Google Ads

Monday 14 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 33

MENARIK DI DALAM
·        Tidak masuk syurga kerana HUTANG?
·        Jaga Hubungan Sesama Manusia
·        Kenali DOSA dengan Allah
·        Manusia Yang Ingkar
·        Berita Baik Untuk Orang Yang Bertaubat



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA. Yang akan menghidupkan kembali manusia yang telah mati di dunia.

Sahabatku.
Pernahkah berhutang? tidak kira dengan siapa atau dengan mana-mana institusi. Mesti pernah kan? mgkin dulu, kini atau mungkin akan datang.

Sahabatku.
Sedar atau tidak, seseorang itu tidak akan masuk syurga kerana hutangnya? bagaimana? membayar hutang di dunia dengan wang, tetapi membayar hutang di akhirat adalah dengan pahala. oleh itu Rasulullah menggesa kita melangsaikan segala hutang kita selagi masih di dunia dan selagi wang serta harta masih diterima oleh manusia. Hakikatnya, pahala itu lebih bernilai daripada harta, dan miskin di dunia jauh lebih ringan daripada papa dan miskin di akhirat.

Sahabatku,
Apabila kita membicarakan tentang pembalasan, pada hari itu (kiamat) semua perbuatan kita selama di dunia akan dihitungkan. semua hak akan dicukupkan kepada pemiliknya. tiada satu pemilik hak pun yang akan dihalangi daripada hak-haknya di zalimi. dan tiada sesiapapun yang dapat lari daripada hak orang lain walaupun sedikit. Eii, menakutkan bukan?

Sahabatku,
Salah satu hak tersebut adalah hutang dan pinjaman. salah satu penyakit manusia ialah mengelak atau ‘melarikan’ diri daripada membayar hutang. ramai juga pemberi hutang yang hanya mampu bersabar lantaran tidak mampu meraih kembali hak-haknya. Tapi di akhirat nanti dia tetap akan mendapat kembali haknya, iaitu pahala daripada orang yang berhutang dengannya..=)

Sahabatku,
Enggan membayar hutang merupakan satu bentuk kezaliman yang keji. pelakunya boleh dikatakan membalas kebaikan dengan keburukan. contohnya, tengoklah tentang isu PTPTN. Berapa ramai umat islam yang menjadi manusia keji secara tidak langsung? fikir-fikirkan.                                       
 Editor, Norazila Khalid  

JAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

 

 MENJALINKAN SILATURAHIM

Orang yang tenang dan bahagia kehidupannya adalah orang yang sentiasa berusaha menjalinkan silaturrahim. Kaedah ini dilakukan dengan ziarah menziarahi dan sikap suka memberi hadiah kepada orang lain akan dapat membina jambatan hati sesama manusia.

 

 TOLONG MENOLONG DAN BEKERJASAMA

Mengambil berat dan membantu meringankan kesusahan orang lain merupakan amalan yang sangat mulia dan terpuji. Yakinlah bahawa sekiranya kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusan kita pula samaada cepat atau lambat.

 

 BERTOLAK ANSUR

Orang yang bertolak ansur biasanya rela mengorbankan diri sendiri untuk kebahagiaan dan ketenangan orang lain. Hasil tolak ansur membuatkan orang lain senang dengannya dan mudah didekati.

 

 BERBAIK SANGKA

Selemah-lemah ukhuwah ialah orang yang mudah berbaik sangka. Setinggi-tinggi ukhuwah pula ialah orang yang suka melebihi hak saudaranya walaupun terpaksa mengorbankan hak sendiri. Sikap berbaik sangka menjadikan seseorang tenang dan dapat mengelakkan daripada lahirnya bibit-bibit kebencian  sesama sndri.

 

 MEREDAKAN KEMARAHAN DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN

Orang yang bijak adalah orang yang dapat meredakan kemarahan orang lain. Sekiranya kita dimarahi, maka mengalah ialah cara yang terbaik selagi tidak membabitkan hal yang mencemarkan akidah islam.

 

 MENDAMAIKAN PERTELINGKAHAN

Orang yang mampu mencapai ketenangan ialah orang yang sukakan perdamaian dan menjalinkan persaudaraan.

 

 BERKASIH SAYANG

Membina jambatan kasih sayang sesama saudara dan menghapuskan sama sekali permusuhan merupakan salah satu usaha dalam mengekalkan keharmonian.

 

Sumber: Buku Petua Menangani Stres

 


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Surah apakah dalam al-Quran yang mempunyai dua tempat sujud sajdah?
2. Apakah istilah dlm al-Quran yang merujuk kepada bangsa Jin dan Manusia?
3. Siapakah manusia pertama yang menunggang kuda?
Jawapan di akhir edisi ini


DOSA
DOSA DENGAN ALLAH
 MENYEKUTUKAN ALLAH
Sekutukan dengan mana-mana makhluk (syirik). Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.

 MENINGGALKAN SOLAT FARDU
Terdapat remaja atau dewasa yang tidak mengenal sejadah, kiblat apatah lagi masjid dan surau. Kalau sudah bekerja dan berpendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa akan bacaannya.

 TIDAK MEMBAYAR ZAKAT
Mereka tidak terfikir untuk membayar zakat pendapatan mereka, apa yang mereka tahu Cuma zakat firah setahun sekali pada bulan ramadhan sahaja. Mereka ini sangat jahil tentang zakat.

 ZINA
Bukannya hanya dari kalangan remaja sahaja malah orang dewasa dan orang tua juga. Perbuatan ini salah satu cabang kepada dosa besar.





           


TERJEMAHAN AL QURAN
MANUSIA YG INGKAR

71. dan tidakkah mereka melihat bahawa kami telah menciptakn haiwan ternak untuk mereka, iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, lalu mereka menguasainya?
72. Dan kami menunjukkannya (haiwan-haiwan) untuk mereka, lalu sebahagiannya untuk menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan.
73. Dan mereka memperoleh berbagai manfaat dan minuman darinya. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?
74. Dan mereka mengambil sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan.
75. Mereka (sembahan) itu tidak dapat menolong mereka, padahal mereka itu menjadi tentera yang disiapkan untuk menjaga (sembahan) itu.
76. Maka, jangan sampai ucapan mereka membuat engkau (Muhammad) bersedih hati. Sungguh, Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.
77. Dan tidaklah manusia memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitis mani, ternyata mereka menjadi musuh yang nyata.
78. dan dia membuat perumpamaan bagi Kami dan melupakan asal kejadiannya, dia berkata ‘Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?’
79. Katakanlah (Muhammad), ‘Yang akan menghidupkannya ialah Allah yang menciptakannya pertama kali. Dan dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.
SURAH YASIN 71-79

PERINGATAN
Usaha makan ubat itu cumalah ikhtiar sahaja. Jika kita sembuh setelah makan ubat, maka kita harus beriktikad yang menyembuhkan kita ialah Allah swt. Ubat itu menjadi perantara atau asbab. Berapa ramai orang yang tidak sembuh walaupun telah makan ubat!



BERITA BAIK UTK ORG YG BERTAUBAT
Dah terlanjur buat maksiat atau dosa? Jgn putus asa. Pintu taubat  tidak pernah tertutup melainkan ketika nyawa sudah berada di kerongkong dan ketika matahari terbit dari barat (kiamat)
A)   PETUA KEJAYAAN                                   
‘Dan bertaubatlah kamu sekalian kpd Allah, wahai org yg beriman spy kamu beruntung (memperoleh kejayaan)(Surah An Nur 24:31)

B)    LUPUS DOSA                                                  
Jika  dahulu dosa seolah-olah menjadi ‘perhiasan’ diri, kini dosa akan dibakulsampahkan, pasti seronok kalau akaun dosa anda menjadi defisit(sifar), Allah berfirman :’Wahai orang-orang  yang beriman, bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya) Mudahan Tuhanmu akan menutup kesalahan-kesalahan mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.’(Surah al Tahrim 66:8)

C)   KEBURUKAN DIGANTI DENGAN KEBAIKAN      
 Tdk percaya? Firman Allah:’Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’(Surah al Furqan 25:70)

D)  ANUGERAH DAN NIKMAT     
‘Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (jika kamu mengerjakan yang demikian) nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kewaktu yang ditentukan dan dia akn memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya’. (Surah Hud 11:3)

E)    DICINTAI ALLAH  
‘Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri’ (Surah al Baqarah 2:222)
Sumber : Solusi isu 46




JAWAPAN TRIVIA
1.Surah al Hajj (ayat 18 dan 77)
2.Al Thaqalain
3. Ismail a.s



No comments:

Post a Comment