Google Ads

Friday 4 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 2

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 2
MENARIK DI DALAM...
è Sibuk atau penyibuk?
è Siapa kita?
è Tidak beriman?
è Teka teki
è Keupayaan otak
è Membina matlamat
è Doa tidak di terima?
è Makna dalam Doa al fatihah
è Petunjuk sebenar..

Assalamualaikum….
Sahabatku….
Hai, Masih sibuk lagi...dengan tugasan di sekolah dan rumah…..inilah kehidupan, dengar kat radio hari tu, orang yang sibuk ni orang yang pandai membahagikan masa….ye ke? Tapi, kenapa ada buku di pasaran ‘ Sibuk ataupun Penyibuk’ ye… dan agaknya dalam kategori mana kita? Sibuk ke Penyibuk? Hehehehe….

Sahabatku...
Edisi yang lalu….kita bertanya pada diri sendiri yang adakah kita ini ada masa untuk diri sendiri mempelajari ilmu agama? Baru tadi (tanyalah Ustaz) bercakap tentang kejahilan keluarga, keluarga yang jahil tidak begitu berminat dengan rancangan agama, buku agama, kuliah ilmu dan orang yang jahil juga di kategorikan dlm golongan org yang sesat….ala...dlm surah al fatihah ada disebut….takkan kita nak bersama-sama org2 yg sesat di padang mahsyar besok…. Eiiiiiii….taknak..tapi kalau tak nak kita mesti berbuat sesuatu kan? Nak elak jahil...carilah ilmu… mudah bukan???

SIAPA KITA?

MANUSIA A

Cepat marah dan Resah

 

MANUSIA B

Baik tetapi cepat berubah (reaktif)

 

MANUSIA C

Cemerlang kehidupannya

Dan positif (proaktif)


‘Dan apabila kamu membaca Al-Quran nescaya Kami(Allah) adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. Dan kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Quran, niscaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya.’

(Surah al-Isra': 45-46)

 

Ya Allah, Janganlah Kau golongkan aku dalam golongan tersebut....Dekatkanlah diriku dengan Al Quran...amin....


TEKA TEKI
Binatang apa power Karate?

KEUPAYAAN OTAK
OTAK KANAN (KREATIF)
à Sintesis
à Emosi
à Anologi
à Imaginasi
à Bentuk/Pola/Lukisan Dll

OTAK KIRI (LOGIK)
à Pengiraan
à Penulisan
à Teori
à Rasional
à Bahasa/ Lisan Dll

 Mutiara Kata….
Seorang yang berangan-angan tanpa titik hanya mengikut khayalan mindanya sedangkan orang yang berimaginasi telah mereka satu skrip untuk ke satu matlamat

Bagaimana membina target /matlamat?
1)        Letakkan target dalam kehidupan anda.                  
 Mungkin  sebuah rumah contohnya.
2)      Sesuatu matlamat perlu konkrit dan spesifik.    
 Contohnya rumah yang bagaimana? 1 tingkat? 2 tingkat? Rumah banglo mewah? Yang ada 5 bilik tidur? Lokasinya       di mana? Dekat dengan tmpt kerja atau jauh. Knp? Dan sebagaimana….fikirkan…
3)      Sesuatu matlamat mesti ada ukuran.
Bagaimana ingin memperolehi rumah tersebut? Membuat pinjaman   peribadi atau kerajaan? Menggunakan duit gaji atau     kerja part time?mampukah menampung ansuran setiap bulan? Jika tidak bagaimana mengusahakan duit  ? Dll…
4)     Sesuatu matlamat mesti ada tempoh masa..      
 Contohnya, nak dapatkan rumah tersebut dlm jangka     berapa lama?2 tahun? 5 tahun? Atau berapa lama?
Perlu diingat, setiap perancangan ke arah matlamat mestilah dilahirkan dalam bentuk tulisan, bukannya melilau dlm minda semata.
      SELAMAT BERJAYA MENCIPTA MATLAMAT ANDA!!!
 Sumber : Dr Tuah

DOA TIDAK DITERIMA??

Pernahkah anda merasakan bhw doa anda tidak diterima?? Ada sebabnya…

1)Belum tiba masanya Allah menerima doa tersebut…

2)Mungkin doa tersebut tidak sesuai dgn diri anda…..

3)atau Allah ingin menggantikan apa yang lebih baik dari di minta….

Percayalah kpd Allah...kerana Dia maha Menyayangi dan Maha Mengetahui akan setiap hambanya..=)


RUANGAN SOLAT

MAKNA DOA IFTITAH
ALLAH MAHA BESAR LAGI MAHA AGUNG DAN PUJI-PUJIAN BAGI ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA. MAHA SUCI ALLAH SIANG DAN MALAM. AKU HADAPKAN MUKAKU KEPADA YG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, DGN TUNDUK PATUH & BUKANLAH AKU DARI GOLONGAN ORG2 YG MENYEKUTUKAN-NYA.SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM.TIADA SEKUTU BAGINYA & DGN DEMIKIAN AKU DIPERINTAHKAN & AKU TERMASUK DLM ORG2 YG BERSERAH DIRI.

(FAHAMKAH ANDA AKAN APA YANG ANDA BACA DLM SOLAT?)


JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA PETUNJUK SEBENAR HANYALAH AL-QUR'AN.
Maka patutkan aku mencari hakim selain Allah,padahal Dia-lah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Al-Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu.    (Surah al-An'am: 114)
Bilakah kali terakhir kita memegang kitab suci al-Quran? Baru pagi tadi? Alhamdulillah... Syukurlah...
Berapa patah perkataan ayat al-Quran yang kita baca hari ini? Apa?Tak sempat baca?Sibuk sangat? Baca paper sempat pulak...baca Msg di facebook sempat pulak..baca gosip di majalah sempat pulak....aduh... Betapa kita ni sangat leka dengan hidup di dunia yang amat sementara...dunia yang hanya sebagai tempat persinggahan sementara untuk mengumpul bekal menuju ke SANA.....
Fikirkan...



No comments:

Post a Comment