Google Ads

Sunday 13 September 2015

HADIAH UNTUK SAHABAT EDISI 29

MENARIK DI DALAM
§  Mencari Bahagia
§  Tip membina Perpaduan
§  Tip Pemakanan Seimbang
§  Pembalasan Yang Setimpal
§  Sukarnya Ilmu Bertapak di Hati
§  Dijentik Halus


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan yang mengetahui segalanya tentang manusia .

Sahabatku
Hanya orang yang bahagia,yang akan membahagiakan orang lain. Kita mesti menjadi bahagia sebelum kita dapat membahagiakan orang di sekeliling kita.

Sahabatku
Macammana kita nak bahagia? adakah dengan pangkat yang tinggi? Gaji yang besar? kereta yang mewah? Jika itu yang dikatakan bahagia, kenapa ramai mereka yang kaya raya tapi telah membunuh diri,? kerana fikiran tak tenteram, hati yang gelisah kerana dirinya tidak bahagia.
Kebahagiaan itu bukanlah datang dari kemewahan harta benda semata, tetapi ketenangan dan kebahagiaan itu datang dari hati.

Sahabatku,
Ingatlah, Orang yang mengingati Allah, Hatinya akan tenang dan seterusnya akan berasa BAHAGIA.

Editor, Norazila Khalid  

RENUNGAN
Bertafakur dan bersyukurlah, tujuannya ialah supaya kita mengingat segala nikmat dan kurnia yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. ’Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat mengiranya.’
                  

TRIVIA (SOALAN KUIZ AGAMA)
1. Siapakah manusia pertama yang membahagikan masa kepada 12 jam siang dan 12 jam malam?
2. Apakah persamaan antara ketiga-tiga istilah di bawah?
Dinar, Riyal, Syilling
3. Apakah bukit pertama diciptakan oleh Allah swt di muka bumi ini?
Jawapan di akhir edisi ini


TIP MEMBINA PERPADUAN

 UNGKAPKAN RASA CINTA

Rasulullah bersabda ‘Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia menyatakan rasa cinta kepadanya’

(Riwayat Abu Daud)

 

 TUNJUKKAN WAJAH BAHAGIA

Rasulullah bersabda ‘Janganlah kamu meremehkan  kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria’

(Riwayat muslim)

 

 BERJABAT TANGAN

Rasulullah bersabda ‘Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah’

(Riwayat Abu Daud)

 

 MENYEBARKAN SALAM

Rasulullah bersabda ‘Demi Zat yang diriku di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang mebuat kamu saling mencintai?cSebarkan salam antara kamu’

(Riwayat Abu Daud)

 

 SALING MEMBERI HADIAH

Rasulullah Bersabda ‘Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati’

(Riwayat al-Tabarani)

 

 SALING MEMBANTU

Rasulullah bersabda ’Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat . Dan Allah selalu menolong hambanya jika hamba tersebut menolong saudaranya’

(Riwayat Muslim)

 

 SALING BERKUNJUNG

Allah berfirman ‘pasti akan mendapat cintaKu orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling berkunjung dan memberi kerana Aku.’

 

 SALING MEMAAFKAN ORANG LAIN

Allah berfirman ‘Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan orang lain, sesungguhnya itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat. ‘

(surah al Syura 42:43)

 

 MENDOAKAN ORANG YANG BERSIN

Rasulullah saw bersabda ‘jika salah seorang daripada kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan ‘Alhamdulillah’(Segala puji bagi Allah). dan saudaranya atau org yang mendengar menyatakan ‘yarhamu kallah’(Semoga Allah memberikan rahmatNya kpdmu)

(Riwayat Abu Hurairah)

 

Sumber: SOLUSI ISU 33


TIP PEMAKANAN SEIMBANG KUANTITI  DAN KUALITI
¤ MENGURANGKAN MAKANAN RINGAN
Makanan ringan kebanyakannya mengandungi perasa tiruan berlebihan dan kandungan garam yang tinggi. Ia memberi kesan jangka panjang yang tidak baik untuk kesihatan.

¤ MENJAUHI MAKANAN BERLEMAK
Makanan yang banyak lemak juga harus dijauhi. Kesihatan anak-anak pada zaman 60an tak sama dengan zaman ini. Zaman kini, banyak restoran makanan segera yang menyediakan makanan sedemikian.

¤ AMALKAN CARA PEMAKANAN RASULULLAH
 Amalkan apa yang telah Rasulullah saw terapkan berkaitan konsep makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
 Baginda suka mengambil makanan yang sihat seperti susu kambing setiap hari kerana ia membantu membentuk tulang yang kuat. Begitu juga madu dan kismis membantu baginda menguatkan minda dan sebagainya.
 Namun jika tidak diamalkan terhadap anak-anak kita sejak kecil lagi, mereka tidak akan menyukai dan memandang pelik menu berkenaan.
 Sekali sekala anak-anak perlu dididik supaya makan dengan satu jenis lauk sahaja, supaya mereka dapat merasai kesusahan orang miskin yang tiada makanan atau tidak berlauk. Ia juga boleh mendatangkan keinsafan supaya mereka tidak membazir, sentiasa rasa syukur atas nikmat Allah swt. Ingatkan anak - anak makanan mewah bukan satu kemestian.

           


TERJEMAHAN AL QURAN
PEMBALASAN YG SETIMPAL

21. Sungguh, (Neraka) Jahannam itu (sebagai) tempat mengintai (bagi penjaga yang mengawasi isi neraka)
22. Menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas
23. Mereka tinggal di sana dalam jangka masa yang lama
24. Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman
25. Selain air yang mendidih dan nanah
26. Sebagai pembalasan yang setimpal
27. Sesungguhnya dahulu mereka tidak pernah mengharapkan perhitungan
28. dan Mereka Benar-benar mendustakan ayat- ayat Kami
29. Dan segala  sesuatu yang telah Kami catat dalam suatu kitab (buku catatan amalan manusia)
30. Maka itu rasakanlah! Maka tidak ada yang dapat kami tambahkan kepadamu melainkan azab. 
SURAH AN NABA’ (AYAT 21-30)




SEBAB-SEBAB ILMU SUSAH BERTAPAK DALAM HATI
 Kekeruhan dosa dan kotoran yang berkumpul di hati
 Makanan yang syubhah Dan Haram
 Tidak memohon keredaan daripada ibu bapa
 Hati sering terdorong ke arah lain, tidak diarahkan merenung keagungan Tuhan.
 Hati tertutup kerana pegangan dalam perkara-perkara kehidupan seharian terhadap tradisi yang diwarisi sejak kanak-kanak tanpa dinilai berdasarkan penilaian syariat.
 Taasub kepada sesuatu aliran fahaman dan merendah-rendahkan aliran fahaman golongan lain tanpa pendekatan tasamuh (keterbukaan).
 Belum mempunyai ilmu yang berkaitan sebagai asas.





MUHASABAH
DIJENTIK HALUS
    Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan berlumuran darah. Melihat keadaannya demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita yang lalu dihadapan, dia terlanggar tembok dihadapannya.
     Rasulullah bersabda ‘Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia’.
    Rupa-rupanya bila Allah sayangkan seseorang hamba itu, disegerakan baginya hukuman di dunia lagi. bersyukurlah andai sekali sekala azab Allah dosanya dan hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.
    Bersyukurlah juga andai dalam mengingatkan insan-insan lain melalui apa-apa jua medium dakwah, kita juga diingatkan oleh Allah. Itu tanda Allah sayangkan kita, sayang nak biarkan kita alpa dan lupa terhadap peringatanNya.
    Pejam mata seketika, rasailah kasih sayang Allah yang tidak bertepi. Senyumlah. Kemudian kerahlah hati, lisan dan seluruh anggota badan agar membalas sayangNya dgn ketaatan. 


JAWAPAN TRIVIA
1. Nabi Nuh a.s
2. Mata wang bagi negara islam yang majoriti penduduknya Muslim dan Islam menjadi agama rasmi.
3. Bukit Abu Qubais di Makkah.  Ini menurut pendapat Ibn Abbas & Ata’ dalam beberapa kitab tafsir.




No comments:

Post a Comment