Google Ads

Saturday 5 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 6

MENARIK DI DALAM
è Berkira dengan Allah?
è Treat yourself right!
è Maut.. bersediakah menghadapinya?
è Pagar syurga dan neraka?
è Cara Hadapi masalah
è Petua seronok bekerja
è Kaedah mencari bahagia menurut al Quran dan Sunnah
è Hati Sakit vs Hati Sihat

Assalamualaikum….
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang….

Sahabatku….
Kita seringkali terlupa atau buat-buat lupa tentang tujuan asal kita diciptakan. Untuk menjadi HAMBA Allah dan menjadi KHALIFAH di atas muka bumi ini…...terlupa krn disebabkan oleh keperluan dunia yang kononnya amat mendesak kita…...kan?

Sahabatku….
Tentang ibadah kita, kita seringkali lalai dan banyak yang kita lengahkan… ada sesetengahnya kita sangat berkira dengan Allah Taala. Kita hanya melakukan perkara wajib sahaja, itu pun lalai, lambat, tak khusyuk. Ibarat pokok yang ada dahan dan daun. Tp tiada bunga dan buah. Tak berapa nak rimbun. Layu. Ibarat hidup segan mati tak mahu. Sedekah yang kita bagi pula kadang kala ada, kadang kala tak ada. Jk ada pun, seringkali di sebut-sebut dan diingat-ingat…. Nauzubillah…

Sahabatku…
Apa yang kita risau, jk kita sangat berkira dengan Allah, takut-takut Allah juga akan  berkira dengan kita di Akhirat kelak yang akan tiba bila-bila masa sahaja...mungkin kita tak sempat pun habiskan bahan bacaan ini.siapa tahu?...Astagfirullah….

TREAT YOURSELF RIGHT & FEEL GOOD


¨ Acknowledge your greatness & feel great

¨ Love yourself. Treat yourself lovingly.

¨ Keep your self-esteem. (how to feel about yourself)independent of circumstance.

¨ Free yourself from the bondage of what people might think of you and from your need for their approval.

(dari buku wisdom for earthling, Dr.John Newmann)



JANGAN SEKALIPUN LUPA MAUT AKAN DATANG PADA BILA-BILA MASA.
    Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan. (Surat al-Jumu'a: 8)
    Ingatlah, kecantikan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba mengelak daripada memikirkan hal kematian dan cuba melupakan perkara ini. Tetapi, hanyalah penipuan terhadap diri sendiri.Samaada kita memikirkan perkara yang tidak dapat dielakkan ini atau tidak, maut pastinya akan datang kepada kita.
    Namun, idea yang kita akan mati bila-bila masa sahaja mungkin sukar untuk difahami. Memikirkan perkara-perkara yang masih perlu dicapai membuatkan kita terasa terlalu awal untuk kita meninggal dunia. Kenyataan sebenarnya ialah, hanya Allah yang menentukan masa kematian. Tidak seminit bertambah atau berkurang seseorang itu boleh hidup selain daripada masa yang telah ditetapkan kepadanya. Maut menemui roh seseorang pada masa terbaik yang telah ditentukan dalam takdirnya.
    Walau bagaimanapun, majoriti manusia terlalu taksub dengan aktiviti-aktiviti harian yang kurang penting dan melupakan hari yang tidak dapat dielakkan ini. Namun, ini ialah kesilapan yang pasti, kegagalan mereka untuk mempersiapkan diri untuk hari akhirat akhirnya akan membawa mereka kepada hukuman yang selama-lamanya.     Oleh itu, sentiasa beringat bahawa maut pasti menemui kita pada suatu hari nanti, maka kita perlulah berusaha dengan gigih untuk melakukan amal kebaikan supaya mendapat keredhaan Allah. Allah memberikan kita masa yang cukup kepada setiap orang  untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap amaran-Nya.
    Jangka masa ini, walau bagaimanapun hanya terbatas kepada kehidupan di dunia sahaja. Oleh itu, seseorang hanya boleh bertaubat dengan ikhlas untuk segala kesalahannya di dalam dunia ini sahaja. Sebaik sahaja maut datang, tidak akan ada lagi peluang untuk memperbaiki kesalahannya. Sebaliknya, dia akan berasa menyesal untuk selama-lamanya.  
Sumber:Buku jangan sekalipun lupa 

   
HADIS
Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dgn sabda Rasulullah saw yg bermaksud:
”Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka itu dipagari dengan keseronokan.”
(Riwayat al-Bukhari dan muslim)
         


KEPERCAYAAN MURID TERHADAP GURU
‘Most students enter school confident and expecting to be successful, but they quickly learn to adapt their self– perceptions to the expectation of the teachers’
Dari buku Karakter guru oleh M. Sahandri Gani Hamzah



CARA HADAPI MASALAH
Apabila menghadapi masalah kita akan rasa tertekan. Namun ada cara untuk menyelesaiksannya
à Jangan menyukarkan masalah yang sedia ada.  Zaman yang serba canggih ini, jadikan yg susah kepada yang mudah.
à Hadapi masalah dengan kreatif. Fikirkan cara yang pelbagai dan menarik untuk menyelesaikannya.
à Bezakan antara kesegeraan dan kepentingan.  Segera dan penting, segera tetapi tidak penting, penting tetapi tidak segera, tidak penting dan tidak segera. Lakukanlah tugasan mengikut keutamaannya.
à Kenalpasti kemungkinan berlakunya krisis. Mencegah lebih baik dari merawat.
à Gunakanlah sepenuhnya minda separa sedar anda. Ambillah masa bagi merehatkan diri dan berfikir secara rasional.
à Mohonlah pertolongan kepada Allah. Berdoalah kepada Allah kerana Allah amat tahu apa yuang terbaik untuk kita.
Dari Buku Mengurus Diri dan Masa (Nurul Aini K.Azhari)

Sahabatku…
Ramai orang sangat tertekan dengan kerja mereka. Kerja diibaratkan suatu paksaan dalam hidup mereka. Tetapi berubahlah, jadikan kerja suatu yang menyeronokkan, pasti hidup dilalui dengan penuh tenang dan ceria.


PETUA SERONOK BEKERJA
KETAWALAH, KITA AKAN RELAKS
Hormon endorphin(penghilang sakit semulajadi badan) akan dirembeskan apabila manusia ketawa. Sel pertahanan badan (sel T) dpt dihasilkan dengan banyak apabila ketawa.

APABILA KITA SERONOK, KITA AKAN MENYERONOKKAN ORANG LAIN
Hidup ibarat bermain Yo Yo, kita perlu ‘membaling’ kegembiraan dan keseronokkan kepada orang disekeliling. Kita tidak akan rugi. Semakin banyak kita ‘membaling’, semakin banyak ia datang kembali.

BERSANTAILAH SEMASA REHAT DAN BEKERJA
Semasa bekerja otot tubuh kita menegang. Tetapi sebenarnya kita masih lagi boleh ‘relaks’ semasa bekerja. Elakkan ketegangan yang berlebihan dan selangselikan dengan regangan badan yang sistematik. Kawal minda kita dengan ‘skrip-skrip’ yang positif.

RINGANKAN TANGAN KITA: PASTI IA BERBALOI
Tangan yang berat akan memberatkan kita. Bantulah mereka yang memerlukan. Jangan menjadi Individualistik dan mementingkan diri sendiri.
BUAT PERKARA YANG TIDAK DIDUGA
Kebiasaan memang membosankan. Bayangkan setiap hari perkara yang sama. Dalam budaya kerja kita, ada banyak yang boleh dilakukan. Apa yang penting , kita perlu berfikir ‘gila-gila’.
Sumber : Dari buku ‘55 Petua Seronok Bekerja’ (A Fadzli & HMFK)





 KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN SUNNAH
Beriman Dan Beramal Soleh
   ‘Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan  dalam keadaan beriman, maka kami akan berikan kepadanya   kehidupan yg baik…
( surah al-Nahl 16:97)

Banyak Mengingat Allah
   ‘ ketahuilah dengan mengingati Allah (berzikir) akan tenang hati  itu’
 ( surah al-Ra’d 13:28)
 ‘Sesiapa yg bertawakal kpd Allah maka Allah akn mencukupinya’

Tidak Panjang Angan-angan Tentang Masa Depan dan Tidak Meratapi Masa Silam yang sudahpun berlalu
Biarkan ia berlalu, usah mengingati apa yang sudah berlalu

Melihat ‘Kelebihan’ Bukan Kekurangan Diri
   ‘Lihatlah org di bawah kamu dan jgn melihat org yg di atas kamu   krn dgn melihat ke bawah kamu lebih mudah bersyukur dan tidak akan meremehkan nikmat Allah yg dilimpahNya kpdmu.
 (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Jangan Mengharap Ucapan Terima Kasih Daripada Manusia
Menanti ucapan terima kasih dari manusia akan membuatkan hati terseksa kerana manusia hakikatnya tidak pandai berterima kasih. Buatlah sesuatu untuk mendapat redha Allah, bukan kerana penghargaan dari manusia.
Sumber : SOLUSI ISU 6

 


RUANGAN AL QURAN
SURAH AL MULK (AYAT 1 DAN 2)

1. MAHA SUCI TUHAN YANG DITANGANNYA SEGALA KERAJAAN, DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU.

2. YANG MENJADIKAN MATI DAN HIDUP UNTUK MENGUJI KAMU, SIAPA DI ANTARA KAMU YANMG LEBIH BAIK AMALNYA. DAN DIA MAHA PERKASA LAGI MAHA PENGAMPUN. 


Hati Sakit vs Hati Sihat
UJIAN
HATI SAKIT
HATI SIHAT
KAYA
SOMBONG
PEMURAH
MISKIN
KELUH KESAH
REDHA
SIHAT
LUPA
SYUKUR
SAKIT
GELISAH
SABAR
TUA
MERANA
TENANG
MUDA
LALAI
BERINGAT


No comments:

Post a Comment