Google Ads

Tuesday 8 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 14

MENARIK DI DALAM
v Pencen kubur
v Tiada yang kebetulan
v Usah mengharap ucapan terima kasih
v Adakah Allah terima taubatku?
v Adab bersedekah
v Kunci kemenangan



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yang menciptakan segala-galanya...

Sahabatku
Kenalkah sahabat sekalian dengan seorang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Prof Dr. Muhaya?. Saya teringat sangat istilah yang beliau gunakan semasa memberi ceramah, iaitu istilah ‘pencen kubur’. Apakah maksudnya? ‘Pencen kubur’ adalah amalan yang hanya kita akan terus meraih ganjaran pahala walaupun kita sudah meninggal dunia. Terdapat 3 amalan iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang dimanfaatkan.

Sahabatku
Selaku guru,saya amat sangat terkesan dengan yang ketiga. Betapa peluang kita sebagai guru amat besar untuk meraih pahala walaupun selepas kita ‘tiada’ di dunia ini. Jika kita bukan guru di sekolah, kita jugak guru di rumah.  mengajar anak-anak. Tapi betapa ramai di antara kita yang bersikap acuh tak acuh terutama apabila mengajar di kelas?. Berapa markah yg kita nak bagi pada diri sendiri?  apabila di ’observe’ kita bukan main lagi. mengajar betul-betul, tapi apabila tiada pemerhati, kita lambat-lambat masuk kelas, suruh pelajar buat kerja sendiri, tidak ikhlas, malas-malas dan macam-macam lagi. sedangkan inilah peluang kita untuk mendapat pencen kubur yang sangat hebat ganjarannya. Tapi kita silap, kita hanya memikirkan ganjaran dan penghargaan dari manusia semata, kita sangat lupa akan penilaian Allah terhadap diri kita. Astagfirullah.

Sahabatku..
Marilah sama-sama kita merenung kembali diri kita, adakah kita benar-benar sudah bersedia utk bertemu dgn Allah dgn bekalan amal yg tidak seberapa ini? Ikhlaskanlah diri dlm mendidik, InsyaAllah, pahalanya akan berkekalan dan itulah yang akan menjadi pencen kubur kita kelak.
          
                                                                                             
                 Editor  Norazila Khalid                        

 


JGN SEKALIPUN LUPA BHW ALLAHLAH YG MENCIPTAKAN BENDA-BENDA HIDUP
Kebanyakan manusia menerima segala yang mereka dengar daripada saintis sebagai fakta yang tepat. Ia tidak terfikir oleh mereka bahawa para saintis juga mungkin mempunyai pelbagai prejudis terhadap falsafah atau ideologi.
    Walaubagaimanapun, ia adalah salahfaham umum,sebagai contoh, beberapa saintis evolusi menegakkan fahaman prejudis & falsafah mereka kepada masyarakat di dalam bentuk sains. Sebagai contoh,walaupun mereka sedar bahawa peristiwa- peristiwa yang berlaku secara rambang tidak menyebabkan apa-apapun kecuali ketidakaturan dan kebingungan,mereka masih lagi mendakwa bahawa itu adalah susunan,rencana dan pelan yang mengagumkan,yang boleh dilihat pada alam semesta dan organisma hidup muncul secara kebetulan.
    Sebagai contoh, seorang ahli biologi aties memerhatikan satu struktur molekul protein yang sangat kompleks. Dia sangat faham bahawa terdapat rekabentuk yang mengagumkan dalam struktur ini dan mustahil struktur ini terjadi secara spontan. Namun demikian dia menegaskan bahawa protein dan struktur kehidupan,wujud secara kebetulan di bawah keadaan primitif di dalam dunia jutaan tahun yang lampau. Ini ialah dakwaan yang tidak berasas. Dia tidak berhenti setakat itu, dia juga mendakwa tanpa sebarang keraguan bahawa bukan hanya satu tetapi berjuta-juta molekul protein terbentuk secara kebetulan & selepas itu dengan ajaibnya berkumpul bersama untuk membentuk sel hidup yang pertama. dan dia mempertahankan pandangannya dengan begitu keras kepala. Inilah seorang ahli sains evolusi.
    Ia mustahil untuk mendakwa bahawa teori ini telah digunakan atas nama sains: Apabila terdapat dua alternatif yang mungkin sama, pendekatan saintifik perlu mempertimbangkan kedua-duanya. Walau bagaimanapun, tiada satu molekul protein pun, apatah lagi seluruh sel akan wujud dengan kebetulan.
    Dalam hal ini, hanya satu kemungkinan tinggal. Kehidupan tidak wujud secara kebetulan, tetapi dibawa oleh suatu Kebijaksanaan. Dalam perkataan lain, ia telah diciptakan, Semua benda hidup wujud sebagaimana yang telah diciptakan oleh Allah, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Ini bukanlah sekadar suatu kepercayaan, tetapi ialah satu kesimpulan yang masuk akal yang dikonklusi secara logikal dan saintifik.
Oleh itu, Ingatlah, Allah ialah Tuhan kita, yang menciptakan alam semesta dan menciptakannya sehingga butir-butir yang paling kecil.
Sumber :Dari Buku “Jangan Sekalipun Lupa”-Harun Yahya

JANGAN MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA ORANG LAIN 
          Allah s.w.t menjadikan para hambaNya supaya sentiasa mengingatiNya, dan Dia menganugerahkan rezeki kepada setiap makhlukNya supaya mereka berasa syukur kepadaNya. Tetapi mereka malah ada yang menyembah selain Nya dan ada pula yang bersyukur kepada selainNya.
          Tabiat suka mengingkari, membangkang dan memperkecilkan suatu nikmat adalah penyakit lazim yang menimpa manusia. Justeru, anda tidak perlu hairan dan resah jika mendapati mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang sudah anda persembahkan. Lebih dari itu, anda tidak perlu resah jika mereka memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sebab semua itu mereka lakukan adalah kerana anda berbuat baik kepada mereka
.
‘Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah KurniuaNya’ (Surah At Taubah:74)

          Justeru, sesiapa yang kebaikannya diabai oleh orang-orang yang menyalahi  fitrahnya, sudah sepatutnya menghadapi orang itu dengan berlapang dada. dan ketenangan seperti itu akan mendatangkan balasan pahala dari Zat yang perbendaharaanNya tidak pernah habis sampai bila-bila.
          Seruan ini bkn menyuruh anda meninggalkan  kebaikan yg sudah anda lakukan selama ini, atau supaya anda tidak berbuat baik kepada org lain , ajakan ini hanya ingin supaya anda tidak goyah dan terpengaruh sedikit pun dengan kekejian dan pengingkaran mereka atas semua kebaikan yang sudah anda lakukan. Janganlah anda bersedih hati dengan apa sahaja yang mereka perbuat.                             
 Sumber : Buku Jangan Bersedih (Aidh Abdullah Al-Qarni)



ADAKAH ALLAH MENERIMA TAUBATKU?
A) Kamu lakukan dosa kerana kejahilan,
Lalu segera bertaubat.
 ‘Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima oleh Allah akan taubatnya. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui & Maha Bijaksana.’
        (Surah An Nisa’ : 17)                                  

B) Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri.
 ‘dan mana-mana dua org di antara kamu yang melakukan perbuatan keji itu,maka hendaklah kamu menyakiti keduanya, kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri meraka (yang buruk itu), maka biarkanlah mereka, kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat, lg Maha Luas rahmat-Nya’
        (Surah An Nisa’ : 16)                                  


C) Dia memaafkan kesalahan yang kamu lakukan.
      ‘& Dialah Tuhan yg menerima taubat drpd hamba2Nya (Yg bertaubat) serta memaafkan kejahatan2 (yg mrk lakukan) dan Dia Mengetahui apa yang kamu lakukan’
  (Surah Al Syura : 25)                                                         

D) Dia memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya     
‘dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendakiNya, Ingatlah,Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana’.
  (Surah At Taubah : 15)                                                         
Sumber : SOLUSI ISU 3




ADAB BERSEDEKAH

 Tangan di atas (memberi) lebih baik dari  tangan di bawah (menerima)
 Ikhlas dalam bersedekah. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan membangga diri menyebabkan kerugiaan di akhirat kelak.
 Mendahulukan sedekah yang wajib (zakat). ‘dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih aku sukai daripada apa-apa yang telah aku wajibkan keatasnya.’ Hadis Qudsi
 Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) tanpa adanya keuzuran.
 Sedekah @ zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan sepereti orang miskin, anak-anak yatim dan sebagainya.
 Bersedekah dengan harta yang halal antara sebab sedekah tersebut diterima Allah dan membuahkan pahala.
 Tidak mengungkit-ngungkit sedekahnya.
 Wajib ke atas pemberi sedekah merenung nikmat Allah s.w.t ke atas dirinya kerana Allah memberi rezeki yang lebih.
 Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat.
 Jangan buruk siku. Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekah daripada orang yang menerimanya.
Sumber: SOLUSI ISU 32

TERJEMAHAN AL QURAN
KUNCI KEMENANGAN
45.’Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pihak (musuh), hendaklah kamu teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
46. ‘Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu bantah membantah kalau tidak , nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati)Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar’.
47. ‘dan jangnlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana ingin dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi PengetahuianNya akan apa yang mereka kerjakan.
SURAH AL ANFAL 45-47

AKTIVITI


Lihat gelas di atas dengan baik. Kemudian cuba tanya pada diri anda sendri tentang gelas itu. Sekiranya anda menjawab gelas itu ‘Separuhnya dipenuhi oleh air’maka anda sebenarnya berfikiran positif.

            Sekiranya anda menjawab gelas itu ’Separuhnya adalah kosong’ Maka anda adalah seorang yg berfikiran negatif.

              Sekiranya anda melihat sesuatu secara negatif, latihlah diri anda bermula dari sekarang untuk melihat sesuatu yang negatif secara positif. Sebagai permulaannya, cuba lihat setiap perkara positif yang ada pada keluarga, kawan dan masyarakat walaupun pada hakikatnya terdapat 1001 kekurangan.

SELAMAT MENCUBA!






No comments:

Post a Comment