Google Ads

Friday 4 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 4

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 4
MENARIK DI DALAM
è Tanam di sini…tuai di sana
è Sejauh mana menyintai Nabi?
è Bangun tidur itu syukur!!
è Teman syaitan di neraka?
è Husnul khatimah vs Su’ul Khatimah
è Wisdom for earthling
è Teknik SMART
è Dulu Pahit..kini terasa manisnya…
è Makna bacaan tahiyat awal dan akhir

Assalamualaikum….
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang….

Sahabatku….
Subhanallah… banyaknya kerja kita… sibuknya kit… Tapi kita seolah-olah sangat sibuk dengan ‘sekarang’… ‘sekarang’ yang menghantui kita seolah-olah bagi kita sangat lama di sini (Dunia)….. Sedangkan ianya Cuma seketika…..(Dunia)tempat kita menanam untuk dituai hasilnya di SANA (Akhirat) kelak….. Astagfirullah….

Sahabatku….
12 Rabiulawal dah lama berlalu pergi….tarikh apakah itu? Tarikh cuti...itu yang kita sangat tahu….tapi berapa ramai yang benar-benar menghayati tarikh itu?….teringat akan tazkirah seorang ustaz dlm tv, katanya...sabda Nabi s.a.w ‘ Tidak beriman seseorang itu, melainkan dia menyintai diriku lebih daripada dia menyintai dirinya sendiri’ Subhanallah…..bagaimanakah kita menunjukkan rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w? Berapa ramai yang berusaha untuk meningkatkan ilmu mengetahui sirah Rasulullah? Apa yang kita tahu...best maulidur rasul!!...nak nak kalau cuti bersambung…., boleh balik kampung, boleh syopping, boleh jalan-jalan, boleh rehat, sedangkan tarikh keramat itu sepatutnya menjadi tarikh yang kita renung ke dalam diri kita tentang sejauh mana kita menyayangi dan menyintai Rasulullah…... ia bukan sekadar tarikh semata-mata….

DOA BANGUN TIDUR

Alhamdulillah hillazi ahyanaa ba’dama ama tana wailaihinnusyur

 

‘segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami, dan kepadaNyalah tempat kami kembali’

(dari buku doa2 amalan harian, Hj Johari Hj Alias)

 

Sahabatku..

Ia bukan sekadar membaca doa…ia lebih kepada rasa syukur kerana kita masih di beri peluang untuk meneruskan hidup dan beribadat kpdnya…peluang untuk bertaubat masih terbuka… syukur…


JANGAN SEKALIPUN LUPA TENTANG KEWUJUDAN SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMESONGKAN KITA.
    Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)
    Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah, agama-Nya dan al-Qur'an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancangannya walaupun sedetik; sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya.  Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah.
    Berlawanan daripada apa yang majoriti manusia fikir, syaitan bukanlah makhluk khayalan. Sebahagian daripada ujian di atas muka bumi ini, seeorang itu perlu berjaga-jaga daripada syaitan. Ini kerana, selepas menderhaka kepada Allah, syaitan bersumpah untuk menyesatkan hamba-hamba Allah. 
    Syaitan akan terus menyesatkan kita dengan cara membangkitkan nafsu kita. Walau bagaimanapun, perkara yang penting yang perlu kita faham disini, sebagaimana yang dinyatakan pada ayat diatas, matlamat utama syaitan ialah untuk mempengaruhi kita dan umat manusia yang lain mengikutnya. Syaitan yang terkutuk tidak akan berputus asa sehingga kita memasuki neraka. Oleh itu, ingatlah, kita semua perlu berhati-hati dengan syaitan dan tidak mengikut godaannya.
    Perkara penting untuk diingati: Syaitan tidak mempunyai kuasa bebas tanpa Allah. Dia diciptakan oleh Allah dan dia berada dibawah kuasa Allah sepenuhnya. Dia juga ialah hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah. Dia ditugaskan untuk membezakan manusia yang benar-benar beriman daripada mereka yang tidak beriman. Dia hanya boleh bertindak dengan izin Allah. Apabila masa yang diberikan kepadanya tamat, dia akan dihumban ke dalam neraka bersama mereka yang disesatkanya.

Sahabatku...
Anda ingin bersama-samanya di Neraka atau mendapat Rahmat Allah di Syurga? Jadi apa tindakan anda sekarang?. Jom buat keputusan... sekarang!!

@dr buku Jangan sekalipun lupa

 PENGERTIAN
HUSNUL KHATIMAH = Pengakhiran yang baik
SU’UL KHATIMAH = Pengakhiran yang buruk

Sahabatku...
Kita hakikatnya boleh memilih... utk pengakhiran kita.. walaupun maut itu dirahsiakan masanya, tetapi kita harus bersedia dan berusaha menghadapinya utk pengakhiran yang baik... Allah bukan melihat kepada di mana kita bermula, tetapi Allah melihat di mana pengakhiran kita dan bagaimana kita berusaha untuknya....
Buatlah PILIHAN anda sekarang???


WISDOM FOR EARTHLING

MAKING CHOICES
Decide now what you want from life and what you have to give it return. Decide where you are going and how you want to get there. Then make your start from where you stand at this very moment!
Napoleon Hill

MAKING WISE, CONSCIOUS CHOICES AND TAKING WISE, SUPPORTING ACTIONS
à To make yourself more effective, simply choose to do things that make you more effective and do them.
à To make yourself more healthier, simply choose to do things that make you more healthier and do them.
à To make yourself more happier, simply choose to do things that make you more happier and do them.
I AM THE CHOICE MAKER
I AM THE ACTION TAKER
Sumber: Dr. John Newmann

TEKNIK SMART: hasilkan Matlamat yg berkesan .
S:SPESIFIK
Matlamat harus spesifik. Contohnya. Saya ingin jadi guru cemerlang. Ya, guru cemerlang dlm subjek apa? Cemerlang yang bagaimana?

M:MENARIK
Matlamat mestilah menarik supaya ia menjadi api yang membakar semangat kita. Hasilkan matlamat yg anda percaya adalah baik bagi anda, keluarga atau masyarakat. Sesuatu yg menjadikan anda lebih seronok , mungkin dari segi kewangan, mental atau spiritual.

A:ANGGAR
Matlamat itu juga mestilah dapat dianggar dan diukur kejayaannya. Contohnya, saya hendak kaya!tapi kaya yang macammana? Bila ? Berapa gaji? saya ingin berjaya!tapi berjaya macammana? Adakah dengan naik pangkat sudah dikira berjaya?

R:RANGSANG DAN REGANG
Buatlah matlamat yg dapat mencabar kemampuan anda. Matlamat yg biasa-biasa dan tidak mencabar tidak menjadikan diri kita bertenaga. Matlamat yg mencabar merangsang minda berfikir lebih dan menjadikan anda teruja untuk meneruskannya.

T:TULIS
Jangan biarkan cita-cita atau matlamat  hanya sekadar impian di dalam fikiran sahaja. Anda perlu MENULIS apa yang anda inginkan dlm hidup anda. Anda perlu menulisnya dengan jelas.

Sumber : Dari buku ‘Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah’ (A Fadzli & HMFK)

DAHULU PAHIT, KINI TERASA MANISNYA…..

            Kehidupan yang dijadikan Allah tidak terlepas dari ujian. Bagi yg mengerti, ujian hidup adalah sebagai medan mujahadah bagi mencapai martabat yg disayangi lagi diredhai Allah s.w.t. Mereka yakin Allah tidak akan sekali-kali membiarkan hambanya bersendirian tanpa bantuan bagi menyelesaikan segala situasi kehidupan yg terasa menyakitkan.

            Bagi mereka, syurga yang bakal dihuni bukanlah untuk manusia yg bersenang lenang di dunia tanpa melalui pahit getir hidup seorang hamba. Mereka percaya syurga yang didambakan memerlukan satu perjalanan kehidupan yang perlu di lalui jalan yg dihiasi dengan duri-duri tirus, batu-batu tajam dan bunga-bunga beracun di sepanjang jalan. Walaupun begitu, ada rasa yg menyemarakkan ingin terus melalui jalan tersebut kerana di hujungnya ada taman nan indah….

            Allah mengingatkan kita dlm kalamNya..’Oleh sebab itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan)sesungguhnya tiap-tiap  kesukaran disertai kemudahan’.(Surah al-Insyirah 94:5-6)

Inilah ubat paling mujarab ketika hati berkecamuk menghadapi musibah yg pahit.

Sumber :SOLUSI ISU 38

RUANGAN SOLAT

TAHIYAT AWAL & AKHIR
SEGALA UCAPAN SELAWAT SEBANYAK-BANYAKNYA DAN DOA YG BAIK2 SEMUANYA UTK ALLAH.SELAMAT SEJAHTERA KE ATASMU WAHAI NABI DAN RAHMAT ALLAH SERTA KEBERKATANNYA.SELAMAT SEJAHTERA KPD KAMI & JUGA KE ATAS PARA HAMBA ALLAH YANG BAIK2.AKU MENGAKU TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH & AKU MENGAKU NABI MUHAMMAD SEBAGAI UTUSAN ALLAH.YA ALLAH,ANUGERAHKANLAH KESEJAHTERAAN KPD MUHAMMAD DAN KELUARGA MUHAMMAD, SEBAGAIMANA KAU ENGKAU TELAH ANUGERAHKAN KESEJAHTERAAN KE ATAS IBRAHIM DAN KELUARGA IBRAHIM DAN BERKATILAH MUHAMMAD & KELUARGA MUHAMMAD SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BERKATI IBRAHIM DAN KELUARGA IBRAHIM. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA TERPUJI LAGI MAHA TINGGI
Sahabatku…
Fahamkah kita apa yang kita baca dalam solat saban hari?

 

















No comments:

Post a Comment