Google Ads

Saturday 5 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 5

MENARIK DI DALAM
è Allah tidak kisahkan kita?
è Doa keluar rumah
è Dunia adalah sementara
è Kaya Dalaman?
è Bagaimana atasi rasa lemah semangat?
è Adab shopping
è Tidak sempat?
è Makna Bacaan Doa Qunut 

Assalamualaikum….
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang….

Sahabatku….
Kita sudah pun berada di 3/4 daripada tahun 2015, sedar tak sedar...betapa pantas masa berlalu..kita dengan kesibukan kita di sekolah dan di rumah...umur juga sudah meningkat dari satu nombor ke nombor yang lebih besar...pengetahuan dan pengalaman kita juga semakin bertambah… anak juga bertambah(bagi yg dah kahwin)...tapi adakah amal dan bekalan yang akan kita bawa pulang menghadapNya juga turut bertambah? Ataukah semakin berkurang dek ditolak oleh kesilapan atau dosa kita yang sedar atau tak sedar kita telah lakukan…….

Sahabatku….
ZAKAT….rukun islam ke 4...bila sebut rukun ia adalah wajib bagi  umat islam yang berharta, bekerja yang layak…yg cukup syarat… baguslah jk ada di antara kita yang awal-awal lg buat potongan zakat pendapatan setiap bulan...atau setiap tahun pergi ke pusat zakat untuk membayar. Tetapi berapa ramai lg di antara kita yang buat tak kisah tentang zakat...sedangkan dia tahu akan kewajipan itu….subhanallah...Allah telah bagi kita rezeki berlimpah ruah, kerja yang baik, keluarga yg bahagia, tp kita boleh pula buat tak kisah…….Takut takut Allah pun buat tak kisah dengan kita di Akhirat sana… Astagfirullah….
Editor

DOA KELUAR RUMAH

Hasbiyalwahulailahailla huwaa’laihitawakkaltu wahuwarabbul a’rsyila’zimm...

 ‘Cukuplah Allah sebagai penolongku. Tiada Tuhan selain Allah. KepadaNya aku berserah diri (bertawakal) dan Ia adalah Tuhan pemelihara Arasy (Singgahsana)yg Agung’




JANGAN SEKALIPUN LUPA DUNIA ADALAH SEMENTARA DAN TEMPAT UJIAN.
    ‘Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui’. (Surah al-'Ankabut: 64)

    Ingatlah semua benda di atas muka bumi ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang sangat pasti bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang khusus. Manusia juga diciptakan untuk satu tujuaan:

    ‘Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.’ (Surah al-Mulk: 2)
    Sebagaimana yang diterangkan di dalam ayat diatas, Allah meletakkan manusia di atas muka bumi ini sementara untuk menguji mereka. Dia menguji kita dengan apa yang kita hadapi di dunia ini; Dia menciptakan kehidupan ini untuk membezakan orang-orang yang beriman daripada orang-orang yang tidak beriman, dimana mereka akan dibersihkan daripada dosa dan layak untuk memasuki syurga. Dengan kata lain,  dunia ini hanya medan ujian dimana kita boleh mendapatkan keredaan Allah.
          Allah telah membuat batas-batas yang jelas kepada kita dan juga perbuatan yang disukai-Nya dan dimurkai-Nya. Demikian juga, perilaku seseorang di dunia ini turut menentukan ganjaran atau hukuman di akhirat. Oleh itu, setiap detik yang yang berlalu membawa kita sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan demikian, jangan sesekali lupa yang kita sedang diuji, malah pada saat ini dan keputusan untuk ujian ini akan menentukan kehidupan di akhirat kelak. Juga, jangan sesekali lupa keputusan ini adalah sangat hampir. Allah mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam beberapa ayat dan dia memberi amaran kepada hamba-hamba-Nya tentang hari tersebut:
    ‘Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’. (Surah al-Hashr: 18)
          Allah mengingatkan manusia supaya tidak rakus dengan kehidupan yang sementara ini dan terpesona dan keseronokan didalamnya. Ini kerana, harta, kecantikan, ataupun darjat yang manusia miliki di dunia ini tidak akan menolong mereka pada hari kiamat kelak. Dia akan meninggalkan segala-gala yang mereka ada termasuk jasadnya. Jasadnya akan reput dimakan bumi; badan yang dibanggakan tidak mampu untuk melawan kerosakan akibat perjalanan masa. Bersendirian, dia akan dibawa kehadapan Allah  untuk menerima rekod perbuatannya.
*sumber : Buku jangan sekalipun lupa



KAYA DALAMAN 
Memiliki set minda yang positif , harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yg tinggi.

Jika kaya duit, kaya harta tapi hati tidak tenang, tiada kaya dalaman tiada gunanya......

                  
 MEMBINA DIRI CEMERLANG
BINA KEYAKINAN DIRI 
Rasa tidak yakin untuk terus bekerja?
Tidak bersemangat dan rasa lemah?
PANDUAN DAN ASAS
à Sediakan ‘kata-kata perangsang kendiri’ setiap hari. Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan asyik memandang rendah dan memperlekehkannya sahaja. 
à Berikan ganjaran kepada diri sendiri. Setiap kali anda berjaya melakukan apa yang anda ingini, berikanlah ganjaran samaada murah atau mahal.
à Sempurnakan tugasan anda. Jangan biarkan terbelangkalai, ia amat ‘menyeksa’ keyakinan terhadap diri sendiri.
à Dapatkan pendapat atau komen daripada orang lain. Mintalah daripada mereka yang tak banyak songel dan mereka yang mudah menghargai usaha orang lain.
à Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri dengan menyertai kursus, seminar, ceramah dll.
à Senaraikan alasan-alasan kenapa anda inginkan kejayaan. Ini akan menaikkan lagi semangat anda.
à ‘Ramai orang sudah berjaya melakukannya’. Ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian.
à ‘ Kerana saya ingin tingkatkan hidup saya’. Lakukanlah kerana anda sentiasa mara ke hadapan untuk lebih baik.
Sumber: PDA utk Pekerja Cemerlang, Fadzli Yusof



ADAB MEMBELI BELAH
1) Hendaklah membaca doa masuk ke kedai
2) Hendaklah kita mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja.
3) Elakkan berhutang. Tiada maknanya bangga menghulurkan kad kredit tetapi hakikatnya berhutang.
4) Dapatkan pandangan daripada orang yang memang ahli dalam urusan pembelian jika membeli produk yang kita tiada ilmu tentangnya.
5) Elakkan pembaziran dengan membeli terlalu banyak atau membeli benda yang tidak perlu.
6) Pastikan barang yang dibeli adalah halal dan tidak termasuk produk yang melalaikan.
7) Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar dengan kadar yang menzalimi hak orang yang kita berurus niaga dengannya.
8) Utamakan urus niaga dengan orang islam melainkan setelah tiada pilihan.
9) Sediakan senarai benda yang hendak dibeli supaya tidak membuang masa.
10) Jaga muamalat antara lelaki dan perempuan. Elakkan tempat yang ramai orang, terhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan.
11) Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas yang tidak mampu mengangkat barang berat.

 Sahabatku…
Semoga shopping kita itu membawa barakah kepada kita. 

TIDAK SEMPAT….
Ya Allah, cepatnya masa berlalu . Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya sudah nak masuk bulan baru. Tahun pula silih berganti sepantas jam saat berdetik.
Kalau begitu, hidup di dunia memang sah sangat pendek jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang abadi. Kalau syurga menjadi destinasi alhamdulillah, kalau neraka , nauzubillah….
Tetapi hairan jika ada orang yang berkata ‘Alamak, tidak sempat nak buat ibadah!’ Belum sempat dikumpulkan bekal, sudah dipanggil menghadapNya.
Lebih baik usahakan seperti ini:
·        Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dengan ibadat.
·        Tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati.
·        Tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk kumpul harta yang halal.
·        Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah.
·        Tidak sempat terlajak subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing.
·        Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah.
·        Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang.

MasyaAllah, berlambak kebaikan yang boleh dipungut jika selalu tidak sempat membuat keburukan dan kemungkaran.

Sumber :SOLUSI ISU 37

       

RUANGAN SOLAT

DOA QUNUT
WAHAI TUHANKU, TUNJUKKANLAH AKU BERSAMA ORG YG TELAH ENGKAU TUNJUKI, & AFIATKANLAH AKU BERSAMA ORG YG TELAH ENGKAU AFIATKAN. PIMPINLAH AKU BERSAMA BERSAMA ORG YG TELAH ENGKAU PIMPINKAN DAN BERKATILAH AKU PD APA2 YG ENGKAU TELAH BERIKAN.PERIHALAH AKU DR KEJAHATAN PERKARA2 YG ENGKAU TELAH HUKUMKAN.MAKA BAHAWASANYA ENGKAU YG MENGHUKUM & BUKANNYA ENGKAU YG DIHUKUM.SESUNGGUHNYA TIDAK AKAN TERHINA ORG YG ENGKAU PIMPINI, DAN TIDAK AKAN MULIA ORG YG ENGKAU MUSUHI. AMAT BERKAT ENGKAU WAHAI TUHAN KAMI DAN MAHA TINGGI ENGKAU, MAKA BAGIMU JUA SEGALA PUJIAN ATS APA YG ENGKAU TETAPKAN.AKU MEMINTA AMPUN KPD ENGKAU & ALLAH SEJAHTERAKANLAH JUNJUNGAN KAMI MUHAMMAD YG UMMI & SEJAHTERAKANLAH KEATAS KELUARGANYA & PARA SAHABAT BAGINDA SEKALIAN.

 

No comments:

Post a Comment