Google Ads

Sunday 20 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 50

MENARIK DI DALAM
·        Tidak Berjaya Yang Berjaya
·        Latihan Yang Berterusan Untuk Anak-anak
·        Kabinet Syaitan
·        Rahsia Peroleh Bahagia Dunia Akhirat
·        Islamic Bank
·        Sekadar angan-angan



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yg mengetahui segalanya tentang manusia ...

Sahabatku
Pernah dengar tak kisah ini? kisah Tok Guru dengan anak muridnya. suatu hari seorang tok guru ingin memberikan ujian kepada anak-anak muridnya. Untuk lulus ujian tersebut, tok guru memberikan seekor ayam dan pisau kepada setiap anak muridnya dan menyuruh mereka menyembelih di tempat yang tiada seorang pun nampak. apa lagi, anak muridnya bertempiaran lari mencari tempat tersembunyi untuk menyembelih ayam tersebut. ada yang menyembelih bawah jambatan, dalam bilik, di belakang pokok, dan pelbagai lagi tempat yang kononnya tidak dilihat orang. Semuanya pulang dengan kepala ayam yang sudah terkulai disembelih kecuali seorang pelajar yang masih lagi membawa ayam yang masih segar bugar. hanya dia seorang ‘tidak berjaya’ mencari tempat tersembunyi untuk menyembelih ayam tersebut. apabila ditanya kenapa dia begitu sukar mencari tempat yang sesuai untuk menyembelih ayam tersebut , dia menjawab ringkas ‘Tiada tempat yang tersembunyi dari pandangan Allah’. Dia ‘tidak berjaya’ tetapi dialah yang paling berjaya mengenal Allah.

Sahabatku,
Rasanya kita semua faham akan pengajaran yang kita dapat daripada kisah tersebut. kadangkala kita lupa yang Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Kita tahu yang kita buat salah, tapi kita buat-buat tak kisah sebab tiada sesiapa yang kononnya nampak dan tahu. kita sering lupa dan kembalilah bermuhasabah semula. wujudkan kembali Allah dalam diri kita, dalam setiap masa dan keadaan. Bukan hanya pada masa-masa yang tertentu sahaja.
Editor, Norazila Khalid


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Wanita dan lelaki pertama yang beriman bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
2. Apakah satu yang tiada dua?
3. Namakan bapa Abu Bakar al-Siddiq r.a.
Jawapan di  akhir edisi ini


LATIHAN YANG BERTERUSAN UNTUK ANAK-ANAK

Kaedah melatih anak-anak dengan latihan berterusan merupakan kaedah yang disarankan oleh Rasulullah saw. Kaedah latihan terbahagi kepada beberapa ciri,

 

 JANTINA

Ibubapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya. Anak-anak lelaki diagihkan dengan kerja-kerja luar yang berat dan kasar. Sementara anak-anak perempuan diagihkan kerja-kerja dalaman yang ringan yang sesuai dengan watak keperempuanannya.

 

 USIA

Anak-anak yang dibawah usia 6 tahun kadangkala boleh juga diberi tanggungjawab yang lebih serius. Tahap tanggungjawab boleh dipertingkatkan apabila usia mereka meningkat. Bagaimanapun, kemampuan anak-anak memikul tanggungjawab berbeza-beza mengikut latar belakang dan didikan yang mereka terima. Anak perempuan biasanya akan matang lebih awal daripada anak lelaki kerana mereka mencapai baligh lebih awal. Sebenarnya anak-anak mampu dan menerima arahan dan tanggungjawab yang lebih serius jika diberi kepercayaan kepada mereka untuk melakukannya. 

 

 BERTAHAP

Mendidik anak perlu bertahap iaitu daripada tugas yang senang kepada tugas yang lebih berat dan rumit. Sebahagian anak perlu dibiasakan dengan kerja yang senang sebelum mampu memikul tugasan yang lebih berat. Sedangkan anak yang lain pula mampu meningkatkan tahap tanggungjawab yang diagihkan kepada mereka dengan begitu cepat sekali.

 

 WAKTU

beri tugas kepada anak-anak mengikut kesesuaian waktu. Jangan ganggu jadual waktu yang telah ditetapkan seperti waktu belajar, mengulangkaji pelajaran , bermain, berehat dan sebagainya. Sebaiknya masukkan tugasan membantu ibubapa di rumah dalam jadual waktu harian mereka. Ibubapa jangan teragak-agak untuk mendisiplinkan anak-anak tentang waktu solat wajib, waktu bangun pagi, waktu pergi sekolah, waktu kelas tuisyen dan lain-lain.

 

 PUJIAN

Jangan lupa untuk memberi pujian dan penghargaan kepada anak-anak setelah mereka Berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan baik. Tetapi harus diingat, ibubapa tidak boleh memuji secara berlebihan kerana bimbang akan menimbulkan sifat takabbur. Pujian yang berlebihan dilarang  dihadapan anak-anak yang lain kerana akan melahirkan rasa cemburu yang buruk. Sebaliknya ibubapa dilarang keras mengutuk anak-anak walaupun mereka melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan adalah sifat kanak-kanak. tetapi mereka harus belajar daripada kesalahan itu dengan cepat. Mereka tidak wajar melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

Sumber : DR FADZILAH KAMSAH

 


KABINET SYAITAN
Syaitan mempunyai organisasi yang tersusun dan sistematik.mereka dipimpin oleh ketua dan mempunyai menteri serta ahli jawatankuasa khas yang diberi portfolio tertentu.
 Syaitan juga ada pengkhususan dalam bidang masingmasing sesuai dengan pangkat dan kepakarannya. 
Jom Tinjau Kabinet Syaitan!

¤ IBLIS
Ketua bagi semua syaitan.

¤ DASIM
Meruntuhkan rumahtangga

¤ KHANZAB
Menimbulkan rasa was- was ketika solat

¤ ZALANBUR
Mencipta suasana zalim dalam urusniaga

¤ AL-WALHAN
Menimbulkan rasa was - was ketika berwuduk

¤ MISWAT
Syaitan yang bertanggugjawab dalam perkara dusta.

¤ THABR
Menghampiri manusia yang ditimpa musibah dan berusaha menjadikan manusia rasa amat gelisah dan tidak reda dgn ujian

¤ AL-A’WAR
Mengajak lelaki dan perempuan menghampiri zina
Sumber: Solusi isu 49
           


TERJEMAHAN AL QURAN
RAHSIA PEROLEH KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Allah berfirman ‘Kami mewajibkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang susah payah dan melahirkannya dalam keadaan susah payah. Tempoh melahirkannya dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa 30 bulan. Setelah dia membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, dia berdoa ‘Wahai Tuhanku, tunjukkan aku supaya aku tetap bersyukur akan nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan supaya aku tetap melakukan amal soleh yang Engkau redhai. Berikanlah kebaikan kepadaku dan kebaikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan aku termasuk dalam kalangan orag Islam(Yang patuh kepadaMu).
SURAH AL AHQAF (AYAT 15)



ISLAMIC BANK
Antara Bank-bank  yang mempunyai lesan dan menjalankan operasi produknya 100% menurut syariat
 Affin Islamic Bank Berhad
 Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
 Amislamic Bank Berhad
 Asian Finance Bank Berhad
 Bank Islam Malaysia Berhad
 Bank Muamalat Malaysia Berhad
 CIMB Islamic Bank Berhad
 EONCAP Islamic Bank Berhad
 Hong Leong Islamic Bank Berhad
 Kuwait Finnce House (Malaysia) Berhad
 RHB Ismanic Bank Berhad
Sumber: Dr. Ust.Zaharuddin Abd Rahman


RENUNGAN
Impian mesti besar untuk menakluki rasa takut. Sekiranya kita ada keinginan tetapi keinginan itu tidak cukup kuat untuk memadamkan rasa takut, itu sebenarnya bukan keinginan. Itu hanya sekadar angan-angan.
                  

Q & A
Soalan
Saya kadang-kadang Was-was samaada terkentut atau tidak semasa solat. Bunyi dan bau tidak ada, tetapi seperti keluar angin. Adakah syariat mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah seperti itu? sah ke solat jika kita mempunyai rasa waswas seperti itu?

Jawapan
Sebenarnya, menurut Nabi saw jangan keluar solat sehingga kita dapati ada bau atau bunyi. Jadi jika kita was-was seperti ada terkentut tetapi tidak ada pula bunyi dan bau maka itu tidak memberikan apa-apa hukum. Bermakna kita ikut satu kaedah yang menyatakan ’suatu yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak’. Berdasarkan kaedah usul fiqah ini , jika seseorang itu yakin dia telah berwuduk, tetapi rasa ragu-ragu samaada terkentut atau tidak, hukumnya tidak kentut.  
Sumber :Ust. Fadzli al-Yamani




JAWAPAN TRIVIA
1. Khadijah Binti Khuwailid r.ha dan Abu Bakar r.a
2. Allah swt
3. Abu Quhafah





No comments:

Post a Comment