Google Ads

Friday 11 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 24

MENARIK DI DALAM
·        Khalifah. Layakkah kita?
·        Syurga dunia
·        Zakat Pendapatan
·        Sesal Kemudian Tidak Berguna
·        Faktor Seorang Jutawan
·        Rasa Berdosa?
·        Yahudi Gerun?

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sahabatku
Saya ingin berkongsi mengenai 6 Makhluk Ciptaan Allah Yang Agung.
d Malaikat
           Dari Nur (Cahaya), Menerangi
            Bertugas untuk sentiasa mengawasi manusia.
d Iblis
           Dari Nar (Api) dan  Sifatnya merosakkan,
           Dia merupakan musuh manusia yang nyata.
d Jin
           Dari Asap yang beracun, sifatnya  
            memabukkan , merupakan penggoda dan  
            juga membantu manusia dalam kerja sihir .
d Tumbuhan
           Hanya mempunyai naluri, sangat berfaedah untuk keperluan manusia.
d Haiwan
Mempunyai Syahwat danperasaan marah, berfaedah untuk kepentingan manusia
d Manusia (Khalifah)
           Sebagai Pengatur alam dan pengurus kepada kehidupan dunia
          
Sahabatku,
Jadi, Tunjukkan bahawa kita ini benar-benar layak menjadi khalifah untuk mentadbir, bukan merosakkan alam. Lihatlah di media massa, betapa ramai manusia yang bertukar status menjadi haiwan yang hanya tahu marah, mengamuk, dan mementingkan  nafsu dan malah ada juga manusia yang lebih teruk lagu daripada itu.
Bermuhasabahlah, semoga kita ini tergolong dalam kalangan yang betul-betul  ‘khalifah’.
Editor, Norazila Khalid

SYURGA DUNIA
Sahabatku
Apakah ada syurga di dunia ini? Jawabnya ada dan hidup kita di dunia adalah perjuangan untuk menikmati apa yang dinamakan syurga itu. Ia sebenarnya bukanlah  syurga dalam bentuk yang hakiki, tetapi syurga dunia ini dalam bentuk ketenangan hati dan keharmonian jiwa.
Selamat memperoleh SYurga Dunia.



ZAKAT PENDAPATAN SATU KEWAJIPAN

 Syarat Wajib Zakat Pendapatan

-> Beragama Islam

-> Merdeka

-> Harta yang sempurna milik

-> Cukup Nisab

-> Cukup haul Bekerja

(PEKERJAAN GURU HUKUMNYA WAJIB = CUKUP SYARAT-SYARATNYA)

 

 Takrif Pendapatan

Bayaran yang dibuat sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan professional.

 

 Sandaran Kewajipan Zakat Pendapatan

‘Wahai org yang beriman,belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan dan kamu jadikan ia zakat) padahal kamu sendiri tidak akan mengambilnya (kalau diberikan kepada kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya, Sesungguhnya Allah maha Terkaya lagi Maha Terpuji’

(Surah Al-Baqarah ayat 267)

 

‘Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi ) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)

(Surah Az-Zaariyat ayat 19)

  

 Hadith Rasulullah berkaitan zakat

 ‘Beritahulah kamu kepada mereka bahawa  Allah swt telah mewajibkan dari sebahagian harta-harta mereka untuk disedekahkan (zakat). Diambil daripada orang kaya untuk diberikan kepada fakir miskin dikalangan mereka’

 

 Contoh

Zakat = Rm50 sebulan Bagi pendapatan Rm3000 sebulan bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

 

 Hubungi

->Pejabat Sekolah untuk potongan gaji (Jika Guru)

-> Lembaga Zakat johor (Jika Berada di Johor)

072282929/999/937

www.maij.gov.my

 

JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBELUM ANDA DI SOAL DI HADAPAN ALLAH KELAK.

 


KESEMENTARAAN
Hidup ini, Adalah kesementaraan dan  kita, persis seorang pengembara yang sesekali, Singgah berteduh di bawah pohon, Untuk melepaskan dahaga, daripada penat bagi sebuah perjalanan jauh.

  

TERJEMAHAN AL QURAN
SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

101. Apabila sangkakala ditiup,maka tidak ada lagi pertalian keluarga diantara mereka pada hari itu (Hari Kiamat), dan tidak (pula) mereka saling bertanya.
102. Barangsiapa berat timbangannya (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.
103.dan barangsiapa ringan timbangannya (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri. Mereka kekal di dalam neraka jahannam.
104.Wajah mereka dibakar (dengan) api neraka, dan mereka di Neraka dalam keadaan muram dengan bibir yang cacat.
105. Bukankah ayat-ayatKu telah dibacakan kepadamu tetapi kamu selalu mendustakannya?
106. Mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan kami adalah orang yang sesat.
107.Ya Tuhan Kami, keluarkanlah kami darinya (kembali ke dunia), jika kami masih juga kembali (kepada kekafiran), sungguh,kami adalah orang yang zalim.
108. Dia (Allah) berfirman,’Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku (Allah)’
109.Sungguh ada segolongan dari hamba-hambaKu berdoa ’Ya Tuhan kami, kami telah beriman , maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat, Engkau adalah pemberi rahmat yang terbaik’.
110.Lalu kamu jadikan mereka buah ejekan sehingga kamu lupa mengingat Aku, dan kamu (selalu) mentertawa mereka.
111.Sungguh pada hari ini Aku Memberi balasan kepada mereka,kerana kesabaran mereka, sungguh mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.
112. Dia (Allah) berfirman, ’Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?
113.Mereka menjawab,’Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung’
114. Dia (Allah) Berfirman ‘kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja, jika kamu benar-benar mengetahui’.
115. Maka, apakah kamu mengira bahawa Kami Menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)  bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami.
116. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya, tidak ada Tuhan (Yang berhak disembah )selain Dia, Tuhan (Yang Memiliki) Arasy yang mulia. 
  
SURAH AL MUKMINUN  101-116

FAKTOR SEORANG JUTAWAN
J Kemahiran Menjual Produk dan Idea Sendiri
J Cekap Dalam Pengurusan
J Mempunyai Semangat Persaingan Yang Tinggi
J Mempuyai Kualiti Kepimpinan
J Mencintai Karier
J Bekerja Lebih Keras Berbanding Orang Lain
J Pasangan Yang Memahami
J  Mudah Mesra
J Berdisiplin
J Jujur Dengan Semua







RASA BERDOSA
Sahabatku,
Sering diperingatkan bahawa dosa itu sesuatu yg meresahkan. Tidak ada ketenangan dan kebahagiaan dalam melakukan dosa. Jika adapun hanya sementara, kemudian rasa gelisah itu datang lagi dengan lebih menggigit. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun cukup meresahkan, apatah lagi berdosa kepada Allah.
Org yang berdosa itu ialah orang yang bersalah. Orang yang bersalah perlu diadili di mahkamah. Mahkamah pengadilan itu ada 3. Pertama, mahkamah di dunia, kedua mahkamah di Akhirat, dan ke-3 mahkamah hati di mana saksi pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa berkata benar walau cuba dinafikan dan dipendamkan oleh tuannya. Protes hati kecil ini terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dlm rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke lembah sakit jiwa yang menyesakkan.
Oleh itu, awaslah setiap diri, kerana dosa itu umpama racun, yang akan merosakkan diri secara perlahan-lahan. nikmatnya hanya seketika sedangkan dosanya berkekalan.
Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri, apakah hidup kita diredai? Berapa banyak dosa yang kita lakukan? InsyaAllah, hati itu tidak akan berdusta. Disamping Allah tahu siapa kita, kita sendiri juga tahu siapa diri kita yang sebenarnya. Jadi, jangan berpura-pura. siapa yang cuba kita tipu?Manusia?Allah?atau diri kita sendiri?



YAHUDI GERUN?
Yahudi gerun dan takut kepada umat islam apabila jumlah jemaah di masjid untuk solat subuh berjemaah sama banyak dengan jumlah jemaah solat jumaat.

Jadi, bilakah agaknya Yahudi akan gerun kepada kita?
Tepuk dada, tanya Iman.





No comments:

Post a Comment