Google Ads

Sunday 27 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 63

MENARIK DI DALAM
·        Musibah Yang Paling Besar
·        Doa Yang Tidak Pernah ditolak
·        Dunia vs Akhirat
·        10 Peringkat menjadi Orang Beriman
·        Sering berselawat, tapi fikiran masih negatif?
·        Penyakit Wahn
·        Ya
·        Hamba dan Tuan
·        Kenapa?
·        2 unsur
·        Hati

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Tuhan Yang Menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA. Yang mentadbir sekian alam.

Sahabatku
Bilamana sebut perkataan musibah. apa yg terbayang di benak fikiran kita? Mesti kita bayangkan tsunami yang melanda, ribut yang mengorbankan banyak nyawa, kebakaran rumah, hilang harta benda dan macam-macam lg. Saya ada mengikuti satu ceramah seorang ustaz. samaada percaya atau tidak, musibah yang paling besar diantara banyak-banyak musibah yang melanda diri ialah apabila kita melupakan Allah.

Sahabatku,
Berapa ramai diantara kita yang sedang dilanda musibah sekarang kerana sering melupakan Allah?.  Tengoklah solat. saya pernah bertanya kepada pelajar-pelajar saya kerana mereka sangat culas mengerjakan solat berjemaah di sekolah. apabila  bersemuka secara 4 mata, mereka menyatakan bahawa memang mereka solat tidak cukup 5 kali sehari. Yang paling payah untuk dikerjakan adalah solat subuh.  Ini baru bilangan solat,  dan ia belum dilihat lagi samada solat yang mereka kerjakan khusyuk atau tidak. Benar, Khusyuk itu sukar dan perkara kedua, yang utama kerjakan ia dulu, barulah khusyuk dicari di kemudian.  Usah memandang orang lain, renunglah ke dalam diri kita, setakat mana kita benar-benar menjaga solat kita?

Sahabatku.
sedar atau tidak, semasa kita melupakan Allah, adakah Allah melupakan kita? jika benar Allah melupakan kita, kenapa kita masih lagi menerima nikmat Allah semasa kita melupakan Allah? Betapa kasihnya Allah kepada kita. Dia terus memberikan nikmat kepada hambanya yang ternyata leka, alpa dan Derhaka. Nauzubillah hi minzalik!

Editor , Norazila Khalid


DOA YANG TIDAK PERNAH DITOLAK
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ‘Doa 3 golongan yang tidak pernah ditolak ialah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang sedang dizalimi. Allah mengangkat doa orang yang  dizalimi melalui awan pada hari kiamat dan dibukakan pintu-pintu langit untuknya, Allah berfirman ‘Demi kemuliaan Ku, sesungguhnya Aku akan menolongmu selepas beberapa tempoh masa ‘
(Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)


Dunia Vs Akhirat
Pentingnya hidup di Dunia kerana adanya hari AKHIRAT. Untuk cemerlang di Akhirat kita mestilah cemerlang hidup di Dunia. Tanda orang yang Berjaya di akhirat boleh dilihat Berjayanya dia di dunia. Namun, Berjaya di dunia bukanlah diukur dari banyaknya harta benda dan tingginya pangkat dan kuasa, ia di ukur dengan berjayanya hati menakluk nafsu dan syaitan yang membelenggu diri.
Selamat Berjaya!


10 PERINGKAT MENJADI ORANG BERIMAN

 

 Tidaklah hamba di langit dan di bumi tergolong hamba yang beriman, sehingga dia bersikap lembut terhadap manusia.

 Tidaklah dia termasuk orang yg lembut , sehingga dia menjadi seorang muslim.

 Tidak dia termasuk seorang muslim, sehingga orang lain selamat dari gangguan tangan dan lidahnya.

 Tidaklah dia termasuk seorang yang selamat lagi menyelamatkan, sehingga dia menjadi orang yang alim

 Tidaklah dia termasuk orang alim, sehingga dia mengamalkan ilmunya.

 Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid

 Tidaklah dia termasuk orang yang zahid , sehingga dia menjadi hamba yang warak.

  Tidaklah dia menjadi hamba yang warak, sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya.

 Tidaklah dia tergolong hamba yang merendahkan dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya. 

 


Q dan A. SOAL JAWAB AGAMA
Q: Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan perkara buruk dan negatif yang terlintas dalam fikiran kita? Saya cuba berselawat, beristighfar dan mengingati Allah, tetapa ia masih bermain di fikiran saya.

A: Dalam sebuah hadis Rasulullah saw ada diceritakan bahawa manusia akan didatangi oleh 2 lintasan iaitu lintasan yang baik daripada Malaikat yang mengilhamkan perkara baik dan lintasan yang buruk daripada syaitan yang mengilhamkan sesuatu yang negatif. Dalam erti kata lain, pemikiran buruk dan negatif adalah ilham daripada syaitan yang mesti dielakkan. Lumrahnya syaitan mudah mempengaruhi jiwa yang kosong dan jauh daripada Allah. Oleh itu cara mengelakkannya ialah dengan mendekati Tuhan melalui ibadat wajib dan sunat, rajin menghadiri majlis ilmu dan selalu berzikir serta mengingati Tuhan yang Esa. 


PENYAKIT  WAHN
Rasulullah saw bersabda bermaksud ‘ Hampir tiba suatu zaman apabila pelbagai bangsa di dunia ini berkumpul mengerumuni kamu seperti orang lapar mengerumuni makanan.’ lantas para sahabat bertanya, ‘adakah situasi ini ini disebabkn oleh jumlah kami sedikit pada ketika itu? Baginda menjawab ‘ kamu ramai, tetapi keadaan kamu (umat islam) seperti buih dilautan dan Allah pasti akan mencabut perasaan gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh islam serta Allah akn melontarkan ke dalam hati-hati kamu penyakit wahn’. Para sahabat bertanya lagi ‘ Apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah?’Baginda menjelaskan: ‘penyakit wahn itu ialah kamu terlalu cintakan dunia dan takut mati’.
Riwayat Ahmad 


YA
Ya. dengan senyumanmu yang cantik yang mengirimkn cinta dan mengutus kasih sayang bagi orang lain.

Ya. Dengan tutur kata yang baik anda dapat menjalinkn persahabatan yang dianjurkn syariat dan menghapuskn semua rasa dengki.

Ya. Dengan derma yang membahagiakan orang miskin dan menyenangkan si fakir, mengenyangkan perut yang lapar.

Ya. Dengan kesediaanmu duduk bersama al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Ya. Dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka memperbaharui taubat.

Ya. Dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajar sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Ya. Dengan rasa malumu dan hijab yang menutup auratmu yang dilakukan kerana menurut perintah Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Ya. Dengan berteman sesama wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai amalan agama dan menghormati norma-norma etika.

Ya. Dengan berbuat baik kepada kedua orang tua, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan menyantuni anak yatim.

Ya. Dengan membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntutan.                    
Sumber: Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni


HAMBA DAN TUAN
Orang bijak pandai pernah berkata ‘Jika anjing ingin menyerang kita, cari tuannya. Jika manusia pula, kita perlu mencari tuannya juga’. Dalam konteks ini, sebagai hamba Allah, Allah merupakan Tuan kita semua. Justeru, marilah mengadu kepada Allah apabila berlaku perkara seperti ini.


KENAPA?
Kenapa kita mesti melakukan ibadah kepada Allah sepanjang masa di dalam hidup kita?
Jawapannya kerana Allah menjaga kita setiap masa.
Dan ibadah bukan hanya solat sahaja. Tidur pun boleh jadi ibadah ijak dilakukan dengan cara yang betul.


2 UNSUR

Manusia terdiri daripada  2 unsur ; jasmani (jasad) dan rohani (hati). 2 unsur ini memerlukan keperluan yang berbeza. Jasmani memerlukan sesuatu yang bersifat material seperti minuman, makanan, pakaian, seks perhiasan dan kemasyuran. Sebaliknya, rohani memerlukan sesuatu yang dapat dirasai seperti kedamaian, kasih sayang, ketenteraman dan rasa cinta. Jasmani berasal daripada tanah lambang kerendahan. Sebaliknya rohani berasal daripada tingkat yang tingg yang sangat hampir dengan Ilahi.


HATI
Hati itu bersifat bolak balik, Rasulullah memberi perumpamaan , hati bagaikan kuah yang sedang mendidih dan menggelegak. Simpang  siurnya begitu licik. Naik turun dan berbolak balik.      Kadangkala ia baik, bagaikan fitrah asalnya dahulu. Ketika itu ia umpama kain putih yang menghamparkan warna   kejernihan dan kesucian. Namun seseketika yang lain ia  bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan. 




No comments:

Post a Comment