Google Ads

Thursday 17 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 43

MENARIK DI DALAM
·        Mana Yang Penting?
·        Kenali Fatimah az zahra
·        Saham ke Neraka
·        Peringatan Untuk Pengguna ICT
·        Sebaik-baik sedekah
·        Atasi Sindrom Lemah Semangat


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Mengetahui apa yang ada dlm Dada manusia, samaada sembunyi atau tidak.

Sahabatku
Pernahkah sahabat tidak cukup tidur? kerana apa? kerana bemain game? Memberi komen di status rakan fb? kerana menonton rancangan kegemaran? kerana sibuk menyiapkan tempahan pakaian rakan?, menonton piala dunia? bersembang dengan rakan di telefon? menyiapkan laporan yang sudah nak luput tarikh akhir? membaca novel kisah cinta? ke sibuk mengemaskan rumah yang berselerak macam tongkang pecah? ataupun sibuk melayan internet yang sarat dengan berita-berita sensasi artis-artis dalam dan luar negara? Sibuknya kita.

Sahabatku
Tanyalah diri sendiri, adakah kita pernah sepanjang dalam hidup kita sehingga ke hari ini, kita pernah tak cukup tidur disebabkan oleh kita bangun malam untuk bersolat tahajjud, bersujud kepada Allah yang menciptakan kita sebagai sebaik-baik kejadian. Setakat mana kita benar-benar cuba untuk melakukannya berbanding dengan prkara-perkara lain yang kita anggap penting? Yang mana yang lebih penting sebenarnya?. renungkanlah.
Editor, Norazila Khalid

PROFIL FATIMAH AL-ZAHRA’
: Puteri kepada lelaki dan wanita terbaik iaitu Nabi Muhammad dan Siti Khadijah
:  Suaminya dalam kalangan sahabat terbaik, Saidina Ali.
: Anak-anaknya dalam kalangan (al muhsin) insan terbaik iaitu al Hasan, al Husin, Zainab dan Ummu Kulthum
: Merupakan wanita terbaik dan ketua bidadari syurga
: Meninggal dunia 6 bulan selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, pada hari selasa, 3 Ramadhan         11 Hijrah
: Dimakamkan diperkuburan al-Baqi’

SAHAM KE NERAKA

Berikut disenarai perkara yang membolehkan mereka ’confirm’ dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam

 

 SYIRIK KEPADA ALLAH

Iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu samaada  dalam rububiyyah, uluhiyyah mahupun mana-mana sifat Allah ataupun nama-nama Nya. Allah berfirman ‘Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah neraka’ (Surah al Maidah 5 : 72)

 

  KUFUR

Kepada Allah, para malaikat, kitab, rasul, hari akhirat serta qada dan qadar Allah.

 

 MENGINGKARI SALAH SATU RUKUN ISLAM

Jika ingkar pada salah satu rukun Islam melayakkan dia jatuh murtad.

 

 MENGOLOK-OLOKKAN ALLAH, AGAMANYA DAN RASULNYA.

Firman Allah, ‘Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab ‘sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main’ katakanlah,’Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta rasul-rasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya’ (Surah al Tawbah 9:65-66)

 

 MENCACI ALLAH, AGAMA ISLAM, dan PARA RASUL

Iaitu mencela, mengaib atau merendahkan.

 

 BERHUKUM DENGAN SELAIN DARIPADA ALLAH

Dengan keyakinan bahawa hukum itu lebih baik atau sama dengan hukum Allah. Allah berfirman ‘Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang kafir’       (Surah al-Maidah 5:44)

 

 MUNAFIK

Iaitu seseorang menyembunyikan kekafirannya dan melahirkan diri sebagai muslim. Firman Alah ‘Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam)Neraka’           (Surah al-Nisa’)

 

Sumber : Syeikh Muhammad


PERINGATAN UNTUK PENGGUNA ICT
Keselamatan ict sewajarnya menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius oleh umat Islam.
# Menjaga kerahsiaan kata laluan (password) dan nombor pengenalan peribadi (PIN), sebaik-baiknya dihafal dan tidak ditulis di tempt yang senang dilihat atau dijumpai.
# Menggunakan kata laluan yang sukar utk diteka tetapi mudah untuk diingat dan terdiri daripada gabungan huruf besar dan kecil serta angka.
# Menggunakan perisian yang dapat memberi perlindungan daripada jangkitan virus, spyware dan sebagainya.


INGATLAH
Rasulullah bersabda ‘Neraka ditutupi dengan nikmat syahwat sementara syurga ditutupi dengan perkara yang dibenci ‘ (Riwayat al– Bukhari)
Semestinya untuk ke Syurga kita mesti membayar dengan harga yang mahal (Amal kebaikan) yang biasanya sukar (dibenci) untuk melakukannya.

SEBAIK-BAIK SEDEKAH

 Sedekah yang diberikan secara sembunyi-sembunyi, sehinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan. Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah 271 yang bermaksud ‘kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh ikutan). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu.
 Sedekah yang diberikan semasa masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit atau sedang nazak sebagaimana sabda Rasulullah saw ‘sebaik-baik sedekah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kamu mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu katakan , ‘ini untuk dia dan itu untuk dia’ sedangkan ia telah menjadi hak orang tersebut.
 Sedekah setelah menunaikan perkara yang wajib seperti zakat. Jangan sibuk bersedekah, tetapi zakat tidak ditunaikan.
 Sedekah yang merupakan hasil titik peluh sendiri.
 Sedekah kepada golongan yang berhak ikut keutamaan seperti nafkah kepada anak-anak, isteri, kaum kerabat, jiran tetangga,  sahabat handai, dan sedekah pada jalan Allah.
 Sedekah Jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun telah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia seperti pembinaan masjid, al-Quran, sekolah dan lain-lain.
Sumber : Ali Bin Muhammad al-Dahami


ATASI SINDROM LEMAH SEMANGAT

¤ KEKUATAN FIZIKAL
Tubuh kita sering berasa letih dan sememangnya ia sifat seorang manusia biasa. Fizikal anda penting kerana tubuh badan memerlukan makanan dan istirehat yang cukup. Jika anda letih, berehatlah. Anda boleh melakukan kegiatan ringan ketika rehat seperti membaca, mendengar rakaman kuliah atau solat sunat.

¤ KEKUATAN FOKUS
Selalulah fokus kekada diri dan pencapaian anda. Jangan dibandingkan diri anda dengan kejayaan orang lain. Anda akan berasa tertinggal dan tidak cemerlang, sedangkan sebenarnya anda sedang menuju kecemerlangan.

¤ KEKUATAN KREATIVITI
Kembangkan kreativiti anda. Lakukan aktiviti yang memacu semangat. Jangan biarkan diri anda terjebak dengan rutin harian yang membosankan. Ubah dan warnai hari-hari anda dengan tindakan, idea dan tanggapan baru. Dengan memiliki harapan yang tinggi, hidup anda akan berasa lebih bermakna.

¤ KEKUATAN TANGGUNGJAWAB
Katakan kepada diri ‘saya bersemangat’. Cungkil sesuatu daripada aspek positif dalam diri anda dan buang jauh-jauh aspek negatif. Orang lemah sering kalah dengan mental yang terlalu negatif sehingga hilang segala aspek positif.
 
¤ KEKUATAN PERUBAHAN
Ingatlah, diri anda adalah nasib anda. Prestasi anda tidak anda berubah sebelum anda yang mengubahnya. Jika melakukan rutin yang sama setiap hari, anda tetap mendapat hasil yang sama. Sebaliknya jika mengubah strategi dalam menyelesaikan masalah, anda akan mendapat perubahan.

¤ KEKUATAN SENI
Penuhi masa istirehat degan mengarang, mengecat, memangkas pokok, menyulam, menganyam, fotografi, melukis, memotong rumput atau membina rock garden. Mendengar alunan azan, bacaan al-Quran, deruan angin dan air dan alunan muzik yang lembut boleh memberi tenang dan mengaktifkan otak kanan yang kreatif dan intiutif. 
 Sumber: Potensi (Dato Hj Muhammad Zakaria)





No comments:

Post a Comment