Google Ads

Thursday 17 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 41

MENARIK DI DALAM
o   Tenang oh Tenang
o   Jantung vs Hati
o   Pengasihnya Allah
o   Tentang Safiyyah
o   Pemakan Harta Batil
o   Musuh Sabar


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tuhan yang amat dekat dan rapat dengan hamba-hambanya yang bertakwa dan Tuhan yang akan membalas segala amal dan kejahatan hamba-hambaNya.

Sahabatku
Cuba tanya diri kita sekarang,adakah kita berasa tenang? Jika kita tenang alhamdulillah, syukur, jika tak tenang, semak balik diri kita apa yang membuatkan kita gundah gulana. yang menyebabkan fikiran dan diri kita rasa terganggu.

Sahabatku
Mudah saja ingin mendapat ketenangan jiwa, kita mesti mempunyai sifat-sifat berikut.
J redha
J Syukur
J Sabar
J Berlapang dada
J Sangat pemaaf

Sahabatku
Jk sifat-sifat itu sentiasa ada dalam diri kita. kita akan sentiasa tenang. Tiada rasa gundah, tiada rasa keluh kesah. InsyaAllah. Praktikkanlah! Sesungguhnya dengan ketenangan kita akan mengecapi kebahagiaan Hidup di DUNIA dan AKHIRAT. Amin.

Editor,Norazila Khalid  

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Apakah kaitan diantara Bab al-salam, Bab al-umrah, Bab Ali,Bab al Hazurah ?
2. Siapakah golongan yang paling ramai di syurga dan golongan yang paling ramai di neraka?
3. Siapakah yang membahagikan waktu kepada 12 jam sehari?
Jawapan di akhir edisi ini


JANTUNG DARI PERSPEKTIF AGAMA
Al Quran telah menyebut mengenai jantung (hati) sebanyak 110 kali. Bahkan ia menjelaskan mengenai kemampuan hati untuk berfikir sebagaimana firman Allah, ‘Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati (jantung) yang dengan itu mereka dapat memahami atau mereka mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu buta, tetapi yang buta adalah hati di dalam dada’ (Surah al Hajj 22 :46)
                  

PENGASIHNYA ALLAH

Betapa pengasihnya Allah kepada kita dapat diperhatikan dalam tuntutan perkara-perkara fardu iaitu:

 

PERKARA FARDU YANG SEDIKIT

 Solat wajib sebanyak 5 kali sehari sahaja, malah ia boleh dikurangkan dan dihimpunkan mengikut keadaan.

 Pembayaran zakat sekadar 2.5% sahaja daripada harta, bukannya 25%.

 Perlaksanaan puasa selama sebulan dalam setahun, iaitu pada siang hari bulan ramadhan, tetapi kita boleh makan dan berbuka pada malam hari.

 

PERKARA FARDU YANG MUDAH

 Mengerjakan solat fardu mudah kerana bilangan rakaat yang tidak banyak dan tidak mengambil masa yang lama

 Mudah dan menguntungkan dalam perlaksanaan solat kerana dapat manfaat fizikal (kerehatan badan)dan rohani (ketenangan hati)

 Berpakaian dengan apa-apa jua jenis pakaian selagi mematuhi ketetapan syarak. 

Sumber: Ustaz Nidzam Abd Kadir


PROIL SAFIYYAH
·        Nama penuhnya Safiyyah binti Huyay binti Akhtab
·        Daribada keturunan Nabi Harun
·        Safiyyah dilahirkan 11 tahun sebelum hijrah, 2 tahun setelah kenabian Muhammad saw
·        Safiyyah ditawan dalam perang Khaybar lalu ditawarkan menjadi isteri Nabi, lalu beliau menerimanya.


PEMAKAN HARTA BATIL
1. Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti ubat atau makanan yang telah tamat tempoh, mendatangkan kesan buruk akibat sudah tercemar atau mempunyai cacat atau aib tetapi ditutup dan disembunyikan.
2. Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam.
3. Mengadakan program dan kursus dan motivasi dengan ilmu-ilmu yang karut @ meragukan seperti sandaran meramal masa hadapan melalui tarikh lahir, rupa paras dan seumpamanya.
4. Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal, atau dizalimi dengan menafikan sebarang kenaikan upah atau gaji walaupun mempunyai merit yang tinggi dan baik.
5. Mengambil upah hiburan (Entertainment cost) daripada syarikat-syarikat prasyarat untuk memastikan peluang mendapat kontrak atau tender.
6. Sengaja berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula dan sentiasa memberi alasan untuk melepaskan diri daripada pembayaran semula hutangnya meskipun dalam keadaan mampu.
7. Menerima wang zakat tetapi tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat.
8. Mengambil dan menikmati harta wakaf secara peribadi atau menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap.
9. Memakan, menyalahgunakan atau mengambil faedah pada harta anak-anak yatim terutama yang masih kecil.
10. Hadiah-hadiah yang diberikan oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat pada waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ghulul atau wang kianat oleh Nabi saw.
11. Mencipta atau berkarya filem, novel, penulisan, artikel, kartun, animasi, drama, cerpen, dan seumpamanya yang bertemakan nafsu dan hiburan , meraikan nafsu, bagi meraih keuntungan daripada industri nafsu dan hiburan. Keuntungn yang diperolehi hasil daripada  ‘hasil seni’ yang merosakkan jatidiri kemanusiaan ini jelas tergolong sebagai harta batil.
12. Mengeksploit atau mengambil kesempatan atau faedah atas musibah yang menimpa orang lain.
Sumber:  SOLUSI ISU 31


MUSUH SABAR
 Sabar itu adalah seseorang itu cuba menahan kesusahan yang menimpanya. Jika tidak lagi mampu , maka pasti ada musuh yang ingin melenyapkan sifat sabar dalam diri seseorang itu. Apakah musuh-musuh sabar itu?

¤ TERGESA-GESA
Allah berfirman ‘manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa’(Surah al Anbiya’ 21:37)
Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semulajadi manusia. Selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah itu.

¤ PUTUS ASA
Allah berfirman ‘Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir.’(Surah Yusuf 12: 87)


¤ MARAH
Islam tidak pernah menyuruh umatnya Membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika islam dihina dan diinjak-injak. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat. Mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.

Jika ketiga-tiga ‘musuh’ sabar di atas masih ada dalam diri kita, maka amat susahlah untuk memupuk sabar. Halaulah musuh tersebut jauh-jauh, nanti sabar akan mendekat.
 Sumber: Pahrol Mohamad Juoi




JAWAPAN TRIVIA
1. Nama-nama menara dalam Masjidil Haram
2. Golongan yang paling ramai di syurga adalah org miskin dan Golongan yang paling ramai dlm neraka adalah Golongan wanita.
3. Nabi Nuh semasa baginda berada di atas kapal semasa berlaku banjir besar.




No comments:

Post a Comment