Google Ads

Friday 25 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 59

MENARIK DI DALAM
·        2 Tangan, 2 Kaki tapi sekeping hati?
·        Sebab Tohmahan kepada Hukum Hudud
·        Doa
·        4 Perkara Sebelum Tidur
·        7 Unsur Penyebab Sombong
·        Bolehkah percaya pada Allah sahaja, Tapi tidak pada Nabi?
·        Untung


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan manusia dari tiada kepada ada. Yang berdiri dengan sendirinya.  

Sahabatku
Saya ada mengikuti program tv semanis kurma pada suatu hari, saya amat tertarik dengan kata-kata ini. menurut HAMKA Allah menciptakan 2 kaki, 2tangan, 2 mata, 2 telinga tetapi  kenapa Allah menjadikan kita sekeping hati?. Cuba fikirkan dulu sebelum baca ayat yang berikutnya. biar diri anda berfikir.   Allah menciptakan kita sekeping hati adalah kerana Allah menginginkan kita mencari sekeping hati lagi (pasangan kita) supaya  dengannya kita dapat hidup dengan bahagia.

Sahabatku
Dengan kata-kata itu, baru kita sedar kembali yang pasangan kita itu adalah sekeping hati lagi yang akan membahagiakan hidup kita bukan?. Tanyalah diri kita, sebanyak mana kita menghargai kehadiran pasangan kita dalam hidup ini. Setakat mana kita menjaga segala makan pakainya (Jika kita Isteri) dan setakat mana kita menjaga nafkahnya (Jika kita suami). Jika itu sudah dipenuhi, Alhamdulillah, tetapi sebenarnya ia masih belum mencukupi, banyak perkara yang masih perlu diperbaiki dalam perhubungan suami dan isteri.

Tanyalah diri, buatlah refleksi. Rujuklah rumahtangga Rasulullah dan Siti Khadijah.
                                                  Editor, Norazila Khalid                         


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah sahabat yang tetap pergi ke masjid untuk solat berjemaah walaupun lumpuh sebelah badan?
2. Membenarkan dengan hati, Mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota badan. Ketiga-tiga ungkapan ini mengambarka apa?.
3. Mudad bin Amru al-Jurhami. Apakah kaitan lelaki ini dengan air zamzam?
4. A)Emas milik Kaabah B)Pedang-pedang Mudad bin Amru al-Jurhami. Apakah kaitan kedua-dua objek ini dengan Kaabah pada hari ini?
Jawapan di akhir edisi ini




KEBIJAKSANAAN RASULULLAH
KISAH 2
Rasulullah pernah mendorong kaum muslimah untuk berinfak. Selepas solat sunat dan menyampaikan khutbah pada suatu hari di aidilfitri, baginda mendatangi jemaah wanita dan mengingatkan mereka membelanjakan harta pada jalan Allah. Wanita-wanita tersebut telah melemparkan harta mereka seperti cincin, gelang dan anting-anting ke arah kain yang dibentangkan oleh Bilal Bin Rabah.
‘Ata’ yang melaporkan hadis ini telah ditanya ‘adakah dibolehkan apabila seorang imammendatangi kaum wanita setelah menyampaikan khutbah lalu mengingatkan mereka?
‘Ata’ menjawab ‘Wahai Amru, sesungguhnya hal itu benar-benar termasuk dalam tindakan yang benar. Apa alasan mereka untuk tidak melakukannya?
Ini menunjukkan penerangan dan peringatan tentang zakat dan sedekah adalah suatu tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah Islam.



SEBAB TOHMAHAN KEPADA HUKUM HUDUD

 KEJAHILAN

Kedangkalan ilmu dan pengetahuan yang cetek berkenaan dengan falsafah undang-undang Islam menyebabkn golongan ini beranggapan bukan-bukan membuat tohmahan secara melulu. Tambahan pula mereka dimomokan dengan pelbagai doktrin yang menunjukkan anti Hudud.

 

 MENJAGA KEPENTINGAN

Ada pihak yang ingin menjaga kepentingan peribadi ataupun politik. Justeru, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengiakan tindakan rakan taulan.

 

 KERAS KEPALA

Ada yang tidak mahu menerima hukum hudud kerana perasaan ego dan keras kepala. Hal ini menyebabkan mereka sanggup mempertahankan kebatilan dan bukannya mereka tidak tahu hakikat kebenaran bahawa Hukum Hudud ini sebenarnya daripada Allah. 

Sumber : JINAYAT, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri


DOA
KETIKA BERHADAPAN KESUKARAN YANG SANGAT BERAT
 Ibn Abbas berkata ’Doa yang selalu dipanjatkan Nabi Muhammad saw setiap kali berhadapan dengan kesukaran yang sangat berat adalah .

‘Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Agung,  dan Maha Pengasih. Tidak ada Tuhan selain Allah Pemilik Arasy yang sangat Besar. Tidak ada Tuhan selain Allah Pemilik langit, bumi dan Arasy yang sangat mulia’
Riwayat Al Bukhari dan Muslim


4 PERKARA SEBELUM TIDUR
Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah r.a . ‘Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara ini, iaitu
 Sebelum khatam al-Quran
 Sebelum membuat semua para nabi memberimu syafaat
 Sebelum para muslim meredaimu
 Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

‘Bertanya Aisyah , ‘Ya Rasulullah...Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara ini dengan waktu yang singkat?’ Rasulullah tersenyum dan bersabda ‘ jika engkau mahu tidur bacalah surah al-Ikhlas 3kali seakan-akan kau mengkhatamkan al-Quran. Membaca selawat ke atasku dan para nabi sebelumku maka kami akan memberimu syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslim maka mereka akan meredhaimu. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah’.

           


7 UNSUR YANG MENDORONG MANUSIA SOMBONG
 Keturunan
 Kekuatan dan Kekuasaan
 Kecantikan
 Kekayaan dan banyak aset
 Tinggi Ilmu
 Warak dan Kuat Ibadah
 Ramai Pengikut dan Kuat pengaruh


Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
1) Bahagi harta pusaka tidak ikut hukum faraid dan menyatakan hukum faraid tidak adil.
2)Percaya pada Allah sahaja, tapi tak percaya pada Nabi dan Rasul.

 A
1) Berdosa jika tidak ikut hukum faraid, tetapi jadi murtad jika menyatakan hukum faraid tidak adil dan haram ditanam diperkuburan orang Islam.
2) Percaya pada Allah dan Rasul baru dinamakan orang islam.




UNTUNG
          Siapa yang tidak mahu untung? Apabila berniaga, kita pasti ada sasaran untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Apabila keluar bersiar-siar dan berbelanja, untung juga ada orang yang belanja kita. Bukankah ia hanya keuntungan di dunia?
          Allah swt melalui nota cinta-Nya telah menyatakan ciri-ciri orang yang beruntung di dunia dan akhirat, maksudnya ‘Dan orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak berguna’ (Surah al Mu’minun 23:38)
          Nah, inilah ‘target’ orang yang mengejar keuntungan. Bukan sahaja mencari keuntungan dalam kehidupannya di dunia, tetapi turut menyasarkan keuntungan di Akhirat. Mereka yang mengejar keuntungan dunia dan akhirat tidak akan membiarkan dirinya melakukan perkara yang tidak berfaedah. Setiap tindakan ada tujuan dan matlamat.
          Bahkan, keuntungan yang akan digapai itu mencakupi cara seseorang dapat memanfaatkan masa yang ada. Biarpun hanya satu minit, dia perlu mencapai keuntungan di Dunia dan Akhirat. Sudah tentulah mengelakkan diri daripada virus-virus mazmumah yang boleh menggelapkan hati amatlah penting.
Sumber : viceversa

JAWAPAN TRIVIA
1. Al Rabi’ bin Khuthaim
2. Definisi rukun iman
3. Beliau merupakan orang yang telah bertindak menimbus punca air zamzam sehingga ia tertimbus selama lebih kurang 500 tahun.
4. Kedua-dua objek tersebut dijumpai semasa penggalian semula punca air zamzam oleh Abdul Mutalib. Kemudian pedang tersebut diubah menjadi pintu Kaabah manakala emas tersebut dijadikan perhiasan pintu Kaabah. 




No comments:

Post a Comment