Google Ads

Tuesday 8 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 16

MENARIK DI DALAM
v Tabahkah?
v 5 golongan Yang Menempuh Gagal
v Doa Dari Al Quran
v Ku Cari Bahgia Abadi
v Tip membina tabiat membaca
v Formula solat sempurna


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabatku
teringat bait2 lagu inteam, lebih kurang macam ni.

Bagaikan Camar pulang senja
patah sayapnya, tetap terbang jua
sekadar secubit rezeki
buat yang sedang rindu menanti
segengam tabah di pertahankan
buat bekalan di perjalanan
kau bebat luka yang berdarah
kau balut hati yang tabah (daripada menderita)

sudah tertulis suratan nasibmu
derita buatmu ada hikmahnya
terlukis senyum dibibir lesu
tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
mungkinkan jernih di muara
biarpun jenuh hidup dipalu,
pasti bertemu, tenangnya

sahabatku,
Adakah kita boleh jadi setabah itu?   dengan setiap ujian yang menimpa kita. sesungguhnya. percayalah.biarpun ujian itu pahit. tetapi ia tetap manis di sisi Tuhan kerana hanya Tuhan sahaja yang dapat menilainya.                                                        
                                           
  Editor, Norazila Khalid                         


5 GOLONGAN YANG MENEMPUH GAGAL
¤ PEMBUANG MASA
Golongan ini memang favourite antara kita. Mereka ini membuang masa sedangkan banyak benda yang bermanfaat yang boleh dilakukan.

¤ PEMBERI ALASAN
Mereka ini sering kali mudah memberi alasan daripada memikul tanggungjawab.

¤ SERING MENYALAHKAN ORANG LAIN
Golongan ini  sering menyalahkan orang/persekitarannya sebagai penyebab mereka tidak berjaya.

¤ BERFIKIRAN NEGATIF
Mereka menyuarakan fikiran negatif dan seterusnya menyebarkan virus- virus negatif dlm diri mereka.

¤ TIDAK BERUSAHA MENAMBAH ILMU
Golongan yg tidak berusaha menambah ilmu tidak menyayangi diri mereka kerana tidak mahu memperbaiki diri.

DR.IRFAN KHAIRI


DOA DARI AL-QURAN

‘Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’

(al-Baqarah :127)

 

‘Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka’                    

(al-Baqarah :201)

 

‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir’

(al-Baqarah :250)

 

‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat seperti Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami,maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir’

(al-Baqarah :286)

 

‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada)hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janjinya.’

(Ali Imran:8-9)

 

‘Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu)’

(al-A’raf :125)

 

‘Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami’

(al-Kahfi :10)

 

‘Ya Tuhanku,lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supayy mereka mengerti perkataanku’

(Thaha :25-28)

 

‘Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabMu itu kebinasaan yang Kekal’

(al-Furqan:65)

Sumber: Buku 300 Doa dan Zikir pilihan                



TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah penghulu para syuhada pada hari kiamat kelak?
2. Apakah punca segala penyakit menurut hadis Nabi?
3. Namakan Negara-negara (majoriti Muslim) yang mana terdapat simbol bulan dan bintang pada bendera mereka.



KU CARI BAHAGIA ABADI
 DI MANA?
           Di sisi Tuhan
            Firman Allah : ‘Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yg Berkuasa melakukan sekehendakNya’ Surah al-Qamar 54:55

 BAGAIMANA?
            Dengan mengutamakan akhirat
Firman Allah : ‘Mereka itulah orang yg membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan)akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan  mereka pula tidak akan diberikan pertolongan’ Surah al-Baqarah 2:86

Dengan sabar dan takwa
Firman Allah : ‘Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa’ Surah Hud 11:49

 UNTUK SIAPA?          \
Yang beriman dan beramal soleh..
Firman Allah : ‘Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya’ Surah al-Ra’d 13:29

Yang beroleh hidayah
Firman Allah : ‘Dan sesiapa yg diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya erjaya mencapai kebahagiaan ’
 Surah Hud 11:49
Sumber : Solusi isu 6




           


TIP MEMBINA TABIAT MEMBACA

 Sentiasa membawa buku ke mana shj.
 Tetapkan sasaran. Berapa buah buku anda ingin baca setahun?
 Mempunyai masa yang khusus untuk membaca.
 Buat senarai buku yang ingin dibaca.
 Cari tempat membaca yang sesuai.
 Kurangkan menonton tv dan melayari internet yang tidak berfaedah.
 Asingkan buku yang telah dibaca daripada buku yang belum dibaca di rak.
 Jika anda mempunyai anak, bacakan buku untuk mereka.
 Jadikan amalan membaca satu aktiviti yang menyeronokkan.
 Sediakan beberapa peratus daripada jumlah pendapatan untuk belanja buku.
 Jadilah ‘pemburu buku’.
 Pelbagaikan cara membaca.
 Pilih bahan bacaan yang baik.
 Biar baca sedikit, asalkan berterusan.
SESUNGGUHNYA, ALQURAN ADALAH BAHAN BACAAN YANG TERBAIK


PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
A) Jk salah satu syarat rukun solat tdk dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.
B) Berlaku hadas kecil/hadas besar
C) Terkena najis secara langsung yg tdk dpt dimaafkan pd bdn, pkaian @ tmpt solat
D) Berkata2 dgn perkataan yg bkn lafaz dlm solat, dgn 2 perkataan yg boleh difahami.
E) Terbuka aurat dengan sengaja.
F) Makan dan minum walaupun sedikit.
G) Mengubah niat ketika waktu solat, misalnya berniat memutuskan solat.
H) Bergerak besar mana-mana anggota sebanyak 3 kali berturut-turut.
I) Beralih dada dr arah kiblat tanpa uzur.
J) Menambah rukuk yg berupa perbuatan seperti rukuk @ sujud.
K) Ketawa terbahak-bahak. Jk sekadar senyum ia tdk membatalkan solat.
L) Mendahului imam.
M) Murtad( terkeluar dr agama Islam)
Sumber : FORMULA SOLAT SEMPURNA(UST.ZAHARUDDIN)




JAWAPAN TRIVIA
1. Hamzah Bin Abdul Mutalib
2. Makan berlebihan. Rasulullah bersabda ‘sumber segala penyakit ada kaitanya dengan perut yg kekenyangan’
3. Malaysia, Algeria,Azerbaijan, Pakistan, Mauritania, Turki, Turkmenistan dan Western Sahara.





No comments:

Post a Comment