Google Ads

Saturday 26 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 62

MENARIK DI DALAM
·        Buruk bagi kita, tetapi hakikatnya ia Baik
·        Cara Untuk mendapat Hidayah
·        Saat Sekarang
·        Mana satu harta kita?
·        Ramuan Ubat Pencuci Dosa
·        Keikhlasan
·        Sajak Imam Bukhari
·        Sejadah ada lambang Salib?


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang amat dekat dan rapat dengan hamba-hambanya yang bertakwa. dan Tuhan yang akan membalas segala amal dan kejahatan hamba-hambaNya. Segalanya akan di hisab walaupun sebesar debu.

Sahabatku
saya ada terdengar satu kisah ini daripada  ustazah Norhafizah Musa. Ia adalah merujuk kepada satu perumpamaan.  Seorang ibu, semasa sedang menjaga anaknya, sambil-sambil itu dia menyulam. si anak kecil datang menghampiri ibunya yang melihat dari bawah sulaman yang dibuat oleh ibu. dia pelik melihat sulaman yang tidak cantik dari bawah dengan benang-benang yang sangat berselirat. dia sambung bermain. tidak lama kemudian dia kembali kepada ibunya yang masih lagi sedang menyulam, tetapi hasilnya tetap sama, malah benang-benang tadi lebih berselirat dan berserabut dengan langsung tidak kemas dan tiada rupa bentuk yang cantik. apabila sudah siap menyulam, maka si ibu tunjukkan hasil sulaman. terkejut si anak apabila sulaman yang dihasilkan ibu sangat cantik apabila dilihat dari atas.

Sahabatku,
Bagitu juga dengan apa yang telah Allah rancangkan untuk kita. kadangkala kita rasa teruk dan tidak suka dengan apa yang telah agama syariatkan, tetapi hakikat yang sebenarnya itulah yang terbaik sebagai bekalan kita menghadapi kehidupan yg indah dan lebih baik di hari Akhirat yang kekal abadi. kita hendaklah melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan yang positif dan baik, dari kaca mata hati yang bersih, yang penuh dengan iman, bukan hanya kerana ia tidak mengikut kehendak nafsu kita, kita katakan ia sesuatu yang buruk dan tidak baik.  Allah lebih Mengetahui dan sentiasa yang memberi yang terbaik kepada kita. Buruk di mata kita, tapi hakikatnya itulah yang terbaik.
Editor, Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah wanita pertama yang dijatuhkan hukuman potong tangan kerana disabitkan mencuri oleh   Rasulullah?
2. Siapakah cucu angkat kesayangan Rasulullah?
3. Siapakah ibu kepada Abu Bakar As Siddiq?
Jawapan di akhir edisi ini


MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN MEMBERI

 Visi dan misi hidup jelas dan tepat.

 Menggunakan potensi diri ke tahap maksimum.

 Memberi kejayaan kepada org lain (sentiasa berfikiran ‘Bagaimana untuk memberi bukan apa yang bakal kita perolehi’)

 Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh melahirkan pemimpin lain bersamanya.

 memberi dengan ikhlas, walaupun tidak dikenang kita tetap mendapat ketenangan dan keberkatan hidup.

Ustaz Pahrol Mat Juoi



CARA UNTUK MENDAPAT HIDAYAH
J Banyakkan Berdoa ‘Ya Allah aku memohon kepadamu Ya Allah hidayahMu , kekalkan ketakwaan yang telah Kau berikan kepadaku,  jauhkan aku dari segala maksiat dan  Kau berikanlah kepadaku kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dengan kekayaan’.
J Perbaharui niat untuk dapatkan hidayah
J Berusaha sedaya upaya untuk mendapatnya, iaitu segala perkara yang disuruh oleh Allah kerana semua itu adalah pintu-pintu untuk dapat hidayah.
                  


SAAT SEKARANG
Apa yang berlalu biarlah berlalu, cita-cita adalah harapan yang belum pasti, dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani.



RENUNGAN
Saidina Ali Berkata..‘Hakikatnya HARTA milik kita ialah, harta yang kita belanjakan, bukan harta yang kita ada’
Suatu hari, Rasulullah saw dan keluarganya dihadiahkan seekor kambing, maka isterinya memberikan semua bahagian-bahagian kambing itu kepada orang lain, kepada orang yang lebih memerlukan. Hanya bahagian kaki sahaja yang disimpan untuk di masak dan makan bersama dengan Rasulullah. Semasa Rasulullah makan dengan isterinya, Rasulullah berkata, semua bahagian-bahagian yang kita sedekahkan menjadi milik kita kecuali kaki kambing yang kita makan ini. Ini sebenarnya bukan milik kita. Milik kita adalah milik yang kekal menjadi simpanan sebgai saham dan pahala untuk hari akhirat.
Dan InsyaAllah, dengan Memberi kita akan lebih mendapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.


RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA
        Hassan Basri telah bercerita bahawa  suatu hari dia bersama seorang ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecildan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba  dia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas sebuah kerusi., dihadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol yang berisi air ditangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.
        Hassan Basri mara didepan tabib dan berkata ;’Tuan Tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang dapat mencuci dosa, serta menyembuhkan hati?’ berkata tabib itu, ’Ya, saya ada’ lalu pemuda itu berkata ’berikanlah kepada saya’ Berkata Tabib ’Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
Ambillah olehmu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut iaitu taubat.  Lalu masukkan semuanya ke dalam lesung redha,  Dan giling sampai halus  dengan pengetam qanaah, masukkan ke dalam periuk taqwa, dan tuangkan ke dalamnya air hayak (malu)  Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta)..selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan angin rajak (harapan). kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan akhirat.


KEIKHLASAN
Ikhlas itu diibaratkan sebagai seekor semut yang bewarna hitam, yang berjalan diatas batu yang bewarna hitam dan berjalan diwaktu malam yang kelam hitam.

Ikhlas itu tidak dapat dinilai oleh diri sendiri , apatah lagi oleh manusia lain, ikhlas itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, hatta malaikat sendiri pun tidak dapat menilai keikhlasan seseorang manusia.
                  

SAJAK IMAM BUKHARI
 Lemah lututku berdiri dihadapanMu
Sedu sedan tangisku keharuan
Hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekat
Bersimpuh di bawah Duli KebesaranMu

Di kala malam sunyi sepi
Bani insan tengah tenggelam
Dalam tidur dan mimpi
Musafir yang malang ini
Tersentak bangun pergi membasuh diri

Tuhan
Hamba tidak pasti bagaimana penerimaanMu
Di kala mendengar pengaduan hamba
Yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
Dan sudi memberi pengampunan

Dan Muhammad RasulMu
yang mulia itu ada nyatakan
AmpunanMu Tuhan lebih besar
dari kesalahan insan
Hamba percaya pada tutur kepastian itu
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu kepadaMu
Tempat hamba kembali nanti
Memohon sakinah, maghfirah
Dan Mutmainnah





KESESATAN YANG NYATA
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Bagi barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNya. Maka sesungguhnya telah sesat dengan kesesatan yang nyata.
           Surah Al Ahzab : 36      

Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
A)Boleh tak ikut mazhab lain selain imam Syafie?
B)Sejadah ada lambang salib

 A
A)Boleh kerana semua imam-imam mujtahid adalah benar belaka.
B) Kalau memang ada lambang salib,HARAM untuk di guna.


           


JAWAPAN TRIVIA
1. Murrah binti Sufyan bin Abd al Asad dr Bani Makhzum.
2. Usamah bin Zaid bin Harithah.
3. Umul Khair Binti Shakhar bin Amr.




No comments:

Post a Comment