengan baik.

 

 BERDAMPING DENGAN ORANG ALIM DAN MENUNTUT ILMU

Kejahilan salah satu punca seseorang memilih jalan hitam bagi menyelesaikan masalah yang menimpanya. Oleh sebab itu, ubat untuk merawat kejahilan ialah ilmu. Namun, ilmu yang diperoleh melalui bacaan sahaja tidak memadai kerana manusia melihat sesuatu perkara melalui cara yang berlainan. Bimbingan guru atau orang alim penting bagi memastikan kita memahami islam dengan betul.

 

 BUKAN DITANGISI TAPI DIATASI

Harus diingat bahawa tangisan tidak dapat membebaskan diri daripada ujian dan dugaan. Ingatlah, apabila kita meratapi dugaan atau musibah, syaitan bersorak gembira dan segera menggoda dan menyesatkan kita. Oleh itu, redha dan atasilah ia dengan pelbagai cara.

Sumber: SOLUSI ISU 47

 


MAKANAN
Nafsu hanya suka pada makanan yg LAZAT.
Akal suka pada makanan yg BERZAT.
Hati suka pada makanan yg BERKAT.

Makanan Yg manakah penyubur iman?

KEHENDAK ALLAH PASTI AKAN BERLAKU
Peringkat dalam Qadar (Ketentuan) Allah
 Allah Taala mengetahui sebelum ia berlaku
            Firman Allah : ‘Tidak akan lenyap daripada pengetahuan Tuhanmu sesuatu pun, biarpun sebesar zarah di bumi atau di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak ada yang lebih besar melainkan sudah tertulis di dalam kitab yang nyata’ Surah Yunus 10:61

 Segala Yang Berlaku mengikut Kehendak Allah
Firman Allah : ‘Dan Jika Allah berkehendak, maka golongan yang datang selepas mereka tidak akan berperang selepas datang kepada mereka keterangan (yang di bawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka telah bertelingkah, maka wujudlah diantara mereka, ada yang beriman dan ada yang kufur. Dan sekiranya Tuhanmu berkehendak, maka mereka tidak akan berperang, tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya. ’ Surah al-Baqarah 2:253

 Allah Taala menjadikan setiap sesuatu
Firman Allah : ‘Katakanlah, Allah Pencipta setiap sesuatu’ Surah al-Ra’d 13:16

 Ketetapan itu sudah tercatat di Lohmahfuz
Firman Allah : ‘Tidak ada yang menimpa daripada musibah di bumi dan tidak juga pada diri kamu melainkaa telah tertulis dalam kitab (pengetahuan) Allah Sebelum Allah menciptakannya ’ Surah al– Hadid 57:22
Sumber : Solusi isu 42




MAKANAN AHLI SYURGA
1. Buah-buahan (Surah Al-Tur 52: 22)
2. Daging (Surah Al-Waqiah 57: 21)
3. Terdapat pelbagai lagi yang tidak dapat digambarkan oleh minda kita

MINUMAN AHLI SYURGA
1. Arak yang tidak memabukkan dan lazat (Surah Al-Shaffat 37: 45-47)
2. Sungai Arak, madu dan susu  (Surah Muhammad 47: 15)
3. Salsabila :Air mata syurga  (Surah al-insan 76: 18)
4. Terdapat pelbagai lagi yang tidak dapat digambarkan oleh minda kita



KALAU AKU BUAT DOSA
 Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.
 Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati.
 Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan.
 Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku.
 Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan.
 Terasa sempitnya dadaku.
 Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi.
 Dosa dosa maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku.
 Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini.
 Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku.
 Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku.
 Hanya  kehinaan yang layak buat diriku.
 Hatiku dipenuhi dengan titik-titik hitam.
 Aku diselubungi kelaknatan.
 Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan.
 Aku tdk lg mengecapi kebahagiaan.
 Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku.
 Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah.
 Diri aku sudah tentu dibaluti perasaan takut yang tidak terperi.
 Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah.
 Pengakhiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk.
 Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat.

Ya Allah, aku ingin bertaubat, Aku menyesal atas segala dosa dan maksiat yang aku telah lakukan.
Sumber : Ibn AlQayyim


PANDUAN PILIH KASUT ANAK
A) FLEKSIBEL. Kasut pertama bayi anda perlulah mempunyai tapak yang amat lembut. Pastikan anda boleh memutar atau melipat kasut anda dalam sebarang arah.   
B) BOLEH BERNAFAS.Pilih bahan kulit atau fabrik termasuk kanvas. Bahan-bahan berkenaan lebih mudah lentur mengikut pergerakan bayi anda semasa berjalan. Elak kasut Plastik!
C) PASTIKAN SELESA.
Sumber : WANITA(JUN 2012)











No comments:

Post a Comment