Google Ads

Monday 28 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 66

MENARIK DI DALAM
·        1 dalam 2000?
·        Apabila Solat Tidak Menyentuh hati
·        Modus Operandi Pembersihan Hati
·        3 Golongan Terawal Di seret ke Neraka
·        Tip- Tip Bercinta sampai ke Syurga
·        Tuhan Yang Maha Mendengar


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Yang Menguasai segalanya. Samaada di langit dan di bumi. Tuhan yang sentiasa JAGA samaada kita tidur atau kita berjaga. Dia lah hanya satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

Sahabatku
Saya teringat satu cerita. pada suatu hari Jibril memberi berita kepada Nabi saw bahawa umat akhir zaman ini hanya seorang dalam 2000 orang yang akan masuk ke syurga. apa? 1 dalam 2 ribu? memang logik kan? kenapa? sebab syurga yang indah hanya boleh dibeli dengan harga yang mahal (iman). cuba tanya student kita, siapa yang nak masuk syurga? saya percaya semua daripada mereka nak masuk syurga. tak payah tanya pelajar kita, tanya diri sendiri sudah cukup. tentu kita nak masuk syurga, tak payah nak fikir-fikir untuk jawab kan, automatik kita akan jawab nak masuk syurga. tapi, adakah kita ialah seorang dalam 2 ribu itu? tepuk dada, tanya iman.

Sahabatku
teringat juga saya dengan kisah Umar, sahabat Rasulullah, apa kata Umar, ‘jika semua orang masuk syurga kecuali seorang yang masuk ke neraka, maka aku takut akulah orang yang akan masuk ke neraka itu’. Lihatlah, betapa Umar yang sangat tebal imannya  itu pun mencurigai keadaannya samaada ke syurga atau neraka, apatah lagi dengan diri kita? iman setipis kulit bawang sahaja. Kita pulak perasan, jika semua orang masuk neraka tapi seorang sahaja yang akan masuk syurga, kitalah orang yang akan masuk syurga itu. Perasan! Auditlah iman kita. Layakkah?  subhanallah.

Sahabatku...
kita hidup di dunia SEKARANG, jadi kita hanya hidup dan hidup sahaja  malah kadangkala terlupa akan kedatangan hari yang sangat besar dan kekal abadi selama-lamanya. kadangkala kita anggap remeh sahajaj. takpe, dah bersara nanti baru aku nak cari ilmu agama, tetapi adakah kita yakin yang kita akan hidup sampai ke waktu bersara? tidak dan tidak,  kita tak tahu pun yang kita akan hidup sampai ke malam nanti, mungkin sahaja lagi 5 minit kita akan pergi untuk selama-lamanya. Jom fikirkan!
Editor , Norazila Khalid


APABILA SOLAT TIDAK MENYENTUH HATI
‘Bukan masanya lagi kita menekankan soal akidah, solat, puasa sekarang ini,’
‘Mengapa?’
‘soal hasanah akhirat kita sudah selesai. Tetapi soal hasanah dunia ini yang tak selesai-selesai! ’
‘mengapa demikian?’
‘eh, dah terserlah di hadapan mata. umat islam jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, ketenteraan, teknologi dan lain-lain pembangunan material. Ini semua hasanah dunia. ’
‘mengapa tuan kata soal hasanah akhirat kita sudah selesai?’
‘Fokus dan penekanan kita selama ini memang pada soal-soal itu. Hanya pada hasanah akhirat. Sejak dulu lagi, masjid, surau dan kelas pengajian kita asyik menekankan soal fardu ain, akidah, taharah, solat, puasa dan sebagainya. Kurang sekali penekanan kepada soal fardu kifayah seperti ekonomi, teknologi, ketenteraan dan lain-lain. Padahal semua itu kehendak Islam juga’
‘saya rasa soal akidah, soal solat , soal puasa kita masih belum selesai, sama seperti soal ekonomi, teknologi dan lain-lain tu juga belum selesai  ’
‘apa buktinya soal fardu ain kita belum selesai?’
‘buktinya, fardu kifayah kita belum selesai, berapa ramai orang Melayu-Islam yang tidak solat? mengikut kajian tidak rasmi, hampir 80% yang mengerjakn solat pula, berapa ramai pula yang benar-benar memahami, menghayati dan melaksanakan tuntutan solat dalam kehidupan?’.
‘Apa kaitan solat dengan ekonomi? Apa kaitan puasa dengan teknologi?’
‘mengapa ekonomi kita bermasalah? Kata sesetengah pakar, akibat sikap monopoli segelintir elit melayu yang kaya raya. Kata sesetengahnya pula, akibat rasuah, Ali Baba, malas boros, tamak. semua sifat negatif ini boleh dicegah kalau kita benar-benar mendirikan solat. solat akan mencegah kemungkaran . Termasuk kemungkaran dalam ekonomi’.
‘itu saya tahu, tapi kalau puasa dengan teknologi itu, saya rasa tak ada kaitan’
‘puasa membersihkan hati. Apabila hati bersih kita boleh menggunakan teknologi bukan digunakan oleh teknologi. lihat sahaja teknologi ict, ketika kita boleh menggunakannya untuk mendapat ilmu dan maklumat, ramai anak melayu melepak di kafe siber, leka dengan permainan video dan pornografi. membazir dengan telefon bimbit ribuan ringgit hanya untuk bersuka-suka dan berseronok. Itu tidak termasuk berjuta-juta wang orang melayu dibazirkn hanya untuk menghantar sms dalam program realiti. Kita bukan menguasai teknologi tetapi digunakan oleh teknologi. Kenapa? Semuanya sebab hati kita kotor! Dan mengapa sesuatu perniagaan boleh gagal?.’
‘sebab tidak ada strategi dalam pemasaran. Tidak pandai urus masa. Tidak pandai tarik hati pelanggan. Produk tak bagus. Tak amanah. Tak jujur. Mudah kena tipu. banyak lagi’
‘sebab dia tak benar-benar solat. solat ialah latihan untuk fokus hati bagi mengingati Allah. kehidupan ini pun mesti fokus kepada matlamat. Ini asas disiplin diri. Solat juga melatih kita menguruskn waktu, bersih, tawaduk, yakin diri dan lain-lain nilai murni yang berguna dalam perniagaan. Semua ini terkandung dalam rukun fi’li, qauli dan qalbi solat’. Hanya solat yang khusyuk mampu memberi kesan kepada keperibadiannya’
Sumber : Beduk di Ketuk





MODUS OPERANDI PEMBERSIHAN HATI

; Takhalli
Mengosongkn hati daripada sifat-sifat mazmumah, umpama petani yang hendak menanam benih yang baik di atas tanah, maka tanah itu terlebih dahulu mesti dibersihkan daripada semak samun, lalang dan belukar. Jika tidak, benih tidak akan tumbuh dengan baik.  Dalam proses mendidik hati, sifat-sifat buruk mesti dibuang terlebih dahulu dan diutamakan sebelum menerapkan sifat-sifat baik. 

; Tahalli
Setelah sifat mazmumah dibuang, barulah benih-benih sifat mahmudah disemai ke dalam hati. Hati akan dihias dengan sifat-sifat yang mulia seperti jujur, kasih sayang, pemaaf, pemurah, sabar, ikhlas, tawakal dan lain-lain.

; Tajalli
Secara umum ia bermakna pernyataan atau penyerlahan. Apabila tahap ini dilalui, barulah terbuka hijab yang menghalang seorang hamba daripada ‘melihat’ tanda-tanda kekuasaan dan keagungan Allah dengan mata hatinya.
Sumber : Solusi isu 52


3 GOLONGAN TERAWAL DISERET  KE NERAKA
Sangat mengejutkan apabila Rasulullah saw menkhabarkan tentang 3 golongan yang terawal diseret ke neraka, Siapakah mereka? Apakah kesalahan mereka? Mereka adalah
Ilmuan: Menyampaikan ilmu agar dipandang sebagai cendekiawan.
Dermawan : Memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.
Syahid : Berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

Apa persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi pujian daripada manusia. Masalahnya bermula daripada hati. Apabila niat di hati tidak selari dengan tuntutan Islam, maka amalan yang baik pun boleh ternoda dengan niat yang tidak ikhlas. Oleh sebab itu, perbuatan kita amat dinilai bukan dengan perbuatan yang di lakukan, bahkan ia turut dinilai dengan keadaan hati ketika itu. Berwaspadalah, sentiasalah betulkan niat yang lurus, melakukan sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah, bukannya penghargaan dari manusia semata.  


  

WAHAI WANITA
u Jadilah seperti lebah, dia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.
u Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.
u Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?
u Jika anda tidak mempersiapkn diri sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.
u Bertingkahlakulah dengan akhlakmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman.
u Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang pling bahagia.
Sumber : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia (Dr ‘Aidh  Abdullah Al Qarni)




TIP –TIP BERCINTA SAMPAI KE SYURGA
J Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita
J Hadiri Majlis pengajian bersama
J Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
J Sama-sama saling mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
J Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia
J Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta
J Membaca al Quran di permulaan dan pengakhiran hari
Sumber :  Ustaz Pahrol



DOA
Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan tiada kekuataan utk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah swt.



TUHAN YANG MAHA MENDENGAR
Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar ialah Tuhan Yang Maha Mengasihi hamba-hambanNya. Allah Maha Mendengar. Sebab itu antara nama-nama Allah yang baik iaitu As Sami’. Allah Maha Mendengar rintihan, doa, dan pengaduan Hamba-hambanya. Tanpa mengira sesiapa , bila dan di mana jua, Allah maha mendengar doa hamba-hambanya.
Allah memakbulkan permintaan dan memenuhi harapan.  Jadi, berdoalah hanya kepada Allah dan mengharaplah kepadaNya, pasti Dia akan mendengar.




No comments:

Post a Comment