Google Ads

Monday 28 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 65

MENARIK DI DALAM
·        Hitung Kesyukuran, bukan kesukaran
·        Resepi Kejayaan
·        Kematian Yang Ditakuti
·        Bonus Khas Untuk Orang Yang Bertaubat
·        Indahnya Orang Beriman
·        Tanda Hati Mati
·        KPI untuk bertaubat
·        Wahai Wanita

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA. Tuhan yang sentiasa mengetahui apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh hambanya, umat manusia.

Sahabatku
Cuba perhatikan pada hari ini apa yang telah keluar daripada mulut kita?. ada yang mengeluh tentang sikap pelajar yang biadab, harga makanan yang mahal, ’jem’ teruk semasa dalam perjalanan, anak degil tak dengar cakap, kerja-kerja yang semakin menimbun, dan tak kurang jugak ada yang mengeluh tentang keadaan diri sendiri yang berat badan semakin naik. hehehe.. yang paling pelik, cuaca hujan pun dia mengeluh, cuaca panas pun dia mengeluh.  itu keluhan, ini keluhan dan satu lg ada berbunyi ini susah, ini payah, semua tak kena, segalanya susah padanya, tiada yang senang. Dan segala keadaan dirinya adalah kurang baik, teruk dan lain-lain.

Sahabatku,
Banyak sangat yang tak kena, banyak sangat keluhan yang keluar dari mulut kita setiap hari kan? sebenarnya.. terimalah ungkapan ini, ’Hitunglah kesyukuran, BUKAN kesukaran’. berapa ramai yang kita dengar daripada mulut dia, dia bersyukur dengan apa yang ada, anak yang sihat, bukan anak yang degil, Badan yang sihat, bukan badan yang semakin berat (sedangkan badannya yang sangat berat itu adalah berpunca dari dirinya sendiri yang tidak menjaga pemakanan yang baik) , pakaian yang mencukupi, bukan pakaian yang tidak mengikut trend terkini. dan macam-macam lagi yang boleh kita syukuri.

Sahabatku
Sebelum sesuatu perkataan yang terpacul di mulut kita, fikirkanlah,  adakah ia kesyukuran atau kesukaran yang kita cuba ungkapkan? nescaya jika kita hanya menyebut kesyukuran, maka kehidupan kita akan berada dalam keadaan yang happy dan enjoy setiap hari... sentiasa diri rasa best, berguna, tenang, terbaik dan sentiasa dalam redha Allah, kerana kita melihat segala kesusahan yang dihadapi sebagai sesuatu yang kita syukuri teringat akan Firman Allah ‘seandainya lautan dijadikan tinta (dakwat) untuk menulis nikmat Allah, maka akan habis kering lautan itu, walaupun ditambah lagi lautan yang lain ’.                                                       
Editor, Norazila Khalid  


Resipi Kejayaan
7%- Ilmu, Maklumat dan Kemahiran
93% -SIKAP
Sikap memainkan peranan yang sangat penting.
Sikap ialah dari dalam diri yang mengeluarkan tingkahlaku.


KEMATIAN YANG DITAKUTI

 

 Kematian yang ditakuti bukan takutnya seseorang akan kematian disebabkn amal yang tidak mencukupi, tetapi takut tidak sempat menikmati kehidupan di dunia.

 Ramai orang pada zaman kini takut kematian kerana khuatir kehilangan harta dan pangkat serta tidak dapat berseronok lagi bersama-sama kawan dan keluarga. Rasulullah bersabda ‘Anak Adam akan tua, tetapi dua perkara yang akan tinggal bersama-sama dengannya ialah kemahuan yang kuat dan panjang angan-angan’.        (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 Semakin tua semakin bertambah nafsu dalam mengejar hal keduniaan. Sabda Rasulullah ‘Sekiranya tidak keraan tiga perkara, tidak ada anak Adam yang menundukkan kepalanya iaitu kefakiran, sakit dan kematian, tetapi di samping itu ada pahala’.

 ‘Membutakan’ diri dengan keindahan dunia sehingga lupa diri dan bermegah-megah dengan harta. 

Sumber : Zikra


BONUS KHAS ORANG YANG BERTAUBAT
1. Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
2. Mendekatkan diri kerana Allah.
3. Meningkatkan ketakwaan diri.
4. Membanteras tipu daya syaitan yang memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.
5. Memperoleh kemuliaan dan anugerah Alah swt dalam hidup di dunia dan akhirat.
6. Hubungan baik sesama manusia dapat dikekalkan.
7. Membersihkan kekotoran hati.


Remain truthful even if you perceive harm in doing so, for in truthfulness there is salvation, and avoid lying even if  you perceive safety in it for therein lies real disaster.
            The Prophet Muhammad saw         

MUTIARA KATA
Indahnya orang yang beriman, Apabila diuji dia tabah menghadapinya dan apabila diberikan nikmat yang banyak dia bersyukur.
                  

TANDA HATI MATI
 Menolak Kebenaran
Hati yang mati akan menolak kebenaran dan tidak mempercayai tentang agama dan kewujudan Allah sebagai Maha Pencipta. Hatinya lebih keras daripada batu dan tidak merasai apa2-apa jika melakukan kezaliman dan kemaksiatan.

 Kpd Tdk Beriman Kpd Allah
Apabila tidak mahu beriman kepada Allah swt, orang ini lebih mempercayai sesuatu selain Allah. Dia juga tidak mahu melakukan ibadah kerana baginya itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan dan faedah. 

 Mempersendakan Hukum
Orang ini sentiasa mempersendakan hukum serta tidak mahu beriman kepada Allah, rasul, malaikat, kitab, hari akhirat serta Qada’ dan Qadar.

 Seronok Melakukan Kemungkaran
Peperangan, pembunuhan dan kekejaman yang berlaku seolah-olah membuktikan manusia sudah tidak mempunyai hati lagi. 

  Seronok melihat Orang Menderita
Orang ini tidak mempunyai rasa belas kasihan dan simpati walaupun sedikit asalkan hati mereka puas dan seronok.

 Sakit hati Melihat Orang Bahagia
Orang ini tidak boleh  melihat orang lain merasai kebahagiaan dan kegembiraan. Bagi mereka segala kegembiraan dan kesenangan adalah milik mereka dan orang lain tidaka layak mengecapnya. Orang yang mati hatinya akan terus berdengki.

 Tidak Percaya Akhirat
Lebih menyedihkan, orang yang mati hati sudah tidak mempercayai lagi kewujudan hari akhirat sebagai hari pembalasan untuk manusia di muka bumi ini. Dia lebih seronok untuk menjadikan hidupnya sebagai wadah untuk berseronok semata-mata.

 Tidak Percaya Syurga dan Neraka
Hati yang mati jagi akan menjadikan manusia sedih tidak mengambil kira dosa dan pahala dan tidak mengakui kewujudan syurga dan neraka sebagai pembalasan amal. Baginya jika dia berbuat baik, orang akan memuji setinggi langit dan jika dia berbuat jahatnya, hatinya akan puas.
Sumber : Dato’ Siti Nor Bahyah




KPI UNTUK BERTAUBAT
¤ Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.
¤ Menyesal atas segala maksiat dan dosa yang telah dilakukan.
¤ Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
¤ Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi.
¤ Melakukan perkara-perkara fardu yang telah ditinggalkan selama melakukan dosa. 


WAHAI WANITA
u Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi Taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.
u Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukn pertolongan , necaya anda akan berasa puas.
u Optimislah, sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.
u Hapuslah air matamu denganmu berprasangka baik kepada Nya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat kepadamu.
u Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakn untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi yang akan mendapat semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.
u Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilempar batu, dia membalas dengan buah kurmanya.
u Padamkn api kedengkian di dadamu dengan memaafkn semua yang pernah berbuat salah kepadamu.
Sumber : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia (Dr ‘Aidh  Abdullah Al Qarni)


Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
A)Boleh tak kita bagi derma kepada orang bukan Islam?
B)Betul ke sunat berpuasa pada hari lahir kita?

 A
A)Dapat pahala, dengan syarat duit yang diperolehinya tidak digunakan untuk perkata berkait dengan agama mereka  atau perkara dosa dan kalau bagi derma kepada orang Islam lebih besar pahalanya.
B) tak sunat. 


           





No comments:

Post a Comment