Google Ads

Sunday 20 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 49

MENARIK DI DALAM
·        Rajang atau Ranjang?
·        Marah vs Diam
·        Tabah Yang Sebenar
·        Merealisasikan mujahadah
·        Serangan Syaitan Awal Pagi
·        Kawan

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Tuhan yg Maha Tahu akan apa manusia fikirkan.

Sahabatku
semasa saya menaip ini, tiba-tiba saya teringat sesuatu, ia sudah lama berlalu, tetapi ia tetap saya ingat. Ketika itu,  saya sedang menanda PBS geografi ting.1, menggantikan kelas seorang guru bersalin,  hampir 10% pelajar telah secara tidak sengaja menulis Delta Rajang dengan perkataan Delta Ranjang. Saya amat terperanjat kerana memikirkan bagaimana pelajar 13 tahun boleh menulis perkataan itu sedangkan perkataan ‘rajang’ sudah ada sebagai pilihan di bawah mukasurat tersebut.

Sahabatku,
Lihatlah remaja hari ini. betapa ramai diantara mereka yang sudah terdedah dengan perkataan-perkataan sebegitu setiap hari sehinggakan ia automatik boleh ditulis di atas kertas ujian PBS mereka. wahai manusia yang bergelar ibubapa atau makcik dan pakcik kepada  anak-anak buah, lihatlah apa bahan yang mereka tonton dan dapat setiap hari dan tanpa disedari. ia membelenggu dan terpahat di fikiran mereka dan terpacul keluar daripada tangan mereka melalui tulisan secara automatik.

Sahabatku,
saya percaya bahawa pelajar tersebut bukan sengaja menulis perkataan tersebut memandangkan bukan seorang dua yang menulis perkataan itu. ia adalah automatik keluar dari kepala mereka kerana mungkin perkataan tersebut sering berlegar-legar dalam kepala mereka. jika ia berterusan, apa agaknya generasi yang akan lahir daripada  mereka yang hanya memikirkan tentang ’benda-benda’ ini sahaja? di manakan peranan ibubapa? dan bagaimana pula guru boleh membantu dalam mengurangkan gejala-gejala yang tidak sihat ini.

Sahabatku.
Saya amat bimbang akan pelajar-pelajar dewasa ini, memandangkan merekalah generasi yang akan mendoakan kita di ’alam barzah’ kelak, dan bakal memimpin Negara yang kita amat cintai ini. tetapi jika ini yang berlaku, dapatkah mereka manjadi ’manusia’ yang sebenarnya?                                        
  Editor, Norazila Khalid                         


MARAH VS DIAM
SABDA RASULULLAH…
Hadis riwayat Ahmad, Al Tirmizi dan Abu Daud
‘jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia diam’ Rasulullah mengulanginya sebanyak 3 kali


RENUNGAN
Pasrah secara membuta tuli bukan bererti tabah. ketabahan sebenar ialah apabila kita hadapi semuanya dengan tenang sekaligus belajar agar ketakutan yang sama tidak berulang.
                   

MEREALISASIKAN MUJAHADAH

Mujahadah dapat direalisasikan menerusi langkah-langkah berikut

 Ambil tahu segala tipu daya syaitan

Ilmu umpama cahaya. Cahaya ilmu mampu menyuluh taktik musuh yang tidak kelihatan ini iaitu syaitan.

Apabila semua taktik dan strateginya telah diketahui (dengan suluhan ilmu), maka syaitan akan tertekan dan ‘lari’ bertempiaran sepertimana pencuri lari apabila kehadirannya disedari tuan rumah.

Sebaliknya manusia yang jahil akan mudah diperkuda oleh syaitan walaupun kadangkala mulut bertempik membenci syaitan.

 

 Abaikan pujukan syaitan

Jangan sesekali memberi perhatian, Melayan dan menghiraukan pujukan syaitan . Anggap sahaja semua godaan itu seperti salakan anjing. Jika kita melayannya, salakan tersebut akan berterusan. Namun jika kita tidak menghiraukannya, salakan tersebut akan berhenti dengan sendirinya. Begitulah godaan syaitan, jangan dilayan dan persetankan!

 

 Tingkatkan zikir lidah dan hati

Zikrullah sangat menyakitkan syaitan. Hati yang disirami zikrullah akan hidup, manakala hati akan mati tanpa zikrullah seperti ikan ketandusan air. Ia juga diumpamakan seperti lalat yang menghurung kudis. Sekali ia dihalau ia akan pergi, tetapi kemudian datang lagi. maka begitulah syaitan , ia mesti dihalau berulang kali dengan mengulang-ulang zikir kepada Allah.

Sumber : Ust. Pahrol Mohamad Juoi

       

 


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Senaraikan makanan ahli Neraka sebagaimana yang dicatatkan dlm Al-Quran.
2. Senaraikan minuman ahli Neraka sebagaimana yang dicatatkan oleh Al-Quran.
3. Senaraikan lima orang soleh yang hidup pada zaman Nabi Nuh yang mana selepas kematian mereka, para pengikut mereka membina patung mewakili nama-nama mereka bagi memberi semangat kepada orang ramai untuk beramal soleh, namun malangnya, generasi yang terkemudian ini menyembah patung-patung tersebut
Jawapan di akhir edisi ini. 



HADIS
SERANGAN SYAITAN AWAL PAGI
            Rasulullah bersabda ‘Ketika seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga simpulan di kepalanya. Untuk setiap simpulan, ia menyatakan ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’. Ketika dia bangun lalu menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpulan. Jika dia berwuduk, lepas lagi satu simpulan. Dan jika dia solat,Terbukalah semua simpulan. Ketika bangun pada waktu pagi, dia berasa penuh bersemangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak , dia akan bangun pada waktu pagi dengan perasaan serba tidak selesa dan malas’ (Riwayat Al Bukhari)

Maksud simpulan
bukan simpulan tali yang mengikat badan, tetapi simpulan maknawi yang membelenggu hati. Akibatnya, diri terhalang untuk melakukan kebaikan dan ketaatan. Sangat malas dan liat mengikut perintah Allah.

           


KAWAN
Sendirian menempuh kehidupan, mampukah kita berada dalam keadaan sedemikian? Jawapannya pasti tidak!
Sehebat manapun seseorang , dia masih belum mampu untuk berdiri sendiri tanpa sokongan, doa dan inspirasi daripada insan-insan dalam kehidupannya. Kawan atau sinonimnya teman, rakan dan  sahabat adalah kelompok dan ’anugerah’ yang perlu kita rebut dan tawan sebijaknya. Bijak berkawan, ganjaran bahagia menanti kelak. Inilah hadiah yang sering dipandang hanya sebelah mata  dan lebih buruk daripada itu berkawan atas tujuan kepentingan diri semata-mata.
Bagaimana cara untuk memperoleh bahagia hanya dengan berkawan? Dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah mengenai alah satu golongan yang memperoleh naugan Allah pada hari kiamat kelak ialah dua orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah. Semudah berkawan sahaja kita mampu meraih rahmat Allah. Justeru, hubungkan silaturrahim. Berkawan dan bersahabatlah dengan semua orang, jangan limitkan ukhwah hanya kepada kelompok tertentu. Banyakan kenalan, hidupkan kehidupan serta kayakan pengalaman. Benar, ada kekuatan dalam hidup berjemaah apabila kebaikan disebarkan dan kemungkaran ditegah.


DOA AGAR SELAMAT DRPD GANGGUAN  SYAITAN
‘Wahai Tuhanku,aku berlindung kpdMu daripada hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu agar syaitan-syaitan tidak menghampiriku’
(Surah a– Mu’minun 23: 97-98)



ISTERI-ISTERI RASULULLAH(2)

 

 JUWAYRIYYAH BINTI AL-HARITH

Berkahwin dengan Nabi saw Pada bulan Syaaban 6 Hijrah.

 

 UMMU HABIBAH RAMLAH BINTI ABU SUFIYAN

Berkahwin dengan Rasulullah saw pada bulan Muharram 7 Hijrah. Bekas isteri Ubaydullah bin Jahsy yang telah murtad dan memeluk agama Nasrani dan meninggal dunia di sana.

 

 SAFIYYAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB

Merupakan tawanan perang Kaybar. Rasulullah saw memerdekakannya serta berkahwin dengannya selepas Kaybar Berjaya ditakluk.

 MAYMUNAH BINTI AL-HARITH

Berkahwin dengan Rasulullah saw pada bulan Zulkaedah 7 Hijrah.

Sumber  :I pods-Muhammad Azrul azlen





JAWAPAN TRIVIA
1. Allah berfirman ‘Diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas. Mereka tidak memperoleh makanan selain daripada pohon yg berduri.  Ia tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.’(Surah al-Ghasiyah 88:5-7), Allah juga berfirman ‘Dan tiada makanan sedikitpun (baginya) kecuali darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang yang berdosa’. (Surah al-Haqqah 69: 5-7)
2. Allah berfirman ‘sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang sangat mendidih sehingga memotong ususnya.’(Surah Muhammad 47:15), Allah juga berfirman ’Inilah (azab neraka) biarlah mereka merasakannya (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin.’  (Surah Shad 38 : 57), Allah lagi berfirman ‘dihadapannya ada neraka Jahanam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah. Diminumnya sadid(air nanah) itu dan hampir dia tidak mampu menelannya dan datangkanlah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati, dan dihadapannya masih ada azab yang berat’ (Surah Ibrahim 14:16-17)
3. Wadd, Suwa’, Taghuth,Ya’uq dan Nasr.





No comments:

Post a Comment