Google Ads

Wednesday 10 August 2016

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 248


MENARIK DI DALAM
·        Dialog Ahli Syurga Dan Neraka
·        Cara Allah Menurunkan Wahyu Kepada Rasulullah
·        Bacaan Sunat Sebelum Tidur
·        Buatan Yahudi
·        40 Amalan Pembawa Berkat
·        Panduan Keselamatan Di Internet



DIALOG AHLI SYURGA DAN NERAKA
Perkembangan teknologi moden yang pesat sedikit sebanyak membantu umat Islam untuk memahami sesetengah ayat al Quran yang mungkin sukar difahami oleh umat Islam silam. Dalam al Quran terdapat ayat tentang dialog antara ahli syurga dan ahli neraka. Dialog antara 2 golongan ini bertujuan menghina ahli neraka yang amat sombong ketika berada di dunia dahulu. Setakat yang kita ketahui, jarak antara syurga dan neraka amat jauh. Dengan wujudnya teknologi sidang video pada zaman moden seperti skype, dialog ini lebih mudah diterima logik manusia zaman sekarang. Ayuh kita lihat beberapa ayat yang menyebut perihal komunikasi tersebut, antaranya:

 Ahli Neraka merayu kepada ahli Syurga agar memberikan mereka sisa makanan di syurga. ‘Dan Ahli Neraka merayu ahli Syurga (dengan berkata) : Limpahankanlah kepada kami sedikit air atau rezeki ( makanan ) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab ‘sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua-duanya atas orang-orang kafir’. (Surah al A’raf : 50)

 Ahli Syurga bertanya teman ahli Syurga yang lain perihal temannya yang sombong dan kufur semasa di dunia dahulu. ‘Penduduk syurga setengahnya menghadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanya. Seorang antara mereka berkata ‘sesungguhnya aku (Di dunia) dahulu ada seorang rakan yang berkata : ‘Adakah engkau juga salah seorang daripada golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)? Adakah sesudah kami mati dan menjadi tanah dan tulang, kita akan (di hidupkan semula serta) di balas apa yang telah kita lakukan?’ Ia berkata lagi ‘Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu?) maka ia pun memandang ke arah neraka, lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala . Ia pun berkata ‘Demi Allah! Engkau nyaris-nyaris menceburkanku dalam kebinasaan. Kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk) , nescaya aku akan menjadi daripada orang-orang yang diseret (untuk menerima balasan azab)’ (Surah al Saffat 50 :59)

 Ahli Syurga mentertawakan ahli neraka. ‘Maka pada hari ini, orang –orang yang beriman pula mentertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin yang berhias, serta melihat hal yang berlaku kepada musuhnya. (untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya ‘bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa mereka telah kerjakan dahulu?’ (Surah al Mutaffifin 34—36)

Sumber : Tazkirah FB


CARA ALLAH MENURUNKAN WAHYU KEPADA RASULULLAH  

 Mimpi Yang Benar

Menurut keterangan daripada pelbagai rujukan, kita dapat memahami bahawwa Rasulullah menerima wahyu dengan cara bermimpi sebagai persiapan baginya untuk menerima wahyu dalam keadaan sedar.

 

 Di Masukkan ke Dalam Hati baginda Tanpa Di Lihat Olehnya.

Ini berdasarkan hadis sahih yang bermaksud ‘Sesungguhnya ruhul Qudus telah meniupkan ke dalam hatiku bahawasanya seseorang itu takkan mati sehingga rezekinya sudah sempurna’. (Riwayat al Tabarani)

 

 Malaikat Menyerupai Seseorang Lelaki

Baginda akan berbicara dengannya sehingga dapat difahami oleh Baginda. Malaikat dating dalam rupa seorang lelaki yang snagat elok rupa parasnya seperti rupa seorang sahabat yang bernama Dihyah al Kalbi. Kedatangan wahyu seperti inipernah disaksikan oleh para sahabat contohnya ketika jibril datang dan bersoal jawab dengan Nabi tentang iman, Islam, dan Ihsan.

 

 Wahyu Datang Kepada Nabi Seperti Dentingan Loceng dan Suara Yang Amat Kuat

Ini adalah kaedah yang paling berat bagi Nabi. Apabila wahyu turun kepada Rasulullah dengan cara ini, ia memerlukan segenap kekuatan Baginda untuk menerima, memahami dan menghafalnya. Bayangkan betapa beratnya penerimaan wahyu begini hinggakan tunggangan Nabi pun terduduk di atas tanah.

 

 Malaikat Menyampaikan Perintah Allah Kepada Baginda Dalam Bentuk Asal.

Dalam riwayat oleh Imam Ahmad, Nabi saw menyaksikan Jibril dengan keadaan yang sebenar semasa berada di Sidratul Muntaha dan sayapnya memenuhi timur dan barat.

 

 Disampaikan Oleh Allah  Terus Kepada Baginda

Perkara ini berlaku semasa Baginda memohon keringanan daripada lima puluh waktu solat kepada lima waktu. Allah berbicara kepada Nabi secara langsung tanpa ada perantaraan.

 

Sumber : Ibn Al QAyyim



BACAAN SUNAT SEBELUM TIDUR  
¤ Ayat al Kursi
¤  Membaca surah al ikhlas , al Falaq dan al Nas. Kemudian tiupkan kepada kedua tapak tangan dan diusap ke seluruh tubuh. Siti Aisyah mengatakan bahawa Rasulullah melakukannya sebanyak 3 kali.
¤ Tasbih, Tahmid dan takbir sebanyak 33 kali. Rasulullah saw bersabda kepada Ali dan Fatimah yang mengeluh penat bekerja di siang hari dan meminta seorang pembantu ’jika kamu telah berbaring di tempat tidur, bertakbirlah 33 kali, bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Sesungguhnya itu lebih baik bagimu daripada memiliki seorang pembantu.’ (Riwayat Muslim)
¤ Doa Tidur

Sumberb : Bicara Al Quran






Q & A (BUATAN YAHUDI)
Q
Internet dan laman sosial popular seperti facebook adalah ciptaan Yahudi dengan agenda ingin menyesatkan umat Islam. Maka kita diharamkan menggunakannya. Sejauh mana benarnya pendapat ini?

A
Saya sangat berharap agar kita tidak melihat perkembangan teknologi maklumat secara negatif, lalu memalitkannya kepada Islam. Pandangan kita seringkali disempitkan dan tidak selari dengan Islam. Islam tidak pernah memusuhi perkara baru termasuk teknologi maklumat yang wujud pada zaman ini. Merujuk kepada sirah Nabi, Baginda tidak pernah berpandangan negatif kepada perkara baru meskipun datangnya daripada negeri lain. Bahkan baginda sangat mengalu-alukannya jika ia bermanfaat  untuk kebaikan masyarakat Islam. Rasulullah saw turut berpesan: ‘Berusahalah mendapat apa yang bermanfaat bagimu’. (Riwayat Muslim) Andainya teknologi ini bermanfaat untuk diri kita dan umat Islam secara amnya, maka tiada halangan sama sekali bagi seorang Muslim untuk menggunakannya.
Sumber : Al Ustaz


40 AMALAN PEMBAWA BERKAT

 Memberi Dengan Murah Hati
 Mengamalkan Makan Bersama
 Tekun Menuntut Ilmu
 Berlemah lembut terhadap  Isteri dan Anak-anak
 Banyak diam daripada Berbicara
 Berbuat Baik KepadaAnak Yatim
 Menghormati Para Ulama
 Tidak Kedekut Berbelanja Untuk Keluarga
 Berjimat Cermat
 Suka Meminta Nasihat Sebelum Melakukan Sesuatu  Pekerjaan
 Memperbanyakkan Istighfar Pada Setiap Pagi dan Petang
 Sentiasa Menjaga Wuduk
 Meminum Madu
 Ramah dan Suka Bergaul
 Menjaga Solat Fardu 5 Waktu
 Menamai Anak Dengan nama Muhammad atau Ahmad
 Membantu Orang Susah
 Memperbanyakkan Selawat
 Keluar Awal Pagi Untuk Mencari Rezeki
 Menanam pokok
 Tidak Berbicara kecuali apabila diperlukan
 Mengisi waktu antara solat Maghrib dan Isya’ dengan Ibadah
 Bersedekah di Awal Pagi
 Membaca Bismillaj Sebelum Melakukan Sesuatu
 Menyambung Silaturahim
 Sering Melafazkan Syukur dan memuji-muji Allah SWT
 Membela Kambing
 Memperbanyakkan Ibadah Haji dan Umrah
 Bertakwa dan Bertawakal Kepada Allah
 Selalu Membaca al Quran
 Berkahwin
 Mengasihi Semua Orang
 Berniaga dan Bermusafir Untuk Mencari Rezeki
 Membela Orang lemah dan Asing
 Menjaga Solat Witir, Solat Subuh dan Solat Rawatib
 Menghormati Makanan
 Beriktikaf Di Masjid dan Mengimarahkannya
 Memberi Salam Ketika Masuk Ke Rumah
 Memperbanyakkan Puasa  Sunat
 Melazimkan Solat Dhuha
Sumber :  Mini poster al Ustaz 


PANDUAN KESELAMATAN DI INTERNET   

 Baca dan fahami syarat-syarat dan terma perkhidmatan dengan teliti

 Rahsiakan maklumat peribadi

 Gunakan kemudahan privasi yang dicadangkan

 Buat laporan penyalahgunaan atau penggodaman

 Memasang antivirus

    Sumber : SKMM