Google Ads

Thursday 10 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 22

MENARIK DI DALAM
*    Peluang kedua
*    Tanggapan salah
*    Cara memupuk potensi anak
*     Ku Damba Ketenangan Hakiki
*    Cara Berbakti kepada Orang Tua
*    Dosa Bersarang di FB?

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam Dada manusia, samaada sembunyi atau tidak.

Sahabatku
Pernahkah sahabat rasa diberi pelung kedua untuk hidup?.  jika seandainya sudah sampai ajal kita, tetapi masih diberi peluang samada ingin teruskan kehidupan atau menyambut panggilan Ilahi, agaknya yang mana satu yang menjadi pilihan kita? sudah tentu kita ingin meneruskan kehidupan, kerana saat itu kita baru berkira-kira  ingin melakukan kebaikan, ingin sedekah, ingin gandakan amalan sunat, ingin sempurnakan rukuk dan sujud (solat) bukan? tapi ingatlah kita, Firman Allah di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan melambatkan dan mempercepat ajal kita walau sesaat.

Sahabatku..
Maksud saya diberi peluang kedua adalah, saya pada suatu hari nyaris dilanggar kereta dari arah belakang yang dipandu laju dan memotong secara tiba-tiba. Kereta Honda putih masih terbayang-bayang, tapi tak ingat nombor plat nya. Kebarangkalian pelanggaran adalah 99% dan 1% sahaja selamat. Akhirnya yang 1% berlaku. jika pelanggaran berlaku, saya mesti dah jadi arwah, tapi nampaknya Allah memberikan peluang kedua kepada saya untuk meneruskan kehidupan ini..syukur Alhamdulillah. Saya percaya bahawa setiap orang mungkin mengalami pengalaman yang berbeza yang boleh kita katakan ‘peluang kedua’.

Sahabatku
Jadi, sama-sama lah kita menghargai KEHIDUPAN ini.
Editor Norazila Khalid

TANGGAPAN SALAH
SEKIRANYA  SAYA ORANG YANG EFISIEN (kecekapan), SECARA  AUTOMATIK SAYA MENJADI ORANG YANG EFEKTIF(keberkesanan).
Tidak semestinya kecekapan dapat melahirkan keberkesanan. Kecekapan adalah kemampuan  melakukan banyak perkara dalam  masa yang sedikit. Sedangkan keberkesanan pula ialah kemampuan melakukan sesuatu hingga mencapai matlamat yang ditetapkan.

CARA MEMUPUK POTENSI ANAK

 Tanam Pandangan Yang Positif

Jangan mengajar anak berbohong, sebaliknya bawa fikiran mereka untuk berfikiran positif. Sebagai contoh, jika ada kereta yang memotong kereta kita dengan laju, jangan zahirkan makian, sebaliknya memberitahu ‘mungkin orang itu dalam kecemasan, kita sama-sama doakan semoga dia selamat’

 

  Menyelesaikan Kerja Satu Persatu

Asuh anak melakukan kerja dengan teratur dan sistematik.Jangan gopoh dan kelam kabut.

 

 Bijak Membuat Pilihan

Latih anak berfikir sebelum bertindak. Jangan terburu-buru , tamak atau haloba.

 

 Bekeja Keras

Biasakan anak hidup dalam keadaan yang tidak terlalu bersenang lenang dan keluarkan dia dari zon selesa.

 

 Gigih Meniti Kesusahan

Anak yang hidup dalam kemiskinan biasanya lebih tegar apabila berhadapan dengan ujian hidup.

 

 Sabar Menghadapi Ujian

Segala kesukaran hidup seperti kelaparan dan kesakitan ada manfaatnya.

 

 Rajin Mencuba Pekara Baru

Orang bijak pandai berkata ‘diri kita bukanlah apa yang kita fikirkan, tetapi apa yang kita lakukan’

 

 Suka Berkomunikasi

Anak-anak yang mempunyai potensi diri yang kuat, berani menegur , berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

 

 Tingkatkan Keupayaan

Kata ahli bijak pandai ‘Jangan minta kehidupan  yang senang, tetapi mintalah jiwa yang kuat.’

 

 Bijak Memilih Sasaran

Latih anak fokus kepada dalam sebarang tindakan. ‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang’

 

 Rebut Peluang Yang Datang

Peluang datang hanya sekali. Jangan lambat bertindak apabila peluang tiba.

 

 Melatih Menjadi Khalifah Allah

Rasulullah bersabda ‘Setiap seorang daripada kamu ialah ketua. Kamu bertanggungjawab terhadap amanah kamu itu’

 

 Sering Meningkatkan Kemampuan

Ajar anak bahawa tiada jalan pintas (dengan melakukan kesalahan) kecuali jalan pantas di dalam dunia ini.

 

 Jaga Kesihatan

Latih anak supaya makan makanan yang berkhasiat dan berzat sahaja.

 

Sumber : Potensi (Dato’ Hj Muhammad Zakaria)


MUTIARA KATA
Menyintai Syurga tidak bermakna meminggirkan Dunia


INGATLAH
Fokus & Misi seseorang tergambar pada kandungan doanya.
Apa yg kita doakan selepas bersolat?
dan
Bilakah orang yang tidak solat itu berdoa untuk ibu bapanya dan dirinya sendiri?

KUDAMBA KETENANGAN HAKIKI
 Apabila hati dipagut resah
Kepada siapa aku mahu berserah
Apabila hati rasa tak tenang
Dihimpit dugaan yang mendatang
Aku jadi buntu, resah memburu
Akalku tidak menentu
Tiada siapa yang mahu membantu

Aku rupanya terlupa
Ada Allah yang sangat menyayangiku
Ada Allah yang Maha Mendengar
Gejolak Jiwa mindaku

Aku membelek buku keimanan
Sarat tersimpan sejuta kenangan
Aku merenung
Pada hati yang gundah
Betapa aku menjauhi Allah
Allah...Sayangilah aku
Allah...Engkau tetap pelindungku
Allah...Engkau tempat aku memohon pertolongan

Kupujuk jiwa yang resah
Kupujuk hati yang gelisah 
Al-Quran ku hayati
Al-Quran ku aluni penuh kerendahan hati
Aku kembali tenang dengan ujianNya
Aku kembali reda menempuh kehidupanku
Agar aku boleh jadi manusia tegar
Dunia dan Akhirat
Sumber : Wardah Zinnirah



CARA MENGHORMATI DAN BERBAKTI KPD IBUBAPA

 Berbuat ihsan kepada mereka dengan beradab sopan
 Bertanggungjawab dan menjaga mereka dengan baik
 Sentiasa berdoa dan taat kepada kedua-dua ibubapa
 Apabila mereka meninggal dunia, doakan semoga Allah merahmati dan mengampuni mereka serta menunaikan wasiat dan melangsaikan segala hutang
   Menghormati teman-teman mereka dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan mereka.


JANGAN BIARKAN DOSA BERSARANG DI FACEBOOK(FB)

¤ MENDEDAHKAN KEAIBAN SUAMI/ISTERI
Pemilik FB meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci dan  marah terhadap pasangan pada ruang status mereka. Mendesak suami dan isteri juga pada ruang status FB. Kemudian status tersebut mendapat pelbagai komentar daripada rakan-rakan dan kenalan.Ini boleh merumitkan lagi masalah yang melanda. 

¤ TERLEBIH GAMBAR
Semakin ramai wanita memuat naik gambar mereka dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik kerana mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberi sepenuh keredaan menayangkan gambar sedemikian di khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu atau prihatin. Lebih membahayakan pula ramai lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau dan membuat ‘lamaran’ nafsu. Ramai suami menjadi dayus kerana gambar isteri terdedah aurat(menutup aurat tidak sempurna)ditayangkan semahunya di FB.

¤ PENYAMARAN
Terdapat lelaki yg menjadi wanita untuk menjadi ‘friend’dan seterusnya mendapat maklumat wanita.Jadi lelaki tersebut boleh menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa-apa yang disukainya dengan gambar tersebut.

¤ MUAT TURUN GAMBAR UNTUK SIMPANAN  ATAU TATAPAN
Dek kerana gambar wanita bersepah di FB, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, mana-mana  wanita yang dikurniakan Allah rupa paras  yang cantik, berhati-hatilah. Ada diantara mereka yang lebih ghairah menjaja gambar untuk mendapat lebih banyak pujian dan dosa. Simpan saja gambar tersebut untuk tatapan suami. Sedarlah, kecantikan itu mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, menerbitkan kecemburuan wanita lain kerana boleh wujud gejala suami yang membandingkan wajah dan tubuh wanita di FB dengan isterinya.
 
¤ TAGGING GAMBAR TANPA IZIN DAN GAMBAR SILAM YANG MEMBUKA AURAT
Setiap gambar yang ditag (yang tidak menutup aurat) akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend dan rakan kepada friend. Ia boleh menjadi satu dosa kerana individu yang di tag tidak tahu dan tidak mendapat izinnya terlebih dahulu.

Sumber: Muamalat (Dr Zaharuddin Abd Rahman)






No comments:

Post a Comment