Google Ads

Wednesday 16 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 39

MENARIK DI DALAM
Ø Nilai Ikhlas
Ø Makanan Ahli Neraka
Ø Persediaan Sebelum Berkahwin
Ø Tip Memajukan diri
Ø Kematian
Ø Cukupkah Qada’ Solat dengan bertaubat?


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sahabatku
Saya mengikuti bual bicara bersama Dr Robiah di dalam program ‘tanyalah Ustazah’ mengenai indahnya sifat ikhlas. Ikhlas itu Ialah sebenarnya kerja hati. Tindakan dan fikiran yang hakikatnya boleh memperbaiki ibadah. Ikhlas itu adalah perbuatan yang hatinya tidak ingin memperoleh apa-apapun ganjaran dari manusia. Jika ikhlas, kita tidak akan terkenang-kenang lagi apa yang telah kita berikan,  apatah lagi ingin mengungkit-ungkit tentangnya. Biarlah ia mendapat keredhaan daripada Allah berbanding pujian dan terima kasih dari manusia. Kerana hakikatnya, manusia itu tidak pandai berterima kasih.  

Sahabatku...
Sekarang, Lihatlah ke dalam diri kita sendiri, menilai hati sendiri, setakat mana nilai ikhlas yang ada dalam  diri kita dan bermuhasabahlah.
Editor, Norazila Khalid  


MAKANAN AHLI NERAKA
1. Zaqqum: Rupanya sangat buruk seolah-olah kepala syaitan dan berasal dari pokok yang keluar dari dasar neraka.  (Surah Al-Dukhan 44: 43-46 dan al-Shaffat 62-68)
2. Dari’: Pokok berduri yang tidak menggemukkan dan tidak mengenyangkan                                  (Surah Al-Ghashiyah 88: 6-7)
3. Ghislin : Darah dan nanah    (Surah Al-Haqqah 69: 36)
4. Zi ghussah : Makanan yang menyumbat di kerongkong  (Surah Al– Muzammil 73: 13)

MINUMAN AHLI NERAKA
1. Hamim : Minuman yang sangat panas sehingga usus pun boleh terpotong (Surah Muhammad 47: 15)
2. Gahssaq : Nanah yang mengalir dari kulit (Surah Sad 38: 57)
3. Sadid :Air nanah (Surah ibrahim 14: 16)
4. Muhl :Kotoran minyak yang menggelegak (Surah  al– Dukhan 44: 45)

Nauzubillah, sangat mengerikan.



KEBERKATAN MAKANAN
Makanan yang berkat itu jika sedikit ia
mencukupi, jika banyak ia boleh  diagih-agihkan. 



PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN

◊ PERSEDIAAN MINDA DAN KEROHANIAN

Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan mempunyai pengetahuan asas hal-ehwal rumah tangga.

 

◊ PERSEDIAAN FIZIKAL

Bakal pasangan perlu mempunyai kesihatan yang baik, tiada penyakit yang berbahaya atau berjangkit, untuk membolehkan masing-masing dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

 

◊ PERSEDIAAN KEWANGAN

Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Oleh itu seorang lelaki hendaklah mempunyai sumber pendapatan yang tetap yang boleh menjamin nafkah keluarga diberi secara bersambungan.

 

◊ PERSEDIAAN SOSIAL

Setelah berumahtangga, kita mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mentua dan saudara mara pasangan. Oleh itu anda perlu memastikan diri masing-masing bersedia untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing.

 

Jika sudah berkahwin, maka terimalah pasangan kita seadanya.

Sumber: SOLUSI ISU PERDANA

 


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah Kaum yang menyembah berhala selepas Kaum Nabi Nuh ditimpa banjir besar?.
2. Siapakah Nabi yang mempunyai 2 nama?
3. Apakah 2 dosa yang disegerakan azabnya di dunia?
Jawapannya di akhir edisi ini


BERUSAHA MEMAJUKAN DIRI
 Memilih Role-Model Berjaya
Kenali contoh ikutan yang Berjaya secara dekat iaitu dari segi latar belakang keluarga, pendidikan, sikap, aktiviti, prinsip hidup, cara kerja, pencapaian, karier, kesungguhan dan segala yang berkaitan dengan kejayaan orang tersebut.

 Membina Keyakinan Diri untuk Maju
Fikirkan imej-imej cemerlang yang ada pada diri anda.

 Sukarela utk Bekerja dengan yang Terbaik
Tawarkan diri anda untuk turut sama membantu, contohnya program-program amal.

 Bercinta dengan Ilmu
Tanpa ilmu, anda tidak dapat memajukan diri.

 Belajar daripada Kesilapan
Jangan sesekali melakukan kesilapan yang sama, bahkan jadikan kesilapan yang lalu sebagai peluang untuk belajar sesuatu yang baru dan meningkatkan diri sendiri.

 Banyak membaca
Tidak perlu menjadi ulat buku, cukup sekadar menjadikan perbuatan membaca sebagai hobi anda.

 Sertai Program Latihan
Cuba ambil peluang untuk menyertai apa-apa program lebih-lebih lagi jika organisasi, pertubuhan dan syarikat yang membayarnya.

 Fokus sewaktu Program Latihan
Jangan lakukan perkara lain atau termenung sahaja.

 Fokus  kepada Kemahiran yang Dapat membantu Organisasi
Terokai ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya.

 Berfikir untuk Menggandakan Kebaikan dan Kecemerlangan
Jika anda sudah merasakan diri maju, jangan cepat berpuas hati. Pasti ada lagi tanda-tanda kejayaan yang boleh anda daki atau melangkah.

 Rindui Kejayaan, Abaikan Kegagalan 
Tiada istilah gagal bagi mereka yang berjiwa sukses. Yang ada Cuma teladan dan pengajaran yang baru.

Sumber: MAHIR (FADZLI YUSOF)



 KEMATIAN

 ALLAH MENGHIDUKAN DAN MEMATIKAN, KEPADANYA KITA KEMBALI

Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu sebelum ini mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkannya kembali, kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan?(Al-Baqarah : 28)

 

 PARA SYUHADA TIDAK MATI

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu)mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi mereka tidak menyedarinya.  (Al-Baqarah : 154)

 

 MATI KAFIR DILAKNAT DAN KEKAL DALAM NERAKA

Sesungguhnya orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat laknat Allah, dan juga dilaknat oleh para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak akan diringankan seksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.(Al-Baqarah : 161-162)

 


Q & A
SOALAN
Adakah perlu mengqada’ solat fardu yang telah ditinggalkan atau cukupkah dengan bertaubat sahaja?

JAWAPAN
Pengertian qada’ menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya.
Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tdk, diwajibkan mengqada’kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan  solat  tanpa uzur yang syarie’ dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur.
Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau dengan sengaja, wajib bertaubat kepada Allah swt dengan taubat yang bersungguh-sungguh dan sebenar-benarnya. kemudian, wajib ke atasnya mengqada’ semula solat-solat yang telah ditinggalkan.






JAWAPAN TRIVIA
1. Kaum ‘Ad
2. Yaakub (Israel), Isa (al-Masih)
3. Zina dan Menderhaka kedua ibubapa (Riwayat al-Tirmizi)



           





No comments:

Post a Comment