Google Ads

Saturday 12 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 28

MENARIK DI DALAM
o   Cara jaga hati
o   Jaga Mulut Elak Dosa
o   Punca Murtad
o   Apabila Hati Bongkak
o   Azab, Penalti Khas Buat Yang Ingkar
o   2S +2H


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sahabatku
Hati fizikal mungkin mudah untuk kita jaga, tetapi bagaimana dengan hati (jiwa) manusia?. Ada 4 cara bagaimana menjaga hati iaitu
a) Suluh hati dengan ilmu
b) Zikrullah serta mengerjakan solat dengan khusyuk
c) membaca al-Quran dan cuba untuk memahaminya
d) Selawat kepada Nabi Muhammad saw

Sahabatku,
Bagaimana kita menjaga hati kita? kadangkala di luar kita nampak sangat bahagia tetapi di dalam hati kita sangat gelisah dan resah kerana apabila diri kita jauh dengan Allah segalanya akan menjadi tidak tenang,  kerana ingatlah, apabila kita menjaga Allah , Pasti Allah akan menjaga kita..
                                           
  Editor  , Norazila Binti Khalid                       

JAGA MULUT ELAK DOSA
¤ Bercakap Perkara Yang Perlu
Nilai dulu sebelum kata-kata itu dilafazkan. Kata-kata remeh yang boleh menyinggung perasaan suami merupakan dosa yang boleh membawa kepada pergaduhan.

¤ Elakkan Bertanyakan Urusan Orang Lain Yang Tidak Berkaitan Dengan Diri Sendiri dan Agama
Sewaktu suami pulang misalnya, isteri bertanya ‘Abang dengar tak, kawan abang tu dah kahwin lagi 1?’ Cakap-cakap seperti ini boleh meretakkan hubungan suami isteri.

¤ Mewujudkan Suasana Saling Mempercayai
Isteri seharusnya cuba berbaik sangka dengan suami. Sikap tuduh menuduh boleh menjadi punca suami tidak selesa berada di rumah.

¤ Menggunakan Kata-Kata Yang Lemah Lembut
Isteri yang menghormati suami akan menggunakan bahasa yang baik dan lemah lembut pertuturannya.

¤ Elakkan Perkataan Bernada Menghina dan Mengejek
Sebelum suami atau isteri marah dan bertindak menghamburkan kata-kata yang tidak baik, perlu menenteramkan diri dan bertanya apa punca suami atau isteri melakukan perkara yang kita tidak suka itu.



RENUNGAN
Hakikatnya, hari esok masih di alam ghaib dan belum turun ke bumi. Maka tidak sepatutnya kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai di atasnya. Sebab siapa yang tahu dengan pasti bahawa kita akan sampai atau tidak di jambatan itu?
                  

PUNCA MURTAD

 Kejahilan

Dan kedangkalan ilmu seseorang tentang agama islam. Ini disebabkan tiadanya tarbiah, didikan dan asuhan daripada ibubapa dan keluarga ataupun ilmu dan tarbiah dipandang enteng tanpa mengambil peduli.

 

 Pengaruh rakan taulan

Juga memainkan peranan utama kerana sifat dan tabiat manusia sama ada terpengaruh atau mempengaruhi dalam hal tersebut.

 

 Media Massa

Termasuklah capaian Internet dan maklumat yang dicurahkan sama ada bersifat audio atau video. Ia menjadi penyumbang ke arah gejala murtad kerana bahan bebas dimuatkan di dalamnya tanpa sebarang tapisan

 

 Kesempitan Hidup

Yang membelenggu diri seseorang terutamanya krisis ekonomi dan kewangan sehingga terpaksa memohon bantuan daripada badan-badan bukan islam apatah lagi apabila disyaratkan dengan tipu daya serta kata-kata yang manis seolah-olah mereka prihatin dan cakna kepada golongan ini.

 

 Terpengaruh untuk bersama dan berkahwin

Dengan pasangan bukan islam. Hal ini semakin banyak dan berleluasa dari semasa ke semasa.

 

 Golongan mualaf

Yang baru berjinak-jinak dan cuba memahami Islam terabai sehingga terumbang ambing dan kemudiannya dipengaruhi oleh golongan lain yang mendiayahkan mereka untuk kembali semula kepada agama asal mereka.

 

 Keimanan yang nipis

Dan surut dari semasa ke semasa sehingga hilang cahayanya. Golongan ini amat mudah dipesongkan oleh orang bukan islam yang ingin memurtadkannya, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan tawaran, habuan dunia dan sedikit kewangan sehingga mengaburi akan hakikat kebenaran Islam itu.

       


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘haji kecil’?
2. Apakah surah yang langsung tidak ada huruf mim?
3. Namakan sahabat yang paling mustajab doanya?
 Jawapan di akhir edisi ini


APABILA HATI BONGKAK
          Orang yang sombong ialah orang yang memandang dirinya sangat sempurna dari semua segi, sering memandang rendah orang lain, menganggap orang lain tidak layak untuk mengerjakan suatu urusan, malah dia juga enggan menerima kebenaran.
          Nabi bersabda ‘Tidak masuk Syurga sesiapa yang ada dalam hatinya sedikit sifat sombong’.Tahap kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong  kepada Allah dengan cara menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepadaNya. Hakikatnya, manusia tidak layak memiliki sifat sombong kerana manusia hanyalah malhluk yang lemah.
          Kadangkala kekuasaan, kekayaan dan kecantikan itu membuatkan seseorang berjalan dengan megah, penuh kesombongan dan bongkak. Golongan ini sering memandang rendah orang bawahan, miskin, lemah dan tidak memiliki taraf yang sama dengan mereka.
          Allah melarang keras sikap suka merendahkan orang lain.


  

TERJEMAHAN AL QURAN
AZAB, PENALTI KHAS BUAT YANG INGKAR
11. Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Yang demikian adalah kemenangan yang besar. 
12. Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
13. Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekelian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
14. dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
15. Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya.
16. Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya.
17. Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (rasul-rasul yang diutus kepada mereka)?
18. (Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh)
19. (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu) bahkan orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.
20. Sedang Allah, dari belakang mereka melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)
SURAH AL HUMAZAH ayat 1-9


BAGAIMANA BERWUDUK?
 Niat untuk menghilangkan hadas kecil.
 Membasuh kedua-dua belah tapak tangan, berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung.
Membasuh wajah. Daerah wajah meliputi dari cuping telinga hingga ke cuping telinga sebelah satu lagi dan dari anak rambut di atas dahi hingga ke dagu.
 Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku.
 Mengusap sebahagian kepala.
 Mengusap kedua-dua belah cuping telinga.
 Membasuh kaki hingga buku lali.

Perhatian : Sunat dimulai dengan anggota kanan & diulangi sebanyak 3 kali


SUBURKAN MAHABBAH (RASA KASIH SAYANG) 2S + 2H
A) SOLAT BERJEMAAH
solat fardu berjemaah atau solat Jumaat di masjid-masjid  mengikat hati-hati Muslim yang menghadap kiblat yang sama, melakukan gerakan dan bacaan dalam solat yang hampir sama, mengikut imam yang sama, dengan niat yang sama, bersalam-salam selepas itu dan sebagainya. Kesannya perselisihan akn mengecil dan muafakat akan mendominasi.

B) SALAM
Muslim akan menjadi mesra dan peramah sesama mereka apabila menyebarkan salam. Kenal atau tidak itu tidak penting, asalkan ingin menyahut anjuran Rasulullah saw ini yang bermaksud Memberi makan dan menyebarkan salam sama ada kepada orang yang kamu kenali atau tidak dikenali

C) HAJI
Insan-insan dari timur dan barat yang hatinya rindu untuk menjadi tetamu Allah akan mengunjungi RumahNya. Mereka berkumpul menghadap Tuhan Yang Esa, memakai pakaian ihram yang sama, pada waktu yang sama dan mengucapkan kalimah Allahumma labbaikayang sama.

D) HADIAH
Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah. Tangan yang memberi juga akn membuahkan kasih sayang. Rasulullah bersabda Berilah hadiah & berkasih sayanglah
Sumber:SOLUSI ISU 33



JAWAPAN TRIVIA
1. Umrah
2. Surah al-Kauthar
3. Sa’ad bin Abi Waqqas




No comments:

Post a Comment