Google Ads

Friday 4 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 3

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 3
MENARIK DI DALAM
è Syukur
è Makan oh makan
è Jangan sekalipun lupa
è Teka teki
è Apa itu kejayaan?
è Azam atau angan-angan?
è Tak sampai ½ bulan…duit dah pokai??
è Makna bacaan iktidal dan duduk antara 2 sujud


Assalamualaikum….
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang….
Sahabatku….
Bersyukurnya kita pada saat ini kerana kita masih lagi punya mata yang sihat untuk membaca tulisan ini, punya minda yang hebat untuk memahaminya dan punya hati yang ikhlas untuk cuba menyelaminya…… subhanallah...sampai kita memang dan sememangnya tidak mampu membalas nikmat yang Allah telah berikan ini walaupun saya baru cakap 3 nikmat, mata, minda dan hati…… belum cakap lagi yang lain-lain… subhanallah…..
Syukur alhamdulillah...

 ISTIQAMAH DALAM PEMAKANAN

1) Jangan makan makanan yg terlalu panas

2) Ada penyakit berpunca dari hawa dingin.

3) Tanggalkan kasut ketika makan.

4) Makanan drpd seorang pemurah menjadi ubat, makanan drpd seorg penjahat menjadi penyakit.

5) Makan berlebihan membahayakan kesihatan.

6) Terlalu banyak makan menyebabkan hati keras.

7) Jangan makan makanan hampir basi.

8) Keju melancarkan penghadaman

9) Elakkan minuman bergas.

10) Jangan bernafas di dlm bekas minuman.

 

JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA SETIAP DETIK YANG KITA ALAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TAKDIR KITA

Sesungguhnya Kami(Allah) menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (takdir). (Surah al-Qamar: 49)
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat diatas, setiap perkara ditentukan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Bagi Allah yang hanya perlu memerintah “kun (jadilah)” dan terjadilah ia, tidak hanya menentukan nasib manusia tetapi semua benda. Mereka yang benar-benar yakin dengan kebenaran yang mutlak ini tanpa sebarang syarat tunduk pada takdir yang Allah tentukan kepada mereka dengan hikmah yang tidak terbatas. Ingatlah sama ada secara sukarela atau tidak, semuanya berada dibawah kuasa Allah dan tunduk kepada-Nya.
Takdir adalah ciptaan Allah dan pengetahuan yang tidak terbatas dari semua kejadian, baik masa lalu atau masa hadapan. Allah menciptakan masa dan ruang daripada sifar, mengawalnya dan Dia tidak terikat oleh masa dan ruang. Detik demi detik, setiap perkara halus yang berlaku, sudah atau akan berlaku, telah ditentukan di sisi Allah.
Jangan sesekali lupa bahawa Allah menciptakan masa dan Dia tidak terikat dengannya. Oleh itu,  Dia tidak hanya melihat apa yang berlaku dan menunggu untuk mengetahui akibat-akibatnya.
Pada pandangan-Nya, permulaan dan penghabisan sesuatu peristiwa, dan kedudukan masing-masing pada garis masa, sudah diketahui. Semuanya ditentukan dan terkandung di dalam takdir. Oleh itu, manusia tidak mempunyai kuasa untuk merubahnya. Sebaliknya, takdirlah  penentu terhadap manusia. Setiap saat dalam hidupnya terikat didalamnya. Bahkan seseorang tidak boleh melangkah keluar daripada takdirnya apalagi mengubahnya. Hal ini adalah sama dengan situasi seorang pelakon yang berada di luar video dengan karaktor yang berbeza untuk memotong atau menambah adegan di dalam filem itu yang mana dia adalah pelakonnya. Situasi ini sememangnya tidak logik dan mustahil untuk difikirkan.
Namun begitu, kita tidak patut membiarkan diri tidak berbuat apa-apa kerana konon-kononnya, takdir tetap takdir..’aku sudah ditakdirkan begini dan begitu’... Tiada alasan untuk tidak berusaha, tidak berikhtiar mengubah kehidupan kearah yang lebih baik, kerana Allah amat mengetahui akan semua perkara walaupun sehelai daun yang gugur ke bumi.. Fikirkanlah...

Sumber: buku jangan sekalipun lupa

TEKA TEKI
Badannya bulat dan bergerabak, bila diguna, hati dapat ketenangan.....           




SEMUA MENGIMPIKAN KEJAYAAN…..
(Tetapi, apa itu kejayaan?)

Semua orang inginkan kejayaan, tetapi masih tidak pasti kejayaan yang bagaimana yang nak dikecapi. Adakah kejayaan dicapai apabila dilantik menjadi pengetua sekolah? Guru cemerlang? Menerima APC selama 5 kali berturut-turut? Mengeluarkan buku tulisan sendiri? Berkahwin dengan jejaka/wanita pilihan? Tinggal di rumah yang mewah dan besar? Memiliki aset bernilai ribuan ringgit? Memiliki anak yang ramai? Atau apakah sebenarnya kejayaan yang ingin dikecapi dlm kehidupan anda?  Fikirkanlah.. Apakah kejayaan bagi diri anda???
SEBENARNYA HIDUP YANG SEIMBANG ADALAH HIDUP YANG BAHAGIA DAN BERJAYA…
Cuba teliti roda kesimbangan hidup anda dan berikan skala 1-10(paling baik)
A) Ibadah (Hubungan dengan Allah)
B) Akhlak dan Pekerti (Hubunagn sesama manusia)
C) Pembinaan diri
D) Spiritual (Kerohanian yang jitu)
E) Keluarga
F) Kerjaya
G) Kewangan
H) Kesihatan diri
I) Rakan dan Masyarakat
J) Rekreasi santai
Tanyakan pada diri sendiri… adakah kehidupan kita ini sudah seimbang?? Dan yang paling UTAMA sudah bersedia menghadap ILAHI bila-bila saja dipanggil???
 Sumber : Buku Dr. Fadzilah Kamsah

Kejayaan –kejayaan yang kecil akan merangsang penjanaan kejayaan yang besar. Begitu juga dengan membuat keputusan .
Selepas membuat keputusan yang kecil, otak akan lebih bersedia dan bertenaga untuk membuat keputusan yang yang lebih besar.

KEPUTUSAN DAN AZAM.
Ramai orang menyangka yang dia telah membuat keputusan, tetapi mereka sebenarnya membuat ANDAIAN dan ANGAN-ANGAN KOSONG. Seperti
1) Alangkah baik kalau aku dapat ajar kelas best.  mesti aku ajar best punyer dan buat yg terbaik.
2) Kalaulah aku jadi pentadbir, aku akan buat itu dan ini.
3) Aku cuba tengok kalau– kalau aku boleh jd seperti dia.
4) Wow, seronok betul jika jadi guru contoh… mesti semua kerja jd lebih yakin.

Sahabatku..
Jom buat keputusan yang tepat dan azam yang betul!! 

 Dari buku ‘Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah’ (A Fadzli & HMFK)

TAK SAMPAI 1/2 BULAN, DUIT DAH POKAI??
(contoh: jika anda seorang guru)
Pernahkah anda mengalami masalah ini, gaji macam ok tp tak cukup-cukup, simpanan pun tak ada…. Mungkinkah duit yang kita dapat itu tak berapa nak berkat kerana DIRI SENDIRI.Cuba kita post mortem diri kita sendiri?
1)Adakah kita sangat malas dan lambat-lambat nak masuk kelas terutama sekali kelas yang kita tak suka….pelajar bising, kurang ajar dan tak pandai…
2)Bila diberi tugas kita merungut, buat acuh tak acuh, dan sangat sangat malas nak buat..
3)Bila dapat relif kita tak masuk kelas, “lantaklah, kelas tu memang bermasalah,malasla masuk” atau “takpe, kelas tu kelas budak pandai, sure tak gaduh, sure senyap, buat ape masuk, lagipun banyak keje ni”
4)Malasnye nak gi sekolah, mood tak elok ni, amik MC la,pura-pura buat sakit kepala, diaorang tak tau.. (Tp Allah tetap tahu dan malaikat di kiri akan mencatit)
 Tahukah kita yang duit gaji yang kita dapat adalah ganjaran untuk semua TANGGUNGJAWAB kita, jadi laksanakan tugas dengan penuh ikhlas, moga gaji dan rezeki yang kita dapat lebih diberkati dan Allah pasti akan mencukupkan kita…. Percayalah kpd Allah...kerana Dia tidak akan mensia-siakan hambanya yang ikhlas dlm melakukan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan…
Semoga Bahagia Dunia dan Akhirat….=)

RUANGAN SOLAT
IKTIDAL
ALLAH MENDENGAR SESIAPA YG MEMUJINYA.
WAHAI TUHAN KAMI, BAGIMU SEGALA PUJIAN.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD
WAHAI TUHANKU!AMPUNILAH AKU, RAHMATILAH AKU, CUKUPKANLAH AKU,ANGKATKANLAH DARJATKU, BERILAH AKU REZEKI, BERILAH AKU PETUNJUK, AFIATKANLAH AKU DAN MAAFKANLAH AKU.

(FAHAMKAH ANDA AKAN APA YANG ANDA BACA DLM SOLAT?)















 





No comments:

Post a Comment