Google Ads

Saturday 12 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 27

MENARIK DI DALAM
o   Hedonisme?
o   Petua Bercakap-cakap
o   Jangan Sombong
o   Berpakaian Tetapi Telanjang
o   Ikutilah Rasulullah
o   Neraca Tawaduk
o   Doa ketika susah


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan semesta Alam dan Yang Menguasai hari pembalasan...

sahabatku,
Pernah tak kita mendengar perkataan Hedonisme? Hedonisme adalah satu racun yang diperkenalkan oleh yahudi untuk memperdaya orang islam. Hedonisme memperkenalkan hiburan yang melampau sehingga kita fikir ‘hidup hanya  sekali, jadi kita mesti enjoy dan bergembira dengan meminggirkan hari akhirat’. sedangkan tujuan kita hidup di dunia ini adalah sebagai tempat untuk membina bekalan menuju ke kehidupan yang abadi iaitu alam akhirat.

Sahabatku,
hiburan dibolehkan dalam islam tetapi dengan kadar dan syarat-syarat tertentu. hiduran ibarat garam dalam masakan, jika berlebihan ia menjadi terlalu masin dan membawa kepada penyakit. jika terlalu sedikit ia akan menjadi hambar. Jadi berpada-padalah dengan hiburan.

Sahabatku,
Rasulullah pernah menegur para sahabata yang banyak bergurau senda dan ketawa terbahak-bahak. Sabda baginda ‘jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, kamu akan banyak menangis daripada ketawa’. Rasulullah juga berhibur, tapi baginda sekadar tersenyum.

Sahabatku,
perasan tak, jika kita banyak ketawa, pada waktu ketawa itu adakah kita ingat Allah? Syurga? Neraka? Atau Hari akhirat? Fikirkanlah .

Editor  Norazila Khalid


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah mukjizat nabi Musa ketika berhadapan dengan Firaun?
2. Apakah nama surah yang dinamakan dengan nama-nama waktu?
3. Siapakah khalifah yang di gelar al Faruq?
Jawapan di akhir edisi ini


PERBUATAN BAIK
Perbuatan yang baik itu bagai wangian yang bukan sahaj amenggembirakan pemakainya, tetapi orang - orang yang berada di sekelilingnya juga.

PETUA BERCAKAP-CAKAP

¤ BETULKAN NIAT
Jangan cakap tidak serupa bikin. Cakap apa yang anda fikirkan dan fikir apa yang anda cakapkan. Ketelusan dan ketulusan hati sangat penting dalam komunikasi lisan. Jika anda berpura-pura, ia jelas kelihatan dan dapat dikesan oleh orang lain.

¤ KENALPASTI MATLAMAT DAN RANCANG ISI  KOMUNIKASI
Untuk apa anda berbicara dengannya? Adakah Menerangkan sesuatu.?
Menambah kemesraan? memberi arahan? Meminta pertolongan? Memaklumkan berita? Bersembang? Bertanya khabar? dan banyak lagi. fikirkan bagaimana mencapai matlamat itu?

¤ PILIH MASA DAN TEMPAT YANG SESUAI
Ada perkara yang sesuai dinyatakan ketika sesi formal dan ada yang sebaliknya.

¤ TETAPKAN HUBUNGAN MATA
Lihatlah mata orang yang berkomunikasi dengan kita.

¤ DENGAR DULU, JANGAN MUDAH MENCELAH
Hormati apa pendapat dan pandangan orang yang bercakap dengan kita.

¤ MIMIK MUKA YANG RESPONSIF
Jangan buat muka selamba sahaja. Berikan respon mimik muka yang sesuai dengan komunikasi anda.

¤ RUMUSKAN KESIMPULAN DALAM PERBUALAN
Buat kesimpulan daripada perbualan tersebut. Jangan biarkan perbualan itu tergantung.

Sumber : PDA  Untuk Pekerja Cemerlang (AFY)



JANGAN SOMBONG
’Abu Hurairah r.a. Meriwayatkaan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ’Allah berfirman :’kemuliaan ialah serbanKu dan kesombongan ialah sarungKu. Sesiapa yang menandingiKu dalam kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka’  
(Riwayat Abu Daud)
                  

HADIS
BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG
Daripada abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
‘Ada dua  golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka, iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihatnya. Kepala mrk (sanggul atau fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wangi syurga. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh’
Riwayat Muslim

Cara berpakaian tetapi telanjang
 Pakaian terlalu ketat
 Pakaian terlalu nipis
 Pakaian yang menutup sebahagian yang lain, tetapi membuka sebahagian yang lain




TERJEMAHAN AL QURAN
IKUTILAH RASULULLAH

28. Dan Bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya, Jangan kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia. Dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami (Allah) serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas.
29. dan katakanlah (Muhammad) ‘kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, barangsiapa menghendaki (beriman) hendaklah dia beriman , barangsiapa menghendaki (kafir) biarlah dia kafir’ Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka bagi orang zalim, yang gejolaknya mengepung mereka. Jika mereka meminta pertolongan (minum), mereka akan diberi air seperti besi yang mendidih yang menhanguskan wajah. (itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang sangat buruk.
30. mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan , Kami benar-benar tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan yang baik itu.

SURAH AL-KAHFI (AYAT 28-30)




NERACA TAWADUK

 Kekurangan (Pesimistik)

Cenderung memandang keburukan sesuatu, cepat berputus asa, mudah berasa kecewa dan mudah hilang kepercayaan terhadap sesuatu.

 

 Pertengahan (Tawaduk)

Merendah diri tetapi tidak sampai meletakkan diri ke tahap kehinaan.

 

 Keterlaluan (Takabbur)

Memandang tinggi diri sendiri, memandang hina orang lain dan menolak kebenaran.

 

DIMANAKAH KEDUDUKAN KITA?

 

 

 


DOA KETIKA DALAM KESUSAHAN

Allahuma rahmataka arjuu falaa takilnii ilaa nafsii tharfata ‘ainin wa ashlihlii sya’ni kullahu, laa ilaaha illa anta.

‘Ya Allah aku memohon rahmatMu, maka jangan biarkan aku walau sekejap mata pun dan perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan selain Engkau’

 

Laa ilaaha illa anta subhaanaka innii kuntu minazhzhaalimin

‘Tiada Tuhan selain Engkau, Sesungguhnya aku termasuk golongan yang zalim’

 

Allahu Allahu rabbi laa usyrikubihi syai’a

‘Allah, Tuhan yang tak dapat aku sekutukan dengan sesuatu’

Laa ilaaha illallahul ‘azhiimul-halim, laa ilaaha illallahu rabbul ‘arsyil a’zhim, laa ilaaha ilallaHu rabbus samaa waati wa rabbul ardhi wa rabbul ‘arsyil karim.

‘Tiada Tuhan selain Allah Yang Agung lagi Maha Penyantun, tiada Tuhan selain Allah pemilik arasy yang agung. Tiada tuhan selain Allah pemelihara langit dan bumi serta arasy yang agung’

 

Sumber :300 doa dan zikir harian




JAWAPAN TRIVIA
1. Tongkat yang bertukar menjadi ular, tangan yang bercahaya, musim kemarau, membelah laut, taufan, belalang, kutu, katak dan darah. 
2. Surah al-faj (Dinihari), al-lail(mlm),al-Duha (Waktu Duha), al-asr (Waktu Asar) dan al-falaq(Waktu Subuh)
3. Khalifah Umar Al-Khattab (bermaksud dapat membezakan yang hak dan batil)




No comments:

Post a Comment