Google Ads

Wednesday 9 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 17

MENARIK DI DALAM
v kejahatan dalam rumah tangga
v Antara Nafsu dan Syaitan
v Tip Tackle Hati Suami
v Fungsi Rumah
v  Senarai Semak kewangan
v Ahli solat yang Celaka
v Kesan ibadah yang baik
v Pendidikan yang Salah?



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Menguasai segala-galanya….

Sahabatku
Saya mengikuti bual bicara bersama ust.Muhammad Abdullah Al-Amin di dlm IKIM.FM mengenai sebab- sebab berlakunya maksiat (kejahatan) dalam rumahtangga.  Terdapat 7 sebabnya iaitu
u Jahil (Kurangnya ilmu agama)
u Mazmumah (Sikap yg kurang baik yg ada dlm diri)
u Pengaruh ajakan Syaitan (Musuh luaran manusia)
u Pengaruh ajakan Nafsu (Musuh dalaman manusia)
u Keras Hati (Hati yang jauh dari Allah)
u Peluang unutk melakukan maksiat ada di depan mata
u Faktor orang di persekitaran yang melakukan kejahatan.

Sahabatku
Bagaimana dengan rumah tangga kita? jika kita baru ada rumah, belum ada tangga (maksudnya, belum kawin lg la) adakah kita sudah bersedia menghadapinya? tambahlah ilmu agama maka kita akan lebih yakin untuk menghadapinya.... Bagi yang sudah berumahtangga, jagalah Allah, sesungguhnya Allah akan menjaga kita, Dia akan menjaga rumahtangga kita juga. Percayalah. InsyaAllah.
Editor Norazila Khalid

HADIS
Antara Nafsu dan Syaitan
Nafsu menjadi penghalang utama manusia menuju Allah. Bahkan kejahatan nafsu lebih sukar ditangani daripada tipu daya syaitan kerana syaitan hanya boleh menguasai manusia setelah nafsu membuka laluannya. Maksudnya, nafsu adalah platform syaitan untuk menyesatkan manusia. Sekiranya nafsu dapat dididik secara automatik syaitan akan mudah dikalahkan kerana pintu masuknya telah dipersempitkan.
Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka sempitkanlah jalan syaitan melalui lapar & dahaga’
 ( muttafaq’alaih)


TIP ‘TACKLE’ HATI SUAMI

 Terima suami agar dia menerima anda

 Fahami suami agar dia memahami anda

 Berubah untuk menikmati perubahan

 Rela memberi untuk menerima

 Percaya untuk dipercayai

 Menangkan suami,anda pun turut menang

 Sikap negatif hanya akan membuahkan hasil yang negatif

 Bertanggungjawab untuk menikmati kesan tanggungjawab

 Kritikan hanya akn dibalas dengan kritikan

 Berikan suami apa sahaja yang dimahukannya, anda akan dapat apa yag anda mahukan

 Lebih berminat anda terhadap suami, lebih berminat pula dia kepada anda.

 Senyuman itu manifestasi kasih sayang

 Panggilah suami dengan panggilan yang manja

 Hormatilah dia sebagai sorang lelaki, dia akan hormati anda sebagai seorang wanita

 Dengar dengan baik apa yang diperkatakannya, dia akan mendengar apa katamu

 Bercakap isu yang disukai suami

 Ungkapkan betapa dia sangat penting dalam hidupmu

 Elakkan menyatakan penyesalan mengahwininya

 Sumber: Hj Hassan al-Khairun




FUNGSI RUMAH
1. Gunakan rumah bagi  memperbanyakkan zikir dan menyebut nama Allah kerana itu membuat rumah kita tenang.
2. Rumah tangga itu adalah sumber tenaga dan semangat. Apabila terjadi sesuatu, rumah  menjadi pencetus semangat.
3. Fungsi rumah kepada suami, isteri dan keluarga adalah sebagai cermin. Tidak ada tempat yang paling sesuai bagi saling memperbetulkan di antara satu sama lain kecuali di rumah.
4. Rumah adalah tempat yang saling lengkap melengkapi.
5. Jadikanlah rumah sebagai tempat bagi menyemai ilmu dan iman.
Sumber: Buku menjadi Muslim terbaik (Aa Gym)



TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah satu-satunya musyrikin yg terbunuh ditangan Rasulullah s.a.w?
2. Apakah nama galian yg disebut dlm al-Quran?
3. Siapakah adik beradik seibu sebapa dgn kpd Nabi Yusuf a.s?
Jawapan di akhir edisi ini


MENJADIKAN KEWANGAN LEBIH TERATUR
Berikut adalah senarai semaknya...
 Membuat perbincangan dengan ahli keluarga tentang kewangan keluarga
 Menyediakan bajet perbelanjaan bulanan dan tahunan
 Merekodkan perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan
 Mengetahui kedudukan kewangan semasa
u Nisbah kemewahan
u Aliran wang tunai
u Nisbah hutang
u Nilai aset bersih
 Memastikan instrumen kewangan patuh syariat
 Menyediakan tabung kecemasan
 Memiliki pelan perlindungan pendapatan
 Menyediakan tabungan untuk tunaikan Haji
 Menyediakan tabungan pendidikan anak-anak
 Memiliki pelan perlindungan perubatan
 Menyediakan perancangan penyelesaian hutang
 Menyediakan pelan persaraan
 Memulakan pelan pelaburan ukhrawi seperti Zakat, infak, Sedekah, Wakaf
 Memulakan sumbangan bulanan untuk ibubapa
 Menyediakan pelan perancangan pewarisan harta
 Membuat muhasabah perbelanjaan bulanan
 Menyimpan rekod seperti
u Daftar harta
u Daftar hutang
 Sumber :Solusi isu 44



TERJEMAHAN AL QURAN
AHLI SOLAT YANG MENDAPAT CELAKA

1. Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?
2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim
3. dan ia tidak memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin
4. Maka kecelakaan besar kepada orang yang sembahyang
5. (iaitu) mereka berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya
6. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (dalam ibadatnya)
7. dan orang yang tidak memberikan pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)

SURAH AL MAA’UUN 1-7



KESAN IBADAH YANG BAIK

¤ TERBINANYA ASAS YANG KUKUH
Apabila asasnya kukuh, kejayaan / kegagalan dalam hidup tidak menyebabkan seseorang muslim itu hancur

¤ TERPELIHARA NIAT YG SUCI
Beribadah dengn betul meluruskan niat sehingga apa yang dilakukan sentiasa berlandaskan ajaran agama dan dilakukan dengan cara yang betul.

¤ SENTIASA DIJAGA SEGALA USAHANYA
Beribadah dengan betul membuatkan seseorang itu bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaannya.

¤ MENDAPAT KETENANGAN HATI
Ketenangan dan Ketenteraman pada hati membimbing diri ke arah kreativiti dan produktiviti.

¤ SENTIASA BERHARAP PERTOLONGAN ALLAH
Ibadah dipenuhi dengan doa. Doa adalah asas membina kekuatan atas dasar keyakinan kepada Allah. Ibadah yang betul mendapat pertolongan daripada Allah Yang Maha Menguasai segala-galanya sehingga memperoleh kejayaan melebihi kemampuan. Ini sesuai dengan janji Allah.



PENDIDIKAN YG SALAH TEHADAP ANAK2
A) Menamakan dengan nama yang tidak baik
B) Mendidik anak-anak menjadi pengecut, penakut dan suka mengeluh
C) Membiasakan anak –anak  dengan kemewahan, kenikmatan dan kelazatan hidup di dunia semata-mata
D) Terlalu memanjakan anak-anak dengan memenuhi segala keinginannya
E) Terlalu kedekut dengan anak-anak
F) Tidak memberikan kasih sayang kepada mrk
G) Hanya menumpukan keperluan fizikal semata, melupakan keperluan mental dan rohani
H) membeza-bezakan sesama anak
I) Sibuk dengan urusan kerja sehingga meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama
J) Mendidik mereka dengan kata-kata yang buruk dan kotor
K) Melakukan kemungkaran di hadapan mereka
L) Merendahkan anak-anak
M) Tidak memberi kesempatan kepada mereka berubah menjadi baik
N) Salah dalam memahami jiwa dan tabiat mereka

Sumber : MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-HAMD




JAWAPAN TRIVIA
1. Ubai Bin Kalaf
2. Emas, Perak (Surah Ali Imran, surah at Tawbah) Besi (surah Al Hadid), Tembaga (Surah Ar-Rahman)
3. Bunyamin





No comments:

Post a Comment