Google Ads

Friday 18 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 45

MENARIK DI DALAM
Ø Bagaimana ‘ending’ kita?
Ø Tip Transformasi diri
Ø Memohon Perlindungan Allah
Ø Tugas Pertama Cinta
Ø Sebab Ingin Bertaubat
Ø Tip Menjauhkan diri daripada Fitnah
Ø Perang Uhud
Ø Rajin


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Yang Menguasai segalanya. Samaada di langit dan di bumi. Tuhan yang sentiasa JAGA samaada kita tidur atau kita berjaga. Dialah hanya satu-satunya Tuhan yang layak disembah.

Sahabatku
Pernahkah kita terfikir apa ‘ending’ kita? kalau movie kita nak ‘happy ending’, hero dapat bersama semula dengan heroin selepas melalui pelbagai rintangan dan halangan, tapi ada juga movie atau drama yang berakhir dengan ‘sad ending’ yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan. jadi pernah tak kita berfikir untuk kita mencipta ending hidup kita sendiri?

Sahabatku,
sangat ramai diantara kita  suka menonton drama di TV dan  filem, pelbagai kisah dan jalan cerita, tetapi tahukah sebenarnya kita juga seorang pelakon dan sekarang tengah berlakon? apa yang kita sedang lakukan itulah yang sedang kita lakonkan, kerana ada yang menonton. Ya,  Allah yang menonton. melalui malaikat di kiri dan kanan menjadi saksi dengan tak putus-putus mencatat amalan buruk dan baik  kita di kiri dan kanan.

Sahabatku,
Jadilah pelakon yang baik, dengan jiwa yang ikhlas, bukan untuk mengharapkan penghargaan daripada pelakon lain (manusia) tapi berharaplah kepada yang satu iaitu Allah, pasti lakonan kita dipentas dunia tidak akan disia-siakan di Alam SANA. Tetapi jika kita berlakon dengan penuh rasa Bangga dan Riak mengharapkan pujian dan penghargaan manusia, Tunggulah azab di SANA.

Sahabatku
Ramai yang kata ’tak pe, kena azab dulu, last-last masuk syurga juga!’ Astagfirullah, meremang bulu roma bila dengar ini, betapa egonya manusia, betapa confirmnya dia yang dia akan masuk syurga. SYURGA yang indah hanya boleh dibeli dengan HARGA YANG MAHAL. Sudahkah kita menyediakan harganya itu?  Berfikirlah.
Editor, Norazila Khalid

TIP TRANSFORMASI DIRI

 Hijrah (Perubahan) memerlukan keazaman kerana tanpanya ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’. Apabila dia diuji, terus lari dari ujian dan masalah.

 Hijrah mensyaratkan keikhlasan dan keredaan kerana tanpa kedua-duanya, seseorang itu akan kecundang dan mula menyalahkan diri dan orang lain. Mungkin Allah akan disalahkannya.

 Hijrah mewajibkan kesabaran kerana ia akan menjadikan seseorang tabah. Sabar dalam melakukan ketaatan, menjauhkan diri daripada maksiat dan menghadapi ujian dan cubaan daripada Allah dengan redha.

 Hijrah berkehendak kepada persekitaran baru yang dapat mendekatkan diri seseorang dengan amalan kebajikan, ilmu, masjid, orang berilmu dan beramal soleh.

 Hijrah mendambakan ilmu kerana dengannya kita tidak akan buntu. Hijrah tanpa ilmu ibarat memegang lampu suluh tanpa cahaya. Kadangkala kita jatuh tersungkur kerana tidak dapat melihat dalam keadaan gelap  walaupun lampu suluh sudah berada di tangan.

 Hijrah dengan keberanian memampukan seseorang untuk melawan arus. Arus kegelapan kepada arus cahaya.

 Hijrah memerlukan rahmat Allah kerana tanpanya kita tidak akan sengsara, gelisah dan resah. Justeru, sentiasalah berdoa agar kita diberi rahmat dan petunjuk daripadaNya.

Sumber:Mohd Azrul Azlen

 


MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH
1. Katakanlah (Wahai Muhammad) ‘Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.’
2. Daripada Bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
3. Dan Dari Bahaya Malam yang gelap gelita.
4. Dan daripada kejahatan tukang sihir yang menghembus pada simpulan dan tangkal.
5. Serta daripada pendengki apabila dia berdengki.
Surah Al Falaq (1-5)

TUGAS PERTAMA CINTA
Manusia perlu didengar cakap dan suara hatinya sepertimana dia perlukan makanan. Tanpa makanan, badan tidak akan sihat dan bertenaga. Maka begitulah juga manusia yang cakapnya tidak di dengar, jiwa dan perasaannya akan sakit dan terdera.
Sehubungan dengan itu, untuk membina dan mengekalkan hubungan cinta, maka jadilah pendengar yang baik kepada pasangan kita. Kekasih yang baik ialah pendengar yang baik. Kekadang raut wajah dan mimik muka kita menjadi penghalang untuk pasangan kita memperdengarkan suara hatinya. Kita tidak bercakap...tetapi ’bahasa badan’ atau ’ayat mata’ kita seolah-olah memberi amaran ’Jangan Ganggu saya, saya letih!’ tetapi, lusa dan hari-hari berikutnya pun begitu juga. Lama kelamaan pasangan kita kehilangan suara. Dan lebih malang lagi jika dia berpaling kepada orang ketiga yang sudi mendengar. 




SEBAB INGIN BERTAUBAT

; Mengingati mati
Ingatan yang mendalam kepada kematian dan kehidupan bersendirian di alam kubur mampumembangkitkan rasa ingin bertaubat kepada Allah swt. Oleh kerana kematian itu akan menyamakan taraf antara orang kaya dan miskin, dan antara penguasa dan hamba, maka ia mampu membangkitkan rasa ingin bertaubat dalam diri manusia yang berdosa.

; Mengingati nikmat dan azab yang telah dijanjikan Allah
Mengingati balasan kekal seperti syurga yang penuh kenikmatan dan neraka yang penuh azab sengsara menerusi janji Allah terhadap para hambanya juga mampu membangkitkan rasa ingin bersegera bertaubat kepada-Nya. Apabila seseorang hamba melazimi mengingati balasan yang akan diterima olehnya pada hari yang dijanjikan Allah swt pasti mereka akan lebih ingin bersedia menghadapi janji-janji Allah yang benar.
Inilah satu-satunya jalan pembukaan kepada hidayah dan pimpinan daripadaNya. Menerusi taubat, pasti kehidupan seorang hamba itu akan kembali kepada hakikat kehambaanNya yang sebenar.
Benarlah kata Yahya bin Mu’az al-Razi: ’Beruntunglah bagi sesiapa yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, membangunkan kuburnya (bertaubat dan bersiap sedia dengan amalan) sebelum dia memasuki nya dan reda kepada Tuhannya sebelum dia menemuiNya’.
Sumber : Rashidy Jamil al-Rashid

TIP MENJAUHKAN DIRI DARIPADA FITNAH
J Tidak berkawan dengan orang yang rosak akhlak dan jiwanya.
J Memantapkan diri dengan sifat terpuji dan teguhkan keimanan kepada Allh swt
J Menanam rasa benci untuk melakukan fitnah.
J Membiasakan diri untuk menyiasat terlebih dahulu sesuatu perkara yang diterima sebelum mempercayainya.
J Mengasihi, bersimpati dan bertimbang rasa terhadap sesama manusia.
J memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya fitnah.



  
PEPERANGAN NABI SAW (2)
PERANG  UHUD                    
Peperangan ini berlaku pada 3H di sekitar kawasan berbukit Uhud. Kaum Quraisy begitu geram dan tekad untk membalas dendam atas kekalahan pada perang Badar. Kali ini mereka mendapat bantuan ketenteraan daripada beberapa kabilah lain dan dipimpin oleh panglima hebat dalam kalangan mereka, Khalid Bin Al Walid (Masih belum memeluk Islam). Mereka begitu yakin dan pasti dapat menumpaskan Umat Islam. Manakala bilangan tentera Islam pula seramai 700 orang sahaja. Pada saat-saat  akhir 300 orang telah menarik diri. Merekalah orang munafik. Getirnya peperangan ini ialah, Umat Islam mengalami kekalahan teruk sehinggakan wajah Rasulullah dicengkam oleh perisai kepalanya yang mengakibatkan gigi baginda patah. Tambah memilukan, bapa saudara Baginda Hamzah Bin Abdul Mutalib telah syahid.
Sumber : Muhammad Luqman Makhtar



RAJIN
Buah kepada sifat ikhlas ialah rajin melakukan segala usaha untuk mencapai matlamat. Orang yang ikhlas melakukan sesuatu kerana minat kepada sesuatu yang diusahakannya. Namun yang mendorong dia menjadi rajin dan ikhlas ialah keimanan yang tinggi terhadap Allah swt. Rajin dalam bahasa arab ialah nasyat dan istiqamah.Ciri-cirinya

# Melakukan ibadah secara istiqamah terutama perkara sunat.
Rasulullah saw bersabda ‘lakukanlah kerja dan amal yang kamu mampu, sesungguhnya sebaik-baik kerja dan amal adalah yang istiqamah (berterusan) walaupun sedikit’ (Riwayat Ibn Majah)

# Membuat sesuatu yang diamanahkan dengan tekun
# Tidak Terpengaruh dengan pujian atau Penghinaan orang lain terhadap usahanya.






No comments:

Post a Comment