Google Ads

Wednesday 9 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 19

MENARIK DI DALAM
v ibu bapa derhaka?
v Doa apabila Susah Menempuh Jalan
v Tip Menyemai Iman
v Tanya Diri!
v Azab Neraka Bagi Pendosa
v Jenaka?
v Taubat


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sahabatku
Apabila melihat anak, kita akan kata itu anak kita. Tapi sebenarnya itu adalah amanah yang Allah beri  kepada kita untuk menilai kita sejauh mana kita dapat menjaga dan mendidik hamba Allah menjadi insan yang cemerlang di Dunia dan Akhirat. Pernah dengar tak istilah Ibubapa yang derhaka?. Biasanya yang ‘Famous’ anak derhaka kan? tetapi sebenarnya anak derhaka mungkin ianya suatu ujian buat ibubapa dari Allah atau sebenarnya ia adalah disebabkan oleh ibubapa sendiri yg derhaka.

Sahabatku..
Dewasa kini ramai dikalangan anak didik kita yang membuatkan kita ‘geleng’ kepala. Bersikap degil, malas, tinggal solat, bohong dan lebih dahsyat lagi mereka yang biadab dengan guru. cuba bayangkan Bagaimanakah didikan ibubapa mempengaruhi sikap anak2? sedih, risau, takut pun ada jika mengenangkan generasi akan datang yang akan memimpin negara tercinta. Fikir-fikirkanlah... bagi yang belum mempunyai anak, apakah strategi dan pelan bertindak kita untuk masa akan datang jika dikurniakan cahayamata.  

Sahabatku..
Sebelum kita dijemput mengadap Allah. Buatlah yang terbaik untuk Dunia dan Akhirat.

Editor Norazila Khalid  

RENUNGAN
Ingatlah, pekerja yg cemerlang memiliki kualiti diri hebat, interpesonal menawan dan komunikasi yang mengagumkan.



TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah siang yang paling mulia?
2. Siapakah sahabat yang dimandikan oleh para malaikat?
3. Berapakah jumlah lapisan langit?
Jawapan di akhir edisi ini



DOA APABILA SUSAH MENEMPUH JALAN HIDUP
‘’Bismillahi ’ala nafsii wa maalii wa diinii. Allahumma radhdhiniibi qadhaa’ika wa baarik lii hatta laa uhibba ta’jiila maa akhkharta wa laa ta’khira maa ajjalta’
‘Dengan nama Allah, kuserahkan diriku, hartaku dan   agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku reda menerima qadha (ketentuan)Mu dan berkatilah  aku sehingga aku tidak ingin mempercepat apa yang Engkau lambatkan dan memperlambat  apa yang Engkau segerakan’                  

TIP MENYEMAI IMAN DLM DIRI ANAK2

 Latih anak menghafaz Al-Quran bermula dengan surah-surah mudah.

  Memahami Al-Quran dengan tafsir surah-surah ringkas.

 Galakkan mereka membaca doa untuk setiap aktiviti yang ingin dilakukan, sekurang-kurangnya bacaan bismillah.

 Ajak mereka bersolat bermula usia mereka 5 tahun.

 Ajar mereka bersolat apabila usia mereka 7 tahun.

 Disiplinkan mereka solat 5 waktu apabila berusia 10 tahun dan keatas.

 Biasakan solat berjemaah.

 Belikan buku-buku yang berbentuk aqidah , bukan khurafat.

 Ajarkan mereka adab sopan terhadap ibubapa, adik-beradik, jiran tetangga, guru, kawan-kawan dan org tua.

 Biasakan mereka bergaul dengan orang lebih tua dengan membawa mereka berkunjung ke rumah saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga.

 Pantau dengan siapa mereka berkawan dan ke mana mereka pergi.

 Zahirkan kasih sayang kepada mereka melalui ciuman dan dakapan.

Sumber: Solusi isu 3



TANYA DIRI!
1. Adakah saya selalu berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Tuhan dan Orang lain?
2. Adakah saya selalu memandang setiap kegagalan yang dialami dari sudut yang positif?
3. Adakah saya pernah berputus asa apabila mengalami kegagalan?
4. Adakah saya Berjaya menguasai diri saya daripada sentiasa menurut hawa nafsu?
5. Adakah kehidupan saya seimbang? Dunia & Akhirat?



MUTIARA KATA
Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan.
dan
Mensyukuri sedikit nikmat akan mengundang limpahan berkat.

         


TERJEMAHAN AL QURAN
AZAB NERAKA BAGI MEREKA YANG BERDOSA

38. Dan Tidaklah Allah menciptakan langit dan Bumi serta segala yang ada diantara keduanya secara main-main.
39. Tidaklah Allah menciptakan keduanya melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
40.Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan ialah masa untuk mereka berhimpun
41. Iaitu hari seseorang kerabat/sahabat tidak dapat memberi sebarang pertolongan dan mereka pula tidak diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab)
42. Kecuali orang yang telah diberi Rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani
43. (Ingatlah) Sesungguhnya pokok Zaqqum
44. (Buahnya) menjadi makanan orang yang berdosa (dalam Neraka)
45. (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih di dalam perut
46. Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya
47. (Lalu diperintahkan kepada Malaikat penjaga Neraka)’Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah2 Neraka’
48. ‘Kemudian curahkanlah di atas kepalanya—azab seksa– dari air panas yang menggelegak’
49. (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek) ’rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam masyarakatmu)’
50. ( kemudian dikatakan kepada ahli Neraka) ’Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang dahulu kamu ragu-ragu terhadapnya.   
SURAH AD-DHUKHAAN (AYAT 38-50)
  ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK DIHUKUM? SYURGA@NERAKA



JENAKA
 Jenaka sangat berkesan mendorong timbulnya kesan positif pada orang yang kita ajar (murid/ anak/ sesiapa sahaja). Ertinya, jika kita bercakap dengan menyelitkan jenaka, ia menimbulkan kesan seronok & positif kepadanya. Mereka berasa selesa, gembira dan tidak terancam. Mereka juga akan berasa kita seorang yang mesra, mudah didekati dan bersikap terbuka. Dengan timbulnya perasaan ini, mereka menjadi terbuka kepada teguran dan nasihat kita.



DEFINISI TAUBAT
Sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, meninggalkan perbuatan tersebut dengan anggota dan berazam untuk tidak mengulanginya.
( menurut Hasan al-Basri)




PENTINGNYA ZAKAT DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

¤ SALAH SATU RUKUN ISLAM
Hukumnya adalah wajib. Tidak boleh lari dari menunaikan zakat.

¤ SERING DISEBUT DALAM AL-QURAN
Lafaz zakat disebut dlm Al-Quran hampir 30 kali. Ini bermakna ia adalah sesuatu yang amat penting. Firman Allah “Dirikanlah solat dan  tunaikanlah zakat”

¤ MENYUCIKAN SIFAT-SIFAT  KEJI
Orang kaya biasanya sombong dengan kekayaannya dan memandang rendah orang susah, tamak, bakhil dan lain-lain. Jadi, zakat mampu mengikis sifat-sifat keji ini.

¤ PENAWAR DUKA KEPADA YANG SUSAH
Hakikatnya ramai manusia yang susah. Ada ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap, ada orang cacat yang memerlukan rawatan, ada org tua yang diabaikan anak-anak dan pelbagai lagi kesusahan. Dengan adanya bantuan zakat, sedikit sebanyak ia dapat membantu.

¤ TAK SALAH MENJADI KAYA
Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada pengeluaran zakat, sedekah atau menderma. Sedikit sangat ayat yang menyebut tentang menerima zakat. Ini bermakna Islam menekankan umatnya agar mampu mengeluarkan zakat. Jika hendak mengeluarkan zakat  mestilah cukup syaratnya. Antaranya kaya.

¤ SATU CARA UNTUK BERSYUKUR
Sebagai tanda syukur adalah wajar jika kita membantu orang lain yang susah dan memerlukan.

Sumber : SOLUSI ISU PERDANA




 JAWAPAN TRIVIA
1. Hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah
2. Hanzalah B Abi ‘Amir yang dimandikan malaikat selepas syahid dalam perang Uhud
3. 7 Lapisan Langit





No comments:

Post a Comment