Google Ads

Sunday 13 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 30

MENARIK DI DALAM
ü Marah ahli syurga?
ü Kenapa Menangguh Kerja?
ü Kesedihan vs Kanser
ü Nasib Si Pendosa
ü Dimiliki
ü Adab Bersilaturahim


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sahabatku
Pernahkah kita melihat seorang ibu atau bapa memarahi anak kecil? mesti pernah kan? Mungkin di dalam video di media sosial, di tv atau di depan mata sendiri. Jadi, apa perasaan kita pada waktu itu? Mesti kita rasa kasihan kan? kepada siapa yang kita rasa kasihan?  Adakah anak atau ibubapanya?
 
Sahabatku
Saya teringat kata-kata Prof Muhaya. Prof Muhaya adalah seorang yang sangat saya inspirasikan.  Katanya tiada sebab untuk kita nak marahkan anak kecil. Kerana yang kita marah itu adalah hakikatnya ahli syurga,kerana jika ditakdirkan  anak itu meninggal dunia pada ketika itu, ‘confirm!’, dia masuk ke syurga tanpa hisab. tetapi ibu atau bapa itu belum tahu lagi dapat masuk syurga ke tidak, tp bagaimana boleh lagi nak marah-marah ahli syurga, apalah! tak malu ker?(Marah di sini merujuk kepada marah yang tidak bertempat)

Sahabatku....
Menurut apa yang di dengar dan dibaca dari pelbagai sumber,
Usia anak dari bayi sehingga umur 7 tahun, kita sepatutnya memberikan kasih sayang, bukannya marah-marah.
7-14 tahun pula, kita berikan pendidikan, mengajar untuk berdisiplin, memberikan hukuman dan ganjaran. 14-21Tahun pula, kita jadikan dia sebagai sahabat dan teman sebaya, mendengar isi hatinya, dan sudah tiada gunanya memarahi anak-anak  pada tahap  ini...

Sahabatku...
Betapa ramai ibubapa yang sudah silap dalam mendidik anak-anak. Anak sekecil 4 tahun mereka sudah ajar cara berdisiplin dan mengetepikan kasih sayang, manakala, seusia anak itu remaja pula mereka marah-marah dan memberikan hukuman dan denda, akibatnya anak remaja tersebut membesar dan menjadi remaja yang bermasalah. Usah silap mendidik, kembalilah kepada apa yang sepatutnya.
Editor, Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Namakan 2 orang Rasul daripada 25 orang Rasul yang tidak berkahwin?
2. Namakan hamba perempuan yang dimiliki oleh Rasulullah saw?
3. Siapakah isteri Rasulullah saw yang meninggal semasa Baginda masih hidup?
Jawapan di akhir edisi ini


KENAPA MENANGGUHKAN KERJA?

 TIDAK MERASAKAN KERJA ITU PENTING

Orang seperti ini tidak rasa terpanggil mahu bertindak dengan segera kerana tidak menghayati kepentingan kerja itu. Apabila anda menghadapi sesuatu kecemasan sudah tentu anda bertindak cepat. Ada kalanya dia merasakan kerja itu bukan ‘miliknya’. Baginya, orang lain yang sepatutnya menyelesaikan kerja itu.Jadi, dia enggan memberikan komitmen yang sepatutnya

 

 RASA MASIH BANYAK MASA LAIN

Kebiasaannya ini berlaku kepada mereka yang tidak merancang kerja ataupun tidak mempunyai senarai tugasan yang lengkap. Mereka hanya mencongak-congak, apakah kerja yang hendak mereka buat pada hari ini. Sekiranya ini amalannya, mereka sentiasa mahu menangguhkan kerja kerana mereka menyangka masih ada banyak masa lagi menyiapkan kerja itu. Apabila tiba tarikh akhir, baru mereka tergesa-gesa hendak menyiapkan semua.  

  

 TAKUT PADA KERJA

Ada dua keadaan yang utama,pertama, dia takut gagal, contohnya pelajar yang takut gagal, akibatnya dia tidak belajar dan menangguhkan kerja-kerja sekolahnya.

Kedua, kerana dia takut berjaya.Contohnya, pelajar yang seronok belajar di kampus bersama kawan-kawannya. Bapanya berjanji untuk membiayai pengajiannya ke oversea seandainya dia lulus dengan baik. Akibat sayang untuk tinggalkan kawan-kawan di Malaysia, dia takut untuk Berjaya dan seterusnya dia malas dan menangguhkan kerjanya.  

 

 TIDAK BIASA, TIDAK PERNAH ATAUPUN TIDAK MAHIR MEMBUAT KERJA ITU

Ini adalah alasan yang biasa berlaku. Mereka ‘malas’ dan ‘segan’ hendak melakukan tugasan semata-mata kerana mereka tidak pernah melakukannya atau tiada kemahiran melakukannya. Anda seharusnya jangan layan perasaan begini, luangkan sedikit masa untuk belajar dan meningkatkan kemahiran diri. Jangan malu belajar sesuatu yang baru dari orang lain. Buangkan rasa ego dan belajarlah walaupun dengan orang bawahan anda. Ingat, hanya lembah yang rendah sahaja yang dapat menakung air.

 

 MALAS

Orang yang memberikan alasan malas adalah orang yang tidak mempunyai masa depan yang baik, tiada cita-cita dan tiada kesungguhan dalam hidupnya.

 

BUAT SEKARANG! JANGAN BERTANGGUH.

Pepatah cina ada menyatakan,’waktu terbaik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lalu, waktu kedua terbaik adalah SEKARANG!’ 

Sumber : Sibuk@Penyibuk (AFY)


KESEDIHAN DPT MENYEBABKAN KANSER
‘Punca kanser yang anda tanggung bukan berasal daripada makananmu, tetapi kerana sesuatu yang memakan dirimu (kesedihan)’

Sumber :Buku The Problem of Nervousness (Dr Joseph F. Montagno)


TERJEMAHAN AL QURAN
NASIB SI KAFIR (PENDOSA)

20. tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan di bumi utk (kepentinganmu) dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu lahir dan batin. Tetapi ada diantara manusia yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan.
21. dan apabila dikatakan kepada mereka ’ikutilah apa yang diturunkan oleh Allah’ mereka menjawab ’tidak, tetapi kami (hanya) mengikut kebiasaan yang kami dapati dari nenek moyang kami’ Apakah mereka (akan mengikuti nenek moyang mereka ) walaupun sebenarnya syaitan menyeru mereka ke dalam azab api yang menyala-nyala (neraka)?.
22. dan barangsiapa berserah diri kepada Allah sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul(tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.
23. dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu (Muhammad) hanya kepada Kami tempt kembali bagi mereka, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala isi hati.
24.Kami biarkan mereka bersenang-senang sebentar (di dunia), kemudian Kami paksa mereka (masuk) ke dalam azab yang keras(Neraka).

SURAH LUQMAN (AYAT 20-24)
 



SYUKUR
Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk ‘dimiliki’ selain daripada Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah  kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.


ADAB BERSILATURAHIM  
¤ IKHLAS
Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturahim. Janganlah bersilaturahim kerana tujuan riyak dan sum’ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.

¤ MENGHARAP PAHALA DAN REDHA ALLAH
Hendaklah bersilaturahim kerana ingin mendapat pahala dan keredhaan Allah sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.

¤ MEMULAI YANG TERDEKAT
Semakin dekat hubungan tali persaudaraan, maka semakin wajib kita menyambungnya.

¤ DAHULUKAN ORANG YANG PALING BERTAQWA
Semakin bertakwa seseorang kepada Allah swt maka semakin besar pula haknya, juga semakin bertambah pahala silaturahim dengannya.

¤ MENCARI-CARI KERABAT YANG JAUH
Rasulullah saw bersabda ‘pelajarilah nasab-nasab kalian yang dengan itu kalian dapat menyambung silaturahim. Sebab, menyambung silaturahim dapat mendatangkan kasih sayang dalam keluarga, mendatangkan harta dan memanjangkan umur; (Riwayat al-Tirmizi)

¤ TERUS MENYAMBUNG SILATURAHIM DENGAN ORANG YANG MEMUTUSNYA
Firman Allah ‘Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba akan ada orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia ‘(Surah Fussilat 41:34)

¤ SEDEKAH
Rasulullah bersabda ‘Sedekah kepada org miskin mendapat satu pahala sedekah, sedangkan sedekah kepada saudara ada dua pahala, pahala sedekah dan bersilaturahim’ (Riwayat al-Nasa’i)

¤ NASIHAT
Memberi nasihat dan amar makruf nahi mungkar kepada keluarga merupakan cara bersilaturahim.

¤ KOMUNIKASI BERTERUSAN
Komunikasi melalui telefon, surat, email, laman sosial dan lain-lain lagi . 





JAWAPAN TRIVIA
1. Isa Dan Yahya
2. Mariyah al-Qibtiyyah
3. Raihanah binti Zaid al-Qurtiyyah, Khadijah Binti Khuwailid, Zainab binti Khuzaimah




No comments:

Post a Comment