Google Ads

Friday 25 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 60

MENARIK DI DALAM
·        Musibah kesenangan?
·        Isu-isu dalam hukum hudud
·        Keutamaan Ilmu
·        Simpang malaikat 44?
·        Rugi


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sahabatku
Ramai diantara kita yang apabila dikatakan musibah hanya merujuk kepada kesusahan, kepayahan dan kesengsaraan semata-mata. Sebenarnya, pengertian musibah itu luas dan bukan hanya merujuk kepada yang kita tidak suka, tetapi  ia juga merujuk kepada Kesenangan. Jangan sesekali ingat kesenangan hidup merupakan nikmat, tetapi kadangkala ia juga merupakan satu musibah buat kita.

Sahabatku...
Lihatlah ke dalam diri, setakat mana nilai ikhlas yang ada dalam  diri kita. bermuhasabahlah.  pernah saya mengikuti ceramah seorang ustaz di dalam kaca tv. sepasang suami isteri sepanjang malam bangun untuk  mengerjakan solat hajat dan bertahajjud untuk memohon kepada Allah supaya dikurniakan Allah zuriat setelah sudah sekian lama mendirikan rumah tangga. Apabila Allah memakbulkan doanya pada suatu malam, maka si isteri melahirkan anak (Kesenangan dan kegembiraan), maka suami isteri tersebut tidak lagi bangun malam untuk bertahajjud. Seolah-olah pasangan tersebut tidak lagi memerlukan pertolongan Allah. hanya semasa susah dan inginkan sesuatu hajat sahaja Allah diperlukan dan apabila sudah senang  dan dapat apa yang dikecapi maka Allah seakan dilupakan.

Sahabatku..
pandanglah ke dalam diri kita. Lihatlah hati kita sendiri, Apabila kita dalam keadaan susah dan derita, adakah kita amat dekat dengan Allah?, solat kita lebih kusyuk dan doa kita amat panjang? dengan penuh rintihan dan syahdu kita memohon agar Allah Yang Maha Mendengar memenuhi segala hajat kita. tetapi apabila hajat kita sudah ditunaikanNya maka, lihatlah diri kita, kita seolah-olah boleh lupakan kesusahan dan kepayahan di masa yang lalu, kita tenggelam dengan kesenagan sekarang.  subhanallah. tidakkah kesenangan sekarang itu sebenarnya adalah musibah buat kita? Musibah yang sebenar adalah perkara yg menyebabkan kita dengan Allah kian menjauh.  fikirkanlah.
Editor, Norazila Khalid  

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Namakan Nabi yang ditelan oleh ikan.
2. Jumlah unta tebusan bagi Abdullah, Ayahanda Rasulullah.
3. Nabi yang mempunyai ayah dan moyang yang nyaris-nyaris ingin disembelih. 
Jawapan di akhir edisi ini


ISU-ISU DALAM HUKUM HUDUD (Bhg.1)

◊ RAMAI YANG KUDUNG TANGAN

Ia hanya andaian. Realiti yang berlaku dengan pelaksanaan Hudud, tidak ramai yang kudung tangan. Sebaliknya ramai yang kudung tangan tanpa hudud kerana pencuri dan penjenayah sanggup menyamun, berparang dan menetak semata-mata hendak mendapatkan wang, barang kemas dan sebagainya. Orang yang tidak bersalah pula yang mendapat hukuman. Semacam tidak adil.

Jelas terbukti bahawa Negara yang melaksanakan hukum hudud seperti di Arab Saudi tidak ramai yang kudung tangannya. Satu kajian telah dilaksanakan pada zaman pemerintahan al-Malik Sa’ud selama hampir 24 tahun hanya 16 orang sahaja yang dipotong tangannya. Justeru, sangkaan yang dinyatakan itu meleset sama sekali. 

 

◊ RAMAI YANG TIDAK DAPAT BEKERJA

Ini juga dianggap sebagai satu telahan dan sangkaan yang salah dan silap. Isu bekerja tidak ada kena mengena dengan hukum hudud. Bahkan, pelaku yang mencuri biasanya bukan kalangan mereka yang bekerja.

Realiti yang berlaku menunjukkan bahawa golongan yang sibuk dengan tugasan pekerjaan tidak ada masa untuk mencuri. Penulis berpendapat, dengan perlaksanaan hudud, maka peluang bekerja pasti akan banyak dan bertambah kerana mereka yang berniat untuk mencuri tidak jadi mencuri dan mahu bekerja untuk mencari sesuap nasi. Contohnya, ramai orang kaya dan tokoh korporat bimbang untuk membuat pelaburan di sesetengah tempat kerana keselamatan dan risiko kecurian begitu tinggi.  

Sumber : JINAYAT

 


 KEUTAMAAN ILMU
Di riwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda ‘Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu Syurga tanpa dihisab dan disiksa. Mereka ialah :
 Orang Alim yang mengamalkan ilmunya 
 Seorang Haji yang sewaktu mennunaikan haji dia tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya.
 Org yang mati syahid dalam peperangan.
 Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riya’.

Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga. akhirnya, orang yang berilmu dipilih untuk masuk dahulu ke syurga.Nabi saw bersabda ‘keutamaan orang alim di atas ahi ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendh diantara kamu. Allah swt berfirman ’Aku Maha Berilmu dan Aku sukakan orang yang berilmu’. Al Hasaan r.a berkata ’tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang  yang mati syahid, dan tinta para ulama menjadi lebih berat daripada darah orang yang mati syahid.’Rasulullah saw bersabda ’jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau jadikanlah orang yang belajar atau orang yang mendapat pelajaran.’ Organ bertanya kepada Nabi saw ’Amal apakah yang paling utama?’ Rasulullah saw menjawab ’Berilmu tentang Allah’.  
Sumber : fitrah





DOA
’Wahai Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak ku sembah melainkan hanya Engkau sendiri, telah Engkau jadikan aku dan aku ini hamba Mu dan aku ini dalam genggaman, kekuasaan dan ketetapanMu, tidak ada kesanggupan sedikit juapun padaku, aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan-kejahatan apa yang telah aku lakukan, aku menyedari akan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku, dan aku tahu akan dosaku, maka ampunilah apa kiranya akan aku dan dosaku itu, hanya Engkau sahajalah wahai Tuhan’.

                  

Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
A) Apakah hukum mengubati orang menggunakan jin islam?
B) Apakah hukum ungkapan ‘simpang malaikat 44’?

 A
A) Jumhur ulamak melarang, manakala sebahagian kecil memakruhkannya.
B) Ulamak melarang berkata begitu kerana perkataan tersebut tiada sandaran dalam islam.





RUGI
           ‘Ala, ruginya tak tengok bola semalam.’ ‘Eh, ruginya kau tak turun semalam, ramai artis yang datang. Meriah gila konsert semalam’. Adakah menonton perlawanan bola sepak dan menonton konsert artis terkenal adalah perkara yang merugikan kita? Fikirkan samaada ‘rugi’ tersebut memberi manfaat atau tidak kepada kita.
          Rugi di Dunia mungkin boleh dicari,tetapi rugi di Akhirat sangat berbeza. Apabila kehidupan ini dibiarkan berlalu tanpa ada bekalan yang cukup untuk dibawa pada hari perhitungan, itulah rugi yang sebenarnya. Menghadap Allah dengan tangan yang kosong dan tanpa bekal yang mencukupi.Ah, amat rugi dan memalukan.
          ‘Sayangnya, hari ini hujan pula. Tak dapat pergi dengar ceramah ustaz, ruginya!’’ Semalam aku bangun awal, ruginya tak solat tahajjud. Rugi yang sebenar apabila kita terlupa menambah nilai kebaikan pada diri kita. Kita lupa ’touch up’ amalan yang sedia ada dan ’top up’ dengan amalan yang lain. Dunia ini sebenarnya tempat untuk bercucuk tanam pohon kebaikan, manakalaAkhirat pula adalah tempat untuk menuai segala kebaikan.
          Tidak rugi pun kita bersusah payah untuk kesenangan di Akhirat nanti. secara zahir kita mungkin ‘rugi’ masa dan tenaga kerana tiada wang ringgit yang dapat dipegang dan tiada pangkat yang dapat menjulang nama kita. Tetapi, bukankah ia hanya Dunia semata?
          Banyakkan berkorban apa-apa yang kita ada di dunia agar kita tidak akan rugi di Akhirat nanti. Bijaklah melawan dan menundukkan nafsu yang sentiasa menghasut kepada perkara yang merugikan.    
                          MARI KOREKSI DIRI!
 Sumber : viceversa

‘Apakah manusia itu mengira bahawa meraka dibiarkan sahaja mengatakan ‘kami telah beriman ‘,sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta.’

(surah Al Ankabut ayat 2-3)

 

 

 


JAWAPAN TRIVIA
1. Nabi Yunus a.s
2. 100 ekor unta.
3. Nabi Muhammad saw. Ayahanda Rasulullah nyaris-nyaris disembelih disebabkan nazar Abdul Mutalib namun ditebus dengan 100ekor unta. Moyang Rasulullah iaitu Nabi Ismail juga nyaris-nyaris disembelih setelah Nabi Ibrahim bermimpi diwahyukan agar menyembelih anaknya, namun diganti dengan seekor kibas.





No comments:

Post a Comment