Google Ads

Monday 14 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 32

MENARIK DI DALAM
Ø Dakwat takdir diri kita sudah kering?
Ø Lebih Teruk Daripada Haiwan Ternakan.
Ø Wanita adalah bintang dan pelita.
Ø Tidak suka pujian, tidak takut celaan
Ø Berikan Dunia Mendapat Syurga
Ø Tenang
Ø Jadikan tempat kerja umpama Syurga



Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam Dada manusia, samaada sembunyi atau tidak. Tuhan yang mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku kepada diri kita. Dakwat pena sudah pun kering dan takdir kita sudahpun tercatat.

Sahabatk
Mesti semua pernah mendengar perkataan QADA’ dan QADAR kan? Ya, ada dalam rukun iman yang keenam iaitu beriman kepada Qada’ dan Qadar. Qadar ialah sesuatu yang telah ditetapkan Tuhan kepada kita,  sudah tertulis, dakwat pena sudah pun kering sejak dahulu lagi dan tidak akan dapat diubah lagi. semuanya tertulis di kitab suratan Lauh Mahfuz.

Sahabatku..
Dalam kefahaman ini jelas difahami bahawa Allah telah menetapkan segala-galanya mengikut perancangan dan ketetapanNya. Maka, apa-apa sahaja yang berlaku samaada kita suka ataupun sebaliknya, segalanya adalah mengikut kemahuan Allah. oleh sebab itu terdapat pandangan yang cetek yang menyatakan bahawa apa gunanya kita berusaha jika segalanya sudah ditetapkan? Jika Allah sudah tetapkan kita gagal dalam hidup maka kita akan gagal, jadi apa gunanya berusaha, menyusahkan diri sahaja .fikir mereka. pendapat ini ternyata silap dan pastinya salah! krn terdapat ayat al Quran yang menjelaskan bahawa balasan di akhirat menanti manusia dengan apa yang dilakukannya di dunia, apa usaha yang dibuatnya untuk meraih syurga hakiki.

Sahabatku
Jadi, Berusahalah untuk memperbaiki amalan dalam kehidupan, kerana kita tidak sesekali tahu akan apa yang Allah tuliskan tentang nasib kita.
Editor, Norazila Khalid



LEBIH TERUK DARAPADA HAIWAN TERNAKAN
‘sesungguhnya Kami telah menciptakan banyak daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak berfikir dengannya, mereka ada mata tetapi tidak memandang dengannya, mereka ada telinga tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Itulah orang-orang yang LALAI’
Surah Al A’raf 189

WANITA ADALAH BINTANG DAN PELITA

          Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. Bayangkan jika alam ini didiami oleh lelaki sahaja. Tentu membosankan. Sedangkan Nabi Adam juga tidak tenteram keseorangan, walhal apa yang tidak ada di dalam syurga? Namun, fitrah manusia memang mahu berteman, agar dengan itu dia ada teman bicara untuk dia membina tali perkenalan, saling sayang menyayangi untuk membina kehidupan yang membahagiakan.

          Demikian juga andainya dunia ini dihuni oleh wanita sahaja. Alangkah bosannya. Tetapi kewujudan wanita itu sendiri disamping penting dalam kehidupan lelaki, ia juga boleh berakhir sebagai racun berbisa dan madu yang menyegarkan.

          Wanita itu bintang. Ia indah di persada langit. Wanita itu pelita. Ia menerangi alam yang gelap gelita. Wujudnya wanita selain untuk memperhambakan diri kepada PENCIPTA, juga sebagai dian dalam hidup lelaki. Maka bertindaklah sebagai dian yang cukup damarnya utk terus menerangi gua diri seorang lelaki, usahlah menjadi racun yang memusnahkan diri sendiri juga dia yang bernama lelaki.

          Lelaki itu kelihatan perkasa, tetapi sebenarnya lemah. Yang perkasa mungkin fizikalnya tetapi hati dan perasaannya tetap romantik. Jika tidak, tiada lelaki sanggup menyusahkan dirinya menjadi kekasih atau suami kepada seorang wanita. Dengan itu dia terpaksa melupuskan kemerdekaannya. Dia terpaksa menjadi manusia yang akan dijadikan tempat pergantungan oleh banyak pihak. Dia terpaksa menyusahkan dirinya untuk orang lain.

          Perasaan lelaki tetap halus sebagaimana wanita, Cuma ia dibekali keperkasaan tubuh oleh Allah, lantaran dia lebih dipertanggungjawabkan untuk menerajui kehidupan di bumi. Perasaannya tetap halus dan mudah tersentuh. Dia boleh menangis apabila rasa terhiris. Apa juga keperkasaan yang ditunjukkannya, dia tetap memiliki hati yang lembut.

          Lelaki menjadi tidak okey bukan sepenuhnya kehendak lelaki itu. Selalu terjadi seorang lelaki yang berjaya menjaga semua ciri-ciri kesolehan dan ketaatan akhirnya kecundang oleh godaan wanita. Usah salahkan lelaki sangat jika perhatiannya terkalih tetapi salahkan juga wanita yang menggodanya. Lelaki lemah dalam perkasa. Dia bertolak ansur dalam bertegas. Dia boleh runtuh oleh godaan yang berterusan.

          Jika seorang lelaki terlupa tanggungjawabnya, bukan salah dia sepenuhnya tetapi ujian yang terpaksa ditempuhnya bermula daripada wanita juga. Lelaki amat mendambakan seorang wanita yang baik di sisinya. 

Sumber : Dr.Tuah, Membina Peribadi Anggun


MUTIARA KATA
Sesiapa yang tidak suka pujian, ia juga tidak takut celaan. Sesiapa yang bebas daripada sifat riyak, ia akan terus istiqamah beramal walaupun semua makhluk mencela dan memulaukannya. Celaan tidak menghentikan amalannya sebagaimana pujian tidak menggerakkannya untuk beramal.


INGATLAH
Allah menciptakan satu mulut dan 2 telinga. Supaya kita lebih banyak mendengar daripada berbicara.

BERIKAN DUNIA MENDAPAT SYURGA
          Mari kita perhatikan tentang ganjaran yang akan kita peroleh di syurga nanti daripada pertolongan yang kita berikan di dunia ini seperti yang terdapat dalam hadis Rasulullah saw, Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud:
Makanan
Sesiapa yang memberi makanan kepada org yang lapar, Allah akan menyediakan untuknya makanan daripada buah-buahan syurga.
Minuman
Sesiapa yang memberi minuman kepada sesiapa yang haus, Allah akan menyediakan untuknya minuman daripada minuman Syurga.
Pakaian
Sesiapa yang memberikan pakaian kepada orang yang tiada pakaian, Allah akan menyediakan pakaian kepadanya dari dedaun Syurga.

          Allahuakbar, apa sahaja bentuk pertolongan kita, Allah menjanjikan balasan bukan sahaja dengan pertolongan sama, tetapi dengan nilai yang lebih tinggi. Ya, sama dari segi nama tapi tidak dari segi nilai.
          Mana mungkin boleh disamakan makanan dan minuman di dunia dengan yang terdapat di akhirat nanti. Sehebat manapun makanan di dunia yang berharga ribuan ringgit, namun tidak dapat di samakan dengan makanan di akhirat sekalipun disatukan semua wang milik manusia di dunia ini.
          Allah tidak menjual semua ganjaran ini dengan wang dan harta yang ada di dunia, tetapi hanya ’menjualnya’ dengan amalan kita. Jadi, sama-sama kita kumpulkan sebanyak-banyak amalan baik di dunia. Semoga kita dapat ‘membeli’ segala keperluan yang kita perlukan di akhirat kelak.
Sumber: Solusi Isu 45



TENANG
Ketenangan itu laksana sebatang sungai di tengah-tengah hutan yang ditemui oleh seorang pengembara yang tersesat di dalamnya. Pengembara tersebut dapat mendengar dengan jelas kelembutan aliran sungai tersebut yang diiringi bunyi unggas yang berada di dalamnya. Hati seorang manusia akan tenang apabila dirinya sentiasa mengingati Allah.

JADIKAN TEMPAT KERJA UMPAMA SYURGA

¤ JADIKAN TEMPAT KERJA SEBAGAI RUMAH KITA
Dalam erti kata lain, ada suasana kerumahan walaupun kita di tempt kerja. Kita berasa selesa dan tenang.dengan demikian kita dapat bekerja dengan baik dan gembira.

¤ HIASI TEMPAT KERJA KITA.
Ini bertujuan menjadikannya seperti apa yang kita mahukan.

¤ ELAKKAN DARIPADA PERKARA YANG MELALAIKAN .
Jangan sesekali menghias tempat kerja dengan pelbagai perkakas dan hiasan yang melalaikan. Jangan juga menampal poster yang tidak sopan.

¤ TETAPKAN KOD ETIKA BERSENDIRIAN.
 Apakah standard disiplin yang kita inginkan semasa di temapt kerja? Apakah objektif yang kita hendak capai setiap kali habis tempoh bekerja?

¤ PASTIKAN PERALATAN ASAS MENCUKUPI.
Apabila tidak cukup maka pastinya kita tidak dapat berbekerja dengan baik kerana asyik meminjam peralatan orang lain.

¤ PASTIKAN ADA TEMPAT KHAS BAGI MELETAKKAN KATEGORI TUGASAN YG BERLAINAN.
Ada tugasan yang segera dan penting, segera tetapi tidak penting dan penting tetapi tidak segera. Kita perlukan tempat yang berasingan bagi kerja yang berbeza, mengikut kesesuaian tugas.

¤ JANGAN BIMBANG APABILA MEJA TIDAK KEMAS.
Apabila kita sibuk berkemas ,banyak kerja yang tidak dapat diselesaikan. Jangan risau sekiranya meja tidak kemas, asalkan semua objektif pada hari tersebut tercapai dengan jayanya.

¤ JANGAN BIARKAN MEJA KITA BERSEPAH.
Walaupun meja sukar kelihatan tersusun rapi, tetapi ini bukan alasan membiarkan ia bersepah. Berbeza antara tidak kemas dan bersepah.

¤ BOSAN? KELUARLAH
Tiada alasan untuk kita ponteng kerja. Bertukarlah kepada kerja atau tugasan lain untuk elak kita kebosanan.

¤ APABILA TERPAKSA BERPINDAH, JADIKAN IA SESUATU YANG MENYERONOKKAN.
Tidak mustahil kita dipindahkan ke tempat lain. Kita mungkin dinaikkan pangkat atau dihantar untuk memenuhi jawatan kosong. Usah bersedih, anggap ia satu peluang untuk menimba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Lakukannya dengan penuh semangat.

Sumber: 55 PETUA SERONOK BEKERJA




No comments:

Post a Comment