Google Ads

Friday 18 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 46

MENARIK DI DALAM
·        Sudikah Jika Musibah menjengah?
·        Kiasan Dalam Dakwah Nabi
·        Kesan Bacan Solat pada Kesihatan
·        Kemana harta dibelanjakan?
·        Utamakan amalan  batin
·        Malas


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi.Tuhan yang mengetahui segala-galanya tentang diri kita, samaada yang kita sembunyikan atau yang kita zahirkan. serta apa yang kita fikirkn sekarang. semuanya dalam pengetahuan Allah dan kita tidak dapat lari daripada pengawasan Allah swt.

Sahabatku.
Kita selalu dengar kata-kata ini, manusia merancang dan Allah yang menentukan. kita mengakuinya. tetapi setakat mana kita benar-benar menghayati kata-kata ini tatkala musibah dengan menjengah kehidupan kita? adakah kita bersedia menerima segala KETENTUANNya?

Sahabatku..
Kita sudah solat, sudah berzakat, sudah berlapar (puasa) pada bulan Ramadhan, kadangkala kita rasa pelik, kenapa kitalah orang yang sering diuji Tuhan dengan pelbagai rintangan dan dugaan hidup.?! lepas satu, satu musibah datang. lepas tak ada duit, kereta pulak rosak, lepas tu anak sakit nak kena rawat di hospital pakar, lepas tu family di kampung minta duit untuk membetulkan bahagian dapur yang rosak teruk dipukul ribut, lepas tu ptptn mendesak supaya bayar hutang, kemudian bil itu dan ini datang menjengah sewaktu duit sangat sempit, Astagfirullah. Pada ketika itu diri  rasa macam tertekan dan kenapa, kenapa, kenapa? menjengah dalam ingatan. Adakah Allah telah lupakan kita? Atau kita yang telah lupakan Allah sebenarnya?.semaklah dan auditlah kembali diri sendiri. Sepatutnya, dugaan itu hidup mendekatkan kita dengan Pencipta.
Editor, Norazila Khalid

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Berapa kali bulan yang diriwayatkan terbelah pada zaman Rasulullah?
2. Apakah persamaan yang mengaitkan keempat-empat sahabat ini?
Mu’az bin Jabal, Ubay bin Ka’ab,  Zaib bin Thabit  dan Abu Zaid
3. Bilakah 5 solat fardu diwajibkan ke atas muslimin?
Jawapan di akhir edisi ini

 

KIASAN DALAM DAKWAH RASULULLAH

Rasulullah sering menggunakan uslub yang bervariasi dalam menyampaikan satu-satu mesej dakwahnya kepada para sahabat dan umat Islam. Antara uslub tersebut, ada yang menggunakan unsur alam sebagai perumpamaan atau kiasan. Berikut ialah sebahagian contoh kiasan dan maksudnya yang disampaikan oleh Rasulullah melalui sabdanya yang relevan sehingga kini.

 

 Orang Yang Berilmu

Diumpamakan dengan air mata yang mengairi sebuah negeri. Ummah pasti akan mendapat manfaat daripada orang yang berilmu.

 

 Orang Yang Berjudi

Diibaratkan seperti berwuduk dengan nanah dan darah babi, lalu mengerjakan solat.kemudian dia berangan-angan Allah akan menerima amalannya.

 

 Orang Yang Solat Tetapi Tidak Sempurna

Rukuk dan sujud diibaratkan seperti orang yang sedang lapar tetapi tidak makan kecuali dengan satu atau dua suap.

 

 Perumpamaan Rasulullah dalam berdakwah adalah seperti seorang majikan yang membina rumah dan membuat jamuan, kemudian mengutuskan seorang penyeru untuk mengundang orang ramai untuk menghadiri jamuan dirumahnya.

Majikan=Allah

Penyeru=Rasulullah saw

Jamuan = Syurga

 

 Orang Munafik Yang membaca al-Quran ibarat sebagai rayhanah, ia berbau  harum tetapi pahit. Manakala orang  munafik yang tidak membaca al-Quran    diibaratkan seperti buah hanzalah, ia pahit rasanya dan tidak wangi.

 

 Solat 5 waktu

Dikiaskan dengan seseorang yang mengalir dihadapan rumahnya sebatang sungai dan dia mandi lima kali sehari sehingga tiada daki-daki melekat dibadannya.

 

 Orang Mukmin Yang Saling Mengasihi

Dan menyayangi kerana Allah ibarat satu tubuh. Apabila sakit satu bahagian, maka seluruh bahagian juga akn merasa sakit, seperti tidak bermaya, tidak dapat tidur dan sebagainya.



KESAN BACAAN DALAM SOLAT PADA KESIHATAN
Gerakan rukun bacaan memberi kesan merangsangkan hati, kelenjar tiroid (leher dan halkum), kelenjar pineal, kelenjar pituitary ,kelenjar adrenal, dan paru-paru serta meningkatkan fungsi semua anggota zahir dan batin.


KE MANA HARTA DIBELANJAKAN
J Menjalankan kewajipan sosial
Seperti menunaikan zakat serta bersedekah. Kita Membantu orang yang memerlukan.

J Jauhi Sikap Kikir dan Kedekut
Masalah kemiskinan tidak akan terungkai selagi di kalangan orang-orang kaya mempunyai sikap kikir.

J Larangan Berlebih-lebihan dan Bermewah-mewahan
Janganlah boros dengan rezeki yang diberikan Allah.      


UTAMAKAN AMALAN BATIN

9  Perintah Khusyuk dalam solat
‘Apakah belum  masanya bagi orang yang beriman untuk khusyuk mengingati Allah?’ (Surah al-Hadid :16)

9 Supaya Sentiasa Merasa Diawasi Oleh Allah.
‘Kamu tidak berada dalam satu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari al-Quran dan tidak mengerjakan suatu pekerjaan melainkan Kami(Allah) menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Allah biarpun sebesar zarah (atom)di bumi ataupun dilangit. Tidak ada yang kecil dan tidak pula yang lebih besar dari itu melainkan (Semuanya tercatat dalam kitab yang nyata (luh Mahfuz)’(Surah Yunus :61)

9 Perintah Supaya Takut Kepada Allah
‘Janganlah  kamu menyembah-pemyembah  tuhan,Sesungguhnya Dialah Tuhan Yg Esa, maka hendaklah kepadaKu sahaja kamu takut.’ (surah al-Nahl :51)

9 Perintah Supaya Tawakal
Hanya kepada Allah sahajalah orang beriman harus bertawakal’ (Surah al-Taubah)

9 Perintah Supaya Syukur
‘Bersyukurlah kamu kepada Allah sekiranya kamu benar-benar menyembahnya’ (al-Baqarah :172)

9 Perintah Supaya Sabar
‘Bersabarlah, tidak mungkin kamu bersabar kecuali dengan pertolongan Allah’ (Surah al-Nahl :127)
Sumber : Mazmumah (Jaafar Salleh)


PEPERANGAN NABI SAW (3)
PERANG  AHZAB                                                       
Atau disebut juga Perang Khandaq. Peperangan ini berlaku pada tahun 5H. Medannya kali ini lebih dekat iaitu diluar kota Madinah sahaja. Musuhnya lebih hebat dengan gabungan kekuatan suku-suku kaum arab dan yahudi di Madinah sendiri. Oleh sebab itu tentera musuh kali ini digelar ‘A;-Ahzab’ (Tentera-tentera bersekutu). Ini sudah cukup menggambarkan betapa getirnya peperangan yang dihadapi oleh umat Islam.

PERANG KHAYBAR
Peperangan ini berlaku pada 7H bertempat di Khaybar  iaitu pusat penempatan berkubu masyarakat Yahudi di luar kawasan Madinah. Sekian lama umat Islam menanggung perkhianatan demi perkhianatan orang Yahudi di Madinah. Kini, tiba masanya untuk menghapuskan sekaligus ancaman Yahudi selama ini.

PERANG MU’TAH
 Peperangan yang berlaku pd 8H ini mengambil tempat di Mu’tah (Kini Jordan). Perjalanan jarak jauh ini amat getir. Tidak cukup dengan itu, pihak musuh begitu ramai dan hebat. Lebih-lebih lagi mereka dibantu tentera Rom, bangsa yang begitu berpengalaman dalam peperangan. Betapa dahsyatnya peperangan ini sehinggakan ketiga-tiga komandan tentera Islam syahid, termasuklah Zaid bin Harithah, anak angkat kesayangan Rasulullah saw. Walaubagaimanapun umat Islam berjaya keluar daripada kegetiran  tersebut berkat kepimpinan Khalid al Walid, yang sudah memeluk Islam.
Sumber: Muhammad Luqman Makhtar




 MALAS
Sifat malas ialah kesan daripada tidak ikhlas dalam apa yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang malas termasuk dalam sifat Riyak. Ciri-cirinya

% Rajin Bekerja Ketika Ramai tetapi Malas ketika Bersendirian
Ali Bin Abi Talib r.a berkata ‘Orang yang Riyak memiliki beberapa ciri, malas jika bersendirian, dan rajin jk dihadapan banyak orang. semakin ghairah dalam beramal jika dipuji dan berkurang jika dicela’
% Semakin Ghairah Bekerja jika Dipuji dan akan berkurangan apabila dikeji.
% Kuat Bekerja untuk kepentingan diri dan dunia tetapi malas untuk kepentingan orang lain.
% Tidak ada matlamat dalam hidupnya.
Rasulullah bersabda ’Aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku, besar perut (kuat makan), banyak tidur, malas, dan lemah keyakinan. (Riwayat al-Daruqutni dan al-Dilami)




JAWAPAN TRIVIA
1. Dua kali iaitu terbelah dalam kisah Abu Qubais dan al-Suwaida’.
2. 4 penulis wahyu yang terkemuka pada zaman Rasulullah.
3. 10 tahun selepas Rasulullah diutuskan sebagai Rasul.










No comments:

Post a Comment