Google Ads

Wednesday 9 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 18

MENARIK DI DALAM
v 4s
v Ke Syurga atau Neraka?
v Mengapa Perlu Bersyukur?
v Kelebihan Taubat dan Istighfar
v Stres Yang Membawa Positif
v Seberat Zarah akan Terbalas
v Nikmat oh Nikmat
v Tip Menjaga Pandangan



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sahabatku….
Saya mengikuti bual bicara bersama ustaz Sukki di dalam program ‘tanyalah Ustaz’ mengenai cara zionis/Golongan kafir melekakan orang islam dari mengingati dan berada terus dalam jalan yang lurus.....  Terdapat 4S... iaitu

d Sex (Pergaulan bebas)
terciptanya facebook menggalakkan hubungan berlainan jenis yang keterlaluan sehingga berlakunya zina serta keretakan rumahtangga. Lambakan video seks  di internet menggalakkan lagi pergaulan bebas dan pengaruh minda kea rah itu.  

d Song (Hiburan yang melampaui batas)
Tanyalah diri kita, antara rancangan agama dan rancangan hiburan, yang mana 1 menjadi pilihan kita? Lihat sahaja hari-hari yang kita lalui.

d Sport (Sukan)
           Begitu ramai orang Islam yang sanggup bangun malam untuk tengok bola tapi jauh sekali untuk bangun malam semata-mata untuk solat sunat tahajjud.

d Smoke (Rokok)
           Walaupun sudah difatwakan HARAM, Tetapi ramai orang islam masih buat-buat tak tahu Alasan yang paling famous, susah nak berhenti. Tak nak yang hanya di mulut tapi bukan di hati.

Editor Norazila Khalid

HADIS
KE SYURGA / NERAKA
Rasulullah saw bersabda ‘Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba (ke syurga / neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah:
1. Ditanya tentang umurnya: ke mana dihabiskan?
2. Ditanya tentang ilmunya: Apakah yang diamalkan?
3. Ditanya tentang hartanya:Bagaimana cara dia memperoleh dan membelanjakannya.?
4. Ditanya tentang kesihatan tubuh badannya: Apakah yang telah dilakukan dalam kehidupannya?
(Riwayat al-Tirmizi)



MENGAPA PERLU BERSYUKUR?

 MEMATUHI PERINTAH ALLAH

‘Wahai org yg beriman! Makanlah antara rezeki yang baik yang Kami (Allah) berikan kepadamu. dan Bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya Dia yang kamu sembah’

(Surah Al-Baqarah 2:172)

 

 MENELADANI SUNNAH RASULULLAH

Dari Sayidatina Aisyah r.h.a ‘Bahawasanya Rasulullah selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua kakinya, sedangkan Baginda adalah maksum yang terpelihara daripada sebarang dosa’ apabila ditanya kenapa? Baginda menjawab ’Bukankah elok jika aku menjadi seorang yang bersyukur?’

 

 MENAMBAHKAN LAGI NIKMAT SEDIA ADA DAN

PERISAI DRPD AZAB

Syukur itu umpama baja bagi rezeki.Firman Allah:

‘Dan Ingatlah ketika Tuhanmu memberi pernyataan: ‘jika kamu bersyukur pasti Aku tambah nikmat-Ku kpdmu, sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu seksaanKu lebih dahsyat’

(Surah Ibrahim 14:7)

Sumber: SOLUSI ISU 43

 


KELEBIHAN BERTAUBAT DAN BERISTIGFAR
2 Disayangi Allah
2 Di doakan para malaikat
2 Diampunkan Dosanya
2 Diberikan Allah pelepasan daripada masalah
2 Dimurahkan rezekinya
2 Ditinggikan kedudukannya disisi Allah
2 Bertaubat merupakan ciri orang yang beriman
Sumber:  Dr. Yusof al-Qardawi



TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah satu-satunya nama sahabat yang disebut dalam al-Quran?
2. Siapakah Isteri terakhir Rasulullah saw?
3. Siapakah nama wanita yang pernah menolak pinangan Rasulullah saw?
Jawapan di akhir edisi ini



STRES YANG MEMBAWA KESAN POSITIF
 Meningkatkan motivasi diri
Hal ini boleh terjadi dengan menukarkan persepsi yang menganggap bahawa stres itu merupakan masalah besar kepada persepsi bahawa stres merupakan galakan/dorongan untuk berjaya

 Meningkatkan amalan dan usaha
Orang yang Berjaya ialah orang yang mampu berfikir secara optimis dan tidak membiarkan cabaran yang dihadapi sebagai halangan untuk terus menjalani kehidupan. Tekanan menjadikan seseorang bangkit untuk berubah menjadikannya lebih gigih berusaha kerana tidak mahu terus kekal dalam situasi tekanan. 

 Merangsang individu mempertahan dan melindungi diri
Contoh:apabila seseorang diancam keselamatannya, dia akan merangsang diri untuk bertindak. Hormon Adrenalin dan rangkaian hormone-hormon lain akan menyediakan diri untuk melawan dan mempertahankan diri.

 Meningkatkan potensi diri
Apabila ujian yang dihadapi dijadikan sebagai pendorong untuk terus berusaha, maka akan meningkatlah potensi diri untuk menjadikan seseorang itu berjaya.

Sumber : Buku Petua Menangani Stres   (Dato’ Dr Fadzilah Kamsah)


  

TERJEMAHAN AL QURAN
AMALAN/KEJAHATAN SEBERAT ZARAH AKAN DIBALAS

1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran sedahsyat-dahsyatnya
2. Serta bumi itu mengeluarkan isinya
3. dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun) ‘Apa yang sudah terjadi kepada bumi’?
4. Pada hari itu, bumi pun menceritakan khabar beritanya
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahkannya (berlaku demikian)
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) Untuk memperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka
7. Maka sesiapa membuat kebajikan seberat zarah nescaya akn dilihatnya(di dalam surat amalnya)
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah , nescaya akan dilihatnya (di dalam surat amalnya)

JADI ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA UNTUK MELIHAT SURAT AMAL KITA??
SURAH AZ ZALZALAH 1-8




BERANEKA KURNIA
Ketahuilah nikmat kurniaan Allah tidak terhad kepada perkara keduniaan sahaja.

¤ NIKMAT DUNIA
Kesihatan yang baik, harta dan sumber pendapatan yang halal dan diberkati , makanan dan minuman, udara, air, keamanan dan sebagainya.

¤ NIKMAT BERAGAMA
Nikmat dapat mengenal Allah, bertakwa kpdNya, diutuskan rasul dan diberikan Al-Quran sebagai panduan, serta mampu beriman dan beramal di dunia.

¤ NIKMAT AKHIRAT
Ganjaran Syurga di akhirat jika disukat nescaya tidak sepadan dengan amalan manusia di dunia. Dengan rahmatNya, Allah memberi kadar pahala yang jauh melebihi kadar amalan yang dilakukan di dunia.




TIP MENJAGA PANDANGAN
J Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat. Walaupun ketika sendirian di hadapan komputer /sedang membelek majalah sendirian.
J Mata akan menjadi saksi pada hari Akhirat kelak.
J Malaikat sentiasa Mencatat amal perbuatan kita tanpa tercicir walau sebesar zarah sekalipun
J Dengan Menundukkan pandangan, Allah akan menambah iman dalam hati.
J Alah bisa tegal biasa. Mula-mula memang susah tetapi Allah akan membantu hambaNya yang berusaha menjaga pandangannya daripada perkara yang haram. Berkat mujahadah dan bersabar meninggalkan kemungkaran, lama-kelamaan terasa mudah dan senang menjaga penglihatan.
J Masih bujang? Kalau masih  bujang dan susah menjaga pandangan, maka penyelesaiannya berkahwin kerana ia mampu menundukkan pandangan.
J Menahan diri daripada memandang sesuatu yang menawan tetapi haram merupakan satu ‘pengorbanan’. insyaAllah, kelak Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
J Jauhi tempat maksiat, kawan yang menyeru ke arah kemungkaran & situasi yang boleh mendorong kepada kejahatan
J Basahkan lidah & hati dengan zikir kerana itu benteng daripada godaan syaitan




JAWAPAN TRIVIA
1. Zaid Bin Thabit
2. Maimunah Binti al-Harith
3. Ummu Hani






No comments:

Post a Comment