Google Ads

Friday 18 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 44

MENARIK DI DALAM
o   Ibrah dari Kisah Nabi Ayub.
o   Apabila Doa Tidak DImakbulkan
o   Untuk Apa Amalanmu?
o   Punca Racun Hati
o   Bolehkah bersolek?
o   Perang Badar
o   Hobi Syaitan



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan Yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ADA... Tuhan yang sentiasa mengetahui apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh hambanya, umat manusia.

Sahabatku….
Anda apa khabar hari ini? alhamdulillah. saya rasa anda sihat, sebab itu anda masih ada hati untuk membaca cebisan tulisan ini kan? jika anda tak sihat anda pasti pening melihat tulisan ini dan mungkin lebih suka memejamkan mata dengan berehat.

Sahabatku..
Pernahkah mendengar kisah Nabi Ayub yang diuji Allah dengan kesakitan. ketika isterinya berkata ‘Abang, abangkan Nabi Allah, kenapa abang ditimpa kesakitan yang sebegini teruk?’ Nabi Ayub membalas ‘Aku menerimanya, aku menerima apa yang ditetapkan oleh Tuhan ku, adakah kau lupa bahawa Allah telah mengurniakan kita kesihatan dan kekayaan sudah sekian lama, dan kini aku diuji dengan sedikit kesakitan, adakah terus kita lupa akan nikmat yang telah kita kecapi dulu?’ begitulah lebih kurang kisahnya..

Sahabatku,
Subhanallah. begitulah manusia, bukan isteri Nabi Ayub seorang yang bersikap demikian, cubalah lihat ke dalam diri kita sendiri. apabila kita ditimpa sakit, contohnya sakit yang biasa-biasa seperti demam, pening, sakit kepala, selsema, kita berasa sangat tidak suka, tdk selesa, nak menunaikan solat kita rasa malas sekali kerana kononnya badan tak sihat, dan kita tak perlu terkejut pun jika ada yang mengatakan dia tak solat ketika dalam keadaan demam atau sakit apa-apa. Betapa kita mudah lupa akan Allah yang telah mengurniakan nikmat kesihatan kepada kita sudah sekian lama berbanding sakit yang sedikit.

Sahabatku,
Bersyukurlah kerana kita sakit dan kemudian sembuh  kerana ramai lagi yang sakit dan tak sembuh-sembuh dan akhirnya pergi meninggalkan dunia yg SEMENTARA ini buat selama-lamanya.
                                            Editor. Norazila Khalid

APABILA DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Anda sudah berdoa, tetapi belum dimakbulkan? Cuba ingat kembali apa-apa yang pernah kita baca atau dengar tentang keutamaan doa. Ketahuilah Allah memakbulkan sesuatu doa melalui beberapa cara. Antaranya…

 Diperkenankan terus atas sesuatu yang dipohon
 Disimpan pada hari Akhirat nanti
 Tidak diberi apa yg dipohon, tetapi diberi sesuatu yang lain yang lebih baik untuk kita kerana Allah lebih mengetahui yang terbaik daripada diri kita sendiri.



MUHASABAH

UNTUK APA AMALANMU?

Sampai pada satu tahap, kita berasa pelik apabila ada orang yang berubah sikapnya. Diri yang dipenuhi dengan sikap mahmudah (Kebaikan) bertukar 360 Darjah kearah sifat mazmumah (Kejahatan). ’Aku dah berdoa siang dan malam masa aku ’baik’ dulu, tapi hidupku tidak juga berubah. Aku masih bodoh seperti dulu, tak pandai-pandai. aku tidak kedekut pun untuk menderma di masjid, tapi aku masih juga tak kaya. Pokoknya segala kebaikan yang aku telah buat seolah-olah tidak diketahui Allah’.

Apabila ada orang yang berfikiran sedemikian, dirinya sudah berputus asa daripada Rahmat Allah. Setiap perkara kebaikan yang dilakukannya mahu dipandang dan diketahui Allah. Sedangkan Allah itu bersifat maha mendengar, Melihat lagi Maha Mengetahui, tetapi dia tidak menghayatinya. Dia mengmbil jalan berputus asa bukan dengan cara menembak diri sendiri atau terjun dari bangunan tinggi. Tetapi, protes putus asanya dizahirkan dengan ’rajuk’ menghentikan amalan baiknya selama ini.

Mari koreksi dan perbetulkan amalan yang kita lakukan seharian, adakah mengharapkan balasan dan ganjaran atau keredaan dan ikhlas kepada Allah? Hayati sunnah seorang hamba yang mengabdikan seluruh diri dan jiwanya buat Tuhannya. Jiwa hamba yang tulus dan lurus untuk megecap nilai takwa pasti tidak pernah berputus asa.

Sumber: Ust.Mohammad Nidzam Abd Kadir

 

 


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Namakan saudara susuan Nabi Muhammad saw?
2. Nyatakan hari diciptakan malaikat, jin dan Manusia.
3. Nama2 di bawah merujuk kepada..
Naim, Ubay,Al-Nizar,Al-Sa’b bin Muaz, Qal’ah al-Zubair
Jawapan di Akhir edisi


PUNCA RACUN HATI
 RACUN DARI LIDAH
 Berlebihan Dalam Berbicara
Betapa bahayanya lidah jika kita tidak menjaganya kerana ia merupakan anggota tubuh badan yang paling baik dan paling buruk selain hati. Rasulullah saw bersabda ‘Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.’

 Mengadu Domba
Mengadu domba adalah perbuatan mengadu tentang keburukan orang kepada orang lain serta suka menambah cerita mengenai keburukan orang lain. Orang yang suka mengadu domba suka menyembunyikan kebaikan yang didengari dan akan mencanang keburukan seseorang. 

 Mengumpat
Mengumpat ialah membicarakan aib orang lain sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia bertujuan untuk merosakkan nama baik dan menjatuhkan maruah orang yang diumpat pada pandangan umum.

 Memfitnah
Fitnah ialah cubaan untuk mengganggu, menghasut dan mengacau ketenteraman orang lain melalui perkataan yang tidak benar yang direka-reka. Ia dilakukan dengan tujuan jahat untuk membuatkan orang yang difitnah sengsara, derita dan berpecah belah.

  Berlebihan dalam pergaulan
Berlebih-lebihan dalam pergaulan dapat menimbulkan hilangnya kenikmatan dalam persahabatan atau hubungan kekeluargaan serta dapat menimbulkan benih-benih permusuhan. Ada hati yang terluka akibat percakapan yang melampau.

 RACUN DARI MATA
 Belebihan melihat sesuatu
Berlebihan di sini bermakna memandang sesuatu yang dapat menimbulkan angan-angan yang akhirnya dapat merosakkan kesucian jiwa. Rasulullah saw bersabda ‘Pandangan mata kamu itu merupakan anak panah yang beracun daripada anak panah iblis.’

 RACUN DARI PERUT
 Berlebihan ketika makan
Hawa nafsu dapat dilemahkan dengan mengosongkan perut. Kita hanya makan hanya perlu, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Banyak makan hanya akan membuatkan diri malas.  
Sumber: Dato’ Siti Nor Bahyah


BOLEHKAH MUSLIMAH BERSOLEK?
Wanita diharuskan bersolek diwajahnya selepas memenuhi beberapa kretiria berikut:

¤ Bersolek dan berhias untuk suaminya sahaja dan bukannya pada khalayak ramai dengan solekan tebal walaupun dengan izin suaminya.
¤ Alat-alat solek yang sudah diyakini halal dan tidak mempunyai bahan-bahan haram seperti alkohol yang memabukkan, uri atau plasenta, serta bahan-bahan kimia yang tinggi yang boleh merosakkan kulit wanita.
¤ Solekan yang terlalu tebal dan melampau sehingga wajahnya berubah menjadi lain kerana Allah dan RasulNya tidak suka kepada sesuatu yang melampau.
¤ Bedak diharuskan selagi penggunaannya dalam lingkungan syariat dari segi kehalalan dan olesannya nipis  sahaja iaitu sekadar membersihkan minyak dan daki pada wajah serta kelihatan tampil segar dan membuatkan orang yang sedang kita berurusan berasa selesa.
Sumber: Zizi Azlinda Mohd Yusoff


PEPERANGAN NABI SAW (1)
PERANG  BADAR                                                        
Peperangan ini berlaku pada 2H. Medan tempurnya dilembah Badar, kira-kira 125 Km dari madinah. Umat Islam hanya seramai 313/314 Orang. Sedangkan musuh yang akan dihadapi berjumlah 1000 orang. Dlm nisbah Seorang lawan 3 orang. Batapa getirnya peperangan ini sehingga Rasulullah tidak henti-henti berdoa ‘Ya Allah,tunaikanlah apa-apa yang telah Engkau janjikan kepadaku, Ya Allah kurniakanlah apa-apa yang telah dijanjikan kepadaku. Ya Allah, wahai Tuhanku, Jika Engkau binasakan pasukan kecil ini, maka Engkau tidak akan disembah lagi dibumi selepas ini’. Dalam peperangan ini , Ubaidah bin al-Harith iaitu sepupu Rasulullah turut syahid.                 
Sumber: Muhammad Luqman Makhtar


 HOBI SYAITAN
Hobi syaitan yang paling utama ialah hilangkan khusyuk dalam solat kita, samaada menjadikan kita ragu-ragu, lupa, menguap atau teringat perkara duniawi. AWAS! Bagaimana solat Kita?

JAWAPAN TRIVIA
1.Hamzah bin Abu Mutalib, Syaima’, Abdullah, dan Anisah
2.Malaikat—Rabu, Jin—Khamis, Manusia—Jumaat
3. Nama benteng-benteng milik yahudi di Khaybar yang kemudia berjaya ditakluk oleh tentera Islam dalam peperangan Khaybar.










           





No comments:

Post a Comment