Google Ads

Tuesday 15 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 37

MENARIK DI DALAM
ü Jutawan Yang Fakir
ü Refleksi solat
ü Rancang Percutian Yang Menyeronokkan
ü Ingin Bertaubat, tetapi…
ü Pokok di dalam hati
ü Usah menjual akhirat



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yamg Menguasai hari pembalasan.

Sahabatku.
Hidup di dunia ini sementara, tetapi yang sementara inilah yang menjadi rebutan manusia. pelik bukan? sepatutnya kita mengambil contoh dari Rasulullah saw dan para sahabat yang menjadikan dunia ini sebagai jambatan menuju ke akhirat, sebagai tempat yang kekal abadi.

Sahabatku
Betapa ramai manusia yang nampak seperti jutawan, tetapi sebenarnya sangat fakir (miskin). Jutawan fakir ini sentiasa diburu kesibukan yang tak berpenghujung untuk mengejar harta di dunia, keresahan yang tak berkesudahan setiap masa, resah dalam memikirkan strategi untuk menambahkan pendapatan, mencari duit untuk anak isteri, tetapi mengabaikan mereka kerana terlalu sibuk. Mereka boleh membeli jam yang mahal, tetapi mereka tidak boleh membeli masa, mereka juga boleh beli seks, tetapi tidak boleh membeli kasih sayang. merekalah orang yang binasa di Dunia dan Jahannamlah tempat mereka di Akhirat. Nauzubillah. Bermuhasabahlah.
Sayangilah diri kita, Elakkan diri dari jadi bahan Bakaran Api Neraka Allah.
Editor, Norazila Khalid  

Refleksi
Jika kita mahu tahu adakah solat kita khusyuk atau tidak? Lihatlah sikap dan tingkahlaku kita selepas mengerjakan solat. Jika sikap kita baik, maka solat kita adalah khusyuk, jika sebaliknya, masih lagi sibuk membuang masa dengan mengumpat, melayari  internet dengan melihat perkara-perkara yang tidak berfaedah, menonton rancangan TV yang melalaikan dan lain-lain. maka itulah penilaian  kita. Lihatlah kehidupan kita sekarang. Dan Nilaikan!

RANCANG PERCUTIAN YG MENYERONOKKAN

¤ RANCANG PERCUTIAN KITA
Jangan biarkan cuti ‘dikuasai’ oleh tidur dan kebosanan. Aturkan kegembiraan percutian kita.

¤ SELESAIKAN TUGASAN-TUGASAN SEBELUM BERCUTI
Jika kita hendak bercuti di tempat peranginan, bukannya melakukan kerja di sana. Pastikan semua kerja selesai sebelum bercuti.

¤ TENTUKAN SIAPA YANG MENGGANTIKAN KITA
Berbincang dengan rakan sekerja supaya dia dapat menolong mengendalikan urusan luar jangkaan semasa ketiadaan kita.

¤ LAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENAMBAHKAN ‘NILAI KREDIT’ KITA.
Rancang sesuatu yang kita tidak mampu melakukannya semasa bekerja, contohnya sesuatu yang dapat menambahkan kebolehan diri kita.

¤ MANFAATKAN ‘KETENANGAN’ KITA.
BIarkan cuti itu benar-benar bermakna dan memberikan ketenangan, usah memikirkan lagi tugasan kerja.

¤ BERGEMBIRALAH.
Tiada gunanya kita memohon cuti tetapi diri masih lagi runsing dan bimbang.

¤ LIHAT KEMBALI STRATEGI KERJA KITA SELAMA INI.
Hati yang tenang dan damai semasa bercuti kita dapat manfaatkan untuk berfikir strategi untuk kerja kita.

¤ RANCANG APA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS INI.
Rancanglah polisi-polisi bagi ‘memperbaharui’ kehidupan

¤ LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA.
Bercutilah bersama keluarga. Mereka sudah lama tidak dapat bermesra dengan kita selama tempoh bekerja. ‘Ganjarilah’ mereka dengan meluangkan masa secukupnya bersama mereka.

¤ BUAT KESIMPULAN DAN RUMUSAN.
Ini mgkin sesuatu yang baru, tapi ketahuilah, percutian sebenarnya sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita. Jadi, buatlah kesimpulan dan rumusan, serta renunglah ia dengan hati yang bijaksana.
SELAMAT BERCUTI.

Sumber: 55PETUA SERONOK BEKERJA





INGIN BERTAUBAT TETAPI

Masih ramai daripada kita yang memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan taubat atau ‘segan’ dengan Allah hendak bertaubat. Pangkas alasan-alasan tersebut dengan memprogram balik minda kita dengan skrip-skrip berikut

 Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua baru bertaubat, kemudian baru fokus kumpul pahala.

Sepatutnya, Mati tidak mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.

 

 Dosa terlalu banyak, khuatir kalau-kalau Allah tidak akan ampunkan.

Sepatutnya, Aku yakin Allah yang bersifat Maha Pengampun pasti tidak akan sia-siakan taubat kalau aku ikhlas dan bersungguh-sungguh.   

 

 Dah terlambat untuk bertaubat.

Sepatutnya, Ustaz pernah bagi ceramah, katanya ‘Pintu taubat hanya akan tertutup apabila nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur. Selain itu, pintu taubat terbuka luas’. Jadi, masih sempat lagi aku bertaubat ni!

 

 

 Dosa dah sebati dengan jiwa, susah hendak ubat tabiat, apalagi hendak bertaubat.

Sepatutnya, Hati berada dalam  kekuasaan Allah. Di mana ada semut di situ ada gula. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

 

 Risau kalau-kalau dah bertaubat nanti, tetapi masih melakukan dosa lagi.

Sepatutnya, Aku ini hanya manusia yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Yg penting aku telah sedar yang aku telah berdosa dan cepat-cepat bertaubat. Taubat berkali-kali pun tidak mengapa.

 

 Aku rasa aku tidak pernah buat dosa besar. Buat apa nak bertaubat?

Sepatutnya, Walaupun dosa kecil, tetapi sikit-sikit dikumpul  lama2 akan jadi bukit. Lebih baik aku bertaubat. Risau kalau-kalau dosa kecil dianggap remeh pula nanti.

 

 Nanti apabila nak tunai haji baru nak taubat sungguh-sungguh.

Sepatutnya, Ish, takkan aku nak bertaubat pun kena tunggu musim. Kalau nak tunggu naik haji dulu baru bertaubat, mesti rambut dah beruban. Aku azam untuk bertaubat setiap hari. Lagikan, Rasulullah yg maksum pun beristighfar 100 kali setiap hari, inikan pula aku, sekadar manusia biasa.

 

 Bukankah hanya orang yang berdosa sahaja yang bertaubat? Kalau tidak berdosa tidak perlulah bertaubat.

Sepatutnya, tidak perlu aku tunggu apabila dah berdosa baru hendak bertaubat. Apa salahnya kalau selalu bertaubat.

 

 Saya ingin bertaubat, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang.

Sepatutnya, ala, mula-mula je manusia mengata. Biasalah, hendak berubah baik ni ada cabaran sikit. Lagipun mereka tidak boleh bantu pun aku di akhirat kelak. Yang penting Allah reda dan suka dengan aku.

 

 Kalau aku bertaubat, maknanya aku kena tinggalkan semua duit haram ini.  

Sepatutnya, Ish,tak nak la di dunia hidup gembira dan seronok, tetapi di akhirat meraung kena azab. Aku ingin buat pilihan yang tepat dan bijak, bertaubat sebelum terlambat.

 

Sumber : SOLUSI ISU  46


DOSA
Dosa umpama pokok yang tumbuh dlm hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu dalam jiwa seseorang. Dosa umpama benih pohon kejahatan yang bersemi dalam hati. Mula-mula ia bercambah, mengeluarkan akar, batang, ranting dan daun-daun. Pada ketika itu, ia (dosa) amat sukar untuk dicabut.  



MUHASABAH
Jangan sesekali menjual Akhirat kerana Dunia. Kerana Dunia ini kehidupan yang sementara dan Akhirat itu kehidupan yang selama-lamanya. Contohnya, ‘kerana ingin mendapat pendapatan lebih, ada yang sanggup meninggalkan solat jumaat setiap minggu kerana bekerja atau kerana majikan tidak mengizinkan’ Ingat! Rezeki di tangan Allah, bukan ditangan manusia.



No comments:

Post a Comment