Google Ads

Thursday 24 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 58

MENARIK DI DALAM
·        Didiklah wanita, terdidiklah generasi
·        Tip Mengubat Hati
·        Merangka Pelan Kehidupan Terbaik
·        Kebijaksanaan Rasulullah
·        Bangun
·        Doa Golongan Yang Tidak Dimakbulkan
·        Balasan Bagi Pendusta Kepada Allah


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan.

Sahabatku
Saya pernah dengar kata-kata ini didiklah wanita maka terdidiklah generasi. ia adalah ’tagline’ untuk rancangan ustazah pilihan suatu ketika dulu. dengan menjadikan seorang wanita itu penuh dengan ilmu agama, maka anak yang akan dilahirkannya juga akan terdidik menjadi insan yang baik. menarik bukan? kita sibuk sekali mendidik anak-anak, hantar ke sana dan sini supaya belajar dan isi dada dengan ilmu, tetapi kita sebagai ibu sendiri, masih lagi dedah aurat, pergaulan tak jaga, Al Quran tak pernah Khatam, masih mengata sana sini, masih juga sibuk dengan majalah hiburan, masih rancak membuang masa di laman sosial, sibuk dengan berita artis yang bercerai berai, sibuk fikir bagaimana nak tambah pendapatan, tetapi tambah ilmu agama kita ketepikan. ‘tak pe lah, aku dah antar anak ke sekolah pondok, confirm jadi anak soleh, nanti senangla aku kat dalam kubur,  kerana ada anak soleh yang akan mendoakan aku’. betapa kita sangat jahil dengan perkara ini, lihatlah ke dalam diri dengan suluhan iman, dengan ilmu, kita mendidik anak tetapi hakikatnya dengan jiwa kita sendiri yg terdidik sebenarnya. jiks kita ingin bahagia di dalam kubur, jangan terlalu yakin yang Allah akan selamatkan kita dengan amal baik kita yang tak tahu berapa banyak, dan Allah menolong kita bukan kerana banyaknya amal sampai boleh membebaskan kita, tetapi kerana kasih sayang Allah.

Sahabatku
selalu juga kita dengar akan frasa ‘Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari’. Betapa anak kita mengikut apa yang kita lakukan, tetapi malah lebih-lebih lagi. sama juga dengan konsep ini, apa yang kita lakukan pada kedua orang tua kita (Datuk dan Nenek mereka) anak kita akan melakukan perkara yang sama dan malah lebih lag kepada kita. jadi tak hairanlah jika anak tak dengar cakap ibubapa, jika kita juga degil dan tak baik hubungannya dengan kedua ibubapa kita.  Nauzubillah. Bermuhasabahlah.
Sayangilah diri kita, Sayangilah anak kita, sayangilah keluarga kita. Bantulah diri kita untuk dekat dengan Allah swt.
Editor , Norazila Khalid

TIP MENGUBAT HATI

¤ SENTIASA BERBAIK SANGKA
Elakkan berburuk sangka kerana sifat ini datang daripada syaitan yang sentiasa menghasut manusia ke arah pergaduhan dan perpecahan. Manakala dalam kehidupan berumah tangga pula, sifat buruk sangka akan membawa pada penceraian. Orang yang berbaik sangka akan beroleh pahala kerana hatinya tenang dan tidak dicemari dengan sifat yang tidak baik.

¤ BUANG HASAD DENGKI
Masyarakat Melayu cenderung  untuk sentiasa berhasad dengki, sakit hati dan lain-lain. Firman Allah ‘Jikalau mereka kamu beroleh kebaikan, maka mereka tidak berasa gembira, sedang jikalau kamu mendapat kemudaratan, maka mereka bergembira disebabkan kemudaratan itu’.

¤ UKIRKAN SENYUMAN
Kita digalakkan untuk melemparkan senyuman ketika bertemu sesama umat Islam yang lain. Senyuman adalah sedekah yang cukup mudah untuk dilaksanakan. Ia bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama manusia. Ungkapan ’senyum itu sedekah’ hendaklan dipraktikkan sebaik mungkin . ’sedekah’ perkataan yang selalu didengar biasa dikaitkan dengan wang ringgit dan harta benda.
Sebenarnya maksud ‘sedekah’ memberikan pengertian yang luas. 

¤ MERENDAH DIRI
Kita tidak seharusnya sombong dan takbur dengan nikmat yang dimiliki. Segala sifat sombong, ujud, riya’, takbur dan bongkak haruslah disingkirkan daripada diri kerana sifat ini bukan sahaja dibenci oleh Allah dan Rasul, malah turut dibenci oleh manusia.

¤ HIASI DIRI DENGAN SIFAT PEMAAF
Orang yang memiliki sifat pemaaf mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh. Sebaliknya orang yang berdendam, tidak mempunyai ramai kawan dan ada banyak musuh. Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan terhadap kita, berilah kemaafan kepadanya tanpa paksaan.

¤ HIASI DIRI DENGAN SIFAT IKHLAS
Ikhlas bermaksud suci dan murni serta tidak bercampur dengan perkara yang lain. Maksudnya, mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah serta mengharapkan keredaan Allah, bukan untuk mendapat pujian dan kemasyuran serta gelaran.
Apa-apa jua yang dikerjakan kerana Allah adalah diterima dan beroleh pahala tetapi jika ia bukan kerana Allah tapi kerana manusia dan hanya untuk mendapat pujian, ia akn ditolak dan tidak mendapat sebarang pahala. 
Sumber : Dato’ Siti NorBahyah Mahamood




MUHASABAH

MERANGKA PELAN KEHIDUPAN YANG TERBAIK

          Pernahkah kita bertemu sekelompok manusia yang sudah memiliki segalanya yang diidamkan namun jarang untuk melihat mereka bersyukur? sedar atau tidak kita mungkin sebahagian daripada mereka. ‘Antara ipad dan iphone mana satu yang bagus?’, ‘Mamak, teh tarik baik punya satu!’

Ya! Kita selalu mengimpikan kehidupan yang baik-baik sahaja. Kalau diberi pilihan, kita tidak mahu langsung bertemu dengan perkara yang tidak baik.

          Jika kebaikan manusia itu dilihat secara pandangan kasar, namun adakah kita sudah nampak kebaikan Allah terhadap kita selama ini? kebaikan yang dianugerahkanNya 24jam sehari semalam tanpa ada sedikitpun kekurangan. Allah itu Maha Baik mangatasi segalanya, Maha Mengasihi dan tidak pernah jemu memberi kebaikan kepada  hambaNya.

          Atas kebaikan yang selalu kita terlepas pandang inilah, terkadang kita terlupa, Lupa kepada Pemberi nikmat yang paling banyak dan lupa kepada Allah yang  sentiasa Memerhati. Ingat, Allah mengulang-ulang nota cintaNya dalam surah Al-Rahman ‘Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?’Bukan 2 atau 3 kali malah 31 kali ia diulang. Bagi mencari perkara yang terbaik dalam kehidupan kita , kita sebenarnya masih culas memberi yang terbaik. Usaha yang kita tawarkan, amalan yang kita lakukan bahkan kadang-kadang niat yang kita pasakkan atas nama untuk beribadah kepada Allah tidak memadai dengan perkara terbaik yang kita harapkan.

          Tidak salah merangka pelan kehidupan tetapi jangan lupa merancang graf yang dengan setiap plot titiknya hanya bersandarkan kepada DIA.

Sumber : Dr Mohd Al Adib



KEBIJAKSANAAN RASULULLAH
KISAH 1
Rasulullah pernah didatangi sekumpulan orang daripada Bani Mudar yang sangat daif, tidak berkasut serta berpakaian yang hanya sehelai kain. Baginda terharun dengan kemiskinan yang menimpa mereka.
Rasulullah meminta Bilal melaungkan azan dan iqamat bagi memulakan solat zohor. Selesai solat Baginda berkhutbah dengan menyebut beberapa ayat al-Quran yang menekankan aspek takwa dan kehidupan hari Akhirat.
Baginda turut mendorong para sahabat beramal dengan memberikan ilmu kepada minda dan hati mereka. Kata-kata Rasulullah begitu berpengaruh. Seorang demi seorang sahabat Baginda bertindak. Beberapa orang sahabat membawa wang, makanan dan pakaian untuk sekumpulan orang yang daif itu sehingga menjadi dua longgokan barang. Wajah Baginda amat gembira. (Sahih Muslim)


BANGUN 
    Lihat kanak-kanak kecil yang baru belajar bertatih. Jatuh, rebah kemudian bangkit semula. Langsung tidak terzahir sikap putus asa dan menyerah kalah begitu sahaja.Hebat pinjaman semangat dan roh kekuatan yang Allah tiupkan pada anak-anak kecil ini.
    Untuk berjaya, ukurlah tahap usaha yang dipertaruhkan. Hakikatnya bukan tukul yang memberi kesan kepada kedalaman paku pada papan tetapi si pemukul yang mencorakkanya. Pemukullah yang bertindak sebagai medan berkuasa. Makin bertenaga paku diketuk, makin kemas dan kukuhlah hasilnya.
    Bangkit dan bangunnya anda daripada kegagalan dan kejatuhan, itu petanda anda seorang yang luar biasa.Anda membuktikan anda mampu berjaya dengan kebangkitan dan keazaman yang baru.  Ingat ya, Gagal adalah sukses yang tertunda.
Sumber : viceversa

Doa Golongan Yang Tdk di Makbulkan

Seorang tokoh sufi, Abu Laith al– Samarqandi pernah menyatakan bahawa terdapat 3 jenis manusia apabila dia berdoa, doanya tidak akan dimakbulkan Allah iaitu 

 Org yang memakan makanan yang haram
 Insan yang banyak memburukkan orang lain dalam kehidupannya.
 Wujud dalam hati seseorang yang mempunyai perasaan dengki sesama umat Islam.



Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
A) Kalimah syahadah ‘aku naik saksi’ @ aku bersaksi perlu sebut atau tidak?
B) Apakah balasan bagi yang mempermainankan atau dusta janji kepada Allah?

 A
A) Org kafir yang baru memeluk islam wajib sebut ‘aku naik saksi’ atau aku bersaksi, jika tak sebut tak sah islamnya, tetapi yang sudah pun islam, tidak wajib sebut.
B) Setiap pendustaan, balasannya dosa. Siapa yang banyak dosa, NERAKA lah tempatnya.




           


 





No comments:

Post a Comment