Google Ads

Thursday 24 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 57

MENARIK DI DALAM
·        kewujudan Tuhan? Mana buktinya?
·        Matlamat Zakat
·        Rebah
·        Petanda Yang Maha Pencipta Pada Burung
·        Iktibar dari Talak
·        Tangani Panas Baran cara Islam
·        Bolehkah bertepuk tangan?


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.

Sahabatku
Saya mengikuti bual bicara bersama ustaz Dr Danial Zainal Abidin. Siapa yang tak kenal dengan beliau kan? Beliau seorang mualaf, tetapi ilmu beliau mengatasi kita yang sejak kecil lagi islam ini. Kita bagaimana? macammana dengan ilmu agama kita? semak balik diri kita. Segan tak dengannya?

Sahabatku,
Daripada kupasan beliau, Dr Danial menceritakan mengenai 2 orang yang kafir (ateis) bertemu dengan Imam Abu Hanifah. Mereka bertanyakan tentang kewujudan tuhan dan apakah buktinya.  Lantas Iman Abu Hanifah, terdiam seolah-olah sedang berfikir panjang. Melihat akan tingkah laku Imam Abu Hanifah itu 2 Orang kafir tersebut tersenyum dan ketawa’ Kenapa?, adakah tuan tidak dapat menjawabnya?’. Lantas Imam Abu Hanifah membalas. ’Aku tengah terfikirkan sebuah kapal yang besar, yang tiada Nahkoda di atasnya, tetapi belayar dilautan dengan sendirinya, berniaga dengan sendirinya, dan kembali ke pengkalannya dengan sendirinya’. Kedua orang kafir itu terkejut dengan jawapan tersebut  ’Tuan menjawab dengan sesuatu yang tidak masuk akal, mana mungkin kapal belayar tanpa nahkoda?’. Imam Abu Hanifah membalas kembali ’sama sahaja dengan alam cakerawala ini, bulan, bintang, matahari, bumi dan semuanya bergerak dengan sendirinya, alangkah tidak logik, mesti ada yang memegangnya, itulah Tuhan Yang maha Esa’. Lantas kedua orang itu mengucap 2 kalimah syahadah.

Sahabatku
Tanyalah pada diri kita, setakat mana kita mengenali Tuhan kita? Setakat mana kita membaca dan menghayati kata-kataNya(al-Quran)..
Editor , Norazila Khalid


MATLAMAT ZAKAT

       CINTA + SUCI + SYUKUR

 

CINTA

 Dikeluarkan atas niat membuktikan kecintaan terhadap Allah

 Mencintai Allah adalah tuntutan kalimah syahadah

 Wajib meminggirkan seluruh kecintaan lain terutama perkara yang amat dicintai manusia—harta.

 

SUCI

 Zakat menyucikan diri daripada sifat mazmumah terutama sifat bakhil yang merugikan manusia di Dunia dan Akhirat.

 Bakhil hanya dapat dikikis melalui mujahadah mengeluarkan harta di jalan Allah.

 

SYUKUR

 Manifestasi syukur kepada Allah adalah dengan membelanjakan harta  kurniaanNya selaras dengan tujuan Allah mengurniakannya.

 Pegang prinsip orang yang bersyukur, memenuhi keperluan diri dan keluarga serta membantu golongan yang memerlukan.


REBAH
          Apabila rebah pasti sakit. Saat itu , automatik mulut akan mengaduh. Kononnya menyesal dan serik tidak berhati-hati , namun tanpa sedar dalam waktu yang sama mulut laser memaki hamun secara tiba-tiba. pelik, padahal salah diri sendiri.
          Kadang-kadang hati kecil kita selalu bermonolog letih dan bosan  serta mempertikaikan usaha yang telah dilakukan.Cepat sungguh kita mengaku kalah. Ketika semangat diri sudah longgar, prinsip nafsu mula menghasut membatasi pegangan akal dan akhlak.
          Pesan pada diri, acapkali rebah bukan petanda anda lemah dan lelah. Namun ia adalah tangga-tangga usaha yang perlu didaki demi menuju pintu di tangga yang terakhir. Allah belum mengurnia kejayaan dan kegembiraan kerana belum tiba masanya. Allah juga menggantikan sedikit ujian supaya kita kukuh dan akrab memohon dan bergantung kepada Dia. Jika gagal, usaha dan usahalah lagi. siapa sangka usaha yang terakhir itulah yang bakal membuahkan natijah yang sebenar? Jangan rebah ketika hampir ke garisan penamat. 


PETANDA MAHA PENCIPTA PADA BURUNG
Burung yang terbang adalah keajaiban yanhg sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis.  Antara keunikannya ialah...
2 Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.
2 Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.
2 Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara dengan saluran yang berbeza.
2 Bulunya dibentuk daripada keratin.Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan  sel-sel yang baru.
2 Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung sentiasa kemas, licin dan kalis air.
2 Semua burung yang terbang mempunyai tulang pada dada (sternum) yang sangat kuat untuk  menyokong otot-otot sayap.


IKTIBAR DARIPADA KONSEP TALAK
1. Mengajar umat Islam cara membuat pemilihan calon yang terbaik sebelum bernikah.
2. Memilih wanita yang dipinang sebelum akad samada berdepan, menghantar wakil atau mengintai dari jauh.
3. Meminta wali menikahkan puterinya bukan dengan sembarangan orang, tetapi dengan calon yang diredhai agama dan akhlaknya.
4. Mensyaratkan keredaan wanita untuk berkahwin dengan orang yang meminangnya.
5.  Menjadikan keredaan wali serta kesepakatannya sebagai perkara wajib atau sunat agar perkahwinan tersebut tidak mendapat tentangan keluarga.
6. Mewajibkan agar bergaul dgn harmoni, menjelaskan hak dan kewajipan antara suami dan isteri , menyemai keimanan agar beriltizam dengan batas-batas syarak dan bertakwa kepada Allah.
7.  Menganjurkan agar suami dapat menerima realiti agar tidak terlalu berharap pada kesempurnaan isteri dan sebaliknya.
8.  Menyeru para suami agar menggunakan akal dan kemaslahatan jika tidak berasa senang terhadap isterinya seperti dalam surah al– Nisa’ ayat 19.
9. Mengarahkan para suami agar mengubati isterinya yang derhaka dan melakukan maksiat dengan cara yang berhikmah dan beransur-ansur, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut sebagaimana dalam surah al-Nisa’ ayat 34.
10. Mengarahkan masyarakat agar campur tangan ketika berlakunya persengketaan antara suami dan isteri dengan membentuk ’majlis keluarga’ dalam kalangan orang yang dipercayai.  




TIP TANGANI PANAS BARAN CARA ISLAM

O Mengubah Posisi. Rasulullah saw bersabda ‘Apabila kamu marah, dan ketika itu dalam kedudukan berdiri, dan hendaklah dia duduk kerana ia akan mengilangkan kemarahannya, dan jika tidak hilang juga marahnya, hendaklah dia berbaring’.(Riwayat Muslim) 
O Berwuduk.Rasulullah saw bersabda ’Marah datangnya daripada Syaitan, dan ia diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya boleh dipadamkan menggunakan air. Oleh sebab itu, apabila kamu marah, maka hendaklah kamu berwuduk. ’ (Riwayat Abu Daud)
O Membaca Ta’awwuz.  Lafaznya ’A’u zubillahiminasyyaitan nirrajimm’ maksudnya (Ya Allah, aku berlindung kepadanya daripada syaitan yang direjam)
O Berzikir. Banyakkan mengingati Allah dengan berselawat, berzikir, bertahmid dan bertakbir. 
O Kawal Lisan. Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan kepada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah an kebaikannya. 
O Minum Air. Minum air sejuk kerana air mampu memadam api kemarahan yang ada dalam diri. 
O Berkata Kepaad Diri. Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yang kita lakukan kepada orang lain, suatu hari nanti perkara yang hampir sama akan berlaku kepada diri kita sendiri. Dengan cara ini kita Berjaya mengalihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan api kemarahan.


Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
A)Tepuk tangan adakah mengikut budaya orang kafir?
B)Hukum rawatan islam yang menilik nasib.
C)Apakah doa untuk elak hasutan syaitan?

 A
A)Makruh, tidak haram.
B) Jika pada rawatan ini menceritakan perkara ghaib yang belum berlaku, HARAM berubat dengan kaedah ini.
C) Baca Surah al-falaq dan Surah An Nas.



           




No comments:

Post a Comment