Google Ads

Saturday 12 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 26

MENARIK DI DALAM
Ø Usah mati sebelum mati?
Ø Pesanan Terakhir Rasulullah
Ø Tangguh bertaubat?
Ø Adab Suami Terhadap Isteri
Ø Sibuk untuk apa?
Ø Bangkit Untuk Dihisab
Ø Kesan Budaya Makanan Segera
Ø Golongan Yang Dilaknat


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.

Sahabatku
Saya mengikuti bual bicara bersama ustaz Pahrol. Menurut beliau, ada 3 perkara yang menyebabkan seseorang itu mati sebelum dia benar-benar mati dalam erti kata yang sebenarnya. jika kita ada salah satu ciri ini, berhati-hatilah supaya kita masih lagi hidup.

1.      Tiada apa yang boleh menggembirakan dan membahagiakan hatinya di dalam dunia ini. Semuanya tak best dan tidak menarik hati. Semuanya sengsara dan derita.
2.     Tiada apa yang boleh menyedihkan hatinya di dalam dunia ini. Tiada perasaan sedih dan pilu. Hidupnya selamba sahaja alau apa ujian dan cabaran melanda dirinya. Seolah-olah dia seperti tiada perasaan.
3.     Dia tidak mempunyai matlamat hidup. hidupnya kosong, setiap hari adalah hanya benda dan perkara yg sama dilakukan. dia biarkan arus kehidupan melaluinya, dia ikut nasib. Kalau nasib baik, dia ok, jika nasib tak baik, dia tak ok. Tiada perubahan dilakukannya. Kehidupannya ditentukan oleh factor persekitarannya.

Sahabatku,
Jadi, sebagai seorang islam yang mukmin, kita tidak seharusnya mati sebelum mati kerana kita diciptakan mempunyai tujuan hidup. kita ada misi dan visi yang sudah kita cipta sejak kita dilahirkan lagi. Ketika itu kita di alam roh yang mengaku di depan Allah sebagai hambaNya . Sebenarnya, kehidupan di bumi ini tidak sia-sia dan tidak semudah yang disangka, ia adalah tempat kita membuat persediaan menuju kpd kehidupan yg lebih abadi di namanya AKHIRAT.
Editor Norazila Khalid

HADIS
PESANAN TERAKHIR RASULULLAH
Rasulullah saw bersabda ‘Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan aku telah tinggalkan kamu ‘2 penasihat’ yg 1 daripadanya pandai bicara dan 1 lagi diam sahaja. Yg Pandai bicara itu adalah Al-Quran dan yang diam itu adalah maut. Apabila ada sesuatu persoalan rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku. Sekiranya hati kamu keras, maka lembutkanlah ia dengan mengambil pelajaran daripada mati’


SETIAP INSAN ADA KESALAHAN.

Setiap insan adalah makhluk yang lemah. Kesilapan dan kesalahan biasa berlaku. Allah menyuruh kita melakukan beberapa perkara, namun bukan semua perkara itu mampu kita laksanakan. Jika dapat dilaksanakan pun, tidak semuanya sempurna. Kemungkinan ramai yang mengerjakan solat 5 waktu, tetapi tidak menepati roh solat seperti khusyuk dan mungkin juga solat sambil lewa. Inilah hikmah apabila selesai solat kita beristighfar dan berdoa memohon keampunan Allah. Sesuai dengan namaNya al Ghaffar (Yang Maha Pengampun).

Disebabkan itu manusia memerlukan keampunan Ilahi. Alhamdulillah, Allah maha Pengampun, Cuma kita perlu mengakui kesilapan kita dan kembali kepada Allah.

Sikap bermain-main dengan dosa dan menganggapnya remeh atas alasan Allah Maha Pengampun adalah tidak wajar. Tidak dinafikan bahawa Allah Maha Pengampun, tetapi jangan difahami begitu sahaja kerana Allah juga Keras terhadap hambanya yang melakukan kesilapan.

Sikap suka bertangguh untuk bertaubat akan menyebabkan dosa tidak diampunkan sedangkan dosa semakin hari semakin banyak. Allah akan menghukum sesiapa yang mempermainkan tegahanNya. Sikap suka melakukan dosa-dosa kecil dengan alasan ia dosa ’kecil’ tidak wajar kerana jika terus melakukannya ia akan berubah menjadi dosa besar.

 Sumber:Ust.Mohammad Nidzam


ADAB-ADAB SUAMI TERHADAP ISTERI
2 Mengajar dan mendidik
2 Hendaklah menyuruh isteri supaya tekun menunaikan solat
2 Bersabar dengan kerenah isteri
2 Menegur dengan berhikmah
2 Berlemah lembut
2 Cemburu yang tidak keterlaluan
2 Menjaga penampilan, kemas dan bersih
2 Reda akan isterinya



TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1.         MERAH -> PUTIH -> HITAM                                  
apakah yang digambarkan 3 keadaan warna di atas?
2.       1/70. 
Apakah yang digambarkan oleh pecahan ini?
3.       Makhluk yang paling berat siksaanya di Neraka adalah ?
Jawapannya di akhir edisi ini


SIBUKNYA SAYA? UTK APA?
BAGAIMANA MAHU HIDUP DENGAN NILAI DAN KEUTAMAAN YANG JELAS?
 Tahu Matlamat Kewujudan Manusia
Sebelum anda menggunakan ‘kehidupan’ anda, anda mesti tahu tujuan dan fungsi anda diciptakan. Tepuk dada, Tanya Iman.

 Buat Misi Hidup Anda Sendiri
Sesuatu yang anda ingin sempurnakan sebelum anda menghembuskan nafas yang terakhir. Fikirkan. Tentukan ia dengan jelas. Bukan main agak-agak sahaja.  

 Tentukan Tindakan Yang Perlu Dilakukan
Fikirkan bagaimana anda menterjemahkan misi anda tadi ke dalam bentuk tindakan. Apa yang perlu anda buat? Supaya ianya menjadi realiti.

 Jadualkan Tindakan-Tindakan Itu Dengan Komitmen Yang Lebih Terperinci
Perincikan dengan lebih jelas. Anda perlu menentukan tindakan anda dalam bentuk tahunan, bulanan, mingguan dan harian.

 ‘Berbaik-baiklah Dengan Hidup anda Yang ‘Baru’
Seringkali perubahan hidup memberi sedikit ‘tekanan’ bagi menyesuaikan diri dengan suasana dan aktiviti yang baru. Bersabarlah, anda akan mendapat apa yang anda idamkan.
Sumber : Buku Sibuk Ataupun Penyibuk (Ahmad Fadzli)

TERJEMAHAN AL QURAN
BANGKIT UNTUK DIHISAB 
1. Hari yang menggemparkan.
2. Apakah ia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu adalah hari kiamat) Hari manusia menjadi kelekatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan Gunung ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing) adapun orang yang berat timbangan amal baiknya.
7. Maka dia akan berada dalam kehidupan yang senang lenang.
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya.
9. Maka tempat kembalinya adalah ‘Hawiyah’.
10. dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apakah ia ‘Hawiyah’ itu?
11. (‘Hawiyah’ itu ialah) api yang panas membakar.
JADI BAGAIMANAKAH PERSIAPAN KITA MENUJU HARI TERSEBUT??
SURAH AL QARI’AH (ayat 1-11)

KESAN BUDAYA MAKANAN SEGERA  
¤ Menyebabkan obesiti di kalangan kanak-kanak
¤ Lemah minda
¤ Terpengaruh dengan gaya hidup moden, liberal dan tanpa pegangan agama yang kukuh seperti yang dipaparkan dalam media
¤ Menggalakkan pergaulan bebas
¤ Menggalakkan pendedahan aurat
¤ Trend pemakanan segera memencilkan makanan tempatan yang menghidupkan ekonomi orang tempatan.
¤ Menghidupkan budaya ponteng sekolah.
¤ Mendidik sikap degil dikalangan kanak-kanak.
¤ Melahirkan anak-anak yang degil.
¤ Punca pelbagai penyakit.
Sumber :Rahsia Minda Hebat (Dato Siti Nor Bahyah)



Mutiara Kata
SESUNGGUHNYA KESEDIHAN HANYA AKAN MENAMBAH DAN MENGGANDAKAN KEGAGALAN ITU SENDIRI DAN ANDA ADALAH SEORANG YANG BERJAYA JIKA BELAJAR DARI KEGAGALAN.


ARAK PUNCA 10 GOLONGAN DILAKNAT
Dari Anas r.a berkata ‘Rasulullah saw telah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak iaitu
J Pembuatnya
J Pengedarnya
J Peminumnya
J Pembawanya
J Pengirimnya
J Penuangnya
J Penjualnya
J Pemakan Wang Hasilnya
J Pembayarnya
J Pemesannya

Bukan islam sahaja yang melarang pengambilan arak, malah agama kristian juga hakikatnya melarang. Seperti tersebut Di dalam Bible.
 ‘Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk’.(Proverbs 20:1)

‘Janganlah  kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidupmu’ (Ephesians 5:8)

Sumber :SOLUSI ISU 29




JAWAPAN TRIVIA
1. Keadaan api neraka
2. Nisbah kepanasan api di dunia (1) dari api Neraka (70)
3. Iblis Laknatullah








No comments:

Post a Comment