Google Ads

Tuesday 8 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 15

MENARIK DI DALAM
v Tangguh dan tangguh
v Tahap Kemanisan Iman
v Sabar
v Adab Bergurau
v Nasihat Luqmanul Hakim

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Allah Yang Maha Besar dan mengetahui akan apa yang ada di dlm hati manusia..

Sahabatku
Kita tahu yang Allah itu bersifat Maha Mengetahui. Mengetahui akan apa yang kita fikirkan. sbg contoh, kita fikirkan tentang solat, nak solat skrg atau lambat sikit hari ini ya?, mcm malas sikit nak solat skrg, jd kita tangguhkan dulu. kejap lagi la, panas la. penat la, mcm2 lagi alasan yang kita buat. Allah Maha Mengetahui.  fikirlah. Seandainya Allah juga bersifat seperti kita,  menangguhkan rezeki kita, menangguhkan nikmat kesihatan kepada kita,dan lain-lain, jadi apa yang akan berlaku? adakah kita mampu untuk bertahan dan bersabar?

Sahabatku
Begitulah kita, mudah bertangguh untuk beramal. Sedangkan tidak bagi Allah. Bagi Allah, jika kita beramal atau tidak, Allah tidak akan rugi apa-apa, Hakikatnya Kita yg rugi, Allah itu tetap Agung.      
                                                            
                                              Editor Norazila Khalid                              


TAHAP KEMANISAN IMAN
¤ TAHAP KEPAHITAN (KEPEDIHAN)
Ini adalah tahap permulaan dalam langkah menjalani ibadah. Walaupun berdasarkan ilmu yang ada seseorang telah tahu bahawa kebaikan perlu dilakukan dan kejahatan perlu ditinggalkan,tetapi ia begitu perit untuk dilakukan. Jiwa terasa amat terseksa. ‘tahu’ boleh dicapai dengan belajar, tapi ‘mahu’ perlu melalui proses mujahadah.ramai yang tewas diperingkat ini. Mereka terlalu manjakan diri sehingga tidak sanggup bersusah payah demi mentaati perintah Allah. Contohnya, malas bangun solat subuh di pagi yang sejuk dan hujan. 

¤ TAHAP KEBIASAAN
Apabila mujahadah berjaya diteruskan, seseorang akan menempuh tahap kedua iaitu kebiasaan. Apabila seseorang sudah biasa melakukan perkara yang baik, lama-lama kepahitan beransur hilang. Rasa malas, berat dan sukar akan dapat diatasi apabila sesuatu amalan dilakukan berulang kali.

¤ TAHAP KEMANISAN
Akhirnya, sesiapa yang istiqamah dalam mujahadah akan sampai ke peringkat rasa manis.setiap ibadah yang mulanya susah payah terus dibiasakan.kemanisan iman mengatasi segala kemanisan dunia dan isinya.
DIMANAKAH THP KEIMANAN KITA?
Sumber : SOLUSI ISU 30

DOA APABILA BERCERMIN

 

Alhamdulillahi Allahumma kamaa hassanta khalqi fa hassin khuluqii

‘Segala puji bg Allah, Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dgn sebaik-baiknya, maka jadikanlah pula akhlakku yg baik’                   

 

Sumber: Dr buku 300 Doa dan Zikir pilihan                




SABAR
MAKNA
Bahasa:menahan/mengekang
Praktik: menahan diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.

LANGKAH PRAKTIS MEMUPUK SABAR     
 BERTAHAN KETIKA MENGHADAPI HENTAMAN PERTAMA  SUATU MUSIBAH
Hentaman pertama inilah yang paling sukar dihadapi kerana ia menyerang emosi.Orang yang dikuasai emosi tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional.

 SEGERA MENGINGATI ALLAH DAN MOHON KEAMPUNANNYA
‘Pohonlah pertolongan daripada Allah dengan  sabar & mengerjakan solat’(Al-Baqarah 2:45)

 TIDAK TERGESA-GESA MENAMPAKKAN MUSIBAH ITU KEPADA ORANG LAIN
Segeralah mengadu kepada Allah bukan kepada manusia. Tidak salah ceritakan kepada manusia, Tapi dahulukan rintihan dan pengharapan  kepada Allah. 

 CARI PUNCA MASALAH, SEDIAKAN ALTERNATIF PENYELESAIAN DAN BERTINDAKLAH MENYELESAIKANNYA
Konsep kesabaran dalam islam bukanlah berdiam diri.Kesabaran perlu diiringi dengan kebijaksanaan.Orang yang sabar itu sentiasa mencari apa punca sesuatu musibah itu berlaku, merangka Cara-cara   yang boleh menyelesaikannya,  memilih cara yang  terbaik dan terus bertindak melaksanakannya.

Sumber: SOLUSI ISU 31


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah nama ibu susuan Nabi
Muhammad?
1. Apakah 2 anggota badan yang menyebabkan manusia masuk neraka?
2. Apakah nama-nama surah yang dinamakan dengan nama serangga?
Jawapan di akhir edisi ini

ADAB BERGURAU
 Niat yang benar.
dibolehkan bergurau dengan niat  menghilangkan rasa penat, bosan dan lesu bagi menyegarkan jiwa
supaya  memperoleh semangat baru

 Tidak berlebih lebihan/ Melampaui batas.
Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang

 Elakkan bergurau dgn orang yg tidak suka bergurau.
   kerana mrk selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun sekadar gurauan

 Tidak bergurau dengan perkara-perkara yg serius
sprt talak, kawin, rujuk dan lain-lain

 Tidak menakut-nakutkan seorang muslim.
Rasulullah bersabda ‘tidak halal seseorang muslim menakut-nakutkan muslim yg lain (Riwayat Abu Daud)

 Berkata benar walaupun sedang bergurau.
Tidak berbohong semata-mata untuk bergurau-berdosa

 Jangan memperlekeh individu tertentu
walaupun dengan tujuan bergurau.

 Menjauhi bergurau dgn kata-kata yg buruk.
Seperti mencarut dan kata-kata kesat

 Tidak banyak ketawa.
Rasulullah bersabda ‘Jangan kalian banyak ketawa, sesungguhnya banyak ketawa dapat mematikan  hati’ (Riwayat Ibn Majah)

 Bergurau dengan orang yang sesuai
 sprt kanak-kanak .

sumber : Ensaiklopedia Adab Islam menurut Al-Quran dan Sunnah


           


TERJEMAHAN AL QURAN
BANYAKNYA RAHMAT ALLAH KEPADA KITA
109.Katakanlah (wahai Muhammad) ‘kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta  untuk menulis kalimah-kalimah (nikmat) Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami (Allah) tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sbg bantuan’.
110.Katakanlah  (wahai Muhammad)  ’sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan  kepadaku bahaw aTuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu, oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.’
SURAH AL KAHFI 109-110

NASIHAT LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA
A) Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan , tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa.
B) Ingatlah Allah banyak-banyak sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingatiNya.
C) Janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak dicipta untuk dunia dan Allah tidak mencipta suatu yang lebih hina dari dunia.
D) Janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.
E) Cukuplah dengan yang sedikit dan redhalah dengan apa yang kamu dapat.
F) Bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana.
G) Bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir(ahli agama) kerana ia akan menghidupkan hatimu.
H) Laksanakanlah hajat2mu sekadar perlu dan elak drpd perkara yg tdk berkaitan denganmu.
I) Banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati.
J) Janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan kibaskan kepaknya dan bertasbih pada Allah.
K) Manfaatkanlah apa yang Allah ajarkan kepadamu.
L) Sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut pada Allah.
M) Engkau hendaklah tawaduk (merendah diri)
N) Seorang yang keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap pun, nescaya kejahatannya diketahui juga.
O) Fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu berhikmah(baik dan bijaksana).
P) Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.
Q) Elakkan daripada menolak permintaan orang lain dan terimalah keuzuran yang diminta oleh orang lain.
R) Tidak ada yang lebih bernilai di sisi Allah, lebih daripada akal.
S) Selalulah bertemu ulama (ahli agama) dengan kedua kakimu, janganlah engkau berbahas (melawan kata) dengan mereka nescaya mereka akan membencimu.

Sumber: ANAKKU HEBAT, ANAKKU SOLEH(ZAHAZAN MOHAMED)




JAWAPAN TRIVIA
1. Thuwaibah dan Halimatul Saadiah
2. Mulut dan Kemaluan
3. Al Ankabut(Labah-labah), al-Naml(Semut) dan An Nahl (Lebah)




No comments:

Post a Comment