Google Ads

Sunday 27 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 64

MENARIK DI DALAM
·        Syurga itu Mahal
·        Kenali Umar al Faruq
·        Kematian Yang Dirindui
·        Konsep Harta Dalam Islam
·        Benarkah  Pintu Hati tertutup sebab cuai solat?
·        Siapakah Yang tidak pernah mengantuk ataupun tidur?
·        Tidak
·        Miskin Dalam Limpahan Kekayaan
·        Syarat Ibadah
·        Doa Memohon Ketenangan Hati

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam dada manusia, samaada sembunyi atau tidak.

Sahabatku
Pernahkah sahabat naik tren? tak kira lah komuter ke, lrt  ke atau ape jua jenis keretapi. sesiapa yang belum naik lagi, bolehlah berjalan di bandaraya KL dengan menaiki tren. pasti perjalanan menyeronokkan dan untuk ke suatu tempat, kemungkinan besar kita akan singgah di mana-mana stesen yang tertentu sebelum sampai ke destinasi yang hendak dituju. Dan  sebenarnya DUNIA yang  kita sayang ini juga sebenarnya transit sahaja. kita pemegang pasport untuk ke satu destinasi yang sangat penting, iaitu AKHIRAT. Eii, tiba-tiba meremang bulu roma saya apabila sebut tentang AKHIRAT.

Sahabatku
tanyalah diri kita, diantara transit yang sementara dengan destinasi kekal yang mana satu kah yang lebih penting? saya sangat pasti, bahawa jawapan yang diberikan adalah destinasi yang kekal, bukan? sama juga apabila ditanya, nak masuk syurga atau neraka? Semua pasti jawab dengan yakin nak masuk syurga kan? gila kalau jawab nak masuk neraka. Ya,  kita tahu tentang hakikat itu. tetapi hakikat yang sebenarnya berapa ramai yang gaya hidupnya sekarang ke arah destinasi UTAMA?  iaitu alam AKHIRAT dan Syurga yang abadi? Di mulut memang mudah untuk dilafaz, tapi bagaimana empunya diri itu melaksanakan dan berusaha sepenuh daya untuk ke arahnya?

Sahabatku
Syurga itu sangat Indah, kerana ia dibeli dengan harga yang sangat MAHAL iaitu iman, kesyukuran serta ketaatan kepada yang SATU.

Editor, Norazila Khalid  


PROFIL UMAR AL-FARUQ
: Sahabat dan Bapa mertua Nabi.
: Antara 10 orang yang dijanjikan syurga
: Berjaya meluaskan wilayah Islam sehingga hampir 2/3 dunia.
: Berjaya membebaskan kota al-Quds.


KEMATIAN YANG DIRINDUI

 

 Mengingati mati setiap masa. Rasulullah saw bersabda ‘ Perbanyakkan mengingati mati’ (Riwayat al-Tirmizi)

 Hanya Orang Mukmin yang mengetahui kelazatan mengingati mati dan kegembiraan bagi mereka. Bagi Mereka Kematian adalah satu kebaikan bukan satu mudarat.

 Melebihkan dan melakukan amal soleh untuk dijadikan penerang kubur.

 Mengutamakan ibadat terutama taubat. Taubat yang akan menentukan nasib kita di padang mahsyar. Jika Allah menerima taubat kita, maka cerahlah masa depan kita di akhirat.

 Selalu menjaga diri dan bersedia menghadapi kematian yang boleh tiba pada bila-bila masa sahaja. Rasulullah bersabda ‘Kebaikan orang Mukmin ialah maut’. (Riwayat al-Baihaqi)

Sumber : Zikra



Konsep Harta Dalam Islam
: Mencari
: Menyimpan
: Mamberi (Zakat, Sedekah, Wakaf)


SOAL JAWAB AGAMA
Q: Adakah benar orang yang jarang melakukan ibadat seperti solat dan mengaji al-Quran akan tertutup pintu hatinya? Andainya ia benar, bagaimanakah caranya untuk kita membantu menyedar dan membuka pintu hatinya? 

A: Ibadah solat 5 waktu adalah fardhu pada setiap muslim, ia berhubung antara hamba dengan Penciptanya. Jika hamba tidak pernah berhubung dengan Tuhan, bagaimana hati boleh terima untuk menerima hidayah Allah. Al-Quran pula adalah Kalam Allah, peringatanNya dan hidayahNya pada manusia. Tidak mungkin hati terbuka jika tiada hidayah daripada Tuhan .Memang benar, sekiranya ibadat dilalaikan, lama kelamaan pintu hati akan tertutup, bahkan di dalam al Quran menyatakan yang pintu hati akan tertutup rapat. Dakwah, peringatan, majlis ilmu dan doa antara jalan yang terbaik membuka hati. Hanya Tuhan yang boleh memberi hidayah, tetapi manusia diwajibkan berikhtiar.  


FIRMAN ALLAH
‘Allah, tiada Tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Tetap Hidup, Yang Kekal selamanya mentadbir (sekalian makhlukNya). Dia tidak didatangi rasa mengantuk dan tidak pula tidur. Dia Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Dia yang mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kekuasaan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (yang disampaikan oleh para Rasul). Luasnya Kursi (atau ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan tiadalah menjadi keberatan bagi Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung.                    (Surah Al-Baqarah 2:225)




TIDAK
Tidak. Anda tidak akan mensia-siakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara kecil yang tidak memberikan kebaikan di dalamnya.

 Tidak. Anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

Tidak.  Anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Tidak. Anda tidak akan mensia-siakan waktu bersama dengan orang yang menganggur dan membuang waktu untuk perkara yang sia-sia.

Tidak. Anda tidak akan makan dan minum sesuatu yang haram, merokok dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Tidak. Anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam, atau kekeliruan yang pernah dialami.

Tidak. anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaanya.

Tidak. Anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara  yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan.   
Sumber : Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni




The believers  (muslims)  are like a body. When one apart suffers from illness, the rest of the body shares its  suffering.
           The Prophet Muhammad saw


MISKIN DALAM LIMPAHAN KEKAYAAN
Sering diungkapkan , tidak mengapa jiks kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak dapat berjalan. Tetapi kita akan kehilangan tujuan dan harapan hidup dengan hati yang sakit. Betapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan hartanya.  



SYARAT IBADAH

¤ NIAT YANG BETUL
Niat untuk dapatkan rezeki yang halal contohnya.

¤ AKTIVITI/PERKARA YANG KITA LAKUKAN  ADALAH SAH DI SISI SYARIAT
Pastikan perkara itu halal dan bukan sesuatu yang salah.

¤ PERLAKSANAANNYA BAIK
Tidak ada penipuan dalam apa yang dilakukaan.
Contohnya, ada unsur riba atau kesamaran.

¤ DIBUAT SECARA TERBAIK
Kita mesti laksanakan apa yang kita nak lakukan dengan ilmu dan kemahiran (Hard skill and soft skill).
Kerana apa yang kita lakukan adalah sebenarnya untuk dinilai oleh Allah swt. 

¤ TIDAK MENINGGALKAN IBADAH ASAS
Tidak boleh meninggalkan ibadah asas (solat, puasa dll) semata-mata untuk jaga ibadah umum.

¤ KESAN DARIPADA  APA YANG KITA LAKUKAN ADALAH BAIK
Di akhir apa yang kita lakukan mestilah membawa kepada sesuatu kesan yang positif. 
Sumber : Ustaz Pahrol Md Juoi



DOA MEMOHON KETENANGAN HATI

‘Ya Allah aku memohon daripadaMu jiwa yang tenang, beriman dengan pertemuan denganMu, reda dengan ketentuanMu dan berasa cukup dengan pemberianMu’.
(Riwayat al-Tabarani)




No comments:

Post a Comment