Google Ads

Friday 11 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 23

MENARIK DI DALAM
Ø Berapa markah solat?
Ø Belajar berkata TIDAK
Ø Pandangan Salah Tentang Masa?
Ø Kehidupan Dunia Yang Sementara
Ø Kaedah Mendidik Anak
Ø Mengurus Mesyuarat Dengan Berkesan

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan Yang menciptakan sesuatu drpd tiada kpd ADA...

Sahabatku
Saya mengikuti program tanyalah ustaz, menurut ustaz Zamri, untuk khusyuk dalam solat kita memerlukan persediaan dari segi spiritual, fizikal dan intelektual.

Sahabatku..
Dari segi spiritual, kita mestilah merasakan yang Allah melihat kita semasa kita solat. Merasakan yang Allah sedang memerhatikan segala gerak geri dalam solat kita. cuba bayangkan kalau bos sedang perhatikan kita bekerja, apa yang kita buat? mesti kita buat dengan baik dan bersungguh-sungguh, serta bersemangat bukan? begitu juga solat, Apatah lagi Yang melihat kita adalah Tuhan Agung yang menguasai segalanya.

Sahabatku,
Dari segi fizikal, pakaian, tempat solat dan badan kita pula mestilah bersih dan harum, barulah kita rasa selesa dan khusyuk. Dari segi intelektual pula, setiap rukun solat dilakukan dengan baik untuk sah solat serta kita mestilah mengingati dan faham makna setiap ayat yang kita baca, maka kita akan dapat merasakan kita sedang berkomunikasi dengan Allah.

Sahabatku,
untuk mendapat khusyuk dalam solat tidak semudah ABC, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya. serahkan kepada Allah, asalkan kita telah berusaha.

Sahabatku,
Tanyalah diri sendiri SEKARANG juga, bagaimana keadaan solat kita, setakat mana kekusyukuan kita? Apa yg kita fikirkan semasa solat?Jika Allah yang kita fikirkan, alhamdulillah...jika kerja yang bertimbun-timbun yang kita fikirkan, maka, berhenti sejenak, fikirlah, yang SOLAT adalah perkara pertama yg dinilai Allah kelak. Buat refleksi. Berapakah markah solat kita?
                                            Editor Norazila Khalid

BELAJAR BERKATA ‘TIDAK’

Mungkin ada diantara kita yg melakukan tugasan yg bukan sepatutnya & bukan dibawah tanggungjawab, jadi bagaimana ingin berkata tidak?

 

 BERI ALASAN

Sekiranya kita menolak mentah-mentah, sudah pasti kita dianggap pemalas. Berilah sebarang alasan uuntuk menolak dengan baik.

 

 BERDIPLOMASI

Jangan gunakan perkataan ‘TIDAK’ sewenang-wenangnya. Gunakan akal yang bijaksana, dan berdiplomasilah.

 

 CADANGKAN ALTERNATIF BAGI MENGIMBANGKAN PENOLAKAN

Cuba membantunya setakat yang termampu. Cadangkan orang lain yang lebih layak untuk membantunya.

 

 JANGAN MENANGGUHKAN KEPUTUSAN

‘Nanti aku fikir dulu..’ kata-kata begini tidak menggembirakan orang yang meminta. Jangan jadi pengecut, buatlah keputusan dengan segera.

 

 BERSETUJU DENGAN PANDANGAN DAN PERASAANNYA TETAPI TETAP KATAKAN ‘TIDAK’ DENGAN TEGUH

Elakkan persengketaan semata-mata kerana kita berkata ‘tidak’. Fahami situasi dan masalah yang di hadapi oleh rakan dan tunjukkan bahawa kita benar-benar memahaminya.

 

 BANDINGKAN PERMINTAAN  RAKAN SAUDARA ITU DENGAN MASA KITA SENDIRI, BUAT UJIAN PRIORITI.

Jika ada masa, kenapa tidak membantunya?

 

 SEKIRANYA DIMINTA MELAKUKAN SESUATU DILUAR BIDANG KUASA KITA, TANYA SIAPA YANG SEBENARNYA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN TUGASAN ITU.

Jangan terlalu tergopoh gapah menyanggupi kerja orang lain yang diluar bidang tugasan kita. Sekiranya terus membiarkan diri menjadi ‘pak turut’ sebegitu, lama-kelamaan semakin ramai orang malas datang berpusu-pusu untuk ‘menimbunkan’ kerja mereka di atas bahu kita.  

 

 JANGAN RASA BERSALAH

Diri anda berhak untuk menolaknya jika sebenarnya ia bukan untuk anda.

 

 


TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Di manakah jika seseorang itu solat ,dia mendapat pahala berikut?  1 solat=1000solat 
2. Siapakah nama 2 orang bilal Rasulullah saw?
3. Apakah solat sunat yang lebih baik daripada dunia dan segala isinya?
Jawapan di akhir edisi ini.


PANDANGAN SALAH PADA PENGGUNAAN MASA
 Saya Tidak Akan Produktif Sehinggalah Saya Sibuk Sepanjang Masa
Sekiranya kita termasuk dalam golongan sebegini , kita akan dapati setiap masa kita akan sibuk dan banyak kerja, ke sana ke mari dan tidak habis-habis dengan pelbagai tugasan. Tunggu sekejap.Duduk dan rancang kehidupan kita setiap hari, supaya kita akan ‘kembali ke pangkal jalan’

 Hanya Ada satu Cara Sahaja Melakukan Sesuatu Kerja
Kita tidak tahu mungkin ada kaedah yang lebih baik bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Berundur seketika dan berfikir sekejap.

 Kalau Hendak Kerja Itu Di Buat Dengan Sempurna, Buatlah Sendiri
Belajar mengagihkan tugas dan mempercayai orang lain melakukan sesuatu perkara. Apabila mereka tidak dapat melakukan sabagaimana  yang kita lakukan,tidak mengapa, sekurang-kurangnya mereka telah cuba yang terbaik.

 Hasil Yang Baik Tidak Diperoleh Kecuali Dengan Kerja-kerja Yang banyak
Sebenarnya, pencapaian matlamat bergantung pada kualiti perancangan dan kerja, bukan jumlah kerja yang ditentukan.

  Apabila Terlalu Berhati-hati Menguruskan Masa , Kehidupan Tidak Lagi Menyeronokkan Dan Tidak Mencabar
Mereka malas hendak berfikir sejenak, lalu mencipta alasan untuk  tidak berfikir.Sebenarnya, apabila kita menguruskan masa, semakin banyak keseronokan yang kita alami

Sumber : 55 Petua Org Berjaya (HMFK & AFY)




TERJEMAHAN AL QURAN
KEHIDUPAN DUNIA YANG SEMENTARA

44. Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri.
45. Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka (mereka merasa) seakan-akan tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali sesaat sahaja pada siang hari, (pada waktu) mereka saling berkenalan. Sungguh rugi orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah, dan mereka tidak mendapat petunjuk. 
SURAH YUNUS 44&45

KAEDAH MENDIDIK ANAK-ANAK

¤ Memberi Nasihat
¤ Bercerita
¤ Bersoal jawab dengan anak-anak
¤ Cuba mengaitkan dengan pengalaman yang lepas
¤ Memberi teguran dengan cara yang baik
¤ Bermain dan bergurau dengan anak-anak
¤ Menggunakan kaedah praktikal dan latihan dalam mendidik anak-anak
¤ Menjadi teladan buat anak-anak
¤ Memberi galakan dan amaran
¤ Tidak berlebihan dalam sesuatu suruhan dan gesaan
¤ Ambil berat kebajikan anak-anak
¤ Asuh minda
¤ Solat yang berterusan dan istiqamah  


MENGURUS MESYUARAT BERKESAN
A)   Perlu / Tidak?
Tanya diri sendiri, perlu atau tidak mengadakan mesyuarat? atau ada kaedah lain menyampaikan mesyuarat kerana jika kita mengadakan mesyuarat, kita telah mengurangkan  masa rakan-rakan kita

B)    Jangan Terlalu Kompleks Dalam Mengadakan Mesyuarat 
Jemput mereka yang benar-benar penting sahaja

C) Tentukan Siapa Yang Bertugas
Kita mungkin perlukan pembantu jika terpaksa menggunakan peralatan perbentangan.

D) Selaraskan Perjalanan Mesyuarat
Kita perlu mempunyai ciri-ciri seorang Koordinator jika hendak mengendalikan mesyuarat dengan baik.

E)  Mulakan Dengan Bergaya
Kita boleh mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan, menyebut visi dan Misi serta peraturan mesyuarat.

F)  Buat Prakata Untuk Setiap Agenda
Terangkan secara ringkas setiap agenda

G) Bincangkan Agenda satu persatu
Kita harus memastikan bahawa perbincangan sentiasa berada di atas landasan yang tepat dan menuju keputusan yang diharapkan.

H) Pastikan Semua Faham
I) Mesyuarat Yang Baik Mesti Melibatkan Semua Orang
J) Buat Kesimpulan Yang Jelas Dan tepat
K) Mohon Petunjuk dan Keberkatan DrpNya

Sumber : Mahir (fadzli Yusof)





JAWAPAN TRIVIA
1.Masjid Nabawi di Madinah (Dr Abu Hurairah)
2.Bilal Bin Rabah dan Ibn Ummu Maktum yang buta
3. Solat Sunat sebelum subuh (Riwayat muslim)




No comments:

Post a Comment