Google Ads

Tuesday 22 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 54

MENARIK DI DALAM
·        Bersujud Untuk segala Pemberian
·        Ketabahan
·        Bolehkah Tabur bunga atas kubur?
·        8 Petua batalkan Azab
·        Kenali Bilal Bin Rabah
·        Adakah anda papa?



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA.Yang akan menghidupkan kembali tulang belulang yang telah hancur reput di dalam perut bumi.. sewaktu itu juga, kita semua akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati. saat yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman, tetapi saat yang didustai oleh orang yang kufur.

Sahabatku
Saya masih tergiang-ngiang akan satu program tv di mana ada seorang pemanggil bertanyakan kepada ustaz 1 soalan ‘ustaz, jika hari raya jatuh pada hari jumaat, adakah terdapat keringanan untuk tidak perlu melaksanakan solat jumaat?’
Ustaz tersebut menjawab ‘terdapat perbahasan dikalangan ulamak (ada lagi penerangannya bla bla bla yang panjang) , tetapi itu bukan isunya, sekadar tertanya-tanya di dalam kepala sendiri,  bukankah saat yang sepatutnya seorang hamba tunggu-tunggu adalah saat untuk sujud kepada penciptanya? Memohon ampun diatas segala dosa pada hari itu dan mengucapkan syukur yang tidak terkata atas nikmat yang tidak terhingga banyaknya?.’

Sahabatku,
Cubalah tanya diri kita sendiri. apakah yang kita tunggu setiap hari? adakah Gaji masuk? Bonus masuk? nak jumpa anak? Nak menonton wayang cerita best? Nak makan makanan kegemaran? Nak melancong bersama keluarga?  atau apa? berapa ramai yang akan jawab bahawa dia menunggu untuk bersujud kepada Allah?. ada sesetengahnya cuba mengelak untuk bersujud kepada Allah, dengan pelbagai alasan. sangat jahil dan sombong sekali kita ya?.Muhasabahlah dan auditlah diri sendiri. lihatlah kembali segala nikmat kurniaan Allah yg kita dapat FREE tanpa bayaran satu sen pun. Cuma kita perlu BERSUJUD atau segala pemberian itu.
 Editor , Norazila Khalid



KETABAHAN
Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al-Quran dan hadis.  Ataupun oleh sajak dan ungkapan yg indah serta puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh kepahitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan.



SAHABAT YG DIJAMIN SYURGA (2)

 UTHMAN BIN ‘AFFAN

Sayangnya Baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan dua orang puteri baginda dengan beliau. Beliau adalah satu-satunya sahabat yang Rasulullah saw malu kepadanya. Sabda Rasulullah saw, ‘Tiada seorang pun yang pernah mengahwini dua orang anak seorang Nabi sejak zaman Nabi Adam as selain Uthman. Beliau digelar zu al-Nur’ain (yang memiliki dua cahaya hati)’ (Riyawat Al-Baihaqi)

 

 ALI BIN ABU TALIB

Sahabat, sepupu dan merangkap menantu Baginda. Biarpun masih muda, pemikirannya dewasa, tubuhnya perkasa dan semangatnya waja. Beliau tidak teragak-agak mengorbankan diri demi Rasulullah saw. Rasulullah bersabda kepada Ali ‘Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dan Nabi Musa, tetapi tiada Nabi selepasku’(Riwayat Muslim)

 

 TALHAH BIN UBAIDILLAH

Seorang saudagar yang Berjaya. Namun dia keluar dari ‘comfort zone’ dengan memeluk islam. Natijahnya badan yang dulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang, tombak dan panah. Baginda Nabi saw bersabda ‘ sesiapa yang ingin melihat syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, lihatlah Talhah Bin Ubaidillah. Setiap kali Abu Bakar teringatkan Uhud, beliau berkata ‘Hari ini keseluruhannya milik Talhah’ (Riwayat Ahmad)

 

 ZUBAIR BIN AL ‘AWWAM

Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah daripada pelbagai arah. Beliau adalah sepupu Nabi saw kerana ibunya ialah kakak ayah Baginda. Selain itu beliau adalah anak saudara Nabi kerana Khadijah rha adalah ibu saudaranya. Beliau juga biras Rasulullah kerana beristerikan Asma’ Bin Abu Bakar iaitu kakak Aisyah.

 

 ABU UBAIDAH BIN AL JARRAH

Dalam medan peperangan Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya. Lalu Allah menurunkan firmannya sebagai pengubat jiwa dan pujian buatnya , mafhumnya ‘Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara an keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguhkan iman di hati’ (Surah al Mujadalah 58:22)

Sumber:Muhammad Luqman Makhtar

 


Q & A
USTAZ AZHAR IDRUS
 Q
Hukum tabur bunga atas pusara (kubur)
 A
Jika tujuan supaya mayat mendapat rahmat tasbih bunya tersebut, HARUS. Jika semata-mata ikut budaya orang bukan Islam, HARAM.





8 PETUA BATALKAN AZAB

1. Taubat Ekspres.Maksudnya, apabila sedar kesilapan, segerakan bertaubat. Jangan bertangguh sekejap lagi atau esok, lusa dan sebagainya. Taubat yang terbaik semestinya taubat yang dilakukan sejurus selepas melakukan kesilapan. Juga konsisten bertaubat, setiap kali selepas solat misalnya, tidak kira melakukan dosa atau tidak. 
2. Istighfar dalam apa jua lafaz sekalipun. Hadirkan juga dalam hati. Jangan pula hati dan anggota alpa ketika lidah beristighfar. Istighfar yang cantik adalah istighfar yang dattng daripada kesedaran hati yang membesarkan Allah, lidah yang tidak jemu memohon ampun dan anggota badan yang serik melakukan maksiat.
3. Lakukan Kebaikan. Jika sudah terlanjur melakukan kejahatan, bersihkan kembali dengan melakukan kebaikan. Contohnya jika sudah terlanjur mencuri, cuba pula memberi sedekah. Mudah bukan? Hukama ada berpesan ‘Jangan meninggalkan lokasi maksiat melainkan sebelum kamu melakukan kebaikan’.
4. Mendoakan Muslim Yang Lain. Untuk berdoa tidak memerlukan modal yang banyak. Hanya sekadar mendoakan kebaikan muslim yang lain maka kita pula turut didoakn oleh para malaikat untuk mendapat perkara yang sama.
5. Memberi Hidayah Kepada Orang Lain.kita istimewa kerana ada tugas untuk menyampaikan dakwah kepada orang disekeliling kita.
6. Merebut Syafaat Nabi saw. Cipta hubungan yang erat dengan Rasulullah moga kelak kita mampu memperoleh syafaat daripada Baginda. Perbanyakkan selawat dan ikutilah sunnah Baginda saw. 
7. Gembiralah Apabila Ditimpa Ujian Dan Musibah. Itu tanda Allah sayangkan kita dan penghapus segala dosa kita.
8. Ibadah Yang Menghapuskan Dosa. Tanpa sedar, ada banyak perbuatan yang boleh menghapuskan dosa. Contohnya, sisa air wuduk menggugurkan dosa dan semasa tawaf juga menggugurkan dosa.
Sumber : Abdul Malik Al Qasim


BILAL BIN RABAH
BENAR-BENAR MERDEKA

STATUS                                                           
Hamba kepada ‘Utbah bin Rabi’ah

SEKSAAN YANG DITERIMA                                                  
Diseksa jasadnya, tubuhnya dirantai dan diperlakukan dengan kejam oleh tuannya.

KESALAHAN YANG DILAKUKAN             
Masuk islam tanpa izin tuannya

HAKIKAT JIWA                                           
Sudah merdeka, bebas dan gembira kerana mendapat hidayah Allah swt dan mendapat kerehatan dan kekuatan untuk menampung keperitan dan kesakitan luaran yang diterimanya.

KEJAYAAN YANG DIKECAPI               
Perhambaannya kepada Allah swt mengangkat harga dirinya dengan kualiti iman dan takwa. 
Sumber : Solusi isu 47




KEPAPAAN
            Mata kepala biasanya melihat kepapaan itu pada nilai material. Orang yang tidak berharta dikatakan papa. Sebaliknya orang yang bergaya itu kaya walapun hakikatnya tiada yang menjadi miliknya kerana semuanya adalah hutang.
            Petani yang memakai pakaian yang lusuh, mengerjakan sendiri sawah miliknya yang berekar-ekar di bawah terik matahari dan menetap di rumah kayu miliknya sendiri dikatakan miskin. Sementara, seorang eksekutif yang menyewa rumah teres di bandar, bergaji sekitar RM3000, membeli barang dengan berhutang menggunakan kad kredit, kereta yang digunakan pula sewa beli daripada bank dalam keadaan hutang, itu pula yang dikatakan lebih berharta berbanding pesawah tadi.
            Ada orang yang papa duit kerana papa hati. Hati yang tidak bersyukur, tidak mampu berpada dengan apa yang ada. Alhasil, pandapatan yang mencukupi dirasakan sedikit. Mulalah melonggokkan harta agar bertimbun. Cara harta diperoleh dan dibelanjakan tidak pernah wujud dalam kamus hidup. Akhirnya kekayaan harta itulah yang mengikis kualiti hati.
            Lebih baik papa harta daripada papa hati. 
Sumber : Solusi 48




No comments:

Post a Comment